TOP IMAGE FUJITSU

Dalam dunia lelaki yang bekerjaya profesional, aspek mobiliti merupakan perkara yang sangat penting.

Bak kata orang, masa itu emas. Segalanya perlu dilakukan dengan pantas dan cepat. Dan disebabkan itulah membuatkan lelaki bekerjaya mahukan kehidupan mereka dikelilingi dengan kelengkapan, aksesori dan paling penting, peranti yang mudah untuk dibawa ke mana sahaja.

komputer riba fujitsu

Antara peranti yang mempunyai peranan sangat penting bagi lelaki bekerjaya adalah komputer riba atau dalam istilah popularnya, notebook.

komputer riba terbaik

Percaya atau tidak, komputer riba terbaharu yang diperkenalkan oleh pengeluar dari negara matahari terbit, Jepun iaitu Fujitsu rupanya hanya seberat 778 gram sahaja. Fujitsu UH-X kini dianggap antara komputer riba ULTRA-ringan yang wajib untuk dimiliki!

tahan lasak

Ketika pertama kali mendengarnya, mungkin anda sendiri sukar untuk mempercayai. Namun hakikatnya, Fujitsu UH-X sememangnya sebuah komputer riba yang cukup ringan. Lebih luar biasa lagi dan dengan berat yang sebegitu, ia masih mampu menawarkan kemampuan dalaman yang cukup hebat.

TAHAN LASAK

Hadir dengan warna premium hitam dan putih untuk lelaki bekerjaya, Fujitsu UH-X masih menawarkan ketahanan yang cukup hebat apabila kerangkanya diperbuat daripada bahan magnesium. Bahan dan struktur yang digunakan telah dipilih dengan cukup teliti bagi mencapai misi untuk mengurangkan berat peranti ini tanpa perlu mengorbankan integriti ketahanannya.

IKLAN

Tampil dengan saiz 13.3 inci, skrinnya dilindungi dengan bingkai yang tebal di sekelilingnya. Bingkai luarannya diperkuatkan untuk mengurangkan herotan ketika ia dibuka dan ditutup, selain memperkenalkan rekaan sidewall.

Bukan itu sahaja, Fujitsu UH-X juga telah melalui ujian ketahanan seperti ujian tekanan permukaan dan hasilnya, ia mampu menahan tekanan 200 kgf. Bagi one-point test point, ia mencatatkan kiraan 35 kgf dan drop test pula pada kadar 76 cm.

PENGECAMAN WAJAH

Tersedia dengan skrin 13.3 FHD anti-glare, Fujitsu UH-X menawarkan resolusi paparan yang berkualiti tinggi. Sejujurnya, ia merupakan komputer riba dengan saiz yang cukup sesuai buat lelaki berkerjaya yang sentiasa bergerak.

ultra ringan pengecaman wajah

Tambah menarik lagi, Fujitsu UH-X ini juga turut dibekalkan dengan kamera yang mempunyai teknologi pengecaman wajah atau Face Recognition.

face recognition ultra ringan

IKLAN

Teknologi ini membantu pengguna untuk terus log masuk ke dalam komputer dengan lebih cepat. Ia juga disokong oleh Windows Hello yang merupakan ciri pengesahan biometric di dalam Windows 10.

KEPELBAGAIAN SAMBUNGAN

Tampil dalam bentuk yang cukup nipis dan ringan, tidak bermakna Fujitsu UH-X tidak dilengkapi dengan pelbagai port sambungan penting. Komputer riba ini dilengkapi dengan pelbagai port seperti dua USB-C ports, USB-A, HDMI, SD Card reader dan yang paling unik, jack sambungan Ethernet atau LAN.

port

Port LAN ini lebih unik kerana ia tampil dengan kaedah foldable untuk melakukan sambungan ke rangkaian kabel Ethernet. Jangan gusar jika tiada sambungan Wi-Fi kerana anda boleh melakukan sambungan kabel sahaja untuk mendapatkan Internet.

multi port fujitsu

IKLAN

Hanya dengan kepelbagaian port yang tersedia pada Fujitsu UH-X ini membuatkan pengguna tidak perlu membawa segala macam kabel converter.

SPESIFIKASI DALAMAN

Terdapat dua versi Fujitsu UH-X yang ditawarkan untuk pilihan pengguna profesional. Untuk versi pertama, ia diperkasakan dengan pemproses Intel Core i7-10510U dan dilengkapi dengan memori 16 GB RAM, storan dalaman 1 TB, berserta Intel® UHD Graphics. Manakala untuk versi kedua pula, ia hadir dengan pemproses Intel Core i5-10210U bersama memori 8 GB RAM, storan dalaman 512 GB dan kad grafik Intel UHD Graphics.

 

Selain itu, faktor bateri juga tidak kurang pentingnya. Fujitsu UH-X tampil dengan bateri 25Wh untuk penggunaan sehingga 7.5 jam. Bukan itu sahaja, ia juga boleh dicas dengan pantas menggunakan teknologi Quick Charges. Jadi dalam tempoh satu jam sahaja, Fujitsu UH-X telah dicas hingga ke tahap 80 peratus.

Kepada lelaki bekerjaya profesional yang berkira-kira untuk memiliki komputer riba buatan Jepun yang terkenal dengan Takumi Craftmanship ini, boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenainya di laman sesawang rasmi, https://www.fmworld.net/overseas/my/en/uh-x/2008/

Eksklusif untuk pengguna di Malaysia yang ingin membeli komputer riba ini melalui kedai rakan kongsi yang berpartisipasi, GLOO dan Thunder Match Technology (TMT). Fujitsu menawarkan promosi hebat bermula 28 September sehingga 11 Oktober 2020.

Fujitsu UH-X yang ditawarkan pada harga permulaan RM4,199 ini turut menyediakan hadiah menarik yang bernilai sehingga RM1,025 termasuk skrin monitor 22 inci atau 27 inci, akses Microsoft Office 365 dan juga laptop sleeve berjenama.