Apa yang berlaku di Universal Studios Japan di Osaka pada hari Selasa lalu melibatkan Roller Coaster Dinosaur Jurassic Park yang membuatkan anda berfikir dua kali untuk menaiki Roller Coaster apabila anda pergi ke taman hiburan. Ini kerana Roller Coaster yang membawa kira-kira 60 penumpang, terhenti dengan sendirinya di pertengahan dan menggantung kesemuanya dalam keadaan terbalik selama 2 jam.
Ads
Dengan itu, Taman hiburan tarikan Jurassic Park ini akan menjadi sebahagian daripada pusat pelancongan yang paling menakutkan. Pengurus Taman Hiburan itu memohon maaf dan berkata masalah itu disebabkan oleh peranti mengawal motor di landasan gerabak.
Ads
Menurut Japan Times, kesemua 60 penumpang menaiki gerabak tersebut yang terdiri daripada dua gerabak. kedua-duanya tersangkut di pertengahan kira-kira jam 4.45 petang. Kejadian ini sebenarnya telah berlaku sekitar Ogos tahun lalu. Satu gerabak tersangkut di tengah-tengah dalam keadaan terbalik dengan ketinggian 20 ke 30 meter dari arah tanah, semetara satu gerabak lagi tersangkut berhampiran dengan terminal.
Ads
Memang menggerunkan, akhbar Jepun Asashi Shimbun telah merakam detik-detik mencemaskan dari sebuah helikopter. Sudah semestinya ini tidak menatahkan semangat peminat-peminat tegar aksi gayat dimana mereka masih beratur untuk menaiki permainan tersebut. Roller coaster ini kembali beroperasi seperti biasa selepas masalah berjaya diselesaikan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Boleh kata, dalam sehari, separuh waktu daripada 24 jam itu kita gunakan untuk melayari media sosial seperti Instagram dan Facebook betul tak? Bukan tu je, lebih syok kalau dapat memaut naik foto-foto berbentuk #OOTD untuk dikongsikan dengan teman pengikut. Supaya kamu tak ketinggalan dan nampak gah,ini kami kongsikan tips bagaimana kamu boleh nampak cool dalam foto Instagram dengan pakaian berlogo yang kini merupakan trend fesyen paling hip
Logo tak semestinya memghiasi baju semata, cuba gayakan kasut, skarf, barang kemas mahupun beg tangan yang mengetengahkan perincian logo berhuruf mahupun corak cetakan yang berdasarkan logo.
2. Huruf Awal Jenama
Sekali-sekala bergaya mewah apa salahnya. Cari helaian atau item aksesori fesyen yang dihiasi huruf utama -dijadikan corak cetakan monogram.
3. Bergandingan Dengan Teman
Untuk buat foto ootd kamu nampak lebih gah, gayakan baju berlogo dengan teman kamu, pasti ianya nampak lebih berkelas lagak para jemputan VIP di minggu fesyen.
Jadi lepas ni tak perlu malu untuk beli pakaian yang berlogo gergasi. Lagi besar dan nyata logo tu, lagi cantik tau!
Sumber : Wanista
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Dikenali sebagai salah satu jenama yang cukup sinonim dengan dunia muzik, seni, fesyen dan gerakan sub-budaya, Converse kini tampil memperkasakan karyawan-karyawan serta seniman di rantau Asia Tenggara.
Menerusi kempennya yang terbaru, ‘Create Next’ ia digerakkan dengan matlamat bagi memperkasakan belia komuniti-komuniti kreatif dan seniman-seniman sub-budaya untuk lebih berkarya dalam bidan muzik, seni lukis, sukan, dan fesyen.
Berpusat di Asia Tenggara, kempen ini mengetengahkan belia-belia kreatif serantau dalam satu gerakan budaya yang bersepadu.
Program ini juga dilihat sebagai kesinambungan tradisi jenama Converse yang sudah lebih seabad mendukung budaya ekspresi diri, menghubungkan ahli-ahli muzik, seniman-seniman, atlit-atlit, serta pemimpi-pemimpi dan pemikir-pemikir muda serata dunia dan budaya untuk terus-menerus berkarya.
‘Create Next’ menyaksikan Converse berkolaborasi bersama-sama dengan ahli muzik, penari, pemain luncur dan juga seniman visual serta sinematografi dari Malaysia, Indonesia, Singapore, Vietnam and Filipina.
Ia juga dilihat sebagai usaha merangsang dan memberikan inspirasi kepada Gen Z dengan bakat, kerja, dan pencapaian mereka.
Selain itu, kempen ini juga dilhat Converse sebagai satu satu seruan kepada generasi seterusnya untuk menggegarkan status quo dengan mereka cipta, membuat penemuan dan meluahkan diri mereka sambil meneroka gaya sendiri.
Melalui semangat baharu ini, Converse berharap dapat merangsang belia-belia kita untuk menjadi lebih kreatif dan menghasilkan karya-karya yang inovatif, memecah acuan, dan segar.
Kempen ini terdiri dari pelbagai aktivasi di setiap negara yang terlibat, sebuah filem pendek 60-saat, dan sebuah jeyarawara.
Jeyarawara ini menampilkan persembahan-persembahan muzik yang telah dijadualkan di beberapa lokasi yang popular di kalangan belia-belia dan komuniti-komuniti kreatif sekitar setiap negara yang terlibat. Converse Indonesia juga akan turut menjayakan konsert muzik Converse yang julung-julung kali di Indonesia pada akhir 2023.
Sebahagian besar kempen ini akan diterbitkan di Singapura, dengan bimbingan seniman sinematografi tempatan Marcus Chow Li Ming yang juga seorang Converse All Star. Penerbitan akan dijalankan di beberapa lokasi popular untuk Gen Z Asia Tenggara, dan akan menampilkan budaya-budaya dan belia-belia kreatif unik dari setiap negara.
Malaysia akan diwakili oleh seniman-seniman seni lukis muda yang berkarya dalam studio mandiri mereka sendiri. Singapura akan menampilkan sebuah lokasi penuh mural yang popular untuk belia-belia berhimpun; sebuah lokasi yang dimana budaya jalanan Singapura bermula.
Vietnam ditampilkan melalui babak-babak di pasar Ben Thanh yang bertempat di bandaraya Ho Chi Minh, simbol dan jiwa Saigon. Filipina pula mengetengahkan Poblacion Makati, sebuah ruang seni dan muzik yang menjadi latar filem pendek ini.
Antara artis-artis yang berkolaborasi dalam kempen ini termasuk:
• Seniman seni visual dan seni halus, Sofia Harun – Malaysia
• Kugiran, Late Night Frequency – Malaysia
• Peluncur, Camy – Malaysia
• Seniman kek, Charmwasabi- Malaysia
• Ahli muzik, Rizkia Laras (@rizia.laras) – Indonesia
• Rapper, Cito Gakso (@citogakso) – Indonesia
• Peluncur, Calgo (@_calgo) – Indonesia
• Penari, Nandita Nada (@nanditanada) – Indonesia
• Penari, Shamey (@shxmeelix) – Singapore
• Ahli muzik dan penari, Pay (@payxabengg) – Vietnam
• Ahli muzik dan penari, Ken San Jose (@kensanjose) – Filipina
Kempen ini akan dilancarkan Oktober ini di semua saluran Youtube Converse serta platform-platform media sosial negara-negara terlibat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bagi anda yang mengikuti perkembangan fesyen terutamanya sneakers pastinya sudah tahu tentang beberapa kolaborasi Skechers bersama beberapa judul manga sebelum ini.
Pada tahun 2019 mereka menampilkan kolaborasi hangat bersama ‘One Piece’ manakala tahun lalu pula dengan ‘Sailor Moon’. Kedua-dua kolaborasi ini boleh dikatakan cukup berjaya dan menarik perhatian dari dua segmen peminat berbeza iaitu sneakers dan juga manga.
Dengan formula yang sama, Skechers pada tahun ini menampilkan pula kerjasama bersama sebuah lagi judul manga dan anime popular, ‘One Punch Man’.
Bagi penggemar manga atau anime, One Punch Man merupakan antara judul yang paling popular sejak beberapa tahun lalu. Karakter utamanya Saitama yang tampil dengan sut berwarna kuning lengkap dengan mantel merah serta berpenampilan berkepala botak telah menjadi adiwira ikon popular masa kini.
Watak Genos, cyborg yang juga merupakan anak murid Saitama cukup setia turut menjadi antara karakter popular menerusi siri manga/anime tersebut.
Penyampaian yang bersahaja dengan komedi yang cukup menghiburkan membuatkan One Punch Man popular di seluruh dunia. Jadi tidak hairanlah mengapa Skechers memilih judul ini untuk diserlahkan dalammenerusi koleksi terbaru mereka.
Tumpuan utama koleksi Skechers x One Punch Man semestinya terarah kepada seleksi sneakers. Sebanyak empat pilihan menigkuti karakter diperkenalkan. Untuk kolaborasi ini, Skechers memilih model silhoutte Stamina V2 dan ia boleh didapati dalam versi lelaki dan wanita.
Apa yang menarik tentang model ini, ia tampil dengan gaya yang agak chunky, relevan dengan trend sekarang. Dari segi teknologi kasut pula ia menampilkan Air-Cooled Memory Foam di bahagian dalam yang memberikan keselesaan maksima kepada pemakainya.
Selain koleksi sneakers, terdapat beberapa pilihan pakaian yang ditawarkan seperti hoodie dan juga crewneck. Koleksi ini telah mula dipasarkan bermula semalam dan ia boleh didapati di laman sesawang rasminya dan platform mereka di Shopee.
Jangan lupa ikuti perkembangan fesyen lelaki terkini menerusi IG Maskulin!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang