Amalan mencuci wajah sebelum tidur tidak boleh dipandang ringan bagi memastikan wajah korang kekal bersih dan sihat. Ini kerana setelah seharian berada di luar pasti wajah korang terdedah dengan kekotoran dan debu.

Jangan disebabkan sikap malas dan letih, korang mengabaikan hal yang penting ini. Jika wajah tidak dicuci, ia boleh mengundang pelbagai masalah kulit. Paling ketara adalah jerawat dan kulit berminyak. Ingat! Selewat mana pun korang pulang ke rumah, rutin mencuci kulit wajah perlu diberi perhatian.

Ini lima alasan kenapa korang perlu tahu cuci wajah sebelum tidur.

Selain Elak Jerawat, Ini 5 Alasan Pentingnya Cuci Wajah Sebelum Tidur!

1. Antara bahagian yang paling kotor

Tanpa korang sedar dalam satu hari, pasti tangan korang banyak kali menyentuh kulit wajah. Ini menjadikan kulit wajah korang sebagai salah satu daripada bahagian yang paling kotor. Inilah pentingnya mencuci wajah sebelum tidur bagi mengelakkan penyebaran bakteria sekali gus menyebabkan jerawat dan cela pada keseluruhan wajah.

IKLAN

2. Elak kulit berjerawat dan berminyak

Jerawat terjadi disebabkan oleh liang-liang kulit wajah yang tersumbat akibat sel kulit mati yang tidak dibersihkan, ditambah dengan rembesan minyak dari dalam kulit. Apabila kuman dan bakteria melekat pada ruang tersebut, gumpalan akan terbentuk dan menutupi pori-pori kulit. Jika kulit wajah dicuci sebelum tidur, ini bermakna korang boleh mengelak munculnya jerawat dan kulit berminyak pada wajah.

3. Beri ruang untuk liang-liang kulit bernafas

IKLAN

Ketika tidur, kulit wajah akan melakukan proses pembaikpulih dengan sendirinya. Jadi adalah penting untuk wajah korang bersih agar kulit boleh bernafas dan membentuk tisu-tisu baru. Malah kulit wajah yang bersih mampu memberikan rasa yang nyaman dan ringan sehingga korang dapat tidur nyenyak.

Selain Elak Jerawat, Ini 5 Alasan Pentingnya Cuci Wajah Sebelum Tidur!

4. Beri kesan anti-penuaan terbaik

IKLAN

Ketika tidur akan berlakunya proses regenerasi pada kulit wajah. Untuk kesan anti-penuaan terbaik, cuci wajah korang dengan pembersih wajah yang lembut dan bebas sulfat atau gel pembersih yang mengandungi AHA/BHA bersama serum atau pelembap berprestasi tinggi.

5. Kulit nampak segar setelah bangun tidur

Jika korang mencuci wajah sebelum tidur, keesokan harinya kulit korang akan halus, bersih dan tidak kusam. Malah minyak pada wajah korang juga akan berkurangan. Namun jika wajah tidak dicuci, kulit korang nampak tidak sihat dan kelihatan lebih tua daripada usia. Jadi, ingat cuci muka sebelum tidur!

Selain Elak Jerawat, Ini 5 Alasan Pentingnya Cuci Wajah Sebelum Tidur!

Tip perlu ikut!

Terlalu letih ingin mencuci wajah setiap malam? Lakukan pada awal malam sekitar jam 7.00 atau 8.00 malam. Lebih awal, lebih baik daripada langsung tidak melakukannya. Namun jika korang malas untuk cuci wajah dengan pencuci muka, lapkan kulit wajah dengan tisu pelembap untuk mencuci kekotoran pada wajah.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI