Mengapa si lelaki ini tidak memahami impian dan kehendak wanita? Bila diajaknya berkahwin, 1001 alasan yang diberikan. Kata itulah, inilah. Macam-macam! Sehingga ianya membuatkan para wanita berasa menyampah dan muak dengan alasan-alasan yang diberikan.
1) Saya Masih Belum Bersedia Untuk Berkahwin
Seringkali para lelaki menggunakan alasan ini. Katanya, dia masih belum bersedia untuk memikul tanggungjawab yang besar sebagai seorang suami dan juga bapa. Jika di minda mereka sendiri sudah disetkan kepada “Aku tak bersedia lagi untuk berkahwin”, maka sampai bila-bila pun mereka tidak akan bersedia.
2) Saya Tak Ada Duit
Alasan ini juga amat popular di kalangan lelaki apabila si wanita bertanyakan bilakah si dia hendak masuk meminang dan mengahwininya. Katanya kos nak kahwin sekarang mahal dan simpanan yang ada pun belum tentu lagi cukup.
Macamana nak cukup kalau si lelaki sendiri tidak cuba menyimpan duit malah seringkali menghabiskan duit ke tempat lain. Terutamanya buat mereka yang mempunyai hobi yang melibatkan kos yang tinggi seperti permotoran. Beli spare-part itulah, modified enjin keretalah dan macam-macam lagi.
Father and son chatting
3) Keluarga Awak Macam Tak Suka Saya
Oh, mengapa anda wahai lelaki tidak mencuba untuk menambat hati keluarga si perempuan? Sedangkan si lelaki baru sahaja berjumpa sekali dengan keluarga si wanita dan itupun hanya untuk seketika ketika makan malam bersama. Atau ianya sekadar satu lagi alasan yang dibuat-buat oleh si lelaki untuk mengelak daripada berkahwin dengan wanita tersebut?
Ads
Sepatutnya si lelaki cuba untuk menambat hati keluarga si perempuan sepertimana si lelaki cuba mengayat dan menambat hati si wanita sewaktu hendak berkenalan mula-mula. Dimulakan dengan salam, sedikit jenaka dan kata-kata manis. Bukankah begitu akan membuatkan keluarga sebelah si perempuan mudah untuk menerima anda kan?
4) Saya Ingin Kecapi Cita-cita Dan Impian Saya Dahulu
Katanya banyak lagi impian dan cita-cita yang dia ingin kecapi. Kata si dia lagi, dia ingin membeli kereta idaman, rumah besar dan mempunyai gaji yang lumayan terlebih dahulu sebelum berkahwin dengan si wanita. Tapi, jikalau dilihat dari segi gaya pemikiran dan usahanya, ia langsung tidak mencerminkan keinginan seperti yang si lelaki sebutkan tadi.
Mungkin si lelaki tidak tahu yang sebenarnya bila mereka sudah berkahwin, mereka akan menjadi semakin membara untuk mencapai cita-cita dan impian kerana dorongan kasih sayang dari isteri yang mereka cintai.
Ads
5) Ibu bapa Saya Dah Tentukan Jodoh Saya
Habis untuk apa si lelaki berkasih-sayang dan merindu dengan anda selama ini jikalau si lelaki sendiri tidak mahu bertegas dalam mempertahankan cinta anda berdua? Si dia adalah lelaki! Seharusnya si dia kena tunjukkan bahawa si dia juga mampu memilih jalan hidup sendiri.
Memang betul kita tidak boleh menderhaka kepada ibubapa kita. Tapi, pokoknya di sini siapa yang mahu berkahwin?
6) Saya Nak Hidup Bebas Dahulu
Ramai orang yang dah kahwin berkata kepada orang bujang supaya jangan kahwin dahulu. Alasannya? Sebab nanti bila dah kahwin, si lelaki tidak bebas samada bebas berjalan ke mana mereka mahu pergi mahupun dalam melakukan aktiviti yang disukai. Sebenarnya ini adalah alasan yang paling lapuk! Mereka tidak menghayati keindahan sebenar sesebuah perkahwinan itu.
Ads
Fakta yang sebenarnya adalah perkahwinanlah yang membuatkan sesuatu kebebasan itu berasa indah. Contohnya, pulang berhari raya di kampung. Mungkin sebelum ini anda pulang keseorangan dengan ditemani lagu-lagu hari raya yang diputarkan di radio, tapi selepas berkahwin, ada wanita yang dicintai menemani kesunyian si lelaki sepanjang pulang ke kampung. Wahh, bukankah best begitu!
7) Saya Takut Perkahwinan Dibina Berkecai
Tidak diakui ada sebilangan lelaki yang takut untuk berkahwin kerana takut kebahagian yang mereka bina itu musnah ditengah jalan. Ianya adalah sesuatu mimpi ngeri bagi mereka kehilangan orang tersayang. Dan mereka berasa cukup selesa walaupun sekadar dengan gelaran ‘boyfriend’ dan ‘girlfriend’.
Mungkin juga mereka mempunyai persepsi gelap dalam perkahwinan apabila melihat perkahwinan yang dibina ibubapa mereka bergolak dan musnah sewaktu mereka kecil dan kehidupan mereka menjadi bertambah sukar selepas itu. Tapi ianya boleh diubah sekiranya si lelaki sentiasa berfikiran positif dan cuba memahami hati si wanita yang rumit. Tidak adalah kemanisan dalam perkahwinan sekiranya tidak diserikan dengan gaduh-gaduh manja kan?
Sumber : Zon Cinta
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Aisyah berkisah: “Aku minum air dari sebuah gelas, kemudian Rasulullah mengambil gelas itu dan meminumnya juga. Dibekas bibir saya itulah Rasulullah menghirup minuman. Aku menggigit makanan, dan Rasulullah juga meletakkan mulutnya dibekas bibir saya” (HR.Muslim).
Hadis ini mengambarkan bahawa kita harus membina ikatan yang baik dengan isteri. Isteri umpama permata yang berharga. Ia perlulah dijaga dan dibahagiakan. Amalan suap isteri adalah amalan yang baik. Ikatan erat akan terjalin.
Melalui perkongsian Taufiq Razif di media sosialnya tentang amalan menyuap isterinya.
“ Saya sebenarnya masih terkejut bila ada yang PM saya dan bagitahu suaminya jadi sangat ganas sampai sanggup pukul si isteri sampai berlaku pendarahan dalam otak!
Saya tak nak benda ni berlaku pada anak-anak saya. Saya taknak kitaran ganas ni berlegar dalam keluarga saya jadi perkara pertama saya buat adalah suap menyuap dengan isteri saya depan anak-anak saya.
Kenapa?
1. Anak kita yang masih kecil ni paling banyak belajar melalui meniru ataupun biasa saya panggil dengan istilah mirroring. Apa yang dia selalu lihat tu la yang nak nanti dia akan selalu buat bila dah besar nanti.
2. Saya sengaja suap isteri saya sebab saya nak ajar anak perempuan saya bahawa lelaki ganas ni tak sesuai dibuat suami.
3. Saya sengaja suap isteri saya sebab saya nak ajar anak lelaki saya, cara terbaik melayan pasangan hidup adalah dengan berlemah lembut dan penuh hikmah. Saya percaya Mirror Neuron dalam diri anak-anak saya akan membuatkan mereka belajar untuk meniru perbuatan saya ni bila dah besar nanti.
P/s : Tolong ajar pasangan masing-masing ilmu ni ye. InsyaAllah akan sangat bermanfaat untuk rumahtangga kita dan rumahtangga anak-anak kita suatu hari nanti
Penularan wabak COVID-19 pada peringkat global kini masih di tahap yang sangat membimbangkan. Sesetengah negara masih lagi mencatatkan jumlah kes baru yang sangat banyak.
Antara kawasan yang masih lagi terjejas ialah di negara-negara Arab. Salah sebuah negara yang memerangi wabak ini dengan cukup tegas ialah Arab Saudi.
Terbaru kerajaan Arab Suadi dilaporkan akan melakukan kuarantin terhadap wang kertas dan syiling yang diterima di dalam negara sama ada dari dalam atau luar negara.
Langkah drastik ini diambil sebagai salah satu usaha berjaga-jaga demi membendung penularan yang lebih teruk wabak COVID-19 di negara mereka.
Menurut Lembaga Kewangan Arab Saudi (SAMA), sehingga kini pihaknya telah melakukan proses pensterilan mata wang kertas dan logam yang diterima kerajaan itu.
Pihak mereka turut mengasingkan wang tersebut selama 14 hari dan sehingga 20 hari. Ia bergantung kepada dari mana wang tersebut datang jelas SAMA menerusi sebuah video promosi yang menjelaskan prosedur mereka.
Kesemua wang yang dikuarantin akan ditempatkan di dalam bekas khas di mana proses pensterilan boleh dilakukan selain proses menyusun semula wang bagi memastikan kualiti dan kebersihan.
Wang kertas itu kemudian akan diasingkan mengikut piawaian. Mana-mana wang yang kotor dan tidak menepati standard akan dilupuskan.
Pada masa yang sama kesemua institusi kewangan di Arab Saudi telah diarahkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan wang yang digunakan sentiasa berada dalam keadaan bersih.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pengalaman dibuli rakan-rakan menjadi pembakar semangat kepada Farhan Asri, pemenang nombor 2 Hero Remaja 2017 mengubah penampilan diri daripada seorang yang bertubuh kurus kering kepada ‘sado’.
Bagaimanapun, Farhan berkata, keinginan bertubuh sasa itu bukan kerana insiden itu atau terpengaruh dengan trend semata-mata tetapi disebabkan ingin menjaga kesihatan agar lebih baik dan sihat.
Farhan mengambil masa 3 tahun untuk membina badan yang kekar dan sado ini. Namun ia bukanlah mudah kerana tanpa pengawasan senaman & makanan yang berterusan ia mungkin tidak berhasil.
Selain itu, beliau turut menhabiskan masa di gym untuk membuat workout jika kelapangan.
Menjadikan Taylor Lautner sebagai inspirasi untuk sadokan badan.
Tip Senaman Untuk Lelaki Kurus
Teknik senaman barbell dan dumbbell
Berbaring dalam posisi selesa. Pegang kuat barbell atau dumbbell supaya tidak terlepas daripada genggaman tangan.
Tangan berada pada laras bahu. Tidak boleh melebihi bahu atau terlalu dekat kerana ia akan memberi kesan kepada pembentukan otot dada.
Lentikkan badan untuk memberi tumpuan pada dada.
Tarik nafas dalam-dalam kemudian hembus saat barbell diangkat.
Lakukan dalam enam hingga lapan kali bagi membina kekuatan badan dan sekiranya ingin memberi tumpuan kepada kekuatan otot, lakukan sebanyak lapan hingga 12 kali.
Mesin chest fly
Duduk dalam keadaan selesa.
Tarik pemegang ke luar sehingga anda dapat merasakan ketegangan atau sakit pada bahagian dada.
Kemudian halakan pemegang ke hadapan tetapi pastikan ia tidak menyentuh antara satu sama lain.
Buat secara berulang kali dalam kiraan lapan hingga 12.
Mesin ini digunakan bagi membentuk kelebaran dada.
Mesin incline bench press
Berfungsi untuk mendapatkan ketebalan dada bahagian atas.
Lakukan langkah sama seperti mengangkat barbell dan dumbbell.
Semoga dengan latihan senaman ini dapat membantu anda untuk mendapat bentuk badan yang anda idamkan menyelesaikan masalah bina badan untuk orang kurus seperti anda.
Semoga berjaya. Good Luck!!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.