Lelaki with brain memang menjadi igaun dan perhatian ramai, wanita terutamanya. Tambah lagi jika seseorang itu merupakan ahli politik yang diperkatakan petah berbicara, charming dan tidak jemu mata memandang. Kalau kita perasan banyak juga persamaan dua pemimpin muda Khairy Jamaluddin dan Syed Saddiq yang Tall, Dark and Handsome.
Mari kita lihat sama tak sama.
1. Ahli Politik Yang Stylo
KJ memang setia dengan pilihan kacamata Ray-ban manakala Saddiq juga tidak kurangnya dengan penggayaan kacamata hitam. Nampak macam James Bond gitu.
2. Ahli Politik Insta-famous
Sumber graf : Cuponation Malaysia
Ads
Berdasarkan kajian media social Cuponation Malaysia, biarpun kedua-duanya tidak dapat melawan populariti Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad di laman Instagram, tetapi Saddiq dan KJ miliki jumlah pengikut di laman media social yang lebih kurang sama.
3. Stoking Berwarna-warni
Khairy dan Saddiq memang tidak dapat lari daripada pemilihan stoking yang berwarna-warni dan bercorak. Mungkin mahu menampakkan lagi aspek belia sebagai Ketua Pemuda barangkali.
4. Suka Berlompat Dalam Gambar
Suratan atau kebetulan? Kedua-duanya gemar beraksi acah-acah melompat dalam gambar.
Ads
5. Fitspo
Boleh dikatakan mereka berdua berjaya mencetuskan semangat bersenam dikalangan anak muda. Iyalah, mana ada ahli politik se-sado KJ dan Saddiq! Kalau KJ sentiasa merakam gambar cycling bersama teman-teman dan aktiviti bersenam di gym, Saddiq pula berkongsi tip kesihatan terutamanya sepanjang Ramadan.
Ads
6. Pencinta Kucing Sejati
Persamaan terakhir buat belanja pencinta kucing di luar sana. Ternyata kedua-dua mereka begitu sayangkan pada haiwan peliharaan seperti kucing. Jadi adakah layak Saddiq digelar Mini KJ?
Sumber : Instagram Kj & Syed Saddiq
Via : Hangat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Aq nk g spital. Lmbt ckit msk ofs. (Aku nak pergi hospital. Lambat sikit masuk pejabat.)
Demikianlah sebahagian bahasa basahan yang sering digunakan ketika berkomunikasi melalui pesanan ringkas atau laman sosial. Selain orang dewasa, langgam bahasa ini juga jadi kegemaran anak muda dan remaja. Alasan paling mudah yang mewajarkan mereka menggunakan bahasa sebegini, kerana “mahu cepat” dan “ruang terbatas di layar telefon”.
Apa pun, alasan “mahu cepat” dan “ruang terbatas” sangat tidak tepat. Sebenarnya, golongan yang menggunakan alasan ini sudah terbiasa (buat salah) dan sangat selesa dengan kesalahan itu sehingga tidak rasa bersalah apa-apa lagi apabila mengulangi kesalahan berulang kali.
Satu lagi aspek kesantunan yang semakin terabai hari ini adalah komunikasi bersemuka apabila ada kalangan kita tidak lagi pandai menggunakan bahasa yang sesuai dan sopan dengan individu yang jadi lawan bercakap. Kata “tolong” (apabila kita memohon bantuan orang lain) tidak lagi jadi kebiasaan di mulut. Begitu juga perkataan “terima kasih” (sebagai menghargai bantuan orang lain) tidak lagi jadi amalan.
Adab sopan merangkumi banyak perkara, daripada pakaian yang membalut tubuh sehinggalah bahasa pertuturan. Sopan santun kita sebagai manusia banyak juga ditentukan oleh bahasa yang kita gunakan. Ini termasuklah bagaimana kita menggunakan bahasa dan bagaimana kita berbahasa apabila berkomunikasi dengan orang sekeliling, sama ada komunikasi secara bersemuka atau berperantaraan.
Sekarang ini, kita tidak sahaja berdepan masalah dalam komunikasi bersemuka tetapi juga komunikasi berperantaraan juga sering kali tidak menyenangkan. Anak-anak remaja kadangkala sesuka hati memanggil kawan-kawannya “beruk”, “babi” atau gelaran yang lebih jelek. Dalam laman sosial, kita memaki bagi melampiaskan rasa tidak puas hati. Kita rasa sakit hati kita terubat apabila memaki hamun orang lain. Kadangkala kita menggunakan bahasa dan ejaan yang salah, walaupun dengan orang yang tidak sepatutnya kerana sudah terbiasa dengan cara salah begitu.
Untuk mengubah manusia supaya menjadi lebih berbahasa dan bersopan, bukan kerja sehari dua. Selain kesedaran individu untuk berubah, adab kesopanan harus dijadikan cara hidup dan amalan seharian. Berikut beberapa perkara berkaitan etiket dan kesantunan yang perlu kita ketahui.
Bermula di rumah sendiri, biasakan dengan kalimah seperti “minta tolong” dan “terima kasih” dengan anggota keluarga terutamanya dengan pasangan, adik, anak atau anak saudara. Apabila mahu anak-anak kecil membantu, kita patut biasakan mulut dengan perkataan “tolong” dan akhiri dengan “terima kasih”.
Apabila menegur kesalahan yang dilakukan oleh orang lain, semolek-moleknya elakkan daripada marah. Memang kadangkala kita gagal menahan marah, terutamanya jika melihat kesalahan yang dilakukan berulang-ulang. Namun jika mengikut emosi dengan melampiaskan marah, biasanya akan menyebabkan bahaya yang lain pula. Apabila marah, macam-macam kata yang jelek seperti “bodoh” dan “bangang” boleh keluar, yang mungkin akan mencederakan perasaan orang lain.
Oleh itu, apabila hati rasa marah, kita patut bertenang dahulu. Apabila marah sudah reda, pilihlah masa yang sesuai untuk menegur. Teguran dengan nada yang lemah-lembut, tenang dan terkawal, biasanya akan lebih menusuk ke hati orang yang mendengar.
Santun dan beradab dalam berbahasa harus dipraktikkan. Biasakan menulis dengan bahasa yang betul dan ejaan yang betul hatta dalam pesanan ringkas atau mengemas kini status di laman sosial. Tidak perlu malu apabila menulis dengan bahasa dan ejaan yang betul kerana itu tandanya kita menghormati dan menghargai bahasa sendiri. Patutnya kita rasa malu kalau tidak berbahasa dengan betul kerana itu menunjukkan kita orang yang tidak ambil peduli dan cuai dalam hal yang sangat asas begitu.
Kadangkala orang dewasa sendiri tidak berbahasa dengan betul dan mengabaikan penggunaan ejaan yang betul. Malah ada segelintir guru yang Whatsapp menggunakan ejaan yang kucar-kacir. Jika orang dewasa dan golongan pendidik sendiri tidak pernah membetulkan apa yang salah, terlalu terbiasa dengan segala yang salah, maka adakah kita berharap golongan yang lebih muda dapat membetulkan kesalahan mereka?
Bagi anak-anak muda yang sering mengeja dan berbahasa sesuka hati ini sebenarnya tidak sukar untuk membetulkan mereka. Syaratnya, kita yang berkesedaran perlu terlebih dahulu berbahasa dengan betul apabila berkomunikasi dengan mereka, maka secara perlahan-lahan mereka akan mengikut cara kita. Yang lebih penting juga, pastikan mereka mengikut cara kita, bukan kita terpengaruh dengan cara mereka!
4.Etika & adab komunikasi berperantaraan
Komunikasi berperantaraan (menggunakan mesej, e-mel atau media sosial) memerlukan etika dan adab tersendiri. Apatah lagi jika kita berkomunikasi dengan orang yang lebih tinggi pangkatnya, lebih tua usianya, lebih berpangkat atau kita memerlukan sesuatu pertolongan daripada orang yang kita hubungi. Oleh itu, cara kita berbahasa haruslah santun dan sesuai.
Selalunya dalam komunikasi berperantaraan sering berlaku salah faham kerana bahasa yang digunakan sering tersilap. Bahasa adalah satu-satunya medium perantaraan dalam komunikasi melalui SMS, e-mel atau media sosial. Pemilihan kata yang tidak tepat boleh mendatangkan salah faham. Penggunaan ayat yang kucar-kacir boleh memberikan salah maklumat kepada penerima. Ejaan yang salah memberikan tanggapan bahawa kita orang yang tidak serius ketika melakukan kerja dan boleh menjadi suatu bentuk penghinaan kepada orang yang kita hubungi.
Cubalah kita hayati al-Quran, mukjizat yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad. Bahasa yang terkandung dalam al-Quran adalah bahasa Arab tinggi yang indah, penuh seni dan sangat memberi kesan kepada orang yang membaca dan faham apa yang dibaca. Malah indah dan seninya bahasa yang digunakan dalam al-Quran pernah cuba dibuat oleh orang Arab jahiliah untuk membuktikan bahawa mereka juga mampu menulis sebaik itu, tetapi yang pasti mereka gagal.
Pendek kata, banyak yang dapat diketahui oleh orang lain melalui gaya bahasa yang kita gunakan. Daripada gaya kita menulis, orang dapat menilai keperibadian kita, gaya hidup kita dan sikap kita terhadap kerja kita. Oleh itu, mulai sekarang eloklah kita belajar membetulkan yang salah dan membiasakan yang betul.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Saat yang dinanti sudah tiba. Tak dapat disangkal lagi, filem adiwira ‘Avengers: Endgame’ merupakan filem yang paling dinantikan pada tahun ini.
Demam luar biasa menantikan kemunculan filem dari Marvel Studio ini juga telah menyebabkan hampir kesemua panggung wayang di negara kita memulakan tayangan seawal 7 pagi dan ia telah sold out!
Hari ini bermulalah tayangan pertama filem tersebut dan apa yang pasti ia akan menjadi topik utama warganet dalam tempoh beberapa minggu akan datang. Cuma satu pesanan MASKULIN kepada anda, elakkan memberi spoiler kepada rakan-rakan dan pengguna laman media sosial yang lain.
Jadilah seorang penggemr karya filem hebat yang berhemah dan bertimbang rasa.
Sempena menyambut ketibaan filem ini, kotaraya Kuala Lumpur telah dikejutkan dengan sebuah pertunjukan drone menarik. Sebanyak 300 Intel® Shooting Star™ telah diterbangkan ke ruang udara dan menyinari Kuala Lumpur dengan pertunjukan cahaya yang menarik.
Pertunjukan drone tersebut membentuk beberapa logo dan karakter yang tidak asing lagi seperti Iron Man, Thor, Captain America dan Hulk.
Menurut kenyataan media dari pengedar filem ini, The Walt Disney Company (Malaysia) Sdn Bhd, pertunjukan drone istimewa ini merupakan ucapan terima kasih mereka kepada rakyat Malaysia yang selama ini memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada francais filem MARVEL STUDIO.
Malah pertunjukan drone ini juga telah mencipta rekod baru dan bakal dimasukkan ke Malaysia’s Book of Records sebagai ‘Pertunjukan Drone Bercahaya Paling Banyak Digunakan’.
Anda pasti tertanya-tanya adakah kita semua berpeluang menyaksikan pertunjukan ini sekali lagi? Ya! Pertunjukan drone hebat ini dijadualkan akan berlangsung sekali lagi pada hari Jumaat ini iaitu 26 April 2019 pada pukul 8 malam dan 10 malam (bergantung kepada keadaan cuaca).
Lokasi terbaik untuk menyaksikan pertunjukan drone ini ialah di sekitar 200 hingga 300 meter radius dari Menara KL.
Kepada anda yang tinggal berdekatan jangan lupa lepaskan peluang menyaksikan pertunjukan drone ini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
1.DUIT TAK CUKUP BRO!
Perempuan mana tahu susahnya lelaki nak kumpul duit nak bayar mas kawin, hantaran, baju korang yang mahal tu lagi. Itu belum lagi perangai keluarga yang letak harga mengalahkan artis. Haishh memang sampai tua lah membujang.
2. NAK BELI ASET DULU
Kalau kau naik motor, rasa-rasa perempuan nak ke?
3. SUSAH NAK JUMPA YANG TERBAIK
Memang susah pun, Perempuan sekarang ni, ada duit abangku sayang, takde selamat tinggal sayang.
4.BELUM SAMPAI SERU
Memang tak ada awek, takkan nak kahwin dengan kayu?
5. HALANGAN BANYAK SANGAT
Banyak sangat hal yang datang, keluarga tak suka lain, belum lagi kau nak kenal segenap ruang family dia lagi.
6.BELUM BERSEDIA
Nak pikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga ini amat berat.Kalau dah bersedia, abang kahwin ya
7. TAK CUKUP ILMU
Ilmu agama pun perlu tebal, tak kan nak tengok anak bini kau tak patuh perintah agama, ketua keluarga ni berat woi.
8.TAKUT NAK BERCINTA LAGI
Sebenarnya dah memang terluka. Cuma pompuan jer buat tak tau!!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.