Putih telur mungkin kurang digemari kerana rasanya yang tawar berbanding telur kuning yang berlemak. Sebenarnya diet dengan putih telur mampu memberi impak yang besar jika anda ingin kurus. Sebiji putih telur memberikan 4 gram protein tanpa lemak dari kuning telur.
Cara terbaik makan putih telur adalah dengan kaedah merebus atau memasaknya terlebih dahulu. Ia tidak boleh dimakan mentah kerana putih telur mengandungi kandungan tertentu dari telur yang menghalang anda untuk mendapatkan manfaatnya jika tidak dipanaskan dalam suhu tertentu.
5 kelebihan diet putih telur.
1. Jadikan perut kenyang lebih lama
Makan sebiji putih telur ketika bersarapan membuatkan perut kenyang lebih lama. Telur yang tinggi kandungan proteinnya akan memberi signal ke otak bahawa makanan protein lebih cepat dicernakan.
2. Kuatkan otot tubuh
Protein sangat penting untuk menguatkan otot dan protein tersebut dapat diperoleh dengan cara makan putih telur. Setelah bersenam pastikan anda makan putih telur rebus. Cara ini akan meningkatkan kekuatan pada otot tubuh.
3. Baik untuk saraf dan fungsi otak
Putih telur mengandung kolin iaitu sebuah nutrisi yang dapat membantu melancarkan proses metilasi atau proses pembentukan sel DNA. Selain itu, putih telur juga dapat memaksimakan fungsi saraf dan otak serta membantu membuang racun dari dalam tubuh.
4. Cegah katarak & migrain
Putih telur diperkayakan dengan kandungan riboflavin yang diperlukan oleh tubuh untuk mencegah penyakit-penyakit tertentu seperti katarak dan migrain. Ia juga dapat mencegah pelbagai penyakit seperti serangan jantung dan penyakit tulang.
5. Tidak mengandungi kolesterol
Putih telur tidak memiliki kandungan kolesterol sehingga ia sangat baik diamalkan jika anda sedang menerapkan pola diet yang sihat. Jadi amalkan pemakanan putih telur untuk manfaat kurus anda kerana ia membuatkan perut kenyang lebih lama.
6. Meningkatkan kesihatan kulit
Telur mengandungi kolagen di dalam membran yang hadir di luar putih telur. Jadi jika anda ingin memiliki kulit yang sihat, masukkan putih telur dalam makanan kita. Bukan hanya mencegah kedutan, putih teur juga boleh memberi nutrisi yang diperlukan oleh kulit.
Cara diet putih telur untuk kurus
1. Kaedah masak putih telur
Jangan guna minyak untuk menggoreng dan jangan makan telur putih bersama sos. Ini kerana kaedah menggoreng dengan minyak akan menghilangkan manfaat yang ada pada putih telur. Jadi jika anda ingin menggunakan minyak untuk menumis, pilihlah minyak zaitun.
2. Amalkan selama 7 hari
Makan telur setiap pagi, sayur, daging, ayam atau makanan laut pada waktu tengah hari dan telur untuk makan malam (sebelum 8 malam).
3. Gantikan makan tengah hari dengan putih telur
Gantikan makan tengah hari anda dengan putih telur. Dengan makan tiga biji putih telur rebus, anda telah menggunakan 177 kalori termasuk 169 kalori dari lemak.
4. Ganti putih telur ketika makan malam
Gantilah putih telur dengan sumber protein lain ketika makan malam (makan sebelum jam 8 malam). Makan tiga biji putih telur yang besar bersamaan dengan anda makan tiga ons daging. Anda telah menggunakan 212 kalori dan 99 di antaranya berasal dari lemak.
5. Amalkan pemakanan yang seimbang
Salah satu perkara penting nak kurus adalah mengamalkan pengambilan makanan seimbang. Walaupun diet putih telur tidak menampakkan keseimbangan dalam pelan pemakanan, ia berfungsi untuk menurunkan paras kandungan gula seterusnya memudahkan proses mengurangkan lemak badan yang mungkin dah lama jadi ‘kilang haram’ dalam badan anda.
Kesan sampingan
1. Timbul alahan
Disebabkan putih telur mengandungi protein yang cukup tinggi, ia juga boleh menimbulkan alahan pada sistem tubuh seseorang.
2. Kandungan natrium tinggi
Natrium yang tinggi dapat meningkatkan tekanan darah seseorang. Bagi yang nak buat diet putih telur, anda dinasihatkan berjumpa dengan doktor terlebih dahulu dan periksa tekanan darah sama ada anda boleh meneruskan pengambilan putih telur dalam diet makanan anda atau tidak.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI