Apa yang berlaku di Universal Studios Japan di Osaka pada hari Selasa lalu melibatkan Roller Coaster Dinosaur Jurassic Park yang membuatkan anda berfikir dua kali untuk menaiki Roller Coaster apabila anda pergi ke taman hiburan. Ini kerana Roller Coaster yang membawa kira-kira 60 penumpang, terhenti dengan sendirinya di pertengahan dan menggantung kesemuanya dalam keadaan terbalik selama 2 jam.
Ads
Dengan itu, Taman hiburan tarikan Jurassic Park ini akan menjadi sebahagian daripada pusat pelancongan yang paling menakutkan. Pengurus Taman Hiburan itu memohon maaf dan berkata masalah itu disebabkan oleh peranti mengawal motor di landasan gerabak.
Ads
Menurut Japan Times, kesemua 60 penumpang menaiki gerabak tersebut yang terdiri daripada dua gerabak. kedua-duanya tersangkut di pertengahan kira-kira jam 4.45 petang. Kejadian ini sebenarnya telah berlaku sekitar Ogos tahun lalu. Satu gerabak tersangkut di tengah-tengah dalam keadaan terbalik dengan ketinggian 20 ke 30 meter dari arah tanah, semetara satu gerabak lagi tersangkut berhampiran dengan terminal.
Ads
Memang menggerunkan, akhbar Jepun Asashi Shimbun telah merakam detik-detik mencemaskan dari sebuah helikopter. Sudah semestinya ini tidak menatahkan semangat peminat-peminat tegar aksi gayat dimana mereka masih beratur untuk menaiki permainan tersebut. Roller coaster ini kembali beroperasi seperti biasa selepas masalah berjaya diselesaikan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Semburan wangian bukanlah sekadar untuk melengkakan gaya kamu malah lebih dari itu. Begitu banyak jenama dan juga jenis wangian yang bisa anda pilih dan pakai. Kepada mereka yang tak pernah sembur perfume, ini lah masanya untuk korang cepat-cepat beli perfume dan gunakannya.
Wanita lebih sensitif terhadap bauan pada tubuh kamu. Memakai wangian akan menjadikan anda lebih menarik kepada wanita. Dalam memilih pasangan, bau adalah aspek penting bagi wanita. Dalam kajian Eropah, ia menunjukkan bahawa walaupun isyarat visual adalah yang paling penting bagi lelaki dalam memilih wanita, aroma pula adalah faktor yang paling berkuasa untuk wanita dalam memilih lelaki. Seorang lelaki menggunakan mukanya terlebih dahulu, manakala seorang wanita menggunakan hidungnya (walaupun dia tidak tahu!). Selain itu, wanita mempunyai deria bau yang lebih baik dan lebih halus. Bermula pada saat dilahirkan, wanita secara konsisten mengungguli lelaki dalam ujian bau, dalam kedua-dua pengenalan dan pengesanan. Malah, hidung wanita juga ditujukan untuk sensitif terhadap pheromone lelaki (hormon seks jenis beraroma). Semua wangian bergabung dengan aroma ini untuk membentuk pengalaman ciuman yang lebih berkesan dan menarik.
Bau adalah rasa yang paling berkuasa. Sebenarnya ia 150,000 kali lebih sensitif daripada penglihatan anda, dan mampu mengesan lebih daripada satu biji bau (mata kita hanya dapat mengesan sekitar 7,000,000 warna, dan itulah perkiraan yang tinggi). Bau juga mencetuskan kenangan yang lebih baik daripada mana-mana deria lain kerana olfactory bulb bersambung secara langsung ke sistem limbik, kadang-kadang disebut “emotional brain”. Aroma yang kuat dan unik adalah bersamaan sambungan emosi yang mendalam. Sebagai contoh, jika anda terbau haruman ibu kamu, pasti emosi kamu akan terganggu seketika kerana secara tidak langsung, pemikiran kamu sedang bermaib dengan emosi kamu mneyebabkan kamu sedih juga rindu.
Kami tahu apabila anda berpakaian serba elok, ia secara tidak langsung menambahkan keyakinan diri anda. Anda hanya berasa lebih baik apabila kelihatan cantik. Memakai cologne boleh meningkatkan lagi perasaan itu, kerana anda yakin bahawa anda bukan sahaja kelihatan seperti satu juta dolar, tetapi juga haruman yang dipakai berbau seperti itu (satu juta dolar). Jenis haruman yang and pilih dan pakai melambangkan personaliti diri anda. Jadi, harus sedar betapa pentingnya sesuatu haruman itu yang bisa mengubah persepsi masyarakat pada diri kamu. Tidak kiralah sama ada pertemuan dengan si dia ataupun hal kerja.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Aktiviti outdoor seperti mendaki bukit, hiking dan juga larian trail kini semakin popular terutamanya buat warga kota. Di sebalik kesesakan kota raya yang penuh hiruk-pikuk maka tidak hairanlah mengapa aktviti outdoor jadi pilihan ramai. Bagi keselesaan aktiviti tersebut pastinya pakaian sesuai diperlukan untuk ketahanan. Di antara jenama yang sering menampilkan koleksi pakaian outdoor adalah Timberland.
Terbaru, Timberland melancarkan koleksi dikenali sebagai Weather Ready yang dikeluarkan sebagai seleksi penghujung tahun atau Fall/Winter 2020. Komitmen Timberland bukan sahaja terhadap menghasilkan variasi pakaian dan kasut tahan lasak tetapi juga memainkan peranan penting kepada alam sekitar.
Menerusi pelbagai kempen, Timberland telah memberi komitmen mereka untuk menanam lebih 50 juta pokok menjelang tahun 2025. Dan sebelum ini juga mereka telah menanam jutaan pokok di beberapa lokasi di dunia. Menyedari akan impak industri fesyen terhadap alam sekitar, Timberland turut melancarkan Nature by 2030. Ia satu inisiatif untuk memastikan kelestarian alam sekitar lebih terpelihara.
Dengan visi tersebutlah koleksi Weather Ready ini dihasilkan. Antara ciri utama yang diserlahkan menerusi setiap item adalah sifat penebat dengan menggunakan fabriks tahan lasak. Ia juga menggunakan teknologi kalis air, TimberDry yang diperbuat daripada bahan plastik kitar semula yang diambil dari tapak pelupusan sampah.
Keselesaan maksima pula dapat dirasai dengan jaket paling premium dihasilkan Timberland iaitu Ecoriginal Waterproff Parka. Lebih menarik, jaket ini menampilkan teknologi penebat Thermore ECOdown yang dihasilkan sepenuhnya dari bahan kitar semula plastik.
Ia juga turut menggunakan fabrik dari teknologi ReBOTL pada lapisan luar yang terhasil sekurang-kurangnya 40% plastik kitar semula. Manakala ciri-ciri kalis air pula dilengkapi DryVent.
Koleksi Weather Ready Timberland turut menampilkan Sherpa Jackets untuk lelaki dan wanita. Selain itu, Outdoor Archive Sherpa Fleece Jackets pula tampil dengan tema warna retro yang dihasilkan daripada 100% bahan kitar semula poliester.
Bagi kategori footwear pula, Timberland memperkenalkan The Garrisan Trail Waterproof High Hiker yang kalis air dan dilengkapi teknologi TimberDry.
Bahagian luaran but yang kalis air dihasilkan daripada kulit berkualiti tinggi yang diiktiraf oleh Leather Working Group dengan jaminan praktis alam sekitar.
Koleksi Weather Ready Timberland kini telah mula dipasarkan di Malaysia menerusi semua outletnya.
Jangan lupa untuk follow Instagram MASKULIN untuk update trend lelaki terkini!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sebagai seorang lelaki anda pastinya pernah berdepan dilema untuk mencari idea apakah hadiah sesuai untuk pasangan atau juga ahli keluarga dan kenalan rapat.
Tidak kiralah sama ada untuk hadiah hari lahir atau hadiah istimewa sempena perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri, hadiah yang diberikan pastinya perlu hadir dengan nilai estetika tersendiri.
Tahukah anda jam tangan merupakan antara item atau aksesori yang cukup baik untuk dijadikan sebagai hadiah istimewa. Jam tangan kini bukan sahaja berfungsi sebagai alat menunjukkan masa semata malah ia lebih daripada itu.
Mengapakah MASKULIN mengatakan jam sebagai antara hadiah yang menarik untuk dijadikan sebagai hadiah istimewa? Ikuti lima sebab di bawah:
Jam tangan boleh menjadi simbolik terhadap masa yang anda luangkan di antara satu sama lain. Masa merupakan komoditi yang tiada nilainya. Dengan memakai jam tangan hadiah daripada anda mereka akan merasakan kehadiran anda setiap masa.
Ia juga boleh menjadi simbol terhadap hubungan lama yang telah anda jalinkan dengan mereka. Masa itu kan emas!
Berbanding sesetengah hadiah lain yang mungkin bersifat sementara, jam tangan boleh digunakan setiap hari. Sekali gus menjadikan ia sebagai item yang cukup signifikan dalam kehidupan seharian mereka.
Lebih menarik jika anda menghadiahkan mereka dengan jam tangan sesuai dengan personaliti mereka. Ya, jam tangan kini mampu menyerlahkan personaliti dan identiti seseorang dengan cukup unik. Setiap jam tangan tampil dengan rekaan, kombinasi warna, material tali dan juga bentuk paparannya sama jam analog atau digital. Serlahkan personaliti mereka!
Jam tangan boleh menjadi hadiah yang akan diingati sampai bila-bila dan begitu bermakna. Jika anda sendiri mendapat hadiah berbentuk jam tangan pastinya anda akan terus teringat akan siapa yang menghadiahkannya setiap kali melihat masa. Ia menjadi satu tanda ingatan yang sangat efisien.
Setiap jam tangan hadir dengan rekaan yang tersendiri. Ada jam tangan mewah dan ada juga jam tangan yang mampu milik. Ia terpulang kepada bajet anda masing-masing. Namun jika anda mahukan jam tangan yang hadir dengan rekaan hebat tapi pada harga berpatutan boleh dapatkan jam seperti dari jenama Ice-Watch.
Bersempena kemunculan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini, Ice-Watch memperkenalkan koleksi ‘Ice-Watch Raya’. Koleksi ini hadir dengan variasi pilihan untuk lelaki dan wanita.
Untuk koleksi lelaki, mereka memperkenalkan ICE Steel Collection yang hadir dengan dua warna berbeza iaitu biru dan hijau. Dilengkapi dengan tali silikon yang fleksibel, bertekstur dan juga cukup selesa untuk dipakai. Sesuai dipadankan dengan baju melayu di pagi Hari Raya.
Manakala untuk koleksi wanita pula, ICE Watch menampilkan ICE Flower Collection. Ia hadir dengan rekaan dan corak bunga dalam pelbagai warna. Tampil dengan rekaan lebih segar, feminin dan tampak optimistik, ICE Flower Collection menerokai personaliti tersendiri pemakainya.
Koleksi ICE Watch Raya kini boleh didapati secara di atas talian menerusi www.ice-watch.com.my dan juga outlet fizikal mereka di seluruh negara.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemunculan wajah Aiman Hakim Ridza di beberapa lokasi strategik menerusi paparan digital gergasi menimbulkan rasa tertanya-tanya di kalangan orang awam.