Ini kerana, apabila kita menyedari bahawa suatu ketetapan hanya akan berlaku dengan izin Allah, maka kita akan berlapang dada dalam menerimanya. Malah, Allah saja yang tahu rencana yang lebih baik untuk kita.
2.Tak Perlu Hadapi Seorang Diri
Benar, sifat sabar tentunya lebih mudah untuk kita lafazkan daripada mempraktikkannya. Tapi, ramai yang cenderung bersabar dan bertahan seorang diri hingga memusnahkan diri sendiri. Jika anda memerlukan seseorang, hubungilah mereka. Luahkan segala kesedihan yang terbuku di hati. Sekurang-kurangnya anda akan berasa lega. Sebuah pelukan pun sudah cukup meringankan beban di bahu.
3.Jangan Berpeluk Tubuh
Ads
Sekali gagal tidak bererti akan gagal selamanya. Sedangkan ramai ilmuan dan tokoh-tokoh terkenal mengakui bahawa kegagalan disifatkan sebagai ‘guru’ yang paling banyak mengajar mereka. Kita boleh mengatur strategi dalam memperbaiki diri.
4.Motif Nak Menyorok Je Dalam Rumah
Tidak kiralah apa pun masalah anda, cuba ambil masa untuk berhenti seketika dan nikmati keindahan alam! Pergi bersiar-siar di taman, bercuti di pantai, ‘snorkelling’, dan sebagainya. Beriadah dan bersenam juga adalah salah satu cara sihat untuk menghadapi kesedihan.
5.Stop Dengar Lagu Sedih
Ads
Jauhi minda negatif, walaupun dalam bentuk lagu. Sebaliknya, cari lagu-lagu yang ceria dan bersemangat. Selain itu, anda boleh mencari poster-poster motivasi, dan menjadikannya ‘wallpaper’ pada telefon bimbit atau komputer anda. Anda melihatnya setiap hari, maka ia secara tidak langsung menjadikan minda anda lebih bersemangat!
6.Jangan Asyik Menangis Tapi Lupa Nak Berdoa
Ads
Kalau anda belum pernah menangis semasa bersolat atau berdoa, inilah masanya. Paksakan diri, mengadulah sepuas-puasnya di hadapan Allah untuk memohon petunjuknya. Percayalah, anda akan dapat merasakan kelegaan yang luarbiasa apabila melakukannya
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bila rakan anda ajak lepak, pasti ada cerita yang nak dicerita kan? Kalau tidak pun rakan anda bosan dirumah. Apabila dah sampai ke kedai mamak, 20 minit pertama anda makan dan membawang, selebihnya? Tak kan nak lepak kejap je. Maka anda dan rakan-rakan mula mengeluarkan telefon bimbit dan muka scroll Instagram, Facebook dan macam-macam lagi. Alahai, bosannya melepak.
Sini, kami menyediakan 4 permainan yang tidak bosan malah menhiburkan anda bersama rakan-rakan. Letak tepi telefon bimbit anda tu sekarang!
Ini bukan judi, tapi tahukah anda bahawa banyak permainan yang boleh dimain menggunakan daun terup ni. Anda boleh google jenis permainan menggunakan daun terup ni. Tak perlu bawak kotak pun, sentiasa sediakan dalam kereta atau dalam bag anda (bagi perempuan) dan mainlah bersama rakan-rakan ketika anda sudah ketandusan topik untuk dibualkan di mamak.
Ini bukanlah permainan baru untuk kanak-kanak 90an, permainan ini sudah lama berada dipasaran. Namun permainan ini biasanya dimainkan di rumah. Apa kata kalau anda bawa permainan ini ke kedai mamak, main bersama rakan-rakan anda, boleh merapatkan lagi hubungan silaturahim sesama manusia.
Mungkin permainan ini bosan kerana ia memerlukan anda untuk berfikir. Namun jika anda bermain dengan rakan-rakan yang “gila” maka permainan ini akan lebi menghiburkan. Sedikit tips untuk bermain mainan ini di kedai mamak, anda boleh bertanya kepada Anne, kalau tak tahu nak buat perkataan. Hehe
Okay, mungkin ini akan menyebabkan anda memegang telefon pintar anda. Head’s up ni dah banyak versi yang anda boleh download di apps store phone anda. Try bersama rakan-rakan anda, mesti kecoh satu mamak.
Nak jadikan permainan ini lebih menarik, order satu makanan mamak paling pedas, dan siapa kalah harus dikenakan penalti. Ok, dah boleh ajak kawan-kawan lepak mamak malam ni.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kerajaan mula menyalurkan SARA Untuk Semua RM100 bermula hari ini, melibatkan peruntukan berjumlah RM2.2 bilion kepada lebih 22 juta pemegang MyKad warganegara Malaysia.
Inisiatif ini diumumkan oleh Kementerian Kewangan (MoF) sebagai sebahagian daripada usaha berterusan kerajaan bagi meringankan kos sara hidup rakyat yang semakin mencabar.
Dalam kenyataan rasmi, MoF memaklumkan setiap individu dewasa yang layak akan menerima kredit bantuan secara sekali bayar atau one-off sebanyak RM100.
Kredit ini disalurkan terus ke MyKad penerima dan boleh digunakan sehingga 31 Disember 2026 bagi pembelian barangan keperluan asas di kedai dan pasar raya yang mengambil bahagian di bawah program SARA.
Pelaksanaan SARA Untuk Semua RM100 turut memberi kesan berganda kepada isi rumah yang mempunyai lebih daripada seorang ahli dewasa.
Sebagai contoh, sebuah keluarga yang terdiri daripada pasangan suami isteri serta dua anak berusia 18 tahun dan ke atas akan menerima bantuan keseluruhan sebanyak RM400.
Jumlah ini tidak termasuk bantuan tambahan seperti SARA Bulanan yang disediakan kepada penerima dalam kategori kelayakan tertentu.
Pendekatan ini secara tidak langsung meningkatkan kuasa beli isi rumah dan membantu perancangan perbelanjaan harian dengan lebih baik.
Langkah ini dilihat sebagai pendekatan yang lebih inklusif kerana bantuan tidak lagi tertumpu kepada kumpulan berpendapatan rendah sahaja, sebaliknya diperluaskan kepada semua rakyat dewasa sebagai sokongan langsung kerajaan.
Seiring penambahbaikan program, kerajaan turut meluaskan kategori barangan yang dibenarkan di bawah SARA.
Antara penambahan utama ialah kemasukan makanan sejuk beku atau frozen food, menjadikan keseluruhan 15 kategori barangan asas kini boleh dibeli menggunakan kredit bantuan ini.
Penambahan tersebut sekali gus meningkatkan jumlah barangan layak kepada lebih 140,000 jenis. Langkah ini dibuat hasil maklum balas rakyat yang mahukan lebih banyak fleksibiliti perbelanjaan selaras dengan keperluan semasa.
Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menegaskan harapan agar bantuan ini dimanfaatkan secara berhemah oleh rakyat.
“Diharap ini dapat dibelanjakan sebaiknya bersempena menyambut Tahun Baharu Cina dan umat Islam mula menjalani ibadat berpuasa di bulan Ramadan,” kata beliau ketika berucap pada Perjumpaan Bersama-sama Warga Kementerian Perpaduan Negara sempena Perhimpunan Bulanan KPN Februari 2026 di Putrajaya.
Selaras dengan Perutusan Tahun Baharu 2026, MoF menyasarkan sebanyak 10,000 kedai runcit kecil akan dilantik sebagai Rakan Niaga SARA menjelang hujung tahun ini.
Inisiatif ini bertujuan memastikan manfaat SARA Untuk Semua RM100 dapat dinikmati secara lebih menyeluruh, termasuk di kawasan luar bandar dan pinggir bandar.
Selain itu, kerajaan turut merancang untuk mengurangkan jarak maksimum kedai runcit terdekat daripada 10 kilometer kepada hanya 7 kilometer bagi meningkatkan capaian pengguna terhadap barangan keperluan asas.
Orang ramai boleh menyemak status pengkreditan, senarai kedai yang terlibat serta soalan lazim melalui portal rasmi SARA di https://sara.gov.my. Portal ini menjadi rujukan utama bagi maklumat sahih berkaitan pelaksanaan bantuan.
Dalam masa yang sama, MoF mengingatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada terhadap pautan palsu dan cubaan penipuan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan atas pengumuman bantuan ini.
Kementerian menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah meminta maklumat peribadi melalui SMS atau WhatsApp.
Orang ramai dinasihatkan untuk hanya merujuk portal rasmi SARA atau STR bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan terkini berkaitan bantuan kerajaan.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pernah tanya kepada diri kenapa anda lebih menggemari pemakaian seluar jeans? Cuba lihat pula dalam almari, berapa banyak seluar jeans yang anda ada? Ada sesetengah orang mengenakan seluar jeans untuk kelihatan ringkas, ada jugak yang ingin tampil lebih moden dan stylo , malahan ada juga yang menggayakan jeans setiap hari ke tempat kerja atau janji temu sebab tak perlu bersusah payah untuk menggosoknya. namun begitu tahukah anda cara-cara untuk menjaga kualiti seluar tersebut agar kondisinya kekal cantik dan terjaga?
Nah, isikan hari minggu anda dengan artikel yang akan kami kongsikan kepada anda mengenai tabiat yang merosakkan seluar jeans serta beberapa tips penjagaannya agar ia kekal tahan lama.
1. Suhu air yang betul
Pastikan anda sentiasa mencuci jeans menggunakan air suam atau pada suhu air biasa. Elak mencuci dengan air yang terlalu panas atau terlalu sejuk. Ini kerana ia dapat menghalang kotoran dari tertanggal sehingga sukar untuk dibersihkan. Jika membasuhnya dengan menggunakan mesin basuh, periksa suhu air pada kadar yang bersesuaian.
2. Cuci berasingan
Jangan campurkan seluar jeans dengan pakaian lain. Sebaik-baiknya cuci jeans anda secara berasingan dengan pakaian yang lain. Pastikan juga anda mencucinya pada bahagian luar dan dalam seluar dan perahkannya menggunakan tangan kerana kaedah ini merupakan antara kaedah terbaik untuk mengekalkan warna dan ciri-ciri jeans agar ia kekal tahan lama.
3. Guna wap air panas
Sekiranya anda gemar pergi ke pantai dan seluar jeans anda terkena air laut serta pasir-pasir halus tersebut telah melekat pada jeans, pastikan anda tidak basuh terus seluar jeans tu dengan air biasa. Sebaliknya cuba ambil sebaldi air yang mendidih, kemudian wapkan sahaja bahagian yang terkena air laut atau pasir tadi selama kira-kira 10 minit. Anda akan lihat kotoran yang melekat itu akan tertanggal dengan mudah.
4. Kering secara alami
Perlu diingatkan bahawa jangan sesekali menggunakan mesin pengering atau seterika pada suhu tinggi untuk mengeringkan seluar jeans yang di basuh. Tindakan ini akan merosakkan fabrik kain pada seluar jeans anda. Gantung dan anginkan sahaja supaya ia tidak renyuk atau berkedut.
5. Jangan rendam terlalu lama
Sebaik-baiknya elakkan dari merendam seluar jeans anda terlalu lama. Seluar yang direndam terlalu lama dengan sabun pencuci akan mengakibatkan warna jeans mudah luntur, bertahi lalat dan mereput. Bayangkan baju atau seluar dibiarkan terlalu lama di dalam baldi, bagaimana baunya?
6. Elak jemur di bawah terik mentari
Untuk memastikan warna seluar jeans kekal utuh dan tidak mudah pudar, pastikan anda tidak menjemur seluar jeans tersebut di bawah terik matahari. Namun begitu, jemurlah di kawasan atau tempat yang terdapat perlindungan dari sinar matahari yang memancar terus ke arah jeans anda.
7. Awasi penggunaan pencuci
Jangan sebarangan menggunakan bahan pencuci yang mengandungi bahan kimia untuk mencuci jeans. Jika terdapat kotoran degil yang melekat seperti karat atau minyak hitam, gunakan alternatif lain atau bahan pencuci yang selamat. Bahan pencuci yang kuat seperti Bleach akan mengakibatkan kualiti warna jeans anda mudah luntur dan koyak.
Semoga tujuh panduan mudah ini bermanfaat untuk anda praktikkan. Jika seluar jeans anda dibeli dengan harga yang mahal, sudah tentu kita berasa sayang dan inginkan ia tahan dan boleh dipakai pada jangka masa panjang. Oleh itu, penjagaan seluar tersebut mestilah dijaga dengan baik dan rapi. Kalau nak berjimat, banyak caranya.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang