Bila anda bekerja atau ditugaskan untuk sesuatu, ketahuilah kerja tersebut tak akan pernah habis. Walaubagaimana kerasnya anda berusaha, kerja dan tanggungjawab akan sentiasa wujud. Tetapi ideanya adalah bagaimana kita boleh menyusun hidup dengan lebih teratur di celah celah tanggungjawab dan amanah.
Ia adalah rutin harian anda! jika anda mampu untuk membina rutin harian yang produktif, sihat dan tersusun anda juga akan mempunyai sebuah kehidupan yang lebih produktif, sihat dan tersusun! Bagaimana anda memulakan hari anda adalah sangat penting dalam menentukan bagaimana keseluruhan hari anda akan berlangsung.
1. Rutin Bangun Awal Pagi
Orang-orang yang berjaya selalunya akan memulakan hari mereka seawal 6.00 pagi. Waktu-waktu awal tersebut digunakan untuk memberi mereka kuasa fokus kerana waktu tersebutlah gangguan berada dalam tahap minima.
Jika anda mahu memaksimakan nikmat waktu pagi untuk anda memulakan kerja anda pada tahap terbaik. Bangunlah seawal 5.00 pagi , waktu yang berharga tersebut anda boleh gunakan untuk membuat refleksi, muhasabah diri, bersarapan ataupun merangka strategi yang berkaitan kerja anda.
CEO Apple, Tim Cook bangun dan respon kepada e-mail penting seawal 4.30 pagi.
2. Bersenam
Bersenam bukan sahaja dapat mengawal berat badan tetapi dapat memberi ‘boost’ kepada emosi anda, memberikan tenaga dan membantu anda untuk fokus sepanjang hari!
CEO Virgin Group, Richard Branson pernah ditanya bagaimana untuk menjadi lebih produktif, Richard dengan selamba menjawab “Bersenam”, dia menerangkan bagaimana dengan memasukkan senaman sebagai rutin harian, dia menjadi 4 jam lebih produktif setiap hari.
Jika anda tahu pada hari hari tertentu anda tidak akan punyai masa untuk bersenam, sekurang kurangnya lakukan senaman ringan. Seeloknya, pasang alarm setiap 1jam dimana anda perlu fokus dengan kerja. Apabila selesai 1 jam, bangun dan ambil masa 5 minit untuk berjalan. Ini akan mengurangkan risiko anda duduk terlalu lama dan juga anda akan lebih produktif kerana perlu menyiapkan tugasan dalam masa 1 jam!
3. Wajib Bersarapan Pagi
Bersarapan adalah perkara paling penting sekali jika anda mahu mempunyai fokus untuk keseluruhan hari anda. Seimbangkan paras gula dalam darah, dimana ia akan membantu mengekalkan tenaga anda sepanjang hari dan paling penting Meningkatkan memori jangka pendek dan ‘mood anda’.
4. Maksimakan Waktu Ketika Bergerak Ke Pejabat
Pasti ada antara kita yang sering terperangkap dengan kesesakan lalu lintas ataupun ada yang menaiki public transport, masa yang dihabiskan ketika waktu itu boleh dimanfaatkan sebaiknya dengan
1. Mendengar podcast atau rakaman ilmiah yang menyumbang kepada personal development
2. Berhubung (hands-free) dengan individu penting berkaitan isu yang akan dihadapi pada hari tersebut
3. Membaca dan respon kepada e-mail
4. Lakukan kajian (google) dan persediaan untuk menghadapi pembentangan
Apa saja tugas berkaitan kerja yang anda mampu untuk selesaikan ketika anda bergerak ke pejabat akan meningkatkan produktiviti anda kerana anda boleh fokus kepada perkara yang lebih besar ataupun penting.
5. Hadapi Tugasan Yang PALING SUSAH Dahulu
Kita telah terbiasa untuk memulakan tugasan yang paling senang di awal pagi dengan alasan “panas badan”, tapi ketika waktu pagi lah kita mempunyai tahap produktiviti dan tenaga yang tinggi. Kita juga lebih sharp pada awal pagi, jadi ianya lebih efisien jika kita memilih untuk menyelesaikan tugasan yang paling sukar pada hari tersebut.
Bagi kebanyakkan CEO mereka akan menggunakan waktu pagi ini untuk merancang strategi.
6. Fokus
Tetapkan masa dalam satu hari khas untuk personal development anda. Samada ianya melukis, gaming, membaca, memasak ataupun reka grafik.Rutin harian tidak seharusnya hanya bermula dengan rutin tipikal 9-5. Orang yang berjaya sentiasa menghargai hari hari yang mereka jalani, bermula dari mereka bangkit dari tidur sehingga mereka menghenyakkan kepala di bantal.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI