Mengamalkan pola makan dan makanan yang sihat dan seimbang adalah salah satu langkah pertama untuk memastikan anda mengekalkan kesihatan yang baik. Makan makanan secara sihat dan seimbang dapat membantu mencegah dan mengawal risiko daripada penyakit tertentu.
Kanser merupakan antara pembunuh dalam diam golongan lelaki disebabkan oleh banyak faktor. Walau bagaimanapun, penyelidikan telah menunjukkan bahawa pemakanan anda secara teratur dalam diet boleh mencegah kenser daripada berkembang. Bahan kimia yang alami, antioksidan, vitamin, mineral dan serat dalam pelbagai makanan boleh membantu tubuh anda melawan pertumbuhan sel-sel kanser. Berikut adalah 6 campuran makanan yang patut dicuba:
Tomato & Avokado
Tomato dan avocado kaya dengan lycopene, antioksidan yang kaya dengan pigmen yang dikenali sebagai karotenoid , yang mengurangkan risiko kanser dan penyakit kardiovaskular.
Oat & Oren
Pengambilan dua sumber ini sewaktu sarapan mampu mengelakkan serangan jantung dan dapat membersihkan arteri. Tetapi harus ingat hanya ambil oat yang tidak diproses sahaja.
Ads
Brokoli & Tomato
Dua bahan ini dikaji dan kesannya mampu merendahkan serangan kanser prostat. Keduanya berfungsi melambatkan pertumbuhan kanser.
Blueberry & Anggur
Tahukah anda bahawa pengambilan dua sumber ini dalam masa yang sama sebenarnya lebih banyak merembeskan bahan anti oksida berbanding dimakan secara asing. Ternyata buahan ajaib ini mampu mengelakkan penyakit berbahaya terutamanya kanser.
Ads
Apple & Coklat
Rangkumkannya dan ia mampu merembeskan flavonoid catechin yang boleh mengurangkan risiko mengidap atherosclerosis dan kanser.
Kunyit & Lada Hitam
Ads
Penggunaan kunyit dan lada hitam secara serentak dalam masakan dari dahulu terbukti sebagai bahan anti kanser juga radang. Kerana itu kari juga dikira sebagai makanan yang bagus untuk kesihatan tetapi dengan penggunaan santan yang rendah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Gula adalah satu komponen penting dalam diet kita, sama ada kita mahu mengaku atau tidak, kerana ia tersembunyi dalam segala-galanya. Jadi, jika anda akhirnya bersedia untuk berhenti mengambil gula demi kesihatan anda yang lebih baik, kami cadangkan anda mula mengikuti pelan 30 hari kami bermula hari ini.
Dengan mengambil laluan ini, anda akan melihat banyak faedah untuk memastikan anda cukup bermotivasi untuk terus berada di jalan yang sihat ini.
Hidup Tanpa Gula (a.k.a Faedah Berhenti Gula)
Banyak respon diperolehi melaporkan perubahan sebaik sahaja mereka berhenti gula untuk kebaikan:
Memandangkan 30 hari mungkin kelihatan agak keterlaluan bagi sesetengah orang, kami telah pecahkan kepada empat minggu untuk memudahkan anda.
Mari kita lihat apa yang disediakan untuk anda:
Minggu 1: Pertama, Kita Tambah
Bagi tempoh tujuh hari akan datang, kami mahu anda masukkan tiga perkara berikut dalam rutin anda setiap hari.
1. Mulakan hari anda dengan segelas air hangat yang diperah lemon segar dan secubit cayenne
Kombinasi sihat ini akan mengaktifkan penghadaman, metabolisme, dan tenaga anda di permulaan hari.
2. Makan sarapan rendah karbohidrat yang tinggi lemak dan protein.
Jika anda biasa skip sarapan pagi, anda perlu untuk mengubah tabiat tersebut. Ketahui, karbohidrat lebih cenderung untuk membuat anda ketagih gula. Bila kita memulakan plan untuk berhenti mengambil gula ini, kita akan dapat mengurangkan pengambilan karbohidrat kita juga.
Untuk sarapan haruslah yang dipenuhi dengan lemak yang sihat dan tanpa lemak, low-salt protein seperti: telur, avocado, ayam.
3. Meningkatkan pengambilan lemak yang sihat dengan menambah lebih banyak kacang mentah, minyak zaitun, keju penuh lemak (sebaik-baiknya swiss atau parmesan), dan avocado ke dalam diet anda.
