
Seakan sudah menjadi satu trend yang menjadi-jadi bila kita membicara tentang makanan atau minuman yang viral di negara kita.
Kebanyakannya muncul dengan sesuatu yang lain daripada yang lain serta membawa keunikannya tersendiri. Jadi tak hairanlah mengapa menu makanan pelik sentiasa sahaja menjadi bahan sharing yang mudah viral di laman media sosial.
Setiap masa ada sahaja benda baharu yang timbul. Jika tidak lama dahulu laman media sosial sarat dengan pelbagai foto dan video perlongsian dengan menu seperti cendol durian, ayam goreng pedas berkali ganda dan burger nasi lemak dan bermacam resepi yang kononnya membawa idea di luar kotak.
Antara juadah yang mudah mendapat tempat di hati penggemar makanan di negara kita ialah ais krim.
Mungkin kerana ia kena dengan cuaca negara kita yang sering panas, tak hairanlah ais krim sentiasa menjadi juadah buruan apatah lagi jika ia diperkenalkan dengan perisa lain daripada yang lain.
Itulah yang cuba diketengahkan oleh 7-Eleven, rangkaian peruncitan popular yang terbaru menampilkan ais krim uniknya, Aiskleem Roaring Limau!
Pada pemikiran normal kita, ais krim itu mestilah ada rasa manis dan berkrim. Tapi lain pula ais krim ini yang menawarkan perisa cili dan juga limau.
Dua kombinasi ini biasanya kita temui dalam masakan panas sahaja seperti tom yam dan juga sambal belacan.
BACA: 7 Makanan Untuk Bantu Rawat Selesema, Salah Satunya Ais Krim
Jadi bagi anda yang ingin mencabar kejantanan dan melawan rasa pedas dalam versi makanan sejuk, ini merupakan ais krim yang tak patut anda lepaskan peluang untuk mencubanya.
MASKULIN menjangkakan ramai pengguna laman media sosial di Facebook, Instagram dan Twitter akan memuat naik perkongsian foto atau video pengalaman mereka mencuba ais krim ini nanti.
HANYA DI LOKASI TERPILIH
Dijual pada harga RM2.50, ais krim ini bagaimana pun hanya terdapat di stor 7-Eleven terpilih sahaja. Untuk rujukan sila semak senarai yang disediakan menerusi laman Facebook 7-Eleven Malaysia di bawah.
Amacam? Ada berani nak cuba ais krim pedas ini?
Kalau Di Ibu Kota, 8 Lokasi Ini Memang Sesuai Untuk Habiskan Masa Sabtu & Ahad!

Setiap kali menjelang hujung minggu, inilah waktunya untuk kita meluangkan masa bersama keluarga terutamanya anak-anak serta isteri.
Manakan tidak, dari Isnin hingga Jumaat anda juga sudah penat bekerja maka tidak salah jika anda manjakan diri untuk jalan-jalan cuti mata dan rehatkan minda.
Namun demikian, warga kota sering berdepan dengan masalah tidak tahu mahu ke mana kerana Kuala Lumpur tidak memiliki landskap panorama yang indah.
Tetapi 8 lokasi yang dikongsikan ini merupakan alternatif untuk anda menikmati waktu cuti dengan riang sama seperti orang lain :
1. District 21
District 21 terletak dalam sebuah pusat beli-belah, IOI Mall di Putrajaya. Lokasi ini menyediakan ruang permainan aktiviti lasak yang boleh dicuba oleh sesiapa. Bukan sahaja anak-anak boleh mencabar adrenalin mereka malah golongan dewasa pun tidak berkecuali. Antara aktiviti yang disediakan di District 21 ini adalah seperti Sky Trail, The Maze, Power Station untuk wall climbing, Roller Glider untuk merasai pengalaman flying fox, Go Pedal untuk bermain go kart, Pump Track untuk bermain basikal, skuter ataupun skateboard, Free Fall, Low Ropes dan akhir sekali Tubby Ride.
Lokasi :District 21, AT 6, Level 1, IOI City Mall, Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502 Putrajaya
Waktu operasi : Isnin – Jumaat (12.00pm – 8.00pm) | Sabtu, Ahad, Cuti Umum,Cuti Sekolah (10.00am – 8.00pm)
Harga kemasukan : Isnin – Jumaat RM58/pax | Sabtu, Ahad, Cuti Umum,Cuti Sekolah RM75/pax
2. Taman Burung Kuala Lumpur
Bagi anda yang gemarkan ketenangan dan alam semula jadi, berkunjung ke Taman Burung Kuala Lumpur merupakan pilihan yang sangat tepat. Di sini, anda dapat melihat sangkar habitat burung-burung yang eksotik dari seluruh pelusuk dunia. Taman burung ini terbahagi kepada empat zon yang menempatkan pelbagai spesis burung yang berbeza. Jadi, kalau anda nak beriadah sambil memberi ilmu kepada anak-anak, taman burung inilah tempatnya!
Lokasi : KL Bird Park, 920, Jalan Cenderawasih, 50480 Kuala Lumpur
Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00am – 6.00pm)
Harga Tiket: Dewasa Warganegara: RM27, Pelancong: RM50 | Kanak-kanak (3-11 Tahun) Warganegara: RM13, Pelancong: RM41
3. Aquaria KLCC
Aquaria KLCC pasti menjanjikan pengalaman yang hebat buat anda sekeluarga! Menempatkan lebih daripada 150 spesis hidupan laut, yang menjadi tarikan utama di akuarium ini adalah ikan jerung, ular laut, kuda laut dan lain-lain lagi. Selain daripada melihat hidupan-hidupan laut ini, anda juga boleh menyertai program Diving with Sharks yang mana sekiranya anda memiliki lesen menyelam anda boleh mendekati jerung ini di dalam air, kalau tak ada lesen pun anda masih boleh menyertai program Cage Rage di mana anda akan dimasukkan di dalam sangkar yang akan diselamkan di dalam air.
Lokasi : Kuala Lumpur Convention Centre, Kuala Lumpur City, 50088 Kuala Lumpur
Waktu operasi : Setiap Hari (10.00am – 8.00pm)
Harga kemasukan : Dewasa MyKAD: RM49, Biasa: RM69 | Kanak-kanak MyKID: RM39, Biasa: RM59 | Warga Emas MyKAD: RM39, Biasa: RM49
4. Taman Rama-Rama Kuala Lumpur
Percaya atau tidak, Taman Rama-Rama Kuala Lumpur merupakan taman rama-rama terbesar di dunia! Mempunyai sebanyak lebih 6000 jenis rama-rama di sekitar tumbuhan eksotik ini, pasti akan menarik minat si kecil untuk datang melihat haiwan yang comel dan cantik ini. Bukan itu sahaja, haiwan lain seperti ikan koi, unggas dan serangga eksotik juga turut ditempatkan di sini. Anda juga boleh melawat muzium yang mengumpulkan pelbagai koleksi rama-rama yang jarang kita dapat lihat.
Lokasi : Kuala Lumpur Butterfly Park, Jalan Cenderasari, Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur 50480
Waktu operasi: Setiap Hari (9.00am – 6.00pm)
Harga kemasukan : Dewasa Warganegara: RM12, Pelancong: RM25 | Kanak-kanak Warganegara: RM7, Pelancong: RM14 ; Kamera RM5
5. Kuala Lumpur Upside Down
Kalau anda tidak pernah berkunjung ke rumah terbalik ini, anda patut masukkan dalam senarai tempat wajib dikunjungi bersama keluarga! Hal ini kerana, rumah terbalik di Kuala Lumpur ini merupakan rumah terbalik tertinggi di Malaysia. Kalau anda nak tahu, semua barang dalam rumah ini terbalik tau dan bila anda masuk pun badan anda pun akan terbalik juga! Pastinya, kunjungan ke rumah terbalik ini akan menerbitkan keseronokan anak-anak menghabiskan cuti hujung minggu.
Lokasi : Off, Jalan P Ramlee & Jalan Puncak, 50250 Kuala Lumpur (KL Tower)
Waktu operasi : Setiap Hari (9.00am – 7.00pm)
Harga kemasukan : Dewasa RM15 | Kanak-kanak RM10
6. Blok Space
Buat ibu bapa yang memang ‘kaki shopping’ tapi dalam masa yang sama risaukan keselamatan anak-anak ketika membeli-belah? Anda boleh bawa anak ke Blok Space yang terletak di dalam pusat membeli-belah juga. Mempunyai 5 cawangan di sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya, Blok Space ini merupakan tempat yang paling sesuai untuk merangsang minda anak-anak. Dilengkapi dengan kelengkapan permainan lego, anak-anak juga dapat berinteraksi dengan kanak-kanak lain dan jumpa kawan baharu! Barulah anda aman sikit nak membeli-belah kerana keselamatan anak pun terjamin.
Lokasi : Terdapat 5 cawangan di sekitar KL dan Petaling Jaya iaitu: IPC Shopping Centre Damansara, The School Jaya One, Main Place USJ 21, Empire Shopping Galery, 1 Mont Kiara.
Waktu operasi: Bergantung kepada cawangan BlockSpace
Harga kemasukan : RM18
7. Skybox KL Tower
Selain District 21, tempat lain yang sesuai untuk anda seisi keluarga yang sukakan aktiviti yang menaikkan adrenalin, Skybox KL Tower adalah tempatnya! Bayangkan sahaja apabila anda berdiri atas kaca dalam ketinggian Menara Kuala Lumpur ini? Memang gayat lah jawabnya. Tak payah pergi jauh-jauh ke Melaka dan Pulau Pinang lagi untuk merasai pengalaman sebegini, kerana Skybox KL Tower pun tak kurang hebatnya! Memang lokasi menarik untuk bergambar.
Lokasi : Jalan P Ramlee, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia.
Waktu operasi: 9:00 am – 10:00 pm
Harga kemasukan : Rujuk kadar di bawah
8. Taman Eco Rimba Bukit Nenas
Terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur dan merupakan tempat hijau yang terpelihara. Sebaik sahaja anda memasuki taman ini, anda seperti terpisah dari dunia luar namun dapat menikmati suasana yang cukup tenang dan aman. Anda boleh menghirup udara segar dan menikmati suasana hijau menerusi jambatan gantung yang disediakan.
Waktu operasi : 7.00 am sehingga 7.00 pm
Harga kemasukan : Percuma
Jadi, apa tunggu lagi? Dah boleh mula rancang untuk bawa anak-anak dan isteri ni..!!
Hebatnya Lelaki Pendiam, Ramai Wanita Tak Tahu Kelebihan Mereka

Jika dilihat kepada filem-filem romantik, kebanyakan watak hero kebiasaannya jenis yang nakal tapi baik hati. Bak kata orang jenis bad boy tapi dalam hati ada taman. Namun adakah realitinya begitu? Hebatnya karakter itu digambarkan sampai begitu sekali cukup lengkap dengan pakej wajah handsome dan anak orang kaya.
Lelaki pendiam pula sering digambarkan menerusi drama dan filem sebagai seorang yang lurus bendul. Seorang yang nerd dan hanya jadi watak sampingan melengkapkan circle of friend hero, si watak utama.
Jadi tidak hairanlah ramai wanita mudah tergoda dengan karakter lelaki ‘bad boy’. Fantasi mereka telah dipupuk sejak dari kecil menerusi pelbagai bentuk filem serta cereka novel cinta.
Ramai yang sebearnya tidak tahu betapa hebatnya seorang lelaki pendiam dan pemalu. Kerana pendiam itu bukan bererti perjalanan romantis anda menjadi bosan. Tak percaya? Lihat sahaja kelebihan mereka seperti MASKULIN senaraikan di bawah.
PENYABAR
Lelaki pemalu pendengar yang baik: lelaki pemalu ini bukan jenis yang suka berebut bercakap, dan tahap kesabaran mereka tinggi, jadi merekalah tempat terbaik untuk mengadu.
PUJIANNYA IKHLAS
Lelaki pemalu orang yang ikhlas: kalau prince charming puji anda cantik, tak perlulah gembira sangat ye, sebab dia dah cakap benda yang sama dekat 1,154 perempuan yang lain. Tapi kalau lelaki pemalu puji anda cantik, dia dah practice depan cermin sebanyak 582 kali.
BACA: Wahai Lelaki Kacak, Ini Beberapa Tip Boleh Buat Anda Jadi Kacak Berkali Ganda
PERHATIAN TOTAL
Lelaki pemalu memberi perhatian sepenuhnya kepada setiap details anda: lelaki pemalu ni tak banyak bercakap, lebih banyak masa mereka memerhati.
Jangan terkejut lelaki pemalu ni tahu apa makanan kegemaran anda walaupun anda tak beritahu dia, atau dia ingat hari jadi anda sementara semua orang lupa, sebab dia dah lama dah perasan perkara-perkara tersebut.
FOKUS TINGGI
Lelaki pemalu selalunya akan berjaya dalam hidup: sifat malu mereka menyebabkan mereka kurang bersosial dan buat aktiviti yang tak berfaedah (seperti clubbing, hisap shisha).
Lebih banyak masa mereka fokus untuk membangunkan kepakaran dan merancang masa depan. Jadi kalau anda nak cari pasangan yang boleh buat hidup anda senang, carilah lelaki pemalu, bukan cari jenis muka hensem tapi minta duit dengan anda setiap hujung bulan.
SANGAT SETIA
Lelaki pemalu lelaki setia: malu perisai orang beriman. Tak perlu risaulah lelaki pemalu akan bercurang atau main kayu tiga. Jangan kata nak mengurat sana sini, mereka jumpa perempuan je terus akan menundukkan pandangan.
Jangan lupa follow IG Maskulin untuk update gaya hidup lelaki terkini!
5 Perkara Lelaki Hensem Tak Buat Di Tandas Awam

Hisshhh, pengotornya!. Tolonglah jaga kebersihan…Biarpun etika atau adap ketika di tandas awam memang perkara biasa, tetapi sejak zaman sekolah hinggalah sekarang, tabiat sesetengah orang kita tidak tahu menjaga etikanya. Biar setinggi mana pun ilmu, perangai ketika berada di dalam tandas sukar diubah mengalahkan orang zaman neolitik. Tandas dibiarkan kotor, tidak dipamkan dan ada kalanya bising hingga menimbulkan rasa tidak selesa kepada orang lain. Maskulin mengajar anda untuk lebih beretika apabila di tandas.
5 Tabiat buruk perlu dielakkan
1-Tidak flush!
Bayangkan tiba-tiba anda masuk tandas, perkara pertama yang anda nampak ialah sisa-sisa
yang tidak sepatutnya ada. Geramnya! Cuba anda fikir-fikirkan, bukan susah mana pun hendak flush. Mungkin selepas digunakan, anda cuma perlu tarik dan buang tisu di tempat yang disediakan. Jangan mimpi untuk dapat tandas bersih kalau diri sendiri pun tidak menghargai kebersihan.
2-Cari ‘Inspirasi’ sambil conteng tandas
Walaupun anda seorang manusia kreatif, janganlah tunjukkan bakat anda di tempat yang salah. Kadang-kadang ada juga orang yang menjadikan conteng tandas sebagai hobi mereka seperti menulis nama-nama pasangan kekasih atau ayat-ayat luahan hati dan perasaan yang tidak masuk akal.
3-Buang abu rokok
Biasanya tabiat hisap rokok dalam tandas memang ada walau pun telah diletakkan peraturan dan larangan ‘ NO SMOKING’. Kepada mereka yang suka merokok di dalam tandas awam atau di tempat kerja, tolonglah berhemah. Jangan sesuka hati buang abu rokok di atas lantai tandas, lepas itu terus keluar buat muka selamba.
4-Terjerit-jerit dengan orang sebelah
Kalaupun mahu menyampaikan perkara penting, jangan sampai terjerit-jerit di dalam tandas. Orang yang suka buat bising di dalam tandas, memang orang yang jenis bising di mana-mana sahaja. Biasanya ini berlaku apabila masuk ke tandas dengan rakan. Tolonglah hormati orang sebelah. Elak bercakap tentang perihal orang itu dan ini dengan nada suara yang kuat. Manalah tahu, silap hari bulan, orang yang anda sebutkan itu ada di tandas sebelah. Aayooh!
5-Janganlah ‘mengerang’ tak tentu pasal
Ini adalah peringatan kepada mereka yang tidak tahu adat-adat berada di dalam tandas. Sekalipun melepaskan ‘ hajat’ tolonglah kurangkan sikit volume anda itu. Jangan dibiarkan orang tercari-cari dan menggeleng kepala dengan bunyi-bunyian kurang enak itu. Memalukan walau pun orang lain tidak tahu siapa anda pada masa itu.