Aktiviti hiking atau mendaki bukit sangat menyeronokkan. Walaupun pada mulanya kita rasa seperti menyeksa diri kerana terpaksa menghadapi laluan sukar menuju ke puncak terutamanya pada badan serta lutut, namun pemandangan di atas sentiasa cantik hingga kita terlupa kita ibarat bertarung nyawa untuk sampai ke atas.
Untuk pastikan stamina kita sentiasa dalam keadaan baik, anda mestilah membuat persediaan fizikal seperti senaman yang sesuai untuk membiasakan tubuh anda. Elakkan daripada terus mendaki tanpa membut sedikit persediaan kerana dikhuatiri badan anda akan terkejut hingga sakit badan & masuk hospital.
Berikut adalah senaman yang sesuai untuk anda buat supaya badan bersedia untuk hari sebenar ketika mendaki.
Ambil dumbbell mengikut berat yang anda mampu dan pegang ia di hadapan dada anda. Buka sedikit kaki anda dan turun ke bawah hingga keadaan punggung anda dalam keadaan mencangkung. Guna sedikit tenaga untuk berada dalam posisi awal iaitu berdiri. Ini dikira sebagai 1 rep. Ulang langkah ini mengikut kemampuan dan tambahkan beban pada dumbbell untuk mendapatkan hasil yang lebih memberangsangkan.
Ads
2. Step – Ups
Senaman ini paling mudah dilakukan, anda tidak perlu ke gym kerana ia hanya menggunakan objek yang ada di sekeliling rumah. Cari permukaan yang tingginya lebih kurang 10-16 inci. Caranya adalah, naikkan kaki kanan ke atas permukaan dan gunakan kekuatan otot kekuatan kaki untuk menaikkan kaki kiri ke atas permukaan. Selepas itu, gunakan kaki yang sama untuk turun ke bawah dan ulangi langkah tersebut dengan selang selikan antara kaki kanan & kiri.
3. Downhill lunges
Senaman ini sesuai ketika anda menuruni bukit, beza ketika menaik, anda akan berjalan dengan perlahan kerana melawan hukum graviti, namun apabila turun dari puncak, anda akan rasa sedikit laju. Kalau tidak bersedia, pasti lutut anda akan sakit. Jadi, bersedia dengan senaman ini untuk memudahkan proses menurun bukit.
Ads
4. Hanging Knee Raises
Sekali pandang nampak macam tiada kena mengena senaman ini dengan aktiviti hiking. Namun, harus diingat senaman ini bertujuan untuk membina kekuatan core atau otot bahagian atas badan. Anda pasti akan membawa backpack, jadi senaman ini membantu menguatkan otot di bahagian belakang serta atas badan. Caranya cari alat senaman pull up Bar, pegang bar tersebut sambil lengan dibuka luas dan guna otot di perut untuk menaikkan lutut hingga menyentuh dada anda. Kawal pergerakan ketika menurun untuk ulangi rep ini mengikut kemampuan anda.
5. Kettlebell dead lift
Ads
Ini juga salah satu senaman yang penting untuk aktiviti hiking. Hanya gunakan dumbbell dengan berat sederhana sebagai permulaan. Berdiri tegak kaki menghadap hadapan. Tangan anda memegang dumbbell dan turunkan punggung secara 90 darjah sambil posisi dumbbell dikekalkan kedudukannya. Naik semula ke posisi asal iaitu berdiri tegak untuk lengkapkan satu pusingan. Ulangi langkah yang sama mengikut kemampuan untuk membina stamina anda.
Bila segalanya sudah dibuat, tiba masa untuk biasakan lutut anda dengan menggunakan peralatan stairmaster. Jika anda tidak mahu ke gym, gunakan tangga di rumah jika anda tinggal di rumah high rise atau cari tangga di kawasan rekreasi untuk bersenam.
Jadi selamat mencuba, semoga aktiviti hiking anda berjalan dengan lancar selepas berjaya mempersiapkan diri dengan senaman ini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Itulah yang sering kita dengar terutamanya di kalangan lelaki yang suka membina badan. Perkara ini memang bukan sesuatu yang pelik kerana sebenarnya ramai lelaki yang kurang memberikan tumpuan kepada senaman di bahagian paha dan kaki.
Sebab itulah ramai yang berbadan sado tetapi kakinya kurus kering. Usahlah anda jadi seperti itu ya.
Jadi bagaimana untuk melakukan senaman bahagian bawah anggota badan dengan baik dan mendapat hasil maksima. Lebih penting ia boleh dilakukan di mana sahaja.
Kali ini MASKULIN ingin kongsi 5 cara senaman yang anda boleh amalkan setiap hari dan lakukan dengan mudah tanpa mengira lokasi di mana.
Ini merupakan Do-Anywhere Leg Workour Challenge
Jika anda bersedia melakukan lebih senaman di bahagian peha dan kaki bersedialah melakukan beberapa jenis senaman di bawah. Lakukan setiap langkah selama 10 minit. Ia akan menguji kekuatan badan anda dan stamina selama sejam.
Lakukan 10 lompatan box squats setiap minit selama 10 minit. Ini bermakna anda harus set masa selama 10 minit kemudian lakukan 10 reps setiap kali masa baru bermula. Rehat seketika selang setiap reps.
Memberikan tekanan berimpak besar kepada sebelah kaki merupakan cabaran yang besar terhadap beginner. Jadi cuba lakukan lompatan free-version dahulu. Lakukan sebanyak 10 reps setiap belah kaki selama seminit.
Tetapkan masa selama 10 minit. Kemudian lakukan 30 box squats reps selama seminit. Rehat setiap kali selang reps berbeza.
Jika anda lakukan lompatan free-version sebelumnya ini merupakan senaman tambahan untuk menguatkan bahagian betis. Lakukan split selama 20 kali dengan 5 set untuk 15 reps setiap belah bahagian kaki.
Untuk finale ia cukup mudah namun agak sukar dihabiskan tanpa kaki menggeletar! Lakukan senaman ini 10 minit tanpa henti dengan one-leg box squats. Verikan perhatian dan fokus kepada bahagian kaki dan pergerakan bawah badan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Hanya dengan campuran bahan semula jadi, kini masalah perut buncit anda akan selesai. Jom cuba sekarang!
Petua 1 (Daun lidah buaya dan asam jawa)
Ambil sedikit daun lidah buaya dan air asam jawa, rebus kedua-dua bahan tersebut dengan api yang kecil tunggu sehingga ia menjadi pekat. Biarkan seketika sehingga bahan tadi menjadi suam dan lumurkan pada perut anda. Amalkan 3 kali seminggu dan lihat hasilnya.
Petua 2 (Asam jawa)
Bancuh asam jawa dengan segelas air panas dan biarkan semalaman. Minum pada keesokkan paginya, amalkannya setiap hari dan anda akan nampak perbezaanya.
Petua 3 (Limau nipis dan kapur sirih)
Perah air limau nipis dan letak sedikit kapur sirih gaul sehingga sebati. Selepas itu lumur pada bahagian perut dan balut perut itu dengan bengkung. Lakukan amalan itu sebelum tidur.( Tapi jangan guna kapur terlalu banyak tau.Takut awak-awak semua tak tahan panas.Buat sikit-sikit dulu ye J )
Petua 4 (Teh cina dan limau nipis)
Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dengan air panas serta campurkan dengan air limau nipis. Minum 2 kali sehari sebelum sarapan dan juga sebelum tidur.
Petua 5 (Limau nipis & air)
Ambil 2 biji limau nipis atau limau kasturi perah airnya dan campur dengan air sejuk. Amalkan setiap hari selama sebulan dan anda akan lihat hasilnya. Untuk cara yang lebih pantas lakukan senaman cardio ia akan membantu mengempiskan perut anda dengan cepat.
Petua 6 (Teh hijau, serbuk kayu manis dan madu lebah asli)
Setiap kali selepas makan tidak kira sarapan, makan tengahari mahupun makan malam, anda hendaklah amalkan meminum teh hijau dan kalau inginkan kelainan tambah serbuk kayu manis atau madu lebah untuk melihat kesannya dengan lebih cepat.
Sumber : Diari Kurus
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ini adalah perkongsian dari Muhammad Hafizee setelah berjaya menurunkan berat badan dari seberat 130kg menjadi 80kg, dari saiz baju XXXXL kepada M dab dari saiz pinggang 50cm kepada 37cm
Aku gemuk sejak kecil lagi,dari umur 7tahun badanku sudah mula berkembang seiring dengan umur. Ditambah pula ibu bapa aku merupakan pengusaha kedai makanan Thai (kami asal Pattani,Thailand),jadi hidupku makan dan sentiasa makan. Aku sendiri tukang masak,memang makan dan makan.
Badan aku makin besar dan terus membesar dengan jayanya.Ketika umur 12tahun,aku adalah antara budak yang paling gemuk disekolah.Tapi aku ini pencinta sukan.Walaupun aku gemuk,aku aktif bersukan seperti bola sepak,ragbi sentuh(pernah mewakili sekolah ketika tahun 4),tarik tali,lontar peluru,lempar cakera,badminton,bola tampar dan aku pernah mewakili sekolah untuk sukan ping pong.Tapi itu tidak membuatkan aku kurus,cumanya aku gemuk yang aktif.
Kemudian berat badan aku paling teruk naik ketika aku berumur 20tahun. Sebabnya pada umur 20,aku sudah tidak bersukan.Aku berhenti 100% dari bersukan dan badanku naik secara mendadak tanpa henti.Satu persatu baju dan seluar tidak boleh di pakai.Sehinggakan selama 3tahun aku memakai baju yang sama.Kerja,jalan-jalan,dan lain-lain hanya dengan satu baju itu sahaja.Sehinggakan orang perli,” kau ni dah tiada baju lainkah untuk dipakai”.Aku malu,kena hina macam ni.
Hidup aku penuh dengan cacian dan penghinaan sejak aku berumur 7 tahun sampai aku nak diet pun aku masih dikutuk,diperli dan dihina. Sejujurnya aku sangat terasa dan perasaan tidak yakin semakin menebal dari semasa ke semasa seiring dengan peningkatan umur.
Sejujurnya aku masih ingat satu persatu muka yang sering mengejek aku ketika disekolah rendah,sekolah menengah, kolej mahupun pondok. Sekarang kebanyakan orang yang sering mengejek aku gemuk itu dia sendiri yang mesej aku dan tanya tip untuk kurus sebab badannya dan naik(aku tidak suka kata orang gemuk, tapi aku guna badan naik atau besar sebab aku tahu perasaan seseorang apabila dikatakan GEMUK. Tapi aku tolong sebab aku bukan pendendam. Sebab aku berpegang kepada kata-kata ini.
KEJAYAAN ADALAH DENDAM YANG TERINDAH
Cuma nak cakapnya disini. Karma itu ada, jadi jangan kau hina orang gemuk sebab orang gemuk ini hatinya halus dan sensitif.
HANYA ORANG GEMUK FAHAM ORANG GEMUK
Antara penghinaan yang paling membuatkan aku malu ialah aku dipanggil naik kepentas dan kemudian aku di isytiharkan kepada orang ramai “Inilah budak paling gemuk disekolah”.Dihadapan pelajar-pelajar dan ibu bapa,kerana masa tu hari kecemerlangan sekolah.Ya Alloh,hanya Alloh sahaja tahu perasaan aku masa itu,aku sungguh malu diperlakukan begitu.Hadirin yang hadir gelak tanpa memikirkan perasaan aku masa itu.Aku hanya tersenyum kelat.Hati aku remuk dan aku tak tahan.Ikutkan hati,aku nak tumbuk dan terajang sampai patah riuk orang tu.Tapi ikutkan hati,mati.Lepas aku turun aku pergi menyendiri dan tenangkan fikiran seorang diri.
Sejujurnya,aku masih ingat kejadian itu walaupun sudah 7tahun berlalu,mana mungkin akanku lupa hari yang paling memalukan dalam hidupku.
BILA AKU MULA TERFIKIR UNTUK BERUBAH?
Aku mula terfikir untuk berubah ketika aku melihat saudara Arif Sukri menayangkan kisah kejayaan beliau di Facebook. Aku terfikir,dia mampu takkan aku tak mampu.Tarikh aku mula nak berubah ialah 26 jun 2015 dan
aku start mula diet pada 27 jun 2015.Aku ni jenis keras pada misi apapun.Ini sifat aku dari zama sekolah lagi.Andai aku ada misi.Aku akan selesaikan misi aku dengan sempurna.In shaa Alloh.
Jadi aku terus tinggalkan air batu(aku pencinta air batu),aku terus tinggalkan air manis(aku memang gila dengan air manis,aku mampu habiskan 10gelas air milo ais yang sememangnya manis setiap hari,dan ianya hari-hari aku buat),makanan berlemak seperti burger dan lain-lain 100% aku tinggal.Aku terus berubah kepada makanan diet seimbang.Aku terus belajar dan cari ilmu-ilmu diet seimbang.Aku terus buat tanpa alasan dan aku sentiasa mesej Arif Sukri untuk bertanyakan cara diet yang dia buat.Alhamdulillah dia tidak sombong dan terus melayan aku.Terima kasih Arif Sukri.
APAKAH CARANYA?
cara untuk kurus adalah dengan makan 6kali sehari.Tapi bagaimana?
Makan dalam keadaan portion yang sikit tapi kerap untuk naikkan metabolisma badan.
Halusi benda ni dengan baik.
1.SARAPAN
Untuk kurus kita wajib ambil sarapan.Sekali lagi saya ulang,WAJIB AMBIL.Sarapan jangan dilewatkan.Paling lambat biar sebelum sejam selepas kita bangun tidur sebab Metabolisma kita akan turun bila lambat bersarapan.
Waktu Sarapan
(6pagi hingga 9pagi)
Sarapan pagi ambil yang tidak berminyak dan biar cukup keperluan untuk badan seperti Karbohidrat kompleks ,protein dan serat.
Karbohidrat ambil karbohidrat kompleks seperti Rolled oat(cari organic rolled oat terbaik,jangan instant oat ya) .Roti gandum penuh.contoh terbaik canadian bread.Jangan bantai makan Nasi lemak.Aku cepuk jap lagi.
Protein pula ambil susu low fat,yang saya guna omega plus low fat dulu.Tapi sekarang saya beralih ke Skim low fat jenama sunlac sebab protein tinggi dan kalori rendah berbanding omega plus.Skim sunlac, 30gram tepung tu ada 10gram protein dan kalori dia 109kalori.
2.SNEK PAGI.
Waktu snek
(9pagi hingga 11pagi)
Sarapan dan snek pagi untuk bantu kita dari makan terlampau banyak ketika Makan tengah hari.
snek anda boleh makan buah,biskut jacob hi fibre cicah dengan kopi 0 tanpa gula,atau green tea tanpa gula.
Atau beli kacang gajus atau badam yang mentah kemudian grill pada suhu 180darjah pada masa 10minit.Jangan beli yang dah siap sebabnya tak sihat dan ada hidden kalori.
Kuantiti kacang gajus yang saya makan ketika snek ialah 24gram bersamaan 137kcal.Jangan kau ingat snek kau makan potato chip.Tu pedih namanya.
3.MAKAN TENGAH HARI
Waktunya
(12tengah hari hingga 4petang)
Masa ni kita kena ambil yang cukup untuk badan kita.Kena ada karbohidrat,protein dan serat.
Ingat Karbohidrat ambil kurang segenggam untuk turun berat badan dan segenggam untuk kekalkan berat badan.Yang ini Cikgu Kevin Zahri ajar.
Boleh kenyang ke?
Boleh dengan cara baca doa dahulu,kemudian makan dengan tenang .kunyah sampai lumat baru telan.Guna peraturan 20minit.Otak akan hantar isyarat yang menunjukkan kita kenyang adalah dalam masa 20minit.
Ikut sunnah Nabi Muhammad صلى اللّٰه عليه وسلم kita.berhenti sebelum kenyang.Jangan gelojoh.Nak tahu kita ni gelojoh ke atau tidak.Kita boleh habiskan makanan kurang dari 20minit.
Protein boleh ambil dari ayam,tetapi ayam ambil bahagian dada sahaja dan buang kulit.Sebab bahagian dada tinggi protein dan rendah kalori.
Manakala sayur ambil sayur hijau.Makan la banyak manapun sebab sayur hijau terbaik.Kalau tak biasa makan sayur minima 5gram sayur tetap kena ada dalam makanan kita.Elak sayur bergoreng.Terbaik ulam ulaman.Saya punya Kegemaran ialah Daun salad,kacang botol,pucuk ubi,brokoli,kangkung,timun dan petai.
Ingat,Nak kurus WAJIB MAKAN SAYUR.
4.SNEK PETANG
Waktunya
(4petang hingga 6petang)
Sama macam snek pagi.
5.MAKAN MALAM
Waktunya:~
(6ptg hingga 8mlm)
Sama macam makan tengah hari.
6.SUPPER
Waktunya:~
(10malam hingga 11malam)
Masa ni minum susu terbaik sebelum tidur.
Kata Cikgu kevin Zahri,orang yang minum susu lebih cepat kurus berbanding orang tidak minum susu.Lagi satu,susu itu sunnah Rasulullah صلى الله عليه وسلم.
Cara untuk elak buncit dan untuk penghadaman yang bagus.
Minum air segelas sebelum makan Selepas makan 30minit kemudian.
Kalau cara Tok Guru pondok,yang di ajar ialah selepas makan minum 3teguk sahaja(sikit sahaja).2Jam kemudian baru boleh minum banyak.Cuba kau amalkan.Aku sudah amalkan sebab aku yakin dengan apa yang Ulama cakap dalam apa perkara kerana Ulama itu Warosatul Anbiya” (Pewaris bagi Para Nabi).
Terbaik lagi 15Minit sebelum makan Tengah hari atau malam,dengan memakan buah dulu.
Mankala selepas makan pula,jangan makan buah pula.
Nasihat saya,buat dengan ilmu.Tak tahu tanya dan jangan bodoh sombong.In shaa Alloh.
ADA MASUK PROGRAM TAK?
Aku menyertai program JOM KURUS 1 MALAYSIA oleh Cikgu Kevin Zahri bahagian Shah Alam2 dibawah Coach Syukri Al-syukri dan coach Aain Nadra.Mereka berdua yang banyak menolong saya.Saya masuk dua sesi JK1M yakni JK1M sesi 5&6.
Bayaran untuk program tersebut ialah RM300.Akan ada orang cakap,”mahalnya”.Jawapan aku senang.Nanti masuk hospital sebab sakit kau ingat murah bayaran hospital.RM300 kau dapat ilmu yang bermanfaat seumur hidup.In shaa Alloh wa BiizniLLAH.Kau akan dapat kawan yang ramai,yang sama misi dan mereka akan saling bantu membantu.Kita akan lebih bersemangat.
PERNAH PLATEAU TAK?
Jangan takut pada plateau kerana plateau itu badan nak sesuaikan dengan berat kita yang terbaru.Bayangkan kalau kita tiada plateau pada sesi penurunan berat badan,mungkin tinggal tulang kita dibuatnya.
Itu sebab,apa-apa yang Alloh cipta pasti ada kebaikannya. Jangan pernah sangsi dengan Allah.
Aku plateau pada berat 113kg selama 3minggu.Apa yang aku buat ialah ubah cara makan dan cara senaman.
Makan pula aku cuba kurangkan sikit kalori tapi masih atas 1200kcal dan senaman pula aku beralih kepada FREELETICS BODYWEIGHT WORKOUT,boleh bayangkan tak budak gemuk 113kg tengah buat Freeletics.
Alhamdulillah berat aku turun,dan aku teruskan perjuangan untuk capai target aku.
SENAMAN APA YANG DIAMALKAN?
Aku berhenti bersukan selama 5tahun,mustahil untuk aku nak bersukan secara drastik seperti dulu.Jadi aku mulakan dengan berjalan kaki di stadium setiap pagi. Berjalan sahaja dalam 5pusingan.
Kemudian aku mula berjogging secara perlahan-lahan. Bila penat aku berhenti. Dari berat 130kg ke 113kg aku selalu senaman dengan berjalan dan senaman yang di ajarkan oleh coach ketika di jk1m.Kemudian pada berat 113kg aku mulai kenal freeletics bodyweight workout.Aku amalkan freeletics dari berat 113kg hingga 80kg yakni sekarang.Antara kawan freeletics yang bantu aku ialah Coach Sham,Freeletics Shah Alam, dan Freeletics Klang Adan Ikhlas dan Zulhilmi Zahari(Ni paling ganas dera aku,ingat lagi Rutin DIONE.1jam 15minit aku habiskan.Nak muntah semua ada,hahahahaha).Apapun terima kasih guys.
Sekarang senaman yang selalu aku buat ialah aku follow MadBarz app(street workout) dan Freeletics bodyweight dan kadang-kadang aku buat Tabata.Running aku buat seminggu sekali sahaja untuk endurance aku.Aku lebih fokus kepada strength kerana LEBIH BANYAK OTOT DIBINA LEBIH KUAT ENJIN PEMBAKARAN LEMAK.
SIAPAKAH YANG SENTIASA SOKONG PERJUANGAN AKU?
Orang yang paling banyak sokong aku ialah UMMI aku.UMMI aku paling banyak sokong.Dia yang selalu belikan barang diet untuk aku.Aku berjaya sebab ada Ibu yang sentiasa menyokong aku.Alhamdulillah.
Beliau tidak tunjukkan sokongan dengan kata-kata tapi beliau tujukkan sokongan dengan perbuatan dan itu lebih bermakna kepada aku.
DOA?
Ya,kita perlu berdoa kepada Allah untuk ditetapkan hati kerana kita ini INSAN(LUPA) dan Hati(QOLBUN,berubah).Berdoalah pada Alloh supaya ditetapkan hati untuk terus berjuang sehingga tercapai apa yang dihajatkan.Jangan pernah skip doa dan sentiasalah berdoa supaya urusan kita sentiasa dipermudahkan.
Terkahir sekali,aku sampaikan nasihat ini untuk diri sendiri dan kepada sahabat-sahabat.
APABILA KAU KURUS,JAGALAH AURAT.SUPAYA KEBERKATAN MENGALIR BERSAMA.IN SHAA ALLOH.
MUHAMMAD HAFIZEE a.k.a JISULONG
العقل السليم في الجسم السليم
Miliki Mercedes-Benz menerusi Agility+ dengan bayaran bulanan bermula RM1,988, tempoh pembiayaan fleksibel serta pilihan GFV yang memudahkan perancangan pemilikan.