Apabila anda ingin berdiet atau menurunkan berat badan, buah-buahan menjadi antara sumber makanan penting yang sering dimakan.
Walaupun buah-buahan kaya dengan serat, ramai yang tak tahu buah juga mengandungi sumber karbo. Jadi sebelum anda nak diet dan cepat kurus, pastikan anda ambil jenis buah-buahan yang boleh dimakan.
Malah nak makan buah-buahan pun ada waktu yang sesuai. Tak boleh makan ikut sesuka hati masa diet.
Nak tahu jenis buah apa yang elok dimakan dan waktu terbaik untuk anda ambil? Jom baca perkongsian Coach Fatin Najwa ini.
Barulah diet yang anda buat itu lebih berkesan dan anda cepat kurus.
Apa je buah yang boleh makan bila tengah diet ni? Betik boleh tak?
Okay saya selalu dapat soalan ni. Pasal pilihan buah apa nak makan masa tengah diet dan berapa biji atau kuantiti boleh makan. Baca caption sampai habis k??
Buah ni bagus kerana ia membekalkan sumber fiber dalam makronutrien yang diperlukan badan kita setiap hari. Tapi jangan tak tahu.. buah juga ada kandungan karbo (dari gula buah) jadi penting untuk tahu mana yang ok dan tak berapa ok.
Ads
Buah apa yang terbaik?
Yang bagus untuk diamalkan secara kerap ialah buah dalam kategori LOW GI (glycaemic index). GI ni ada kena mengena dengan craving pada benda manis, high carbs dan constantly rasa lapar jika korang ambil more high GI food.
Waktu terbaik makan buah
Buah bagus diambil in between main meals sebagai snacking. Bajet kalori around 100-150 kalori jadi kalau epal ke pisang ke pear ke jambu batu ke (low GI) boleh ambil sebiji per snacktime. Kalau betik (GI sederhana) ambil sepotong je. Buah yang tinggi GI jangan selalu amalkan masa tengah diet, sekali sekala ok.
Mana nak tahu ni? Google je “low GI fruits” untuk check apa lagi buah yang bagus makan ketika diet?
Apa itu Indeks Glikemik?
Indeks Glikemik atau Glycemic Index (GI) adalah sebuah indeks yang menunjukkan cepat atau lambatnya makanan dalam memengaruhi gula darah. Semakin cepat makanan meningkat gula darah, semakin tinggi pula indeks glikemiknya.
Ads
Menurut ADA, indeks glikemik suatu makanan ditentukan dengan angka di bawah ini.
1. Kurang dari 55: Rendah
2. 56-69: Sedang
3. 70 ke atas: Tinggi
Senaman di pagi hari terutamanya sewaktu anda baru bangun tidur, memang satu idea yang baik. Ia dapat meningkatkan kecergasan otak, menguatkan lagi sistem ketahanan tubuh sereta meningkatkan fokus anda.
Jom lakukan beberapa senaman kurang dari 15 minit, untuk pastikan hari-hari anda lebih bersemangat dan ceria!
Squat bagus bukan untuk menguatkan otot anda, malah ia juga boleh membakar banyak kalori di tubuh.
Lakukan senaman ini sebanyak 15 kali dengan 3 ulangan.
Semanam push up adalah senaman untuk menguatkan otot lengan, peha, beti dan abdomen.
Lakukan senaman ini sebanyak 20 kali dengan 3 ulangan.
Untuk senaman plank pula bagus untuk merawat bahagian belakang tubuh, malah ia juga dapat mengurangkan risiko sakit tulang belakang. Ia bukan sahaja baik utuk abdomen anda, tetapi ia juga bagus untuk semua bahagian di tubuh.
Lakukan senaman ini sebanyak 30 saat dengan 2 ulangan.
Senaman ini memerlukan kesimbangan dan kestabilan di bahagian kaki. Ia bagus untuk bahagian kaki anda kerana ia akan mengerjakan otot punggung, hamstring dan juga quadrisep.
Lakukan senaman ini sebanyak 10 kali dengan 3 ulangan.
Ia adalah senaman asas untuk gerakan pushing. Ia akan menguatkan oto triceps, chest dan shoulder anda.
Lakukan senaman ini sebanyak 20 kali dengan 3 ulangan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kita kerap mendengar penyakit gila babi atau sawan babi yang lebih berkait rapat dengan kekejangan atau ‘tarik’ yang berulangan dengan penghidapnya menggigil sehingga memerlukan bantuan segera.
Namun, secara amnya tidak ramai yang mengetahui apa sebenarnya punca penyakit ini yang turut dikenali epilepsi dari segi istilah perubatan. Hakikatnya, penyakit ini berlaku hasil tindak balas masalah isyarat elektrik yang salah dalam otak. Atau ringkasnya, aktiviti elektrik otak yang normal diganggu oleh lebihan aliran elektrik dalam otak yang menyebabkan berlakunya masalah komunikasi sementara antara sel saraf.
Masalah Neurologi
Penyakit ini menjejaskan kehidupan lebih 180,000 orang dalam setahun dan di seluruh dunia, sekurang-kurangnya sejuta orang akan mengalami epilepsi seumur hidupnya.
Lebih membimbangkan, 2 juta kes baru dicatatkan setiap tahun yang membuktikan epilepsi adalah masalah universal dan antara masalah neurologi yang serius.
Bagaimanapun, bukan semua orang yang mengalami tarik atau kekejangan ini berhadapan dengan epilepsi. Ini kerana, ada kalanya, serangan sawan itu berlaku apabila pesakit berhadapan dengan masalah kekurangan air yang keterlaluan atau suhu badannya terlalu tinggi.
Punca Epilepsi
Namun, jika seseorang itu mengalami kekejangan dengan kerap tanpa sebab, ini mungkin gejala dia mengalami epilepsi. Malah epilepsi juga boleh disebabkan kecederaan otak, jangkitan otak seperti meningitis atau penyakit yang mengganggu pembentukan otak janin ketika dalam kandungan ibu.
Epilepsi ini juga boleh disebabkan kekurangan oksigen pada otak bayi kepada dilahirkan.
Epilepsi boleh menjejaskan bahagian otak yang berlainan dan ia terjadi dalam pelbagai cara bergantung kepada sel otak yang terbabit.
Sesetengah kes kekejangan ini menjejaskan keseluruhan badan pesakit dan menyebabkan penyebaran aliran elektrikal ke seluruh otak dan keadaan dikenali sebagai ‘tonic-clonic‘.
Kekejangan
Ada juga masalah yang lebih tertumpu iaitu aliran elektrikal hanya menjejaskan bahagian kecil otak yang dikenali sebagai ‘kekejangan sebelah’ yang menyebabkan pesakit sedikit keliru atau gangguan pergerakan motor atau kedua-duanya sekali, tetapi tanpa disedari individu berkenaan. Namun, ada juga kes yang mana pesakit mengalaminya dalam keadaan sedar.
Segelintir pesakit pula mengalami kekejangan jenis sebelah sebelum merebak ke seluruh otak menjadi kekejangan jenis ‘tonic-clonic‘. Kekejangan ini pula boleh berlaku beberapa kali sehari atau sekali beberapa bulan.
Apa yang pesakit alami sama ada hilang sedar, perubahan dalam penglihatan atau rasa tidak selesa pada perut sebenarnya bergantung pada jenis epilepsi. Sesetengah pesakit mengalami keadaan seperti bermimpi, yang lain mungkin mengalami perasaan gembira dan sedih yang bercampur aduk. Sementara ada yang mengulang-ulang pergerakan seperti mengenyit mata.
Rawatan
Bagaimanapun, bukan semua kes epilepsi memerlukan pembedahan. Doktor akan memberi rawatan lain seperti ubat-ubatan terlebih dulu. Namun, jika pembedahan diperlukan, alat khas bagi membantu mengesahkan aktiviti elektrik dalam otak manusia.
Otak mengandungi satu trilion sel berbeza dengan separuh daripada sel ini memiliki fungsi sel elektrik yang berlainan. Kuasa elektrik ini sangat kecil dan negatif, justeru alat khas digunakan bagi mengukur cas negatif berkenaan. Epilepsi datang daripada sel yang sakit dan umumnya ia terjadi pada bahagian otak tepi dan otak depan.
Magnetoencephalography (MEG)
Bagi pesakit epilepsi, kaedah magnetoencephalography atau MEG adalah teknik membantu mengesahkan antara sel yang sihat dan sel yang terjejas. MEG sebenarnya bukanlah keajaiban baru dunia perubatan. Ia sudah dikenali sejak 1968 tetapi di Malaysia dan Asia Tenggara, MEG cuma ada di HUSM.
MEG adalah teknik ‘non-invasive‘ (tidak membabitkan pembedahan) bagi mengkaji epilepsi dan fungsi otak. Dalam kes epilepsi, MEG digunakan bagi mengenalpasti sumber ‘epileptiform‘ dalam aktiviti otak yang berkemungkinan besar adalah sumber kepada berlakunya ‘tarik’.
MEG memiliki keupayaan menentukan pemetaan otak bagi memastikan pembedahan dibuat dengan teliti tanpa kemudaratan. Malah dalam kes lain, ia mampu mengesan 80% kes berkaitan otak lebih awal dan tepat sebelum rawatan dibuat.
Kaedah ini juga menjadi cara baru merekod dan menganalisa fungsi otak dengan mengukur magnetik yang dihasilkan aktiviti elektrik dalam otak. Rakaman ini memberikan ukuran fungsi berterusan yang berlaku pada neuron dan boleh menunjukkan lokasi neuron yang tidak berfungsi.
Secara ringkas MEG adalah teknik yang membantu mengenal pasti sumber aktiviti elektrik dalam otak manusia menggunakan ukuran magnetik non-invasive dan tidak menyakitkan, tanpa jarum, selamat dan tidak membabitkan sebarang unsur radiasi dan pembedahan. Malah, ia boleh dilakukan kepada kanak-kanak.
Teknik ini juga mampu mendiagnosis masalah angin ahmar, trauma pada otak, masalah sakit jiwa dan kemurungan serta membantu dalam bidang kognitif yang membabitkan terapi rehabiliti dan rawatan psikologi.
Sumber : Sihat Selalu
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pernah atau tidak anda bertanya mengapa setiap warna anggur itu berbeza? Adakah anda cakna tentang perbezaan itu atau terus ‘ngap’ sahaja kalau ada di depan mata?
Untuk pengetahuan pembaca, setiap buah-buahan mempunyai khasiat tersendiri termasuklah anggur tetapi uniknya anggur, khasiat itu terkandung berdasarkan warnanya :
1. Hitam keunguan untuk awet muda & jantung
Anggur yang berwarna hitam keunguan kaya dengan resveratrol yang bersifat antioksidan dan ia dihasilkan daripada biji anggur. Resveratol ini juga berfungsi sebagai zat yang dapat mencegah sel-sel kulit kita agar tidak cepat tua dan nampak awet muda. Selain itu, zat resveratol juga mampu menjaga tekanan darah dalam tubuh untuk mengalir stabil sekali gus melancarkan peredaran darah dan boleh menguatkan jantung. Dalam masa sama, anggur hitam keunguan ini turut boleh menurunkan kadar kolesterol dalam tubuh.
2. Merah untuk antioksidan & lebarkan pembuluh darah
Anggur merah juga memiliki kandungan resveratrol yang sangat tinggi. Selain resveratrol, anggur merah mempunyai antioksidan yang cukup baik untuk kegunaan tubuh dan ia berfungsi sebagai zat untuk melindung tubuh daripada terkena serangan penyakit. Selain boleh meningkatkan sistem ketahanan tubuh, anggur merah juga dikatakan boleh melebarkan pembuluh darah sekali gus mengelak darah anda tersumbat.
3. Hijau untuk cegah radang & kuruskan badan
Anggur hijau juga memiliki antioksidan dan zat yang dapat mencegah kita daripada terkena radang atau pembengkakan dalam tubuh. Manfaat lainnya, anggur hijau dapat menghilangkan zat-zat berbahaya dari tubuh serta menurunkan berat badan anda untuk berat yang lebih ideal.
Semoga bermanfaat!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Memilih jam tangan larian bukan sekadar soal jenama atau rupa. GPS, bateri, data latihan dan keselesaan memainkan peranan penting untuk membantu anda menjadi pelari yang lebih baik.