DATO’DR HAMZAKI

REMISER

Saya merupakan bekas salah seorang ‘Banker’, ‘remiser’ dan pengurus agensi di salah sebuah bank tempatan. Saya telah berkhidmat dalam bidang perbankan selama hampir 15 tahun sehinggalah sekarang.

 

PENGASAS

Mempunyai integriti, berdedikasi, berdaya saing, kreatif dan mempunyai matlamat hidup juga berwawasan adalah daya kekuatan untuk bergelar seorang pengasas. Bukan senang menjadi seorang pengasas kerana dalam peredaran masa sekarang semua aspek di atas harus dimiliki untuk terus maju dan berjaya serta kaya raya.

Jutawan Di Usia 26 Tahun. Jangan Tiru Bisnes Orang Lain- Dato Zack

JUTAWAN PADA USIA 26 TAHUN

Saya menjadi jutawan pada usia 26 tahun. Bukan untuk riak dengan memberitahu semua ini tetapi saya ingin semua pembaca di luar sana bangkit untuk mengapai title sebegini juga. Fikirkan dari sudut positif tentang kejayaan ini agar menjadi pendorong anda semua boleh berjaya seperti saya juga. Angan–angan perlu ada tetapi harus disertakan dengan tindakan. Tidak kira dalam bidang apa, anda boleh menjadi jutawan jika berusaha dengan bersungguh-sungguh.

 

IKLAN

MENGAPA MELAYU HARUS BERNIAGA?

Ini soalan yang sering saya utarakan semula apabila ramai yang bertanya rahsia kejayaan saya. Perniagaan amat digalakkan dalam kehidupan termasuklah agama. Nabi pun pernah mengatakan bahawa 9/10 punca rezeki datangnya dari perniagaan. Maka, dunia perniagaan ini tidak perlu dipertikaikan lagi hasilnya. Jika anda kaji sumber kekayaan orang-orang kaya di dunia, datangnya dari perniagaan.

 

KUNCI PERNIAGAAN

Jangan tiru bisnes orang lain. Harus dari kebolehan/minat anda sendiri.

 

IKLAN

WANG

Perkara yang tidak boleh dimainkan. Benda wajib yang perlu ada dalam kehidupan sekarang ini. Apabila bercakap mengenai kejayaan maka wang juga menjadi salah salu faktor kejayaan tersebut.

Jutawan Di Usia 26 Tahun. Jangan Tiru Bisnes Orang Lain- Dato Zack

CANTIK

Saya percaya ramai di luar sana mementingkan penjagaan kesihatan luaran dan dalaman. Lelaki mahupun wanita di zaman ini mementingkan penampilan mereka. Semua orang ingin nampak cantik dan keyakinan diri itu bermula dengan bentuk tubuh  dan penampilan yang menarik. Semua ini adalah jawapan kenapa saya memilih dunia kecantikan untuk mengembangkan bisnes saya.

Kecantikan sebenar bukan sahaja  pada luaran seseorang itu tetapi ia datang dari dalaman. Gembira dan bahagia dengan diri sendiri bagi saya adalah satu kecantikkan yang unik dan mempunyai kelasnya yang tersendiri. Sekaligus membawa aura tersebut kepada wajah dan badan seseorang.

IKLAN

 

Jutawan Di Usia 26 Tahun. Jangan Tiru Bisnes Orang Lain- Dato Zack

KESEIMBANGAN DALAM DUNIA LELAKI

Saya gemar menekankan isu keseimbangan dalam hidup. Walaupun anda adalah perniaga yang tersibuk sekali pun, jangan lupa untuk mengimbanginya. Seperti saya, saya akan seimbangkan masa dengan memberi perhatian kepada keluarga, gim atau melakukan perkara yang saya gemar tetapi dalam keadaan yang santai.

 

 

Biodata  & Profile:

 

Nama penuh:Dato’Dr Hamzaki Bin Haji Hamzah
Asal: Kelantan
Tarikh lahir:30 Mac 1977
Tahap pendidikan: Doctorate In Business Administration (Wisconsin Universiti, Amerika Syarikat )
 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI