Tak senang, dan tak pula terlalu susah kalau nak beli rumah pertama. Janji korang sediakan diri dengan ilmu yang betul lagi-lagi bagi golongan muda. Memang la ada pepatah yang berkata waktu muda hanya sekali jadi kita harus enjoy sepuasnya. Tapi enjoy-enjoy juga waktu tua pun tidak menunggu kita.
Jadi, buat yang masih muda ni kau boleh baca untuk iktibar. Banyak kesilapan anak muda yang boleh menghalang untuk memilki hartanah. Antaranya:
1. Tidak Tahu Aliran Wang
Pernah tak kau dapat gaji, lepas itu tak tahu duit pergi ke mana. Tiga minggu lepas gaji, tengok dompet serupa tumbuk bawang. Kau kena bijak mengawal aliran wang, bukan wang yang mengawal kau. Nak tahu kemana wang kau pergi, buatlah bajet. Sekarang banyak aplikasi dekat Google Store tu.
2. Bercinta Dengan Hutang
Paling banyak yang buat benda ni adalah mereka yang baru melangkah ke alam pekerjaan terutamanya sektor awam. Dah ada slip gaji, senang la kan nak buat pinjaman peribadi. Tak fikir dah kesan baik buruknya.
Bila ditanya kenapa buat pembiayaan peribadi, jawapannya sebab nak kahwin. Nak buat majlis gilang-gemilang. Takut apa pula orang kata. Keluar universiti, tapi majlis tak grand langsung. Susahla kalau macamtu. Buat je lah majlis ikut kemampuan kau. Kau yang kena tanggung, bukan mulut-mulut yang bercakap tu.
Ads
.
3. Hutang Kad Kredit
Kad kredit adalah pembunuh senyap pengurusan kewangan. Jika kau tak pandai kawal dan main swap je, bayar pun separuh-separuh memang kau akan merana serta menderita lah nanti. Kau kena ingat kadar faedah kad kredit merupakan kadar faedah yang paling tinggi. Boleh mencapai 18%. Tak salah guna kad kredit jika kau pandai mengawalnya.
.
4. Kereta Idaman
Tak salah mempunyai impian untuk memiliki kereta mewah. Yang salahnya apabila kau membeli kereta di luar kemampuan sendiri. Dah tahu gaji sebulan RM2000 tapi masih meneruskan impian membeli kereta Honda City. Alasannya tu lah kereta idaman, kereta impian sejak zaman belajar lagi. Kos petrol, servis, tol, kena ambil kira juga.
Takkan setiap bulan nak bayar ansuran kereta Honda City tapi malam-malam makan megi je. Agak-agaklah kan. Hold dulu impian tu. Kumpul duit dulu. Biar stabil. Nanti dah stabil belilah kereta impian tu. Tak lari gunung dikejar.
.
Ads
5. Gaya Hidup Mewah
Baru dapat gaji sendiri, dah mula rasa kaya. Lepak kedai mewah dan hipster je. Tidak salah mencuba sekali dua tetapi janganlah sampai setiap minggu nak makan di luar. Pakaian pula nak yang berjenama je. Telefon pintar kena up to date. Beli secara hutang pun tak jadi masalah. Janji yang terkini
6. Tidak Menyimpan
Masa muda ni buat apa nak menyimpan kan. Tunggu tua sedikit la baru nak menyimpan. Itu sikap kau. Kalau mula awal, hasilnya juga nampak awal. Cuba mulakan menyimpan 10% daripada pendapatan sejak mula bekerja. Tak seharusnya kena menyimpan 10%. Mulakan dengan menyimpan 2%. Lepas tu naikkan 5% daripada pendapatan. Asasnya, simpan dulu baru berbelanja. Simple.
Ads
7. Suka Travel
Jauh perjalanan, luas pengalaman. Ya, pergi travel bagus. Kau boleh jumpa ramai orang. Pemikiran jadi hebat. Tapi kalau pergi travel sampai tak bayar PTPTN, duit kutu, duit member pun tak habis bayar lagi, baik tak payah. Hutang dah keliling pinggang. Orang bank telefon tak nak jawab. Member mintak balik hutang, kau maki member pulak. Baik kau travel ke Port Dickson je, guna Myvi zero downpayment kau tu. Lagi jimat. Tak payah travel luar negara.
Eleh, kau tu dekat Insta up gambar pergi travel luar negara. Dekat Fesbuk marahkan kerajaan harga barang makin meningkat.
Masa muda ni lah kau nak membina aset ataupun membina beban hutang. Pilihan di tangan kau. Hasilnya bukan nampak sekarang, tapi lagi 10 tahun akan datang. Jom berubah ke arah kebaikan. Kah!
Sumber : AmirSyahir
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Berbicara pada saat sedang tidur atau yang sering disebut dengan mengigau adalah sesuatu yang wajar dialami oleh ramai orang. Mengigau kerap dialami oleh kanak-kanak, namun bukan bererti orang dewasa tidak akan mengalami hal tersebut.
Mengigau adalah gangguan tidur yang sering dialami ketika seseorang memasuki tahap tidur tertentu. Isi igauan biasanya berupa dialog yang rumit atau berupa monolog atau hanya sekadar gumaman. Seseorang yang mengigau biasanya tidak akan sedar akan apa yang telah ia ucapkan ketika tidur hingga mereka mengetahuinya dari orang lain.
PUNCA
Kurang tidur merupakan penyebab utama. Meskipun boleh digolongkan ke dalam penyebab yang paling ringan, namun kurang tidur merupakan hal yang bisa mendorong seseorang menjadi tidak sihat. Kurang tidur bisa menyebabkan berbagai gangguan kesihatan lain, seperti stres, obesiti, gangguan metabolisme, bahkan juga memicu gangguan jantung.
Seseorang yang sedang sakit atau sedang demam panas juga sangat mudah mengigau. Kondisi fizikal seseorang yang sedang sakit relatif tidak bugar sehingga menyebabkan gangguan di dalam sistema kerja organ tubuh. Akibatnya mempengaruhi pola tidur seseorang.
Mengigau kemungkinan besar disebabkan oleh adanya faktor genetik atau keturunan. Jadi, jika orang tua anda memiliki kebiasaan mengigau pada saat tidur maka kemungkinan anda juga akan mengalami hal yang sama. Jika anda adalah orang yang sering mengigau kerana adanya faktor keturunan maka anda tidak perlu khuatir dengan kondisi tersebut kerana hal tersebut bukan sesuatu yang boleh membahayakan kesihatan
Seseorang yang mengalami atau memiliki masalah sangat mudah untuk mengigau ketika tidur. Akibat dari stres yang sedang dimiliki seseorang, kemungkinan besar tidurnya akan terganggu. Bahkan permasalahan yang sedang ia alami dan belum terselesaikan bisa jadi akan mengganggu tidurnya dan membuat kondisi fikirannya menjadi tidak tenang. Akibatnya, ia akan mengigau ketika tidur.
Penelitian telah membuktikan bahawa kebiasaan orang yang mengambil alkohol dan juga kafein berlebihan merupakan dua kebiasaan buruk yang dapat mengganggu kesihatan tubuh dan juga mengganggu kualiti tidur.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Penyanyi popular, Haqiem Rusli berkongsi tentang perubahan besar dalam hidupnya selepas hampir empat tahun mendirikan rumah tangga bersama isteri tercinta, Anis Sofea. Bagi pemilik nama penuh Ridzuan Haqiem Rusli yang kini berusia 27 tahun, alam perkahwinan telah menjadi titik tolak untuk dirinya membuang sifat negatif dan mendidik jiwa agar lebih matang.
Menurut Haqiem, sebelum berkahwin dirinya tidak lari daripada sikap “toksik” dan perangai kebudak-budakan. Namun, kehadiran isteri dalam hidup benar-benar mengubah cara dia memandang kehidupan.
“Perkahwinan ajar saya erti matang. Bukanlah saya nak cakap saya terlalu matang, tapi perkahwinan membuang sikap toksik dan benda-benda negatif dalam hidup saya. Mungkin dulu saya ada perangai sombong atau perangai budak-budak muda,” katanya.
Sebagai lelaki, Haqiem percaya perkahwinan bukan sekadar menyatukan dua jiwa, tetapi turut menuntut rasa tanggungjawab yang besar. Ia menjadikan dirinya lebih sabar, lebih terkawal dan lebih fokus kepada perjalanan hidup serta kerjaya.
Bagi Haqiem, usia bukanlah ukuran untuk membina rumah tangga. Ditanya sama ada dia pernah menyesal berkahwin muda, pelantun lagu Sangkar Derita itu menegaskan bahawa keputusannya tidak pernah disesali.
“Saya tidak pernah menyesal sama sekali. Sebab saya percaya itu adalah takdir Allah dah beri,” ujarnya penuh yakin.
Baginya, kebahagiaan yang dimiliki hari ini adalah rezeki dan ketentuan Ilahi, dan dia memilih untuk menghargai setiap detik perjalanan itu.
Tidak menafikan dirinya kadang-kadang terkesan apabila sering ditanya soal zuriat, Haqiem tetap memilih untuk bersabar.
“Bukan tak cuba, kita cuba tapi rezeki semua dari Allah. Saya menunggu sahaja,” katanya.
Sikap reda dan tenang ini mencerminkan kematangan seorang lelaki yang tidak lagi mengejar kesempurnaan duniawi, sebaliknya percaya bahawa setiap perkara akan hadir pada waktunya.
Perjalanan Haqiem Rusli membuktikan bahawa seorang lelaki tidak akan selamanya terikat dengan perangai kebudak-budakan. Dengan perkahwinan, tanggungjawab dan kesedaran diri, seseorang boleh berubah menjadi versi terbaik dirinya.
Lelaki sejati bukan diukur pada rupa atau harta, tetapi pada keberanian mengakui kelemahan dan kekuatan untuk terus memperbaiki diri.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Untuk pentas fesyen kali ini, trend dunia fesyen lelaki kian mencabar dengan penggunaan warna yang kontra, lebih terang, kuat dan bold. Bukan itu sahaja, malah trend kali ini mempersembahkan potongan siluet yang lebih besar dan unik, jelas menunjukkan seni futuristik. Contohnya jenama Balenciaga dalam memperkaryakan sentuhan baru dalam rekaan bahagian bahu yang lebih besar. Ini adalah trend terbaik untuk gaya menswear yang anda wajib cuba!
OVERSIZED SHOULDERS
Rekaan bahu yang lebih besar ini mungkin antara trend terhangat di kalangan golongan lelaki yang mahukan sesuatu kelainan dalam gaya formal mereka. Walaupun tampak sedikit elemen 80-an, namun rekaan ini menunjukkan “bigger is better”. Lebih kemas dan lebih sophisticated. Antara barisan pereka yang mula menghidupkan trend baru ini adalah Balenciaga dan Vivienne Westwood.
RAINWEAR
Hujan di pentas fesyen kali ini! Siapa bilang kot hujan hanya dipakai bila waktu hujan? Bukan untuk tahun 2017 ini! Trend ini menyaksikan gabungan inovasi serta kreativiti pereka dalam menghasilkan kot panjang yang menggunakan fabrik ala kalis air untuk disarungkan pada mereka yang mempunyai sifat gentleman yang tinggi. Contohnya seperti jenama mewah Gucci. Pereka Alessandro Michele mencedok elemen kembara perjalanan dalam koleksi rekaanya lalu menghasilkan helaian rainwear yang menggambarkan cuaca yang tidak menentu di kala perjalanan namun masih mampu menyarung helaian serba mewah, biarpun di kala hujan ribut. Nah! Jelas terbukti, fesyen hari ini begitu menitik beratkan tentang gaya yang mewah, eksklusif dan selesa walaupun di mana anda berada!
YELLOW IS A NEW BLACK!
Tahun ini bukanlah untuk rona hitam beraksi ligat di pentas trend kali ini. Tolak ketepi helaian hitam di wardrobe anda. Gantikan ia dengan warna kuning yang menyerlah! Ya! Warna kuning ini dilihat sebagai pengganti untuk warna hitam. Rata-rata pereka menjadikan warna kuning ini sebagai lambang kepada sifat yang lebih bold, agresif dan berani. Jadi, sudahkah anda bersedia untuk menyarung sepasang sut kuning?
AYUH BERSANTAI!
Sesuai dengan konsep trend kali ini, ini adalah trend pilihan terbaik untuk musim ini. Ketepikan dahulu helaian kot panjang mahupun kemeja kosong dalam penggayaan anda, cuba pula dengan konsep yang lebih longgar, mudah, bercorak dan semestinya santai. Inilah masanya untuk anda merehatkan diri di tepi lautan luas, namun masih dalam gaya yang bijak! Motif floral yang sarat juga warna yang ceria menjadikan gaya anda lebih cool!
LUT SINAR
Masih ingat dengan trend lace dahulu? Pernah menjadi antara trend terbaik tahun 2016, kali ini pereka menghasilkan rekaan yang lebih berani, berahi dan straightforward dengan menggunakan fabrik lut sinar dalam rekaan mereka. Mungkin tampak sedikit androgini, but come on! Kita masih lagi berdiskusi dalam musim kala ini. Why not? Y/Project dan Walter Van Beirendonck antara jenama yang menghasilkan trend ini. Tidak salah bukan jika mengenakan konsep seksis dalam gaya fesyen harian kamu?
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.