Tiada pengalaman bukanlah penghalang untuk seseorang itu mencapai kejayaan. Selagi ada kemahuan dan kesabaran, hasil yang akan diperoleh pasti terbaik sejajar dengan usaha berterusan. Siapa kita untuk menidakkan takdir yang telah ditentukan oleh Nya. Berbekalkan semangat untuk mengubah kehidupan, kini Khairun Basiran, 30, boleh mengukir senyuman atas pencapaian yang dicapainya sejak empat tahun kebelakangan ini.
Berkesempatan menemu bual anak jati Kuala Kangsar baru-baru ini, cukup mengujakan kerana dari hanya orang yang biasa-biasa sahaja kini Khairun dianggap luar biasa dalam kalangan rakan bisnes.
Memulakan karier sebagai seorang kakitangan kerajaan, Khairun tidak menyangka rezekinya beralih ke bidang perniagaan. Walaupun sudah banyak kali gagal dalam perniagaan tidak sesekali membuatkannya menyesal.
“Mungkin masa saya menjalankan beberapa jenis perniagaan sebelum ini tiada sesiapa yang menasihati saya. Jadi apabila saya terlibat dalam perniagaan Hai-O ini saya rasa lebih yakin kerana adanya mentor yang cukup mengambil berat dan membimbing sehingga berjaya.
“Semasa mula-mula terlibat dalam Hai-O saya tidak tahu adakah saya mampu menjual barangan kesihatan dan kecantikan yang sinonim dengan wanita sedangkan saya seorang lelaki. Macam mana saya nak promosikan? Pelbagai persoalan bermain di benak fikiran.
“Tambahan pula, semasa saya menyuarakan hasrat kepada kedua ibu bapa dan isteri yang saya mahu berhenti kerja dan menumpukan kepada bisnes networking, saya mendapat tentangan.
“Bukan apa mereka takut saya tidak mampu melakukannya kerana sebelum ini setiap hujung bulan saya akan menerima gaji. Jadi mereka beranggapan ini satu cabaran yang cukup besar buat saya,” katanya.
Khairun berkata, walaupun masih belum ada keyakinan tinggi untuk menjalankan bisnes ini, namun demi untuk mengubah masa depan, saya tawakal dan memberi kepercayaan kepada kedua orang tua dan isteri agar memberi ruang untuk saya membuktikannya. Prinsip saya kalau kita tak cuba kita tak akan tahu hasilnya.
“Dalam masa yang sama, tiada apa yang saya fikirkan pada waktu itu kecuali untuk menjelaskan segala hutang yang ada dan memberi kesenangan kepada ahli keluarga.
“Alhamdulillah pada 2013 saya telah menyertai kumpulan Charismatic Leaders Academy (CLA) di bawah bimbingan mentor CDM Said Saiful Fazli iaitu pengasas CLA yang sehingga kini antara individu yang dikagumi.
Ads
“CLA ini dianggap platform terbaik untuk yang berminat menambah pendapatan sampingan tanpa perlu mengeluarkan produk sendiri dan akan diajar bermula dari bawah,” ujarnya.
Penghargaan diri
Mengakui semasa permulaan, agak perlahan juga jualan sehingga sampai satu tahap saya rasa menyesal. Apabila fikirkan semula tidak boleh mengalah, akhirnya saya cuba juga. Segala ilmu dari mentor saya guna pakai dan dari sebulan ke sebulan sudah mula menampakkan perkembangan positif.
“Paling membuatkan saya gembira apabila menerima insentif pakej melancong ke Vietnam sebagai tanda penghargaan pencapaian yang saya peroleh.
“Dari situ saya jadi bersemangat dan berjaya pula mengikuti trip ke Paris, London, Shanghai, Austria dan Hungary atas komitmen dan kejayaan mencapai target yang telah ditetapkan,” jelasnya.
Menariknya mengenai Khairun, daripada zero dia telah menerima pangkat Crown Diamond Manager (CDM) iaitu pangkat tertinggi dalam organisasi syarikat Hai-O pada 2015 selepas dua tahun serius dalam bisnes.
Ads
Daripada seorang yang tiada apa, Khairun juga telah melahirkan dua orang CDM dibawahnya dan sekarang menjadi mentor untuk rakan-rakan bisnes yang lain.
Matlamat jelas
Berbicara mengenai matlamat hidup, Khairun telah mempunyai perancangan khusus demi masa depannya dan insan tersayang. Sebolehnya saya mahu membuat pelaburan dalam bidang hartanah.
“Bidang ini bukan sahaja memberi pulangan yang berganda tetapi tidak rugi. Kita kena bijak merancang dalam keadaan ekonomi sekarang. Apa yang kita buat biar mendapat manfaat.
“Disebabkan saya pernah gagal dalam bisnes yang diceburi, pengalaman itulah yang mematangkan diri. Turun naik lumrah bagi orang berniaga asalkan kita tahu di mana tahap kita untuk terus mengekalkan momentum tersebut.
Sementara itu, mengulas mengenai jaringan bisnes yang dikendalikan sekarang, semangat kerja berpasukan antara yang perlu dititikberatkan. Kita perlu ada satu sikap profesional dan tidak mementingkan diri sendiri.
Ads
“Perlu ada tanggungjawab untuk menolong rakan yang lain. Jika konsep ini diamalkan gerak kerja berpasukan berjalan lancar dan kejayaan yang diraih berlipat kali ganda.
“Sebagai orang yang terlibat dalam bisnes, kita juga perlu membuang rasa ego dan malu. Sikap ini antara penghalang untuk seseorang berjaya. Jika kita rasa produk yang kita jual tidak sesuai dengan jiwa sampai bil-bila pun akan kekal berada di takuk yang sama,” tegasnya.
Sudut positif
Bak kata orang, cabaran yang dilalui akan memberi satu inspirasi. Begitu juga buat bapa kepada empat cahaya mata ini. Cabaran sebenarnya membuatkan saya boleh mempertingkatkan diri ke tahap yang lebih baik.
“Melalui cabaran itu saya boleh tahu di mana kelemahan dan kelebihan diri dan secara tidak langsung menjadikan saya anak, suami, ayah, anak didik dan mentor yang lebih baik.
“Saya juga cukup terharu dalam keadaan susah dan senang, isteri, Shafida Sharani sentiasa menjadi tunjang utama dan kini dia juga turut sama terlibat dalam bisnes Hai-O.
“Bagaimanapun saya cukup berterima kasih kepada sifu Multimillionaire CDM Hajah Siti Rohana dan CDM Haji Azlan Deraman yang tidak putus-putus memberi sokongan dan tunjuk ajar kepada saya dan kumpulan selain mentor Said Saiful Fazli,” akhirinya menutup bicara.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Benarkah masalah tidur penyebab kepada masalah kegemukan? Ramai di kalangan kita tidak sedar bahawa 7 daripada 10 orang mengalami masalah tidur yang berkualiti. Perkara ini nampak remeh dan biasa, tetapi jika dibiarkan berlarutan lama-kelamaan ia menjadi punca kepada masalah kesihatan lebih-lebih lagi berkaitan dengan berat badan.
Apakah tabiat-tabiat yang tidak elok untuk diamalkan sehingga membuatkan seseorang itu berhadapan dengan masalah kegemukan? Berikut penyebabnya.
TIDUR BUKAN KEUTAMAAN
Kebanyakan orang meremehkan waktu tidur mereka dan lebih memilih melakukan kegiatan lain seperti bermain permainan video, melepak dengan kawan-kawan di luar atau menonton cerita lewat malam daripada tidur mengikut waktunya. Kajian telah menunjukkan bahawa orang yang kurang tidur cenderung akan mengambil lebih banyak kalori dibandingkan orang yang cukup tidur kerana mempunyai masa yang ada dengan makan, bukan berehat atau tidur. Jika anda sudah terbiasa dengan kurang tidur, berkemungkinan besar anda juga akan terbiasa mengambil lebih banyak kalori sehingga membuatkan anda lebih cepat gemuk.
KUALITI TIDUR RENDAH
Jika anda merupakan orang yang jenis tepat pada waktunya, tetapi mudah terbangun pada tengah malam ataupun tidur yang mudah terganggu, itu bermakna anda mempunyai kualiti tidur yang tidak baik. Kualiti tidur yang rendah juga boleh membuatkan seseorang itu cepat gemuk kerana mudah merasa tertekan. Kualiti tidur seperti ini mungkin disebabkan oleh beberapa hal kecemasan, stres dan seumpamanya. Untuk mendapatkan tidur yang lebih berkualiti, seelok-eloknya lakukan sedikit senaman atau meditasi. Matikan segala objek elektronik atau letak dalam mod silent agar tidur anda tidak terganggu dengan bunyinya.
MAKAN SEBELUM TIDUR
Makan sebelum masuk tidur adalah tabiat yang tidak elok. Kesannya anda akan mengambil lebih makanan berat dan berkalori tinggi dengan berharap dapat tidur lebih lama dan nyenyak. Tabiat ini boleh diubah jika anda masih berasa lapar sebelum tidur dengan mengambil minuman segelas susu atau malt coklat dan beberapa biji kurma atau kismis. Makanan ini tidak mengenyangkan tetapi mampu menahan perut anda dari terus lapar. Jangan lupa berus gigi dengan ubat gigi berpudina bagi mengurangkan keinginan untuk makan lewat malam.
BANGUN LEWAT
Adakah anda seorang yang suka tidur lewat atau kerap menukar kepada mod snooze tiap kali alarm telefon berbunyi? Sebaiknya ubah tabiat itu dengan terus bangun dan jangan sambung tidur. Tidur lewat akan membuatkan anda akan bangun lewat pada keesokannya harinya dan ini akan membuatkan anda berada dalam keadaan lapar dua kali ganda dari biasa. Tidak hairan jika ada kemungkinannya anda akan makan dengan banyak. Tabiat ini jika tidak diubah lama-kelamaan akan membuatkan berat badan naik mendadak. Jadi, tidurlah di awal waktu dan ini akan membuatkan anda bangun pagi lebih awal.
Jadi, waktu sarapan anda lebih teratur dan berpada-pada. Atasinya dengan segera bangun jika terjaga dengan bunyi alarm walaupun masih terasa mengantuk dan buat sedikit regangan dan senaman ringan. Hirup udara pagi yang segar mampu membuatkan anda terasa lebih cergas untuk memulakan hari baru.
SUMBER : DIARI KURUS
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
JANGAN KERANA RUPA PARAS, RUMAH TANGGA PORAK-PERANDA
Hanya manusia biasa, itulah kita. Dari hari ke hari, pastinya fizikal berubah mengikut peredaran waktu. Tuntutan tanggungjawab menyebabkan kita tiada masa untuk menjaga penampilan. Ia sukar dielakkan namun ia berprestasi menggugat keharmonian rumah tangga. Oleh itu, ikuti tip bernas ini agar anda berdua kekal bersedia. Jangan jadikan paras rupa jadi sebagai taruhan menyulam cinta dan kebahagiaan rumah tangga.
1) IMBAS KEMBALI
Ya, setiap daripada kita mengimpikan pasangan punyai paras rupa menawan. Namun, ‘kesempurnaan’ itu ada kalanya tidak kekal, sehinggakan sedikit sebanyak memberi kesan dalam kelangsungan rumah tangga seperti perasaan jemu dan seterusnya pengabaian emosi masing-masing.
Oleh itu, jika cinta anda berdua ikhlas dan bukan berpaksikan rupa semata-mata, imbaslah semula kenangan dan memori ketika bercinta dulu serta pengorbanan yang pernah dilaksanakan. Nescaya, anda berdua akan kekal selamanya.
2) SALING MENASIHATI
Dalam mengharungi arus hidup berkongsi, pastinya banyak perkara yang perlu difikirkan. Namun, anda dan pasangan perlulah sentiasa peka dengan persekitaran serta sentiasa nasihat-menasihati agar diri masing-masing tampil menarik. Elakkan daripada membiarkan diri kusut dengan masalah rumah tangga yang menimpa. Tampil segar sentiasa di mata sanak saudara, rakan mahupun jiran tetangga.
3) TERBUKA TERIMA KETIDAKSEMPURNAAN
Ini perlu untuk memupuk hubungan baik antara suami dan isteri. Masing-masing perlulah menerima kenyataan bahawa kecantikan luaran akan pudar, namun tidak kecantikan dalam diri. Oleh itu, bersedia untuk menerima sebarang ketidaksempurnaan dan perbaikilah imej diri.
4) BERFIKIRAN MATANG
Ya, tidak semua bertuah memiliki raut idaman. Namun, jangan jadikan ia satu kelemahan dalam diri mahupun dalam sebuah institusi kekeluargaan. Jadilah seorang yang matang dalam menjalani kehidupan. Nescaya kematangan anda akan menyerlahkan kewibawaan serta persona diri.
5) BAWA KE PUSAT PERAPIAN DIRI
Kulit kasar dan berminyak, perut buncit, muka berjerawat, selulit dan pelbagai lagi kondisi mencela penampilan anda. Jika pasangan anda dilihat kurang menjaga aspek luaran, pancinglah hati si dia dengan membawanya ke spa mahupun pusat perapian diri bagi menyerlahkan sisi perawannya.
TIP PERLU IKUT
1) Jangan memerli mahupun memandang enteng jika pasangan anda kelihatan tidak menarik lagi. Berikannya semangat serta dorongan untuk berubah ke kondisi yang lebih baik.
2) Anda boleh hadiahkan set produk kecantikan, namun jangan sampai si dia terkecil hati dengan tindakan anda itu.
3) Sebagai ketua keluarga, perlulah anda memantau segala keperluan perapian diri / kosmetik si isteri. Biar dia tahu anda juga ambil peduli akan hal-hal sedemikian.
4) Anda pula jangan terlalu mengharapkan si dia tampil berbeza dan menarik mengikut kemahuan anda. Hargai segala usahanya untuk tampil cantik di mata anda.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kita selalu nampak senario ini: seorang lelaki berjalan di samping pasangannya, dan di tangannya tergantung… sebuah handbag wanita. Serta-merta, ada bisikan, ada pandangan. “Alahai, kalau tak takut bini, kena queen control la tu”!
Sebagai seorang lelaki yang juga mendalami psikologi kaum sejenis, pemandangan ini sentiasa menarik perhatian saya.
Adakah benar, hanya kerana seorang lelaki memegang beg tangan isterinya, secara automatik dia dicop sebagai lemah, dikawal, atau “takut bini”? Mari kita kupas dari sudut pandang yang lebih mendalam.
Stereotaip Lapuk vs Realiti Moden
Label “takut bini” atau “queen control” ini sebenarnya berakar dari stereotaip maskuliniti yang lapuk.
Ia menggambarkan lelaki ideal sebagai individu yang sentiasa dominan, keras, dan tidak “tunduk” kepada wanita, walau dalam perkara sekecil memegang beg.
Sesiapa yang dilihat melakukan “kerja wanita” atau membantu pasangan secara terang-terangan dianggap mencabuli “keegoan” atau “kekuatan” lelaki.
Namun, dalam dunia yang semakin matang dan memahami konsep perkongsian hidup, stereotaip ini mula goyah.
Apa yang dilihat sebagai “kelemahan” oleh sesetengah pihak, sebenarnya boleh jadi petunjuk kepada kekuatan lain dalam diri seorang lelaki dan dalam hubungannya.
Sudut Pandang Psikologi & Perkongsian
Dari perspektif psikologi perhubungan, tindakan seorang lelaki memegang handbag isterinya jarang sekali bermaksud dia “takut”. Sebaliknya, ia lebih cenderung melambangkan:
Tindakan Praktikal: Paling mudah, isterinya mungkin sarat dengan barang lain (plastik membeli-belah, anak, fail kerja, dll.). Memegang begnya adalah cara terpantas dan termudah untuk meringankan beban dan memudahkannya bergerak. Ini bukan isu kawalan, ini isu logistik.
Sokongan dan Keprihatinan: Ia adalah isyarat bahawa dia prihatin dengan keselesaan pasangannya. Dia melihat isterinya memerlukan bantuan dan serta-merta menawarkan sokongan tanpa perlu diminta atau tanpa rasa ego tercabar.
Keyakinan Diri: Lelaki yang benar-benar yakin dengan dirinya tidak akan risau dengan pandangan atau penilaian orang lain mengenai perbuatan ringkas seperti memegang beg isteri. Keegoannya tidak rapuh hanya kerana melakukan sesuatu yang dianggap “bukan kerja lelaki” oleh sesetengah pihak. Keyakinan dirinya datang dari dalam, bukan dari validasi luaran atau pegangan pada stereotaip.
Keutamaan Perhubungan: Bagi lelaki ini, keutamaan adalah pasangannya dan hubungan mereka, bukan persepsi orang luar. Dia lebih rela dianggap “takut bini” oleh individu yang dangkal, asalkan pasangannya selesa dan dia dapat menunjukkan sokongan.
“Chivalry” Moden: Dalam konteks moden, chivalry bukan lagi tentang membukakan pintu kereta semata-mata (walaupun itu pun bagus!). Ia adalah tentang kesediaan untuk berkhidmat dan memudahkan pasangan dalam apa jua cara yang termampu, termasuk memegang beg tangannya ketika diperlukan.
Jadi, Adakah Dia Takut Bini?
Jawapannya, dalam kebanyakan kes yang sihat dan normal, adalah tidak. Lelaki yang selesa memegang beg tangan isterinya di khalayak ramai selalunya adalah lelaki yang:
Praktikal dan suka membantu.
Tidak terbeban dengan stereotaip maskuliniti toksik.
Mempunyai keyakinan diri yang stabil.
Meletakkan keselesaan dan keperluan pasangannya sebagai keutamaan dalam situasi tertentu.
Berada dalam hubungan yang sihat berasaskan sokongan dan kerjasama.
Sebenarnya, lelaki yang tidak berani atau malu untuk memegang beg isteri (apabila ada keperluan praktikal) mungkin lebih banyak bergelut dengan isu keyakinan diri atau terlalu terikat pada pandangan orang lain.
Kesimpulannya, melihat seorang lelaki memegang handbag isteri bukanlah bukti dia “takut bini” atau dikawal.
Ia selalunya petunjuk bahawa dia seorang lelaki yang matang, praktikal, prihatin, dan selesa dengan identiti dirinya serta hubungan perkongsian yang dibina bersama pasangannya.
Ia adalah tanda kekuatan, bukan kelemahan. Jadi, lain kali nampak senario ini, cuba fikirkan semula – mungkin dia bukan “takut bini”, tapi seorang suami yang cintakan isterinya dan tak kisah buat perkara kecil untuk mudahkan urusan wanita kesayangannya.
Bukankah itu ciri lelaki sejati?
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.