Ada bermacam-macam jenis sayur yang kaya dengan vitamin dan serat yang baik untuk tubuh. Tapi, mesti ramai yang tidak tahu bahawa setiap jenis sayur mengandungi protein dan khasiat yang berbeza. Sayur taugeh, memang ramai yang tak sukakan sayur ini sebenarnya, tapi sebenarnya ia sangat baik terutama sekali untuk kuruskan badan dan kesuburan lelaki. Ini 6 kebaikan sayur taugeh yang ramai tidak tahu!
1. Sumber enzim
Taugeh mengandungi 100 kali lebih banyak enzim berbanding sayuran dan buah-buahan yang tidak dimasak. Enzim ini adalah protein istimewa untuk meningkatkan fungsi organ dalam tubuh.
2. Sumber protein
Ads
Taugeh boleh menggantikan sumber proteing baik yang lain seperti daging atau ayam. Taugeh mengandungi 35 peratus protein untuk tubuh.
3. Mudah dihadam
Memandangkan jumlah enzim yang cukup banyak di dalamnya, taugeh mudah dihadam. Taugeh membantu mereka yang ada masalah perut kembung dan penghadaman.
Ads
4. Menurunkan berat badan
Sayur taugeh kaya dengan zat dan rendah kalori membantu menurunkan berat badan. Disamping itu, ia boleh buatkan rasa lebih kenyang.
Ads
5. Meningkatkan kesuburan
Taugeh mengandungi vitamin E dan protein sangat tinggi. Ia dapat meningkatkan kesuburan lelaki kerana pelbagai hormon lelaki dapat dihasilkan dengan ransangan ketika menikmati sayur ini.
6. Mencegah Anemia
Sayur ini mengandungi asid folik yang sangat bagus untuk sel darah merah. Pengeluaran darah merah yang stabil membantu mencegah terjadi anemia.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Impak pisau cukup nyata boleh menyebabkan iritasi pada kulit wajah jika tidak dijaga dengan rapi. Kemerahan dan kerengsaan mampu buat kulit wajah merasa tidak selesa dan sudah pasti mengganggu perjalanan kerja. Proses mencukur bukan sahaja hanya untuk menghilangkan rambut di wajah malah memberi kesan kepada kulit. Atasi masalah ini dengan beberapa langkah.
Mandi air suam
Apa kata sebelum bercukur, mandi dahulu dengan menggunakan air suam. Air suam sebenarnya mampu membuatkan rambut dan kulit menjadi lebih lembut dan memudahkan rambut dicukur tanpa menjejaskan tekstur dan mencederakan kulit.
Aplikasi krim pencukur
Lelaki acap kali tidak mahu mengambil masa sedikit lama untuk mengemaskan jambang. Aplikasi krim pencukur di wajah nyata mampu buat pergerakan pisau lebih lancar dan selamat. Jika mahu lebih mudah, gunakan berus untuk meratakan krim di wajah dengan sempurna agar lebih lembut kala mencukur. Mencukur dalam kondisi kulit kering nyata boleh menyebabkan iritasi, masalah kulit berjerawat dan luka akibat geseran ketika mencukur.
Ganti pisau baru
Jika merasakan geseran akibat pencukur tidak lagi begitu tajam, gantikan pisau tersebut dengan yang baru. Hal ini adalah untuk mengelakkan kecederaan pada kulit wajah kerana mata pisau yang tidak tajam akan menyebabkan rambut tidak dicukur dengan kemas lantas mengakibatkan ketidakselesaan pada kulit.
Kurangkan tekanan
Ketika mencukur pastikan pergerakan pencukur tidak terlalu menekan pada permukaan kulit. Memberikan tekanan kepada kulit tidak semestinya dapat hasil cukuran yang lebih baik malah akan memberi impak iritasi yang lebih tinggi. Bagi mengelakkan pengendalian yang kasar ketika mencukur, gunakan ‘vibrating razor handle’ untuk mengurangkan tekanan yang dilakukan ketika mencukur.
Pastikan pisau bersih
Bersihkan pisau cukur dengan menggunakan air suam setiap satu atau dua kali cukuran ketika mencukur untuk menghilangkan kesan krim pencukur yang melekat pada bilah pisau. Hal ini adalah untuk mengelakkan kecederaan akibat krim yang menghalang pisau untuk mencukur dengan baik. Elakkan daripada menghentak pencukur kerana ia akan menyebabkan mata pisau mudah rosak dan tidak boleh digunakan semula. Gunakan ‘moisturizer’ untuk mengubati kerengsaan selepas bercukur.
Entri kali ini menyentuh topik yang agak panas dan menarik – Tips Untuk Meningkatkan Kesuburan,Khas Untuk Lelaki.
Jadi, jom kita mulakan!
1. Jangan Pakai Seluar Yang Ketat
Ini termasuklah seluar dalam yang ketat dan juga seluar jeans. Pastikan ada pengudaraan di kawasan ‘tersebut. Ada juga kajian yang mengatakan pemakaian boxer adalah lebih baik untuk kesuburan berbanding seluar dalam.
Pakai Boxer Lagi Bagus Dari Spender? Nak lagi bagus, pakailah kain pelikat selalu. Dijamin pengudaraan terbaik punya!
2. Kurangkan Pendedahan Kepada Bahan Kimia dan Radiasi
Sinaran-X dan juga bahan-bahan kimia seperti racun serangga dikenalpasti boleh menganggu penghasilan sperma dan menyebabkan anda tidak subur. Radiasi sentiasa berbahaya
3. Elakkan Suhu Yang Terlalu Panas
Sauna atau mandian air panas yang terlalu lama tidak elok untuk kesuburan kerana ia boleh menyebabkan kilang telur anda kepanasan sekaligus mematikan sperma yang sangat berharga.
Menggunakan laptop di atas riba juga dikatakan boleh menganggu kesuburan kerana haba yang dihasilkan akan terhala ke bahagian sulit lelaki. Seboleh mungkin, letak alas yang boleh menghalang haba tersebut membunuh sperma anda.
Pemakanan yang sihat sangat penting untuk memastikan kesuburan anda terjaga. Berikut adalah 3 tips pemakanan yang boleh anda amalkan:
1. Dapatkan Banyak Antioksida
Kajian demi kajian menunjukkan antioksida boleh membantu meningkatkan kandungan sperma lelaki. Kandungan sperma yang tinggi (atau juga disebut sperm count) penting untuk kesuburan.
Dapatkan makanan yang kaya dengan Vitamin C, Vitamin E dan Coenzyme Q10 yang terbukti mampu meningkatkan kesuburan. Contoh makanan adalah seperti buah-buahan, sayuran-sayuran, bijiran, protin dari daging putih (ayam, ikan dan makanan laut) serta produk tenusu.
2. Amalkan Pengambilan Suplemen
Dapatkan suplemen yang kaya dengan Vitamin C, Vitamin E, Coenzyme Q10, selenium, zinc dan juga asid folik. Vitamin-vitamin ini terbukti boleh meningkatkan kualiti dan kuantiti sperma untuk lelaki.
3. Elakkan Makanan Yang Membunuh Sperma
Minuman beralkohol dan daging merah dikaitkan dengan sebagai pemakanan yang menganggu kesuburan. Sebagai orang Islam, memang sah-sah lah anda tak boleh minum minuman beralkohol. Terlalu Kerap Makan Daging Tak Elok
Gaya hidup yang sihat adalah antara cara yang paling mudah tapi selalu dipandang remeh.
1. Berhenti Merokok & Jauhi Perokok
Kalau anda seorang perokok dan inginkan anak, sila berhenti merokok sekarang. Rokok dan asap rokok boleh menganggu kesuburan suami dan juga isteri.
Selain itu, memang tiada manfaat yang diperolehi daripada merokok selain daripada merosakkan badan yang dipinjamkan oleh Allah kepada kita. Asap rokok juga sangat berbahaya kepada orang sekeliling.
2. Kurangkan Stres
Stres yang terlampau tinggi boleh menganggu penghasilan dan keseimbangan hormon di dalam badan. Ini termasuklah hormon-hormon yang membantu penghasilan sperma. Cuba cari cara untuk mengurangkan stres seperti bersukan, melakukan aktiviti yang disukai dan pergi bercuti. Jangan terkejut kalau ada orang yang terus mengandung selepas bertukar kerja.
3. Dapatkan Berat Badan Yang Ideal
Orang yang terlalu kurus atau terlalu berisi dan obes adalah berkemungkinan tinggi untuk mempunyai kandungan sperma yang rendah serta menghasilkan sperma yang ‘cacat’. Kalau sperma cacat, macam mana dia nak tembus ovum?
4. Jangan Ketagih Dadah
Penyalahgunaan dadah boleh menyebabkan sperma mati. Ada juga dadah yang boleh mengecutkan ‘kilang sperma’ sekaligus menghilangkan kelelakian seorang lelaki.
sumber: firdausazizi.my
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Amalan mencuci wajah sebelum tidur tidak boleh dipandang ringan bagi memastikan wajah korang kekal bersih dan sihat. Ini kerana setelah seharian berada di luar pasti wajah korang terdedah dengan kekotoran dan debu.
Jangan disebabkan sikap malas dan letih, korang mengabaikan hal yang penting ini. Jika wajah tidak dicuci, ia boleh mengundang pelbagai masalah kulit. Paling ketara adalah jerawat dan kulit berminyak. Ingat! Selewat mana pun korang pulang ke rumah, rutin mencuci kulit wajah perlu diberi perhatian.
Ini lima alasan kenapa korang perlu tahu cuci wajah sebelum tidur.
1. Antara bahagian yang paling kotor
Tanpa korang sedar dalam satu hari, pasti tangan korang banyak kali menyentuh kulit wajah. Ini menjadikan kulit wajah korang sebagai salah satu daripada bahagian yang paling kotor. Inilah pentingnya mencuci wajah sebelum tidur bagi mengelakkan penyebaran bakteria sekali gus menyebabkan jerawat dan cela pada keseluruhan wajah.
2. Elak kulit berjerawat dan berminyak
Jerawat terjadi disebabkan oleh liang-liang kulit wajah yang tersumbat akibat sel kulit mati yang tidak dibersihkan, ditambah dengan rembesan minyak dari dalam kulit. Apabila kuman dan bakteria melekat pada ruang tersebut, gumpalan akan terbentuk dan menutupi pori-pori kulit. Jika kulit wajah dicuci sebelum tidur, ini bermakna korang boleh mengelak munculnya jerawat dan kulit berminyak pada wajah.
3. Beri ruang untuk liang-liang kulit bernafas
Ketika tidur, kulit wajah akan melakukan proses pembaikpulih dengan sendirinya. Jadi adalah penting untuk wajah korang bersih agar kulit boleh bernafas dan membentuk tisu-tisu baru. Malah kulit wajah yang bersih mampu memberikan rasa yang nyaman dan ringan sehingga korang dapat tidur nyenyak.
4. Beri kesan anti-penuaan terbaik
Ketika tidur akan berlakunya proses regenerasi pada kulit wajah. Untuk kesan anti-penuaan terbaik, cuci wajah korang dengan pembersih wajah yang lembut dan bebas sulfat atau gel pembersih yang mengandungi AHA/BHA bersama serum atau pelembap berprestasi tinggi.
5. Kulit nampak segar setelah bangun tidur
Jika korang mencuci wajah sebelum tidur, keesokan harinya kulit korang akan halus, bersih dan tidak kusam. Malah minyak pada wajah korang juga akan berkurangan. Namun jika wajah tidak dicuci, kulit korang nampak tidak sihat dan kelihatan lebih tua daripada usia. Jadi, ingat cuci muka sebelum tidur!
Terlalu letih ingin mencuci wajah setiap malam? Lakukan pada awal malam sekitar jam 7.00 atau 8.00 malam. Lebih awal, lebih baik daripada langsung tidak melakukannya. Namun jika korang malas untuk cuci wajah dengan pencuci muka, lapkan kulit wajah dengan tisu pelembap untuk mencuci kekotoran pada wajah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Temui 10 kasut larian tempo terbaik 2025 pilihan pakar, lengkap dengan ulasan dan sebab mengapa setiap model menonjol. Ketahui kasut yang paling sesuai untuk meningkatkan prestasi dan kelajuan tempo run anda tahun ini.