Banyak jenis hobi yang berkesan untuk membakar kalori dengan cepat dan dapatkan badan yang fit. Untuk dapatkan tubuh yang sihat, lakukan 10 jenis hobi ini.
Jom lihat jumlah kalori yang dibakar setiap kali anda menjalankan hobi-hobi ini sekurang-kurangnya 30 minit sehari. Banyak bukan? Pastikan anda jadikan salah satu jenis hobi ni sebagai aktiviti anda untuk mengeluarkan peluh.
Jumlah kalori yang dibakar
1. Main kasut roda
Jika anda bermain kasut roda hanya dalam tempoh 30 minit, anda telah membakar 250 kalori.
2. Golf
Dengan membawa peralatan golf dan berjalan anda boleh membakar 150 kalori setiap 30 minit.
3. Berenang
Ia merupakan sukan yang paling banyak membakar kalori kerana gerakkannya melibatkan keseluruhan badan iaitu 250-400 kalori selama 30 minit.
4. Besbol
Ads
Aktiviti besbol yang memerlukan larian ini mampu membakar kalori sebanyak 135 kalori hanya dalam masa 30 minit.
5. Tenis
Sukan tenis memerlukan ketangkasan tangan anda dalam memukul bola. Ia dapat membakar 159 kalori dalam masa 30 minit.
6. Boling
Bermain boling selama 30 minit tanpa mengambil snek mampu membakar 100 kalori.
7. Memancing
Sambil santai-santai melakukan aktiviti memancing pun anda boleh bakar 100 kalori hanya dalan tempoh 30 minit.
Ads
8. Menari
Ini paling mudah untuk dilakukan. Dengan melakukan aktiviti menari selama 30 minit, anda telah membakar sebanyak 150 kalori.
9. Main pool/snooker
Dengan bermain pool atau snooker selama 30 minit, anda telah berjaya membakar 80 kalori. Wow! Cuba bayangkan kalau anda bermain berjam-jam lamanya?
10. Bertinju
Lakukan aktiviti bertinju ini selama 30 minit dan anda mampu membuang 216 kalori dari dalam badan.
Ads
Teknik badan kekal fit
1. Gandakan dalam senaman
Apa kata anda gandakan segala yang perlu dalam senaman, contohnya berat pemberat dan jumlah ulangan bagi teknik-teknik bersesuaian. Pantas dan hasilnya pasti hebat.
2. 19% senaman kardio
Peratusan tersebut adalah jumlah peningkatan kekuatan tangan bagi mereka yang melakukan senaman kardio selepas senaman beban. Jadi, elak mulakan senaman anda dengan kardio jika anda mahukan lengan yang padat dan menarik.
3. Snek sendiri
Siapa tidak suka makanan ringan dan snek? Apa kata, cipta resipi burger sendiri tetapi dengan bahan-bahan yang lebih menyihatkan dan menepati selera anda.
4. Bersenam di luar
Dapat meningkatkan kekuatan tubuh sebanyak 10%. Apa kata, jika selalunya anda berlari di atas treadmill, kali ini sesi larian anda dilakukan di padang rumput.
5. Beban + senaman kardio
Kombinasi kedua-dua senaman ini mampu membantu tubuh membakar kalori sehingga 27% dan 2kg lemak berbanding melakukannya secara berasingan.
6. Timbang
Sentiasa set sesi ‘temu janji’ anda dengan alat penimbang sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu. Andai ada kenaikan berat, ertinya anda perlu lakukan sesuatu.
7. Minuman protein
87% adalah peratusan jumlah penambahan otot yang mampu anda bina dengan pengambilan minuman protein sebelum dan selepas sesi senaman. Jadi, minumlah minuman protein tambahan.
8. Pagi yang lebih baik
Bersenam pada waktu awal pagi lebih baik berbanding bersenam pada waktu petang kerana anda akan lebih bertenaga sepanjang hari. Jadi, jangan lupa set jam loceng anda.
9. Teknik dapatkan lengan ketat
Mudah. Ketatkan lengan baju anda dengan melakukan 2:1 bagi senaman triseps dan biseps.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Jaguh dunia keirin, Azizulhasni Awang menghadiahkan pingat emas ke-111 negara di Velodrom Nasional, Nilai, sekali gus melepasi sasaran yang diletakkan kontinjen negara untuk muncul juara keseluruhan pada edisi ke-29 Sukan SEA 2017 ini.
Azizulhasni menghadiahkan emas keramat tersebut menerusi acara pecut individu dengan menewaskan rakan senegara Muhammad Shah Firdaus Sharom dalam kedua-dua pusingan final pecut individu lelaki.
Tempat ketiga menjadi milik Jaturong Niwanti dari Thailand yang menumbangkan cabaran pelumba Indonesia, Puguh Admadi, dalam perebutan gangsa.
Ini merupakan emas individu pertama Azizul atau lebih mesra dengan panggilan Jijoe selepas menang emas pecut berpasukan di Korat 2007 bersama Junaidi Nasir dan Edrus Yunus.
Ketika ini Team MAS telah mengutip 111 emas, 77 perak dan 69 gangsa manakala Thailand yang juga pesaing utama negara mengekori di tempat kedua dengan kini memperoleh 60 emas, 72 perak dan 75 gangsa.
Team MAS dijangka menambah koleksi pungutan pingat emas apabila atlet negara bakal beraksi dipentas final dalam beberapa acara antaranya Silat, Perahu Layar, Badminton, Skuash , Luncur Air dan Hoki
Dengan dua hari temasya akan melabuhkan tirainya, tinggal 67 emas saja lagi menjadi taruhan dan mustahil bagi mana-mana negara lain untuk memintas kedudukan Malaysia setakat ini.
Menurut kajian yang diterbitkan dalam Journal of Strength and Conditioning Research, saintis mendapati bahawa senaman push-up dan bench press sebenarnya memberikan kesan yang hampir sama kepada aktiviti otot.
Menariknya, kedua-duanya membantu meningkatkan kekuatan dengan cara yang setanding—tidak kira sama ada anda di gim atau hanya menggunakan berat badan sendiri di rumah.
Namun, seperti mana-mana senaman lain, teknik yang betul adalah kunci utama untuk memastikan anda mendapat hasil terbaik.
Push-up bukan sekadar pergerakan biasa, tetapi jika dilakukan dengan betul, ia boleh menjadi senjata rahsia anda untuk tubuh yang lebih mantap dan bertenaga.
Kali ini, MASKULIN akan membimbing anda langkah demi langkah untuk melakukan push-up dengan selamat, efektif, dan penuh keyakinan. Dah sedia nak pecahkan peluh? Jom mulakan!
Untuk permulaan, anda boleh mencuba push-up pada permukaan yang lebih tinggi seperti kotak, bangku kecil, atau meja.
Letakkan tangan anda di atas permukaan tersebut, sementara kaki kekal di lantai. Semakin tinggi sudut badan anda berbanding lantai, semakin mudah push-up dilakukan. Teknik ini sesuai untuk pemula atau mereka yang ingin memperbaiki kekuatan asas.
Setiap kali anda kembali ke posisi asal selepas push-up, tolak bahagian belakang badan ke atas sedikit—seakan-akan membuat gerakan “push back”. Teknik ini memberi fokus kepada otot serratus anterior, otot kecil tetapi sangat penting di bahagian dada dan bahu anda.
Kenapa penting untuk menguatkan serratus anterior?
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ia merupakan sejenis jerawat radang kulit dan ia kelihatan seperti benjolan lembut yang kemerah-merahan.
Ia kelihatan seperti bintik merah yang meradang dan muncul sebagai bintik merah dengan pusat putih atau kuning (bernanah).
Kebanyakan daripada kita mempunyai masalah balckheads ini. Ia biasanya terjadi apabila sebahagian pori kulit tersumbat dengan sebum (minyak), bakteria dan sel-sel kulit mati. Warna hitam itu bukan disebabkan oleh kotoran tetapi disebabkan oleh pigmen kulit-melanin yang bertindak balas dengan oksigen di udara.
Whiteheads ini seperti adik-beradik kepada blackheads juga cuma berlainan warna. Ia biasanya terbentuk ketika pori tersumbat sepenuhnya dan memerangkap sebum (minyak), bakteria, dan sel-sel kulit mati yang menyebabkan paparan putih ini muncul di atas permukaan kulit muka anda.
Ini adalah sejenis jerawat yang kronik juga jika tidak dirawat dari awal kerana ia terdiri daripada benjolan keras di bawah permukaan kulit dan lebih besar. Ia juga sangat menyakitkan dan kadang-kadang ia muncul agak lama selama berbulan-bulan. Jerawat ini yang menjadi penyumbang kepada parut berlubang dan trauma yang teruk serta luka pada permukaan kulit.
Oleh itu, jika ia tidak dirawat dengan betul, Nodul ini akan terbentuk semula walaupun ia sudah kecut sebelum itu. Tambahan pula, apabila ruang radang lebih besar maka ia lebih mudah untuk membentuk nanah dan akan meninggalkan parut jerawat jika tidak dirawat atau tidak menggunakan ubat yang sesuai.
Sumber : Iluminasi
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang