Ingat lagi tak dengan azam awal tahun yang lalu. Pasti ramai yang berkobar-kobar untuk menurunkan berat badan dan bersenam bukan?

Sekarang sudah hampir masuk setengah tahun, bagaimana dengan misi itu. Adakah ia masih berjalan dengan lancar atau terhenti di pertengahan jalan saja?

Perkara ini biasanya berlaku kerana anda tidak mempunyai motivasi yang kuat sehingga membuatkan anda lali dan mengabaikan segala rejim senaman dan gaya pemakanan sihat.

Semua orang mempunyai matlamat yang berbeza-beza dalam mendapatkan bentuk badan yang cantik. Ada diantara anda yang mahu berat badan turun dengan cepat kerana anda perlu kelihatan menarik pada majlis perkahwinan bekas teman wanita anda nanti. Apa pun jua alasan anda, sentiasa fokus memerlukan daya tahan yang sangat tinggi. Maka, ini adalah beberapa langkah untuk anda fokus pada goal anda.

JANGAN TANGGUH

5 Tip Motivasikan Mental Lemah & Malas Bersenam, Antaranya Tulis Sasaran Sendiri

Jangan tangguh-tangguhkan masa anda. Jika anda seorang gemuk, atau terlalu kurus, mulalah sekarang! Jangan jadikan badan anda alasan untuk anda terus dimotivasi.

Ads

BACA: 10 Tip Untuk Lakukan Aktiviti Jogging Sepanjang Bulan Puasa

CATAT SASARAN ANDA

5 Tip Motivasikan Mental Lemah & Malas Bersenam, Antaranya Tulis Sasaran Sendiri

Mengapa perlu anda tulis? Kebanyakkan orang yang mula untuk menurunkan berat badan tidak punya fokus tertentu. Apabila ditanya, mereka hanya akan mengatakan bahawa mereka ingin kekal sihat dan fit.

Ads

Hakikatnya, jika anda menulis sebab mengapa anda ingin kurus atau berotot, contohnya seperti penat diejek dan dicaci, jika anda tampalkan goal anda itu di dalam ruang kamar anda dan lihat hari-hari, anda akan terus termotivasi dan anda tidak akan lari dari fokus.

BUAT PERANCANGAN BAIK

Tidak kira sejauh mana anda sibuk, anda harus terus plan jadual harian anda. Makanan merupakan jadual yang harus anda utamakan sepanjang anda dalam program diet anda yang tersendiri.

5 Tip Motivasikan Mental Lemah & Malas Bersenam, Antaranya Tulis Sasaran Sendiri

Ads

Jadual senaman jangan pernah sekali ditinggalkan, dan jika anda terpaksa melalui minggu anda terpaksa ke luar negara atau mesyuarat yang tak sudah, maka anda perlu lihat balik jadual anda dan selitkan masa anda di gym jika berkesempatan.

MULA PERLAHAN-LAHAN

Jangan cuba untuk mencabar diri anda di awal diet. Contohnya seperti larian 1km walhal anda bukanlah seorang pelari. Ataupun anda mengangkat berat 20kg pada hari pertama anda masuk ke gym. Itu akan membuatkan anda tidak mahu berkawan baik lagi dengan dunia kecergasan.

5 Tip Motivasikan Mental Lemah & Malas Bersenam, Antaranya Tulis Sasaran Sendiri

Mulakan dengan mudah bermakna anda perlu menapak dengan perlahan. Jaga pemakanan anda terlebih dahulu, diikuti dengan senaman ringan setiap hari. Jangan terlalu obses dengan pencapaian. Kuatkan stamina dan bagi badan anda selesa dengan kecergasan terlebih dahulu, baru anda dikira pro!

DISIPLIN DIRI

Paling penting, DISIPLIN! Segala point di atas tadi tidak akan tercapai jika anda tidak berdisiplin. Jadi, bangun pagi dan mulakan hari anda dengan dengan awal. Barulah badan anda akan sentiasa cergas dan bermotivasi.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI