
Kolaborasi Jam Eksklusif Artis 88Rising, Rich Brian Bersama G-SHOCK
Hujung minggu lalu, MASKULIN telah berbesar hati memenuhi jemputan untuk mengikuti liputan acara ulang tahun ke-40 Casio G-SHOCK yang sarat dengan pelbagai persembahan serta pengenalan model-model terbarunya di samping kehadiran nama-nama besar jenama tersebut.
Salah satu model jam terbaharu dari G-Shock yang paling menarik perhatian kami ialah hasil kolaborasi ekslusif mereka bersama artis yang kini sedang meningkat naik berasal dari Indonesia, Rich Brian.
Mengangkat ‘toughness’ atau ketahanan sebagai elemen utama jenamanya, G-SHOCK meneruskan legasi 40 tahun sejak pertama kali diperkenalkan pada 1983 dengan aspirasi anak muda yang hadir dengan latar belakang unik seperti Rich Brian.
G-SHOCK berkolaborasi dengan Rich Brian, rakan label terkemuka di 88rising bagi menginterpretasikan semula jam pilihannya. Jadi pakah model G-SHOCK yang menarik buat Rich Brian? Pilihan peribadinya untuk koleksi yang cukup menarik ini ialah GA-2100 yang terkenal dengan daya tahan lasaknya.
A post shared by CASIO G-SHOCK OFFICIAL (@gshock_casio_my)
Lebih menarik inspirasi dari reka bentuk dan estetika jam lain dalam warisan G-SHOCK, dikenali dengan bezel oktagonal dan reka bentuk minimalis. Nostalgia dibina di atas kerangka masa.
Reinterpretasi Brian ini diilhamkan dari sebuah gitar membuatnya jatuh cinta kepada muzik ketika zaman kanak-kanak di Indonesia. Warna asas hijau laut yang mencolok dipadankan dengan aksen merah jambu salmon, menyinggung kenangan gitar yang menjadi obsesinya semasa kanak-kanak.
Bagi menyempurnakan keterampilan jam G-SHOCK ini tampil lebih istimewa, tandatangan Brian menghiasi bahagian belakang case, hampir seperti sebuah penghormatan buat artis muda sepertinya dari Casio G-SHOCK itu sendiri.
Dalam suatu cara, reinterprestasi ini berfungsi sebagai peringatan akan asal-usulnya dan usaha tanpa henti dalam mencapai keahlian seni. Apa yang dilihat tidak pernah sama dengan apa yang diperoleh dengan Brian.
G-SHOCK x RICH BRIAN ini bakal diperkenalkan di pasaran tempatan pada harga MYR 675 dan boleh diperolehi secara dalam talian menerusi https://gshock.casio.com/my/g-news/new-releases/2023/rich-brian/, serta di semua kedai G-SHOCK dan beberapa kedai pengedar utama bermula 15 Disember 2023.
Buat peminat dan pengumpul G-SHOCK, ini merupakan koleksi pastinya menarik perhatian anda!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang
Dah Berkahwin Sepatutnya Lebih Menjaga Badan Bukan Jadi Boroi
Susuk tegap tubuhnya bukanlah satu kurniaan percuma. Dedikasi dan konsistensi perlu ada. Pengorbanan masa dan tenaga adalah kunci utama. Kini, dia hadir dengan personaliti bergaya. Bukan sekadar inginkan tumpuan, tetapi demi penjagaan kesihatan dan keyakinan berterusan, kerana baginya masa depan menjadi taruhan. Itulah prinsip jitu Faez Nick, antara bintang bina badan yang makin bersinar.
Definisi lelaki maskulin? Definisi lelaki Maskulin bagi saya ialah perwatakan yang menarik dan seorang yang bersifat metrosexsual. Yang bijak menjaga diri dan personaliti di hadapan sesiapa pun.
Motivasi diri. Kecergasan diri menjadi keutamaan sejak saya bermula di gim. Yang pasti, setiap dari lelaki khususnya inginkan tubuh yang cantik dan sihat. Itulah motivasi setiap hari.
Rutin kecergasan. Saya amat mementingkan rutin senaman kecergasan di gim. Saya akan memastikan masa ada untuk saya workout 5 kali seminggu. Jenis-jenis senaman saya sasarkan di bahagian tertentu mengikut hari (Isnin-dada, Selasa-belakang badan, Rabu-bahu, Khamis-bicep dan tricep, Jumaat-kaki). Dan yang paling penting, senaman otot perut (abs) pasti akan saya lakukan setiap hari tanpa skip. Selain tiu, aktiviti jogging dan banyakkan aktiviti luar yang sihat.
Lelaki dan bidang kecergasan. Ternyata tidak dapat dipisahkan. Kini sudah semakin banyak lelaki yang mulai sedar akan kepentingan menjaga kesihatan dan keseimbangan tubuh badan. Lelaki harus membina badan kerana pertama, untuk kesihatan dalam jangka masa yang panjang, kedua bagu menampilkan keyakinan diri pada seseorang, dan ketiga untuk pandangan yang positif pada setiap individu.
Inspirasi. Inspirasi saya dalam bidang bina badan adalah Lazar Engalov.
Sasaran 5 tahun. Mengekalkan bentuk badan “Men Fitness” atau “Men Physique” dan menjadi model kecergasan agar dapat menjadi idola dan contoh buat semua.
Gym parter. Gym Partner bagus pada setiap individu, memudahkan lagi apabila seseorang itu sukar untuk mengangkat beban yang berat. Mereka dapat memberi sokong bersama. Dan yang paling penting, tidak mudah bosan.
Lelaki berkahwin sukar jaga badan. Pandangan Faez? Paling penting pada orang yang sudah berkahwin, ialah pertama kali harus menjaga pamakanan . Sekiranya ingin mengekalkan kecergasan, “Mind Set” bergantung pada individu. Perlu buang sikap malas dan teruskan berusaha. Jangan jadikan kengkangan keluarga alasan untuk tidak ke gim.
Nasihat. Sentiasa beruasaha dalam apa jua sekali, jangan mudah mengalah. sentiasa renung gambar atau video “Idola” untuk pembakar semangat.
PROFIL:
Nama Penuh : Nik Muhamad Faiz Bin Nik Mohamad Fauzi
Nama Komersial : Faez Nick
sihat
Tarikh Lahir : 1st May 1993.
Tempat Lahir : Johor Bahru.
Pencapaian dalam pertandingan bina badan:
-Tempat ke 4 Mr.ACT 2013.
– Tempat ke 3 Mr.Meru 2014.
– Tempat ke 2 Exclusive Body Challenge 2014.
– Juara Alim Budin Classic 2014.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang
Kerap Berpuasa Isnin Dan Khamis Buat Lelaki Lambat Tua
Penuaaan sering dikaitkan dengan penyakit, keuzuran, keperluan kepada perkhidmatan sosial dan kesihatan, bantuan kewangan, ketidakupayaan serta kebergantungan kepada penjaga atau ahli keluarga.
Penuaan berjaya didefinisikan berdasarkan model multidimensi iaitu bebas daripada penyakit kronik, ketidakupayaan fizikal serta fungsi kognitif yang lebih baik. Apa yang membimbangkan adalah dalam masa lebih sedekad ini, kadar penuaan berjaya berdasarkan definisi sama dalam kalangan warga emas menurun kepada 11 peratus.
Faktor utama penuaan pada tahap keupayaan yang tinggi ialah obesiti, penyakit kardiovaskular seperti darah tinggi, kencing manis, kanser, osteoporosis, demensia (nyanyuk) dan sebagainya.
Penuaan adalah perkara semula jadi. Tetapi fenomena penuaan yang dicerap di kebanyakan negara Asia adalah membimbangkan kerana tidak seiring dengan peningkatan Gross National Index (GNI) serta pembangunan infrastruktur terutama berkaitan sokongan sosial dan kesihatan untuk populasi menua.
kesihatan fizikal dan fungsi kognitif yang lebih baik, sokongan sosial yang kuat, tahap pendidikan yang lebih tinggi dikenal pasti menyumbang ke arah penuaan sihat.
Selain itu, kurang pembabitan dalam aktiviti baik pulih mekanikal serta tidak menggunakan teknologi moden dan kurang mengambil buah-buahan serta jus selain jarang berpuasa turut memainkan peranan penting.
“Berpuasa setiap Isnin dan Khamis berupaya mengurangkan emosi kurang baik termasuk melambatkan proses penuaan dalam kalangan warga emas.
“Sekiranya amalan itu diteruskan selama tiga bulan, tabiat berkenaan mengurangkan berat badan selain menurunkan peratus lemak tubuh, tekanan darah dan aras lipid darah.
Amalan berpuasa yang digabungkan diet pengehadan kalori (FCR) mengurangkan 300 sehingga 500 kalori pada hari biasa, mampu mengurangkan berat badan, peratus lemak tubuh, tekanan darah dan aras lipid darah.
“Orang yang kerap berpuasa menunjukkan pengurangan kerosakan DNA yang memberangsangkan berbanding yang tidak berpuasa.
“Diet ‘superfood’ merangkumi sumber protein daripada ikan serta memperbanyakkan pengambilan buah dan sayur amat penting untuk mengekalkan kesihatan warga emas,” katanya.
Ikan daripada spesies salmon kaya asid lemak omega bagus untuk fungsi otak dan jantung selain bersenam untuk menguatkan fungsi otot.
Ikan tempatan seperti kembung dan cencaru mengandungi asid lemak omega malah lebih tinggi berbanding susu omega yang dijual di pasaran.
Memasak menggunakan kaedah memanggang dan berkuah seperti singgang, asam pedas atau sup mengekalkan kandungan omega berbanding menggoreng.’
Superfood lain adalah ulam-ulaman seperti daun kesom, ulam raja dan daun selom kaya dengan polifenol khususnya daun selom meningkatkan daya ingatan dan fungsi sosial warga emas yang mengalami gangguan emosi. Beliau juga mengingatkan berat badan sihat juga antara satu kunci utama pada penuaan sihat terutama bagi golongan pertengahan usia.
“Beberapa kajian jangka panjang menunjukkan hubungan antara berat badan dan risiko kematian adalah berbentuk U iaitu mortaliti meningkat pada berat badan yang terlalu rendah atau terlalu tinggi.
“Adalah penting bagi golongan pertengahan usia untuk mencapai berat badan sihat iaitu berat badan ideal sebagai satu faktor ke arah penuaan sihat.
“Bagaimanapun, pakar kesihatan awam sangat bimbang dengan gejala obesiti yang menjadi epidemik kian meningkat dalam kalangan populasi di Malaysia kebelakangan ini.
Pengambilan buah-buahan tropika seperti jambu batu berpotensi meningkatkan fungsi otak termasuk meningkatkan daya ingatan seterusnya mengurangkan risiko nyanyuk.
Selain itu, talbinah yang menjadi pemakanan sunah yang diamalkan masyarakat Arab mengurangkan risiko kemurungan di institusi penjagaan warga emas.
Ia adalah sejenis minuman barli yang dimasak bersama susu dan dimaniskan dengan madu (25 gram talbinah dalam 100 milileter air suam).
Panduan bagi penuaan kognitif sihat
• Kawal paras gula ke tahap normal.
• Kawal aras lemak ke tahap normal.
• Ambil buah-buahan dan sayur sayuran lima hidangan sehari.
• Ambil ikan lima hidangan seminggu.
• Amalkan pengehadan kalori melalui berpuasa sunat atau diet rendah kalori.
• Lakukan aktiviti merangsang minda.
• Bersenam paling kurang 30 minit lima kali seminggu.
• Elakkan merokok dan alkohol.
Minyak ikan:
• Kaya dengan DHA
• Meningkatkan fungsi kognitif ringan, daya ingatan pendek dan ingatan bekerja bagi warga emas.
Faktor risiko diemensia:
• Kegemukan
• Kurang cergas
• Kurang membaca
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

je senang
