Jaket merupakan antara outerwear lelaki yang popular. Jika dahulu, ia berfungsi sebagi pelindung kepada tubuh dari hujan atau panas, namun peranannya dikembangkan hingga menjadi salah satu outfit yang melengkapi gaya lelaki.
Selalunya orang badan besar bermasalah untuk bergaya. Namun jangan bimbang kerana ada trik untuk orang badan besar boleh gayakan dengan yakin bersama jaket pilihan.
Terdapat sedikit perbezaan bagi lelaki berbadan besar menggayakan jaket berbanding lelaki bertubuh ideal. Selain tujuan untuk bergaya, ia juga boleh menyembunyikan sedikit figura berbadan besar yang anda miliki.
Ini 5 triknya.
1. Pilih jaket yang ukurannya lebih kurang dengan badan
Ads
Jika anda memilih jaket yang terlalu besar, ia akan membuatkan anda nampak lagi besar dari bentuk tubuh asal. Sebaliknya jika anda membeli jaket yang terlalu fit, ia akan membuatkan tubuh anda nampak sendat kerana ia bakal menampakkan segala lipatan yang ada pada tubuh badan. Jadi penyelesainya, pakailah jaket yang ukurannya lebih kurang dengan tubuh badan anda.
2. Peka dengan warna dan corak pada jaket
Lebih baik memilih jaket berwarna gelap daripada anda membeli jaket berwarna terang kerana ia bakal menampakkan tubuh anda lebih besar. Jaket berwarna gelap mampu menyembunyikan sedikit susuk tubuh anda daripada pandangan orang lain.
Ads
3. Padankan jaket warna gelap dengan inner warna terang
Padanan yang selamat adalah jaket berona gelap bersama t-shirt berwarna sederhana terang seperti putih. Di sini, anda bakal mempamerkan keseimbangan dalam pemilihan gaya anda.
Ads
4. Jauhi rekaan jaket cropped top
Jangan terkejut, rekaan seperti ini memang ada. Lebih baik anda jauhi segala stail seperti ini. Anda langsung tidak boleh menyorok bentuk badan yang besar jika awal-awal lagi anda sudah mempamerkan separuh daripada tubuh badan.
5. Cari material yang tidak terlalu tebal
Negara kita bukannya beriklim sejuk. Jadi elakkan jaket yang mempunyai material yang tebal, melainkan anda bakal melancong ke negara bermusim sejuk, itu lain cerita. Selain itu, jika anda memilih jaket sebegini, ia akan membuatkan anda nampak lagi besar daripada bentuk tubuh asal anda. Ingat! Tujuan anda untuk menyembunyikan tubuh besar, bukan lagi menunjukkan badan anda yang besar itu.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Rasanya tidak lengkap bagi seorang lelaki tidak memakai jam tangan. Lagi pun tidak banyak aksesori pelengkap gaya yang mempunyai pelbagai fungsi boleh dipakai oleh lelaki. Sebab itulah kita boleh tahu personaliti lelaki berdasarkan jam tangan.
Berbeza dengan wanita yang boleh memakai pelbagai aksesori di segenap tubuh badan mereka. Sebab itulah ramai menganggap jam tangan merupakan mahkota pelengkap pergelangan tangan lelaki.
Terdapat pelbagai jenis jam dan jenama yang terdapat di pasaran. Dan tahukah anda bahawa personaliti lelaki berdasarkan jam tangan boleh menunjukkan kepada umum tentang siapa diri anda!
Apakah jenama yang sering disinonimkan dengan seseorang yang dari zero kepada hero? Jenama Rolex merupakan simbol status kejayaan dan paling mudah dikenal pasti oleh ramai orang walaupun bukan penggemar jam.
Lelaki yang memakai Rolex secara tidak langsung ingin menyatakan bahawa dia seorang yang bersedia untuk bekerja keras demi mencapai kejayaan.
Pilihan gaya anda juga seiring dengan status baru yang dikecapi. Inilah antara personaliti lelaki berdasarkan jam tangan yang paling mudah dikenal pasti.
Terdapat ramai lelaki berjaya tetapi tidak semuanya mempunyai kuasa dan pengaruh. Ia adalah perkara yang tidak boleh dijual beli semata. Disebabkan itulah tidak semua lelaki boleh menggayakan jam Patek Philippe. Ini jam yang biasa menjadi pilihan lelaki berpengaruh.
Jam pilihan anda ini bukan sahaja melambangkan kemewahan tetapi juga kekuasaan. Disebabkan itulah ia menjadi rebutan ramai lelaki yang ingin menonjolkan personaliti lelaki berdasarkan jam tangan mereka.
Lelaki yang memakai jam tangan berjenama Breitling dan OMEGA sering kali dianggap sebagai lelaki yang gemarkan aktiviti lasak. Ini kerana kaitan jenama ini dengan juru terbang dan juga filem-filem James Bond.
Kedua-dua jenama ini menawarkan keseimbangan di antara kemewahan dan juga aktiviti lasak. Bagi lelaki yang memakai jam tangan jenis ini, dia mempunyai personaliti lasak dan sukakan cabaran luar.
Bagi perempuan anda adalah lelaki yang penuh misteri namun mempunyai daya tarikan yang cukup seksi. Lelaki yang memilih jam tangan Cartier contohnya gemar akan rekaan yang lebih sofistikated, lain daripada yang lain serta lebih unik.
Anda kadangkala dianggap sebagai seorang yang eksentrik namun dalam pada masa yang sama menyerlah dalam keramaian.
Bagi lelaki yang gemarkan aktviti fitness jam tangan pintar pasti jadi pilihan. Antaranya ialah Apple Watch atau Samsung Galaxy Watch. Jam ini mampu melakukan pengesanan GPS untuk aktiviti larian atau berbasikal.
Ia juga boleh membaca kadar degupan jantung dan juga pelbagai kesihatan diri. Lekai kaki fitness memang pasti memilih jam tangan jenis ini.
Jika anda mencari barangan aksesori lelaki yang murah pada diaskuan hebat boleh dapatkan di sini!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Buat anda yang sentiasa peka dengan perkembangan industri hiburan dan kecantikan di negara kita pastinya sudah tidak asing dengan nama Dato Alha Alfa.
Figura tampan ini kini dikenali sebagai seorang usahawan yang sangat berjaya. Malah penglibatannya di belakang tabir atau secara terus sebagai penaja menerusi beberapa program hiburan mega telah menarik perhatian pengikut industri hiburan tanah air.
Mula dikenali sebagai seorang jurusolek profesional selebriti, Dato Alha Alfa kini memiliki sebuah empayar perniagaan yang berjaya menerusi AlhaAlfa Rich Legacy dan dia juga merupakan Pengarah kepada AlhaAlda Cosmetics.
Menerusi laman media sosialnya, Instagram beliau sentiasa berkongsi perjalanan kariernya dan juga secebis kehidupan peribadi.
Dan tak kurang juga gaya penampilan dengan citarasa festennya yang tersendiri. Kali ini MASKULIN ingin kongsi 10 OOTD versatil Dato Alha Alfa.
Pagi raya yang indah ni, pastinya ramai yang mengenakan baju sedondon yang sangat vass! Tentunya selepas menunaikan solat sunat hari raya Aidilfitri, anda pasti akan bersalam-salaman dengan keluarga, bermaaf-maafan dan menjamu selera. Selepas makan, mulalah ada mangsa-mangsa yang akan dijadikan photographer untuk anda ber ‘OOTD’ kan? Macam-macam angle anda akan pose persis model. Semuanya untuk tontonan rakan-rakan di laman sosial. Perasan tak, kadang-kadang gambar yang anda ambil tu tak ‘on point’. Jadi kami sediakan cara untuk anda pose menggunakan angle-angle yang tidak akan menampakkan wajah anda kelam dan gemuk!
Tip 1: Gunakan pencahayan semula jadi dekat tingkap
Pengcahayaan adalah penting dalam ber selfie. Untuk memperolehi ‘selfie’ yang cantik, anda perlukan pencahayaan yang bagus. Dan pencahayaan yang bagus datangnya daripada cahaya semula jadi, iaitu cahaya matahari.
Rahsia mengapa kebanyakan model kelihatan menarik dan cerah dalam majalah atau dada akhbar adalah kerana mereka diberi pengcahayaan yang lebih pada muka. Lampu dia jangan cakap lah. Mana nak cari lampu terang-terang di kampung kan? Jadi pergi dekat dengan tingkap dan selfie!
Bukan sahaja nampak ‘mahal’ dan ‘rare’. Foto ‘selfie’ anda itu pasti kelihatan klasik.
Tip 2: Bergambar dengan cahaya matahari di luar rumah
Satu lagi cara lain, anda boleh keluar dari rumah dan berdiri di bawah simbahan cahaya matahari. Waktu terbaik untuk anda bergambar adalah pada pukul 6-10 pagi. Ini kerana matahari baru keluar dan suasana terang cukup untuk sesi photography yang menarik.
Jika cahaya matahari pagi ini jatuh pada kulit anda, ia akan membiaskan cahaya yang keemasan, menjadikan kulit anda berkilau-kilau keemasan dan terlihat lebih berseri berbanding biasa.
Kalau anda tak sempat nak bergambar pada waktu pagi, kami sarankan anda bergambar pada waktu petang selepas jam 6. Ini adalah tempoh di mana cahaya matahari terbenam (sunset) berserakan pada garis horizon langit lalu menjelmakan efek yang sangat menarik pada latar belakang gambar anda. Barulah ala vintage.
Tip 3: Rahsia sekeping kertas putih
Ini antara rahsia para photographer memperolehi foto yang menarik.Tahukah anda, banyak blogger dan photographer kecantikan menggunakan sekeping kertas atau kad putih yang besar dan meletakkannya pada bawah dagu semasa ber’selfie’?
Apakah rahsianya? Ya, apabila anda memetik punat telefon bimbit anda untuk merakam foto ‘selfie’, cahaya ‘flash’ yang terhasil daripada telefon bimbit akan terpantul pada kertas atau kad putih tadi.
Lalu, cahaya putih itu akan memberikan satu pantulan cahaya yang boleh mencerahkan lagi kompleksi wajah anda, menjadikan wajah anda kelihatan ‘glowing’, wow!
Bukan itu sahaja, teknik kertas putih ini juga boleh mengurangkan efek dagu berlapis pada foto ‘selfie’ raya anda nanti. Jadi tak lah nampak gemuk!
Tip 4: Aplikasi untuk mengedit foto
Download saja aplikasi-aplikasi yang membolehkan gambar anda kelihatan seperti di edit menggunakan photoshop. Salah satu aplikasi foto yang paling popular di Instagram adalah ‘filter’ Valencia. Ia menghasilkan foto dengan efek ‘dreamy’ yang amat lembut lagi mengasyikkan.
Malah, tidak salah jika dikatakan ia mampu merubah wajah yang kurang cantik menjadi sangat menarik dan berseri-seri!
Apabila menggunakan aplikasi foto, anda mungkin boleh peruntukan waktu barang 2-3 minit untuk melakukan sedikit kerja-kerja ‘air-brushing’ dan mencerahkan lagi foto tersebut.
Selain ‘filter’ Valencia, ada juga blogger yang menggunakan Facetune yang boleh menyamarkan bentuk wajah yang tidak disukai dan menyerlahkn pula bahagian wajah yang ingin ditonjolkan.
Kami sarankan anda menggunakan Foto Rus. Kemudahannya anda boleh anda boleh memancungkan hidung yang bulat atau pesek, memutihkan warna gigi yang agak kekuningan, malah meniruskan bentuk dagu yang kembang atau lebar. Mesti masa bulan puasa hari tu diet kurang menjadi kan? Nak sorok dagu, apa kata pakai aplikasi ini.
Tip 5: Pose ketika ber OOTD
Untuk menampakan tubuh anda ramping, kami nasihatkan anda supaya tidak bergambar dalam keadaan duduk, kerana ia akan menampakkan perut anda berlapis. Jika anda terpaksa duduk, kami sarankan agar anda menutup bahagian perut dan peha dengan menggunakan bantal. Kalau ada anak buah, atau baby, pegang dia sebagai alat untuk anda cover lebihan-lebihan anda tu.
Jika anda bergambar secara beramai-ramai sambil berdiri, kami nasihatkan agar anda berdiri di tengah-tengah, kerana ia akan membantu anda dari nampak gemuk. Jika anda berada di tepi pastikan anda menilangkan kaki anda agar anda kelihatan kurus.
Jika anda mengambil gambar solo, apa kata kalau anda berdiri tegak dengan menyilangkan kaki. Ingat! Jangan pernah sekali anda serong cara anda berdiri kerana ia akan menampakkan lengan anda besar! BAHAYA YE.
Sumber: Awani
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang