6 Tip Ringkas Boleh Bantu Anda Jimatkan Minyak Kereta Ketika Balik Kampung

Share

Nampaknya ramai di antara anda sidah tak sabar untuk sama-sama bersesak dan bertarung di atas jalan raya untuk pulang ke kampung halaman masing-masing.

Segala persiapan mungkin anda sudah siapkan. Servis kereta pun sudah. Tapi bagaimana caranya untuk jimatkan penggunaan minyak dan menggunakannya dengan sebaik mungkin.

Kalau ikut caranya memang anda boleh jimatkan kos minyak. Jadi apa yang kita boleh buat untuk jimatkan minyak atau tak bazirkan minyak kereta kita adalah dengan beberapa perkara ini. Ada cara yang betul pemandu harus lakukan.

1. Ikut kelajuan yang ditetapkan. Bawa laju memang menghabiskan minyak. Tapi bawa dengan kelajuan yang consistent boleh elak kita daripada bazirkan minyak okay ?

2. Apa salahnya pagi-pagi keluar rumah dalam pukul 7 atau 8 buka lah tingkap. Atau petang – petang. Cuaca pun dah redup kan.

3. Sekarang ni semua orang bergantung kepada Waze. Bukan sebab kita tak tahu jalan tetapi Waze bagi tahu mana jalan shortcut sekiranya jam. Jadi jimat minyak kan ?

BACA: Tip Beli Baju Raya Last Minute, Tak Kena Gaya Jimat Berganda-Ganda!

4. Elakkan bawa kereta semasa hujan. Rintangan air di jalan raya buat kereta lebih berat dan perlukan tekanan minyak yang tinggi

5. Check tayar kereta korang. Lagi kurang angin lagi banyak menggunakan minyak

6. Muatan kereta pun biar berpada.

 

 

 

 

IKLAN