1. Sosej
    Mungkin ramai menganggap bahawa sosej boleh dimakan secara mentah memandangkan ketika dijual pun ianya sudah direbus setengah masak.
    6 Makanan Bahaya Dimakan Mentah
    Bagaimanapun, kajian mendedahkan bahawa pembungkusan sosej terdedah kepada kuman atau bakteria Listeria yang hanya akan mati apabila dimasak.

    Malah, kajian tersebut juga menyarankan orang ramai untuk membasuh dahulu sosej berkenaan sebelum ianya dimasak.

    2. Ubi Kentang

    Ini juga antara makanan yang jika dilihat boleh dimakan sebelum ianya digoreng atau dimasak memandangkan teksturnya yang agak lembut.

    Bagaimanapun, ubi kentang yang mentah sememangnya tidak boleh dimakan kerana ia boleh menyebabkan angin terkumpul dalam badan.

    Gas yang terkumpul dalam badan akan menyebabkan kembung perut selain kerap terkentut.

    Selain itu, kentang juga mengandungi kanji yang sukar untuk dicerna.

    Lebih membahayakan jika kentang dibiarkan terdedah lama dalam keadaan panas atau lembab, ia akan menghasilkan toksik solanine dan bertukar menjadi warna hijau.

    Perkara tersebut boleh mengakibatkan anda mengalami keracunan makanan.

    Jika anda mendapati ubi kentang di rumah anda mempunyai tompok hijau, lebih baik buang sahaja kentang itu.

    3. Tepung

    Agak mustahil untuk orang ramai makan tepung kerana jarang sekali ia berlaku, namun kita harus sentiasa waspada kerana ia mungkin akan berlaku kepada anak-anak kecil.

    Menurut kajian daripada beberapa institusi kesihatan Amerika Syarikat, sesiapa yang makan tepung mentah akan berpotensi mengalami pelbagai masalah kesihatan.

    Masalah kesihatan boleh hadir sekiranya anda tertelan tepung kerana tepung boleh menyerap patogen seperti E coli yang hanya hilang apabila dimasak.
    6 Makanan Bahaya Dimakan Mentah
    4. Taugeh

    Taugeh juga merupakan salah satu makanan yang dianggap selamat dan boleh dimakan terus secara mentah jika dilihat dari bentuk dan teksturnya.

    Walaupun taugeh memang kaya dengan vitamin dan berkhasiat, tetapi taugeh ditanam dalam kawasan yang lembab.

    Justeru, bakteria sangat aktif dan mudah membiak di kawasan yang lembab.

    Oleh itu, cuci atau basuh taugeh anda dengan bersih dahulu sebelum dimasak.
    6 Makanan Bahaya Dimakan Mentah
    5. Susu Lembu

    Susu mentah yang terus diminum daripada lembu tanpa ditapis atau pasteur adalah sangat berbahaya.

    Susu mentah yang belum ditapis dan dirawat ini mengandungi bakteria berbahaya seperti E-coli dan Salmonella.

    Menurut kajian daripada Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA), sesiapa yang minum susu mentah lebih dari 150 kali boleh menghidap penyakit bawaan dan keracunan makanan.

    6. Terung

    Ramai yang dilihat suka makan terung secara mentah apabila dijadikan sebagai ulam namun tidak tahu tentang bahayanya.

    Menurut kajian, terung mempunyai toksik Solanine yang boleh menyebabkan angin, kembung perut dan keracunan makanan.

    Selain itu, segelintir individu mempunyai tindak balas alahan daripada terung walaupun mengambilnya dalam jumlah yang kecil.

    Kesimpulannya, lebih baik untuk anda masak dahulu kesemua makanan di atas sebelum mengambilnya.

    Ini kerana makanan-makanan ini amat tidak sesuai sekiranya dimakan secara mentah kerana boleh menyebabkan kemudaratan kepada kesihatan.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI