Walaupun ramai yang bangga dengan kereta masing-masing, tak ramai yang sedar punca kerosakan kereta selalunya bukan sebab usia, tapi tabiat pemandu itu sendiri.

Dalam kesibukan harian, ramai yang tanpa sedar ulang perangai-perangai yang perlahan-lahan ‘makan dalam’ kereta mereka sendiri.

Di bawah ni antara enam tabiat paling biasa di jalan raya Malaysia dan mungkin kau pun salah seorang daripadanya.

Start Enjin, Terus Tekan Minyak

6 Tabiat Buruk Pemandu Malaysia Yang Rosakkan Kereta Sendiri
Foto : Philkotse

Ramai pemandu terburu-buru bila mula hidupkan enjin.

Lagi-lagi waktu pagi atau tengah rushing ke tempat kerja. Enjin baru start tapi dah tekan minyak kuat-kuat, terus masuk gear dan jalan.

Tabiat ini, walaupun nampak remeh, sebenarnya memberi tekanan pada enjin yang belum ‘panas’ atau cukup pelinciran.

Dalam jangka masa panjang, komponen dalaman enjin akan haus lebih cepat.

Bawa Sampai Tangki Minyak Kosong

Ada yang jenis tunggu sampai lampu minyak menyala baru nak isi petrol.

Benda ni memang biasa, tapi bila jadi kebiasaan, ia boleh jejaskan fuel pump dan sistem bahan api.

Ads

Minyak yang terlalu rendah menyebabkan kotoran di dasar tangki tersedut naik, lalu meningkatkan risiko enjin semput atau fuel filter tersumbat.

Suka Brake Mendadak & Agresif

Gaya pemanduan agresif dengan banyak brake mengejut bukan sahaja menyusahkan pemandu belakang, malah cepat menghabiskan brake pad dan disc.

Situasi ini selalu berlaku bila pemandu tak jaga jarak atau jenis suka ‘cucuk’ kereta depan.

Dalam masa sama, ia boleh jejaskan keselamatan, terutamanya bila jalan licin atau waktu hujan.

6 Tabiat Buruk Pemandu Malaysia Yang Rosakkan Kereta Sendiri
Foto : SINAR – SYOK

Langgar Lubang & Bonggol Tanpa Peduli

Lubang atas jalan mungkin bukan salah kita, tapi cara kita melanggarnya itu atas diri sendiri.

Ads

Ada pemandu yang langsung tak perlahankan kereta bila nampak bonggol atau jalan rosak.

Hasilnya, sistem suspension terjejas, alignment lari dan rim boleh bengkok.

Ia mungkin tak nampak kesannya terus, tapi bila kereta mula ‘lari’ dan stereng senget, kos baiki bukan sikit.

Bawa Dengan RPM Tinggi Tanpa Sebab

Tabiat tekan pedal minyak sampai RPM merah kononnya nak rasa ‘power’ walaupun tengah bawa kereta biasa ini antara perangai yang cepat merosakkan enjin.

Enjin bekerja lebih keras dari sepatutnya, haba meningkat dan penggunaan bahan api jadi tak efisien.

Ads

Lebih teruk kalau kereta jenis auto, sebab tekanan pada gearbox jadi berganda.

BACA LAGI : Potong Spring Kereta: Gaya Atau Bahaya?

6 Tabiat Buruk Pemandu Malaysia Yang Rosakkan Kereta Sendiri
Foto : mStar

Abaikan Servis Berkala

Ramai anggap servis berkala sebagai pilihan, bukan keperluan.

Bila terlalu sibuk atau malas nak beratur, ada yang tangguh tukar minyak hitam, filter atau check sistem.

Bila dah terlalu lama, minyak jadi kotor, pelinciran tak optimum dan risiko enjin ‘jem’ makin tinggi.

Akhirnya, kereta akan cerminkan siapa kita. Tabiat harian kita atas jalan akan tentukan berapa lama kereta boleh bertahan, dan berapa banyak duit kita akan bazirkan di bengkel.

Jadi sebelum salahkan jenama atau nasib, mungkin dah sampai masa tengok balik cara kita layan kereta sendiri.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI