Perut Buncit Tu Seksi? Emmm…tidak semua berpendapat macam tu kot. Satu masalah utama lelaki daripada segi penampilan ialah masalah perut buncit. Jika dulu, lelaki perut buncit ini khas untuk mereka yang sudah berkahwin. Tetapi sekarang, yang belum berkahwin pun perut sudah ‘maju ke depan.
Korang tahu tak ada cara yang pantas untuk hilangkan masalah perut buncit? Tapi kena sabar sikit dan lakukan dengan konsisten.
Tips paling mudah untuk mendapatkan perut yang lansing dan sistem penghadaman yang lancar ialah dengan pengambilan air kosong yang mencukupi. Air kosong atau air putih punya ‘kuasa’ untuk mengeluarkan segala sisa toksik dan paling hebat ia juga punca hidrasi paling selamat dan menyerap segala nutrisi hasil dari makanan. Tapi bosan bukan kalau asyik kerap minum air kosong sahaja? Untuk menambah rasa atau menyedapkan lagi pengambilan air, Maskulin kongsikan 6 bahan semulajadi yang boleh campur didalam air kosong anda.
#1 Lemon atau Limau
Kesan: Lemon dan limau tinggi dalam Vitamin C, ia mampu membentuk enzim untuk penghadaman. Jadi sistem penghadaman anda lebih lancar.
Cara: Perahkan perahan jus lemon didalam air atau hiris nipis buah seperti didalam gambar.
#2 Cuka Epal (Apple Cider)
Ads
Kesan: Air detoks bersama cuka epal dapat membuang segala toksik didalam badan, meningkatkan sistem penghadaman dan menaikkan kadar metabolism. Selain itu, ia mampu memperbaiki tahap keseimbangan pH dalam badan.
Cara: Tambahkan dua atau tiga sudu besar cuka epal didalam air minuman anda.
#3 Daun Pudina
Kesan: Beri kebaikan pada hempedu dan fungsi kelenjar air liur. Ia juga mempunyai enzim penghadaman dimana bekerja sebagai menyerap nutrisi dan vitamin didalam makanan. Daun pudina turut bagus untuk meredakan sakit perut.
Cara: Paling sedap tambahkan 10-15 helai daun pudina bersama hirisan lemon dan timun. Rendam semalaman dalam peti sejuk.
Ads
#4 Timun
Kesan: Timun mempunyai banyak air dan serat dimana sangat baik untuk sistem penghadaman dan pergerakan usus.
Cara: Mudah! Hiris nipis timun kemudian rendam dalam air minuman anda.
#5 Kayu Manis
Ads
Kesan: Ia dapat membunuh bakteria jahar dan menyembuhkan sebarang jangkitan yang terdapat di gastrointestinal tract (saluran makanan antara mulut, perut ke usus kecil, usus besar sehinggalah dubur)
Cara: Takkan nak minum air kayu manis sahaja, mampu? Tambah selera dengan hirisan buah epal (potong nipis) dan satu batang kayu manis dalam air.
#6 Halia
Kesan: Bagus dalam melegakan kekejangan, kembung perut, angin dalam badan dan sembelit.
Cara: Hiris halia nipis-nipis dan rendam semalam didalam air.
Bila ‘senang’ nak ke tandas, percayalah sakit kepala, badan mudah letih dan sikap moody terus hilang. Selamat mencuba!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Masalah pigmentasi pada kulit adalah perkara biasa dalam kalangan kita, namun kehadirannya kerap tidak menyenangkan kerana bagi yang menghidapinya ia menjejaskan penampilan dan keyakinan diri kerana menyebabkan kulit kelihatan tidak sihat. Gangguan pigmentasi berkait rapat dengan bilangan pigmen pada kulit iaitu melanin yang dibentuk oleh sel dinamakan melanocytes (melanosit). Melanin juga sumber yang memberi seseorang itu kulit warna semula jadi.
Peningkatan bilangan melanin menyebabkan kulit bertambah gelap dan keadaan ini dinamakan hipermelanosis atau hiperpigmentasi, manakala kekurangan atau kehilangan melanin menyebabkan kulit lebih cerah dinamakan hipomelanosis atau hipopigmentasi.
Masalah pigmentasi yang kerap berlaku adalah melasma yang menyebabkan warna kulit lebih gelap, bertompok keperangan atau tidak sekata. Masalah ini juga lebih kerap dialami wanita dan hanya 10 peratus kes membabitkan lelaki disebabkan melasma biasanya berkaitan perubahan tahap hormon ketika kehamilan, pengambilan pil kontraseptif oral untuk mencegah kehamilan, terapi penggantian hormon dan gangguan endokrin.
Melasma mudah dikenal pasti melalui ciri tompokan perang muda atau perang kelabu pada bahagian kulit dahi, pipi, bibir atas, hidung dan dagu, manakala ujian biopsi menunjukkan peningkatan pigmen pada epidermis dan dermis dijalankan bagi mencari punca lain gangguan pigmentasi. Pakar kulit percaya, punca utama permulaan dan penularan melasma ialah pendedahan kepada cahaya ultra ungu (UV) matahari. Namun, melasma yang berlaku ketika usia remaja disebabkan faktor genetik dan menjadi lebih buruk akibat pendedahan berlebihan kepada cahaya matahari.
Malangnya, melasma tidak boleh disembuhkan, sebaliknya ia hanya boleh dirawat atau dikurangkan menerusi kaedah paling asas iaitu perlindungan daripada cahaya UV. Melindungi kulit dengan cara ini mampu mencegah melasma sedia ada menjadi semakin buruk, di samping mencegah melasma baru daripada terbentuk. Walaupun melasma berjaya dirawat, pendedahan kepada cahaya UV tanpa perlindungan boleh menyebabkan gangguan pigmentasi ini menyerang semula. Bagi melindungi kulit daripada cahaya UV, kita mungkin boleh menyapu krim pelindung, memakai payung atau topi ketika di luar rumah dan rawatan kosmetik lain termasuk pengambilan suplemen.
Seiring dengan perkembangan teknologi, rawatan untuk melasma kini lebih selamat dan berkesan, contohnya penggunaan karotenoid tidak berwarna yang diekstrak daripada tomato putih yang diubah suai bukan secara genetik. Karotenoid adalah pigmen organik yang ditemui dalam kloroplas dan kromoplas tumbuh-tumbuhan serta organisma fotosintetik termasuk bakteria dan kulat. Karotenoid juga puncawarna kuning, oren dan merah pada kebanyakan sayuran dan buahan seperti lobak, tomato, labu dan jagung. Pigmen organik yang biasa ditemui adalah beta karotina yang memberi warna oren pada lobak dan lycopene yang memberi warna merah pada tomato biasa.
Tomato putih mengandungi kepekatan tinggi karotenoid tidak berwarna iaitu phytoene dan phytofluene yang boleh memutihkan kulit, sebaliknya karotenoid oren atau merah pada tomato biasa mampu mengubah warna kulit kepada perang atau lebih gelap jika diambil dalam jumlah yang banyak. Phytoene dan phytofluene adalah bahan pencerah semula jadi paling cekap dan terbukti secara saintifik mendatangkan manfaat kepada kulit dengan bertindak sebagai pelindung daripada kerosakan disebabkan cahaya UV dan foto oksida.
Karotenoid ini juga menghalang sintesis melanin bagi mencegah tompokan pigmentasi dan mengurangkan kehadiran melanin dalam sel termasuk parut akne, jeragat, hitam bawah ketiak dan tanda penuaan. Kandungan antioksida dalam pigmen ini juga mencegah kerosakan akibat radikal bebas dan antiradang.“Kajian menunjukkan karotenoid tidak berwarna ini selain mengandungi antioksida dan antiradang, ia juga menyerap sinaran UVA dan UVB. Oleh itu, pigmen ini menyekat pembentukan melanin dan mengurangkan melanin sedia ada dalam sel. Data juga menunjukkan karotenoid tidak berwarna yang diambil secara oral akan memekat dalam kulit menyebabkan kulit semakin cerah.
Kesan pencerahan kulit bukan setakat di bahagian muka yang terjejas melasma, malah ia turut memutihkan keseluruhan tubuh. Walaupun manfaat utama karotenoid tidak berwarna adalah untuk mencerahkan kulit, tetapi kandungan antioksida juga mencegah pembentukan radikal bebas yang menjadi punca utama penuaan.
10 langkah mudah untuk mengekalkan kecantikan menggunakan tomato:
1. Bagi yang berhadapan masalah jerawat, cubalah petua ini. Lenyekkan tomato dan sapu pada seluruh wajah terutama di bahagian berjerawat, biarkan ia kering pada wajah selama 30 hingga 40 minit. Kemudian bilas dengan air suam, lakukan dua kali seminggu.
Tomato dapat menyejukkan kulit dan menyerap lebihan minyak pada wajah, hasilnya jerawat mengecut dan kulit menjadi licin.
2. Tomato juga membantu mengurang dan memudarkan bintik hitam pada wajah. Hanya potong tomato kepada dua bahagian dan ambil separuh daripadanya, sapukan pada wajah bermasalah. Jika dilakukan secara konsisten, bintik gelap semakin pudar dan kulit bertambah cerah.
3. Campurkan sedikit air perahan tomato di dalam putih telur dan sapu pada wajah, biarkan ia kering. Selepas itu, bilas wajah dengan jus lemon atau limau nipis. Akhir sekali bilas wajah dengan air suam. Kombinasi bahan ini membantu untuk mengecilkan liang pori kulit wajah.
4. Bagi mengatasi kulit kering, campurkan air perahan tomato dengan yogurt asli. Jadikan bahan ini sebagai pupur dan sapu pada seluruh wajah. Biarkan ia kering kira-kira 30 minit kemudian bilas dengan air suam. Ia membantu kulit lembap dan berseri.
5. Campuran jus tomato dan madu baik untuk mengatasi masalah ton kulit tidak sekata. Sapu bahan ini pada wajah, biarkan ia kering. Bilas dengan air suam yang dicampur dengan perahan limau nipis. Hasilnya, kulit cerah sekata.
6. Amalkan makan buah tomato pada waktu pagi kerana ia membantu menyingkirkan lemak di dalam tubuh. Jus tomato juga disarankan sebagai minuman harian bagi golongan yang mahu menurunkan berat badan.
Minum jus ini 15 minit sebelum makan, ia membuatkan anda berasa kenyang.
7. Bagi mereka yang mempunyai kulit kering dan bersisik, kembalikan kelembapan kulit dengan melenyek tomato dan lumur pada seluruh tubuh ketika mandi. Biarkan ia kering, kemudian bilas dengan air bersih. Lakukan seminggu sekali untuk melihat hasilnya.
8. Bagi merawat rambut kering dan bercabang, lumur jus tomato pada rambut dan balut dengan tuala selama 15 hingga 20 minit. Ia membantu rambut sihat dan bersinar.
9. Untuk masalah kelemumur pula, lenyek tomato dan sapu pada kulit kepala. Lakukan selama 15 hingga 20 minit, kemudian bilas dengan air bersih.
10. Bagi menghilangkan lingkaran hitam di bawah mata, lekapkan hirisan tomato yang disalut dengan yogurt asli pada mata. Ia mengurangkan kesan gelap dan membuatkan kulit cerah
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Setiap kali ke gim, ada lihat kiri kanan. Semua orang berbadan cantik. Berotot sana sini walaupun ada di kalangan mereka baru sahaja berlatih di gim. Mungkin anda berasa kecewa kerana sudah lama membina otot tetapi masih di tahap yang sama. Tiada perubahan bentuk badan yang ketara. Adakah anda tahu puncanya?
Anda memerlukan perancangan teliti dengan mempunyai program latihan teratur dan terperinci. Program yang dibuat perlulah mempunyai beberapa info penting seperti kekerapan atau berapa kali seminggu anda akan berlatih, jumlah intensiti pada minggu atau bulan tersebut, jenis latihan yang akan dilakukan dan tempoh masa latihan, sama ada pagi atau petang.
Anda juga perlu catatkan perkembangan setiap kali berlatih. Anda digalakkan mencatatkan jumlah berat ( load ) yang diangkat, pengulangan, dan set. Mungkin bagi anda ia tidak berguna sekarang, tapi ia amat penting untuk tujuan analisis pada masa akan datang.
Anda perlu kukuhkan latihan dengan mengetahui tujuan latihan, sama ada untuk membina otot atau membuang lemak. Adakah anda yakin latihan yang dilakukan itu sesuai dengan matlamat dan sasaran latihan?. Oleh itu anda disarankan agar serasikan dan memperbetulkan struktur latihan. Jangan ikut dan lihat orang lain buat, anda seharusnya tahu apa yang dilakukan.
Latihan kardiovaskular juga penting dalam membina otot kerana ia membantu menguatkan otot pada jantung ( cardiac muscle). Melakukannya seminggu 2 kali selama 30 minit adalah masa yang optimal. Sekiranya matlamat anda adalah untuk membina otot dan kekuatan, latihan kardio tidak perlu mendominasi program latihan. Ini bermaksud anda perlu banyakkan latihan kekuatan di gim dengan kekerapan 3 hingga 4 kali seminggu.
Adakah anda tahu bahawa 90 peratus tubuh badan kita diperbaiki semasa tidur?. Apa akan jadi sekiranya tidur anda tidak cukup?. Tumbesaran anda akan terbantut dan otot sukar untuk membesar ke tahap yang optimal. Anda perlukan 7 hingga 8 jam sehari untuk tidur bagi seorang yang melakukan latihan di gim.
Matlamat anda untuk membina otot. Jadi, anda perlukan protein yang cukup. Bukan makan salad dengan banyak, melainkan anda ingin mengurangkan berat badan. Cuba dapatkan daging di pasar raya yang segar berbanding makan di restoran makanan segera. Ingat, anda ialah apa yang anda makan.
Faktor ini biasa berlaku apabila anda sudah penat semasa berlatih. Mungkin kerana anda kekurangan fuel. Jadi, anda perlukan sokongan untuk membantu supaya dapat berlatih lebih daripada kebolehan anda ( beyond your ability) . Sekiranya masih di tampuk yang sama, setiap kali datang anda akan buat berat beban dan pengulangan yang sama saja. Anda akan kekal seperti itu sepanjang tahun. Sebab itu anda perlukan sokongan dan tenaga ( preworkout drink/bar) sebelum berlatih.
Ada juga yang tidak habiskan pengulangan ( repetition) kerana takut untuk berasa penat dan sakit ( burned) semasa latihan. Sebenarnya apa yang anda rasa sukar semasa bersenam, itu yang akan mengubah tubuh badan anda menjadi lebih baik.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Carlos Alcaraz dinobatkan Laureus World Sportsman selepas musim 2025 luar biasa, menewaskan pesaing hebat dan mengukuhkan statusnya sebagai pewaris legenda tenis dunia.