Bila berbuka puasa antara perkara pertama yang akan kita lakukan ialah mencapai gelas dan minum air. Rasa dahaga merupakan antara cabaran terbesar bagi orang berpuasa, melebihi daripada rasa lapar.

Disebabkan itu juga di pasaran terdapat pelbagai jenis minuman yang dijual dan ditawarkan kepada pengguna. Tapi apakah minuman yang paling menyihatkan untuk kita minum semasa berbuka puasa.

Ingat kalau tersilap minum nanti anda boleh sakit perut dan berulang-alik masuk tanda. Lalu menjejaskan aktiviti ibadah anda pada waktu malam. Kali ini MASKULIN ingin kongsi 7 jenis minuman terbaik untuk anda berbuka puasa.

AIR PUTIH

7 Jenis Minuman Terbaik & Menyihatkan Untuk Buka Puasa Mudah dan ringkas. Ini kerana air putih mempunyai sifat neutral dan mampu menghidrasi tubuh seketika. Apatah lagi kalau bukan bulan puasa pun kita harus minum sebanyak 8 gelas sehari.

BACA: Resipi Buat 2 Versi Air Asam Mabeless. Cicah Dengan Ikan Atau Daging Bakar Pasti ‘Terangkat’!

AIR KELAPA

7 Jenis Minuman Terbaik & Menyihatkan Untuk Buka Puasa

IKLAN

Antara munuman yang paling popular sepanjang bulan puasa. Ia kaya dengan zat elektrolit dan mapmu menghilangkan rasa dahaga dengan cepat. Malah ia boleh menggantikan elektrolit badan yang hilang selepas lebih 12 ham berpuasa. Ia juga mengandungi serat, vitamin C, magnesium dan pelbagai lagi

AIR BARLI

7 Jenis Minuman Terbaik & Menyihatkan Untuk Buka Puasa

Mengandungi kandungan probiotik dan bakteria baik bagi membantu kesihatan pencernaan anda. Ia juga membantu memperkuatkan sistem kekebalan tubuh dan mengembalikan tenaga dengan segera.

IKLAN

JUS TEMBIKAI

7 Jenis Minuman Terbaik & Menyihatkan Untuk Buka Puasa

Tembikai merupakan antara buah yang terbaik dijadikan jus untuk berbuka puasa. Secara semula jadi ia mempunyai kandungan air yang sangat tinggi. Lantas mampu membantu mengembalikan tahap hidrasi badan. Ia juga kaya dengan lycopene, sejenis zat yang berperanan sebagai antioksidan yang kuat.

SUSU KURMA

7 Jenis Minuman Terbaik & Menyihatkan Untuk Buka Puasa

IKLAN

Jika anda teringin untuk minum susu semasa berbuka puasa, apa kata campurkan dengan kurma untuk hasil yang lebih menakjubkan. Caranya dengan merebus susu bersama buah kurma. Atau anda boleh blend buah kurma dan campurkan dengan susu. Ia boleh mengembalikan tenaga serfta kadar gula dalam badan dengan baik selepas seharian berpuasa.

TEH

7 Jenis Minuman Terbaik & Menyihatkan Untuk Buka Puasa

Untuk dapatkan kesan yang baik cuba minum teh tanpa gula atau dengan hanya sedikit sahaja gula. Sebahagian orang tak mendapatkan hasil maksima kerana meminum teh dengan cara yang salah.

MINUMAN DETOKS

7 Jenis Minuman Terbaik & Menyihatkan Untuk Buka Puasa

Bagi anda yang benar-benar ingin buang toksin dalam badan mungkin boleh minum infused water. Dengan potongan buah dan sayuran, air putih akan lebih bernutrisi. Ia juga membantu badan mengembalikan kadar hidrasi.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI