Rasanya MASKULIN tidak perlu lagi memperkenalkan tentang kehebatan jenama HUAWEI dalam usaha mereka memperkenalkan inovasi telefon pintar terhebat di pasaran.

Peranti pintar flagship mereka terkini, HUAWEI Mate40 Pro merupakan telefon pintar paling canggih dicipta mereka setakat ini. Ia bukan sahaja sarat dengan pelbagai inovasi dan pengenalan teknologi baharu tetapi menjadi penanda aras dalam industri ini.

Kecanggihan HUAWEI MatePro 40 meliputi pelbagai kegunaan seperti fotografi, perisian bantuan untuk tugasan kerja dan juga pelbagai fungsi yang relevan untuk seseorang dalam bidang professional dan kehidupan moden.

Apatah lagi baru-baru ini HUAWEI Mate40 Pro telah diumumkan sebagai telefon pintar bersifat ‘all-rounder’.

Ikuti 6 sebab mengapa HUAWEI Mate40 Pro merupakan telefon pintar serba versatil dalam kehidupan seharian.

CHIPSET BERKUASA

6 Sebab HUAWEI Mate40 Pro Telefon Pintar Serba Boleh Untuk Kehidupan Seharian

Di antara ciri-ciri hebat yang terdapat pada HUAWEI Mate40 Pro adalah dilengkapi chipset yang hebat. Dikuasakan cip Kirin 9000 Series, ia menyokong rangkaian 5G dan mampu mengendalian pelbagai tugasan berat dalam masa yang sama.

Bayangkan anda sebagai seorang eksekutif professional perlu melakukan pelbagai tugasa menggunakan aplikasi berat. Jika tidak disokong cip yang berkuasa pasti ia tidak dapat disempurnakan dengan baik.

Atau anda sebagai gamer yang mahukan refresh rate tinggi. Ia mampu melakukan refresh rate pada kadar 90Hz dan skrin 2K dengan ketahanan bateri yang lama.

FOTOGRAFI UNGGUL

6 Sebab HUAWEI Mate40 Pro Telefon Pintar Serba Boleh Untuk Kehidupan Seharian

HUAWEI Mate40 Pro memberi jaminan bahawa Triple Camera yang ditawarkan mampu memberikan hasil seperti dibidik jurugambar professional. Ia dilengkapi Periscope Telephoto Camera yang menyokong 10x hybrid zoom dan 50x digitalzoom. Ultra-Wide Cine Camera pula memberikan pandangan fotografi lebih luas selain Ultra Vision Selfie Camera untuk swafoto yang turut menyokong rakaman video 4K.

Jadi anda tidak perlu risau jika foto menjadi kabur jika subjek berada sedikit jauh. Ia dapat dilakukan dengan sempurna dengan teknologi AI video stabilizer. Ini berita baik buat vlogger yang ingin mendapatkan kualiti video tanpa gegaran. Malah dengan menggunakan HUAWEI Mate40 Pro Story Creator, video dapat di-edit dengan kreatif dengan pelbagai sokongan produk HUAWEI Ecosystem yang lain.

KETAHANAN BATERI

Salah satu kelebihan HUAWEI Mate40 Pro ialah memiliki ketahanan bateri yang lama dan dalam masa yang sama ia merupakan peranti cukup ringan. Kapasiti 4400mAh dengan sokongan pengecasan 66W menjadikan ia sebuah telefon pintar yang cukup tahan lama.

IKLAN

Ia juga mampu melakukan pengecasan penuh hanya mengambil masa selama setengah jam sahaja!

REKAAN PREMIUM

6 Sebab HUAWEI Mate40 Pro Telefon Pintar Serba Boleh Untuk Kehidupan Seharian

Sebagai sebuah telefon pintar flagship, HUAWEI Mate40 Pro mempuyai karakteristik premium yang cukup eksklusif. Paparan skrinnya menampilkan HUAWEI 88° Horizon Display yang memberikan kualiti visual terbaik. Rekaan luaran bahagian tepi yang lebih bulat pula memberikan kelesaan maksima.

Untuk kepuasan audio pula tidak kurang hebatnya dengan system stereo super bass. HUAWEI Mate40 Pro kalis air degan perlindungan mencapai rating IP68 untuk percikan air dan juga debu.

CIRI-CIRI PINTAR

6 Sebab HUAWEI Mate40 Pro Telefon Pintar Serba Boleh Untuk Kehidupan Seharian

Pengalaman menggunakan HUAWEI Mate40 Pro juga pasti menyeronokkan dengan inovasi terbaru, EMUI 11. Ia menampilkan penambahbaikan teknologi Smart Gesture, Eyes on Display, Multi-Screen Collaboration dan banyak lagi.

Pengguna kini boleh unlock hanya dengan interaksi bebas sentuhan. Cukup hanya mengimbas tangan ke atas dan ke bawah. Atau dari kiri ke kanan untuk melihat seleksi foto.

Ia juga boleh digunakan untuk menjawab panggilan, mengawal navigasi audio dan juga kadar deringan. Pandang sahaja ke arah skrin deringan secara automatik menjadi lebih perlahan.

IKLAN

SOKONGAN SKRIN PELBAGAI PERANTI

Menerusi teknologi HUAWEI Share, pengguna peranti HUAWEI dapat menikmati Multi-Screen Collaboration. Ini bermakna anda mampu melakukan satu kawalan ke atas peranti berbeza dalam masa yang sama.

Sebagai contoh skrin HUAWEI Mate40 Pro dapat dikawal secara serentak bersama HUAWEI MatePad Series atau HUAWEI MateBook Series.

Selain itu HUAWEI Mate40 Pro turut menyokong perisian komunikasi canggih, MeeTime by HUAWEI yang lebih jelas, lancer dan berkualiti. Menerusi aplikasi ini anda dapat melakukan perkongsian skrin dengan orang lain dengan cukup lancar.

HUAWEI Notepad pula memabntu anda mengenal pasti pelbagai jenis teks dan melakukan ekstrak dengan pantas.

Itulah di antara 6 sebab mengapa telefon pintar HUAWEI Mate40 Pro dianggap sebagai peranti bersifat all-rounder.

Sementara itu, HMS yang dibangunkan HUAWEI juga telah menunjukkan peningkatan dari pelbagai aspek yang mampu membantu pengguna. Apa yang Google miliki, begitu juga dengan HUAWEI yang memberikan lebih lagi.

Melihatkan penggunaan transaksi elentronik yang semakin mendapat tempat di hati pengguna, mereka turut memperkenalkan HUAWEI Pay. Pengguna dapat melakukan pelbagai jenis transaksi dengan lebih selamat dan cepat.

IKLAN

Selain HUAWEI AppGallery, HUAWEI Mate40 Pro turut menyediakan aplikasi hebat seperti Petal Maps dan HUAWEI Docs.

Khas buat pengguna HUAWEI Mate40 Pro, mereka layak mendapatkan storan 50GB HUAWEI Mobile Cloud secara percuma selama 12 bulan, 3 bulan akses HUAWEI Video VIP dan baucar RM40 untuk HUAWEI BOOKS.

PROMOSI HEBAT

Telefon pintar versatil dan all-rounder HUAWEI Mate40 Pro kini boleh didapati di pasaran pada harga RM4,299 dengan tawaran pelbagai hadiah percuma bernilai sehingga RM3,300. Ia termasuklah HUAWEI Sound X yang bernilai RM1,299 (terhad untuk 1000 pelanggan terawal).

6 Sebab HUAWEI Mate40 Pro Telefon Pintar Serba Boleh Untuk Kehidupan Seharian

Ia boleh didapati sepanjang tempoh promosi 12.12 dan boleh dapati di laman sesawang rasmi HUAWEI di sini.
Selain itu ia juga boleh didapati di HUAWEI Experience Store dan di putlet telco terpilih. Anda juga boleh mendapatkannya di Lazada.

BETTER TOGETHER

Ekosistem pelbagai produk HUAWEI kini menjadi penanda aras baharu dalam penghasilan peranti pintar. Menerusi HUAWEI Ecosystem terdapat banyak peranti pintar.

Antaranya ialah HUAWEI Y7a. HUAWEI x Gentle Monster Eyewear II. HUAWEI Freebuds Pro, HUAWEI WATCH GT2 Pro, HUAWEI MateBook 14 DAN HUAWEI MatePad T10s.

6 Sebab HUAWEI Mate40 Pro Telefon Pintar Serba Boleh Untuk Kehidupan Seharian

Anda boleh dapatkan maklumat kanjut mengenai produk-produk hebat tersebut di https://shop.huawei.com/my/new-arrivals-december-2020.html?utm_medium=pr&utm_source=massmedia&utm_campaign=NewArrivalDec2020.

6 Sebab HUAWEI Mate40 Pro Telefon Pintar Serba Boleh Untuk Kehidupan Seharian

HUAWEI juga sedang menjalankan kempen Better Together bermula sekarang sehingga 3 Januari 2021 di mana pengguna bertuah HUAWEI boleh memenangi hadiah bernilai sehingga RM300,000. Pemenang utama kempen ini bakal membawa pulang Proton X50!

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI