Image by master1305 on Freepik

Bagi lelaki yang menjadikan senaman pagi sebagai amalan harian, anda pasti faham betapa besarnya ‘kuasa’ rutin ini. Mempunyai rutin senaman pagi yang konsisten adalah strategi terbaik untuk memulakan hari dengan tenaga positif dan mentaliti yang tajam.

Ia bukan sahaja memberikan kelebihan fizikal, tetapi juga membantu anda membentuk mindset juara untuk menempuh hari dengan lebih fokus dan produktif.

Hanya dengan 20 minit senaman pagi, anda boleh merasai kesegaran luar biasa. Regangan otot yang dilakukan menjadi pemanas enjin tubuh anda untuk sebarang cabaran harian.

Ia meningkatkan peredaran darah, memberi power-up kepada otak, dan turut membantu meningkatkan selera makan serta mood secara semula jadi. Inilah rahsia produktiviti lelaki moden.

1. Wall Sit: Membina Kekuatan Mental dan Kaki

Antara rutin senaman pagi yang menguji disiplin mental dan kekuatan kaki. Ia membantu membentuk otot paha dan meningkatkan ketahanan fizikal.

Tindakan On-Point: Berdiri tegak dan bersandar pada dinding. Turunkan badan sehingga lutut membengkok 90 darjah seperti duduk di kerusi. Kedua belah tangan dirapatkan di atas dada. Cuba bertahan selama 30 saat, kemudian ulangi sebanyak 20 kali repetition.

2. Jumping Jacks: Pam Jantung Dengan Cepat

Senaman kardio klasik ini sesuai untuk memulakan hari. Ia meningkatkan kadar denyutan jantung dan memberi isyarat pada badan bahawa hari anda telah bermula dengan tenaga penuh.

Ads

Tindakan On-Point: Berdiri tegak dengan kaki dijarakkan sedikit. Lompat dan buka kaki sambil angkat kedua-dua tangan ke atas kepala seakan menepuk. Lakukan 20 kali ulangan.

3. Abdominal Crunch: Menguatkan Teras Badan

Bahagian core adalah pusat kekuatan tubuh lelaki. Senaman pagi ini membantu memperbaiki postur, memancarkan keyakinan dan mengurangkan risiko sakit belakang.

Tindakan On-Point: Baring dan angkat sedikit kepala. Bengkokkan lutut, tangan diluruskan ke hadapan selari dengan paha. Angkat badan ke hadapan setinggi yang mampu, pastikan kaki kekal di lantai. Ulang sebanyak 15 kali.

4. Squat: Kuasa Badan Total

Squat adalah rutin senaman pagi yang wajib kerana ia melibatkan hampir semua otot utama. Ia membina kekuatan paha, punggung dan meningkatkan keseimbangan.

Ads

Tindakan On-Point: Berdiri tegak, tangan di sisi tubuh. Rendahkan badan seakan duduk di atas kerusi sambil tangan diluruskan ke hadapan. Ulang 10 kali.

5. High Knees Running In Place: Membakar Kalori Secara Intensif

Senaman ini membakar kalori dengan cepat dan meningkatkan stamina. Ia juga bagus untuk meningkatkan fokus mental selepas bangun tidur.

Tindakan On-Point: Berdiri tegak, angkat lutut tinggi hingga paras pinggang sambil menapak ringan. Tukar kaki seperti berlari di tempat. Lakukan 20 kali untuk setiap kaki.

BACA: Runner’s Knee, Punca, Simptom & Cara Elak Cedera Klasik Dalam Larian

Ads

6. Push-Up Rotation: Kekuatan Bahu dan Keseimbangan Core

Senaman gabungan kekuatan dan keseimbangan ini adalah versi advance push-up yang sangat efektif untuk bahu, dada, dan core.

Tindakan On-Point: Dalam posisi tekan tubi, pusingkan badan ke kiri sambil luruskan tangan kiri ke atas. Core mesti kekal tegang. Ulang 5 kali setiap sisi.

6 Rutin Senaman Pagi Power-Up Mentaliti Lelaki
Image by freepic.diller on Freepik

Selamat mencuba enam rutin senaman pagi ini selama 20 minit. Jadikan ia ritual harian untuk kekal sihat, fokus dan bertenaga. Ingat — disiplin kecil di pagi hari adalah asas kepada kejayaan besar anda setiap hari.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Gentleman semua dah baca MASKULIN? Download dekat je senang

KLIK DI SEENI
Ads