Tetapi anda perlu berhati-hati untuk tidak mengambilnya secara berlebihan. Sebaik-baiknya, anda perlu memilih satu atau dua jenis pengambilan lemak sahaja dari senarai contoh tadi untuk diet pemakanan harian anda.
Matlamat untuk tempoh satu minggu adalah memulakan hari anda dengan pemakanan yang betul iaitu meminum air lemon dan mengambil sarapan tinggi protein, rendah karbohidrat. Secara semulajadi anda juga akan melawan keinginan untuk makan, ini kerana penambahan lemak yang sihat, akan memberi anda tenaga dan membuat perut anda penuh.
Minggu 2: Mula Mengurangkan
Apabila minggu pertama berakhir, anda akan mula perasan perbezaan yang ketara dalam mood, tahap tenaga, tidur, dan mungkin juga saiz pinggang anda! Kemajuan ini yang akan memberi motivasi kepada anda untuk terus bertahan memasuki minggu kedua.
1. Buang sebarang makanan di rumah anda yang mempunyai lebih daripada 5g gula untuk setiap hidangan. Ini boleh jadi apa saja bermula dari sos salad dan yogurt kepada apa sahaja makanan yang kelihatan sihat tetapi sebenarnya tidak.
2. Perhatikan sos dan perasa anda.
Ini salah satu situasi yang mana ramai orang tidak sedar ia adalah perangkap gula yang lengkap. Jika anda tidak percaya, boleh cuba sekarang, periksa label pada sos BBQ, sos tomato dan kicap anda. Kami cadangkan anda memilih mustard atau sos pedas untuk makanan seperti sandwic atau ayam dan gunakan lemon dan minyak zaitun untuk menggantikan sos salad.
Prinsip yang sama juga diguna untuk coffee creamer walaupun secara teknikalnya ia bukan sos. Kerana ia kebanyakannya telah diproses dengan gula dan pemanis tiruan yang hanya menjadi toksik untuk kesihatan anda.
3. Pilih buah-buahan yang mempunyai jumlah gula paling rendah dan ketepikan kandungan gula yang lebih tinggi.
Perlu diingat bahawa apabila pelan 30 hari ini berakhir, anda akan dibenarkan untuk mengambil buah-buahan tinggi gula dalam kuantiti yang sedikit. Kami masih mahu anda untuk makan makanan yang kaya dengan pelbagai buah-buahan untuk mengoptimumkan pengambilan nutrien anda.
Dengan kata lain, amalkanlah buah-buahan yang rendah gula seperti:
Dan mengelakkan buah yang tinggi gula seperti:
Minggu 3: Pusingan Penyingkiran
Pada saat ini, perasaan anda hendaklah seperti berada di puncak.
Anda telah mendapat banyak tenaga yang boleh dikekalkan hasil dari pengambilan air lemon, sarapan rendah karbohidrat, dan peningkatan pengambilan lemak. Ditambah pula, minggu kedua membantu anda untuk perlahan-lahan mengurangkan penggunaan makanan yang manis dengan sekatan yang tegas.
Dan sekarang anda berada di sini pada minggu ketiga, ia adalah masa untuk menghentikan pengambilan gula sepenuhnya.
Berikut adalah tiga tugas untuk minggu ini:
1. Kurangkan pengambilan karbohidrat dan hapuskan terus karbohidrat dalam makan malam anda.
Pengambilan karbohidrat pada lewat malam merupakan penyebab kita selalu mengidamkan untuk makan pencuci mulut selepas itu; dengan menghapuskannya, anda tidak mempunyai lagi alasan untuk ketagih gula selepas makan.
Anda perlu konsisten mengambil protein dan sayuran rendah kanji untuk makan malam anda. Anda juga boleh menikmati salad semangkuk besar sebelum makan malam jika ia membantu anda untuk berasa lebih kenyang.
Seterusnya, kami mahu anda untuk mengawal minuman anda.
2. Ucapkan selamat tinggal kepada semua minuman manis.
Ini bermakna jika anda mahu menikmati kopi, amalkan ia pekat dan hitam. Elakkan minuman ringan yang manis dan sama juga bagi minuman buah-buahan yang tinggi gula.
Jika anda perlukan sesuatu yang lebih menarik daripada minum air putih, tambahkan lemon atau buah-buahan segar dalam air anda, atau dapatkan teh herba yang sihat dan bukan minuman berkafein yang sedap.
3. Hentikan semua jenis pemanis. Untuk langkah ini termasuk juga pemanis semulajadi seperti madu apatah lagi yang tiruan.
Pemanis ini mempunyai kecenderungan untuk menaikkan selera anda berganda dan meninggalkan keinginan untuk makan sesuatu yang lebih manis. Tetapi anda tidak akan pernah dapat memenuhinya kerana ia akan membuat anda berasa mahu dan mahu.
Minggu 4: Teruskan Melangkah
Minggu kedua dan ketiga mungkin yang paling mencabar untuk anda dan ia adalah mudah untuk kita tahu mengapa. Ini kerana berhenti menikmati beberapa makanan kegemaran anda bukan satu perkara yang mudah untuk dilakukan.
Jadi fokus bagi minggu keempat adalah dengan hanya mengekalkan momentum positif ini berterusan. Untuk melakukan ini, kami kongsikan tiga tabiat yang kami mahu anda juga mengamalkannya:
1. Membeli dengan lebih bijak di kedai runcit.
Ini bermakna elakkan membeli makanan yang sudah diproses dan dibungkus siap contohnya makanan segera. Kawal diri anda untuk tuju ke tempat barang yang anda inginkan sahaja: untuk mencari makanan segar seperti daging dan tenusu.
Walau bagaimanapun, disebabkan anda sedang mengamalkan begitu banyak pantang larang dan banyak perkara perlu dihadkan, kami tidak mahu anda berasa seperti kehilangan. Kami mahu anda untuk memberi ganjaran kepada diri anda dengan cara yang positif.
Tetapi daripada memberi ganjaran kepada diri anda dengan perkara yang berkaitan makanan, seperti sekeping coklat, kami mahu anda untuk menukar cara tersebut.
2. Wujudkan 3 ganjaran yang bukan berkaitan makanan.
Ganjaran ini boleh jadi semudah bersiar-siar dan mandi di pantai atau menonton filem bersama-sama keluarga anda. Ganjaran seperti ini akan membuat anda berasa lebih baik daripada membuat anda selalu ingin makan sesuatu yang manis seperti memberi ganjaran kepada diri anda dengan coklat.
Secara mudahnya, mencari sesuatu yang tidak melibatkan makanan, namun masih memberikan anda perasaan seperti dihargai. Anda juga boleh memilih untuk mendapatkan urutan atau ke spa untuk mencapai keputusan yang sama.
3. Jika anda perlu untuk makan sesuatu yang manis, buatlah sendiri.
Memasak di rumah membolehkan anda untuk mengawal jumlah bahan-bahan yang tidak sihat dalam merawat dan juga memberikan anda peluang untuk mengurangkan gula sewajarnya.
Cari resipi yang mengandungi kurang daripada 5g gula untuk setiap hidangan. Resipi untuk hidangan individu adalah lebih baik kerana ia sudah disediakan sebegitu untuk anda.
Jika anda membakar biskut yang rendah gula tetapi akhirnya anda sendiri makan habis satu dulang, anda berada dalam keadaan yang sama iaitu mengambil satu hidangan gula yang tinggi. Tidak bijak. Jadi, jika anda ingin menikmatinya, kami mahu untuk mengambilnya secara bijak.
SUMBER : DIARIKURUS
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, media sosial dipenuhi video dan gambar minuman hijau pekat yang dikenali sebagai matcha.
Daripada latte di kafe hipster sehinggalah campuran smoothie dan pencuci mulut, matcha kini menjadi trend di seluruh dunia termasuk di Malaysia.
Tapi persoalannya, adakah matcha benar-benar baik untuk kesihatan, atau sekadar hype?
Matcha ialah serbuk teh hijau halus yang berasal dari Jepun.
Berbeza dengan teh hijau biasa yang direndam, matcha dibuat dengan mengisar daun teh hijau berkualiti tinggi hingga menjadi serbuk, lalu dibancuh terus ke dalam air atau susu.
Ini bermakna kita meminum keseluruhan daun, bukan sekadar ekstraknya.
Matcha mengandungi kandungan antioksidan yang tinggi, terutamanya catechin yang membantu melawan radikal bebas dan melindungi sel daripada kerosakan.
Matcha mengandungi kafein, tetapi lebih perlahan dilepaskan berbanding kopi.
Ia juga mengandungi L-theanine, asid amino yang membantu menenangkan minda sambil mengekalkan fokus.
Sesetengah kajian menunjukkan catechin dalam matcha dapat membantu mempercepat pembakaran kalori dan menyokong penurunan berat badan jika diambil bersama gaya hidup sihat.
Warna hijau matcha yang pekat datang daripada klorofil, yang dipercayai membantu proses detoksifikasi badan.
Walaupun matcha terkenal dengan pelbagai manfaat kesihatan seperti meningkatkan fokus, memberi tenaga berpanjangan dan kaya dengan antioksidan, ia bukanlah minuman ajaib yang boleh diminum tanpa had.
Seperti mana-mana makanan atau minuman lain, matcha juga mempunyai risiko tertentu jika diambil secara berlebihan.
Pertama, matcha masih mengandungi kafein, walaupun jumlahnya lebih rendah berbanding kopi.
Kafein dalam jumlah yang terlalu tinggi boleh menyebabkan masalah seperti berdebar-debar, sukar tidur, sakit kepala atau ketidakselesaan pada perut.
Kedua, kualiti serbuk matcha sangat penting. Matcha yang berkualiti tinggi, biasanya dikenali sebagai ceremonial grade, dibuat daripada daun teh hijau yang dipetik dengan teliti dan digiling halus.
Sebaliknya, matcha murah atau berkualiti rendah mungkin mengandungi bahan tambahan dan berpotensi mempunyai kandungan plumbum yang lebih tinggi akibat pencemaran tanah.
Ini bukan sahaja menjejaskan rasa, malah boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan jika diambil secara kerap.
Akhir sekali, perhatikan kandungan gula. Banyak minuman matcha yang dijual di kafe, terutamanya matcha latte, mengandungi gula dalam jumlah yang tinggi untuk menambah rasa manis dan mengurangkan rasa pahit matcha.
Walaupun ia membuatkan minuman lebih sedap, kandungan gula berlebihan boleh menjejaskan manfaat kesihatan matcha dan meningkatkan risiko masalah seperti kenaikan berat badan atau kencing manis.
Subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kegiatan menghidu gam bukan sesuatu yang asing lagi. Fenomena ketagihan kesan khayal bahan terbabit sekian lama menjadi kegilaan terutama dalam kalangan remaja, terutama pelajar sekolah!
Antara faktor menyebabkan golongan itu memilih menghidu gam kerana harganya murah serta mudah didapati di pasaran. Kegiatan tidak sihat itu boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan dari segi mental dan jasmani. Antara bahan kimia berbahaya terkandung di dalam gam adalah Toluene. Kebiasaannya, Toluene digunakan sebagai pelarut dalam industri penghasilan cat, bahan kimia, getah dan penghasilan produk farmaseutikal.
Bahan kimia itu menyebabkan kerosakan sistem saraf dan organ penting di dalam tubuh sekiranya terdedah secara berlebihan melalui sistem pernafasan. Antara kesan negatif Toluene terhadap sistem saraf adalah menyebabkan gejala halusinasi, khayalan, pening, kekeliruan, sakit kepala dan pengsan. Sekiranya aktiviti menghidu gam dilakukan berterusan, kesan lebih serius terhadap sistem saraf seperti neuropsychosis, kerosakan sel otak, sawan, koma, kerosakan sistem saraf, penurunan keupayaan kognitif, buta, dan kehilangan pendengaran.
Selain itu, aktiviti menghidu gam juga mempunyai kesan negatif terhadap kesihatan jantung dan sistem pengaliran darah. Ia boleh mengganggu fungsi jantung normal apabila jantung menjadi tidak sekata. Sebelum ini, dilaporkan ada kes kematian mengejut gara-gara menghidu gam. Kesan buruk bahan itu terhadap paru-paru pula termasuk sesak nafas, asfiksia iaitu keadaan tubuh tidak mendapat oksigen mencukupi, kecederaan dan keradangan paru-paru.
Antara kesan buruk terhadap sistem pencernaan ialah sakit perut, loya, muntah dan muntah berdarah. Selain itu ia menyebabkan kegagalan fungsi hati dan buah pinggang. Seperti yang dapat kita lihat, aktiviti menghidu gam memberikan impak negatif sangat besar bagi individu terbabit. Generasi muda adalah golongan berharga yang akan menerajui kepemimpinan negara pada masa hadapan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang