Walaupun bermasalah, namun artis perlu diberi peluang kedua untuk memperbaiki kesilapan sebelum disenarai hitam pihak produksi dan stesen TV, demikian pendapat pelakon dan pelawak terkenal, Zizan Razak.
Memetik laporan Harian Metro, Zizan Razak berkata pihak produksi juga perlu mengambil kira beberapa perkara seperti bakat, berapa jumlah pengikut artis itu di media sosial dan rating drama atau filem dilakonkannya.
“Sebelum tindakan diambil, pihak produksi juga perlu berbincang lebih lanjut dan bertanya masalah sebenar dihadapi artis terbabit, sebelum buat sebarang keputusan,” kata Zizan.
Pernah Ada Masalah Disiplin Dahulu
Zizan sendiri mengakui pernah dikaitkan dengan isu disiplin pada pembabitan awalnya dalam industri seni tanah air dulu.
“Saya pun pernah ada isu dan dikaitkan dengan itu dan ini termasuk masalah disiplin juga dulu dan bukannya terus bagus dalam industri seni seperti sekarang.
View this post on Instagram
“Namun, selepas lama berlakon kita akan fikir bidang lakonan adalah satu tanggungjawab dan perlu bekerja dalam kumpulan kerana bukan kita sahaja ada di lokasi penggambaran sebaliknya ada kru produksi, tukang buat air, DOP (pengarah fotografi) dan sebagainya.
“Setiap hari, proses itu akan mematangkan diri kita sebagai pelakon di lokasi.
“Kita juga perlu beri peluang kepada artis baru untuk bekerjasama dalam drama atau filem dan menegur dengan tujuan untuk mendidik mereka kerana bakat seni adalah anugerah dari Tuhan,” katanya.
Artis Lama Perlu Tegur Untuk Mendidik
View this post on Instagram
Pada masa sama, kata Zizan, artis yang berpengalaman atau artis lama perlu menegur artis baru yang sombong atau ada masalah ‘attitude’ (sikap) sekali gus untuk mendidik mereka.
“Ada artis baru yang ada masalah ‘attitude’ kerana mereka tidak tahu cara bekerja sebenar dalam industri seni.
Apabila sudah memasuki bidang seni, barulah artis baharu tahu cara bekerja seorang pelakon, kata Zizan.
Tambahnya, artis lama juga berhak menegur mereka menjadi artis yang lebih baik.
Sumber: Harian Metro
BACA: Profesor Pro-Zionis Cabut Lari, Tuduh Malaysia Negara Tidak Selamat
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI