Kita mulakan hidup kita seharian dengan kerja, kerja dan kerja. Bangun pagi, mandi dan bersiap ke tempat kerja dari 8 pagi hingga 5 petang. Kadang kala kerja lebih masa. Kerja yang tidak pernah habis. Keesokan harinya, ulang benda yang sama.
Namun, adakah kita sedar, hidup kita lebih daripada itu? Di usia muda inilah masa untuk kita mencuba sesuatu yang baru. Masa untuk mencari pengalaman hidup. Ini 6 sebab kamu perlu keluar untuk travel di masa muda.
1. Menjadi Seorang Yang Lebih Berdikari
Apa yang pasti, pergi travel memerlukan anda untuk menjadi berdikari. Segala keputusan anda yang akan putuskan. Makan di mana, pengangkutan apa yang perlu digunakan dan macam-macam lagi. Anda diletakkan di dalam situasi dunia sebenar yang memerlukan anda untuk menjadi seorang street smart, seorang yang mampu menyelesaikan masalah dengan praktikal.
Ketika mengembara, anda akan menghadapi pelbagai masalah dan anda akan belajar untuk menjadi peka dan lebih berhati-hati dengan keadaan sekeliling yang anda tidak biasa. Penyelesaian masalah dan berfikir di luar kotak adalah skil yang bakal anda pelajari semasa mengembara.
2. Belajar Tentang Pengurusan Kewangan
Kadangkala bla travel, kita juga akan belanja lebih daripada belanjawan. Di sinilah titik tolak di mana perlu membuat keputusan apa yang patut anda kurangkan atau lebihkan dari segi perbelanjaan.
Sebelum mengembara pula , akan untuk buat belanjawan perjalanan. Ketika mengembara, anda akan belajar bagaimana untuk belanja tidak lebih daripada apa yang anda pelan.
3. Menjadi Lebih Yakin
Mungkin kadang kala kita takut untuk keluar dari zon selesa. Namun, setelah melakukannya, anda akan berasa mengunjungi tempat baru bukanlah sesukar yang disangka. Keyakinan tidak boleh dipelajari. Ia hanya boleh dipupuk melalui praktikal. Sekiranya anda takut lemas dalam air, anda belajar berenang. Sudah pandai berenang, anda lebih yakin. Begitu juga dengan hidup. Mengembara mampu memupuk keyakinan anda untuk membuat keputusan tentang hidup anda.
4. Mempunyai Tenaga & Masa Serta Kurang Komitmen
Nabi Muhammad S.A.W. juga menggalakkan kita untuk menuntut ilmu sampai ke negeri (negara) China. Yakni, ilmu itu di mana-mana. Mengembara juga suatu proses menuntut ilmu.
Di usia muda, anda masih belum mempunyai komitmen atau tanggungjawab. Mungkin anda punya komitmen, namun masih belum berat. Bagi yang sudah berkahwin, tanggungjawab kepada isteri dan anak-anak. Makan minum mereka, tempat tinggal dan sebagainya. Masa tidak akan kembali. Muda hanya sekali. Jadi, anda yang masih muda, gunakan masa yang ada untuk belajar tentang ilmu kehidupan melalui pengembaraan.
5. Menjadi Lebih Berfikiran Terbuka
Ketika mengembara, anda akan berjumpa dengan macam-macam jenis orang, pelbagai perwatakan. Ambil peluang ini untuk bercakap dengan masyarakat tempatan, anda boleh belajar sesuatu daripada mereka. Setiap tempat ada keunikannya yang tersendiri, penuh dengan budaya yang mampu mempengaruhi dan mengubah pemikiran anda.
Adalah sangat bagus untuk menerokai tempat-tempat baharu dan melihat sendiri bagaimana ia mengajar anda tentang erti kehidupan dan tentang diri anda. Ilmu yang kebanyakan tidak digunakan pun dalam kehidupan kita. Mengembara mengajar kita tentang banyak perkara yang berguna untuk kehidupan kelak.
6. Mengutip Pengalaman & Memori Berharga
Bahagian yang paling menarik tentang pengembaraan adalah cerita-cerita yang anda boleh kongsikan dengan bakal majikan anda, rakan sekerja, pasangan hidup, anak-anak mahupun cucu anda suatu hari nanti.
Ketika mengembara, anda berjumpa ramai orang di tempat baharu, merasai pengalaman berjalan di kota asing. Cabaran-cabaran yang dilalui. Memori seperti inilah yang anda akan ingat sampai bila-bila.
Sumber : illuminasi
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI