Kesalahan Yang Sering Orang Buat Ketika Senaman Plank
Foto: drobotdean - freepik

Ketika melakukan plank, mungkin tanpa sedar anda telah melakukan kesalahan yang boleh mengundang kecederaan pada tubuh badan.

Jangan biarkan senaman anda menjadi sia-sia. Jadi, pastikan anda buat senaman plank ini dengan postur yang betul untuk mendapatkan kesan yang maksimum.

Tidak dinafikan plank adalah antara senaman efektif dalam melatih bahagian core badan terutamanya di bahagian perut, lengan atas, punggung dan kaki.

Agar anda tidak mengulanginya, ikuti 7 kesalahan ketika melakukan plank ini sebagaimana yang dikongsikan dalam Youtube Kevin Zahri.

Posisi betul ketika senaman plank

7 Kesalahan Yang Selalu Orang Buat Ketika Melakukan Plank
Foto: Youtube Kevin Zahri

Artikel berkaitan: Jangan Buat Kesilapan Ini Ketika Senaman Squat Kalau Tak Mahu Sakit Lutut

Artikel berkaitan: Jenis-jenis Senaman Mudah Untuk Membakar Lemak & Boleh Buat Di Rumah

IKLAN

1. Jangan tahan nafas

7 Kesalahan Yang Selalu Orang Buat Ketika Melakukan Plank
Foto: Youtube Kevin Zahri

Jika anda menahan nafas, anda akan menyekat oksigen ke dalam badan dan ini tidak akan memberi apa-apa manfaat. Jadi, jangan tahan nafas dan bernafaslah seperti biasa.

2. Jangan pandang ke depan

7 Kesalahan Yang Selalu Orang Buat Ketika Melakukan Plank
Foto: Youtube Kevin Zahri

Posisi mendongakkan kepala akan memberikan stres dan sakit pada bahagian leher. Jadi, pandang ke bawah biar leher anda berada pada posisi atau kedudukan yang neutral dan relaks.

3. Suka tonggekkan punggung ke atas

7 Kesalahan Yang Selalu Orang Buat Ketika Melakukan Plank
Foto: Youtube Kevin Zahri

Kesalahan ini sering dilakukan oleh ramai orang ketika melakukan senaman plank. Walaupun cara ini lebih mudah untuk buat plank tapi ia tidak berkualiti. Jadi, pastikan punggung anda tidak dinaikkan dan berada paras yang lurus dan sama dengan badan.

IKLAN

4. Jangan turunkan punggung ke bawah

7 Kesalahan Yang Selalu Orang Buat Ketika Melakukan Plank
Foto: Youtube Kevin Zahri

Walaupun posisi menurunkan atau melengkungkan punggung ini akan memudahkan plank, namun posisi ini adalah salah.

5. Jangan baringkan badan ke depan

7 Kesalahan Yang Selalu Orang Buat Ketika Melakukan Plank
Foto: Youtube Kevin Zahri

Posisi membaringkan badan ke depan juga perlu anda elakkan ketika melakukan plank.

6. Pastikan posisi bahu tidak melebihi siku

7 Kesalahan Yang Selalu Orang Buat Ketika Melakukan Plank
Foto: Youtube Kevin Zahri

Posisi bahu hendaklah berada di atas siku agar kedua-dua bahagian ini dapat merasai ketegangan yang sama. Tiada masalah jika anda ingin merapatkan tangan kerana ia akan memudahkan terutamanya buat mereka yang baharu memulakan plank.

IKLAN

7. Jangan rehatkan dahi di atas tangan

7 Kesalahan Yang Selalu Orang Buat Ketika Melakukan Plank
Foto: Youtube Kevin Zahri

Jangan baringkan badan dan letakkan dahi di atas tangan untuk berehat. Lakukan plank mengikut tahap kemampuan diri anda. Lebar kaki boleh diubahsuai. Kalau cara yang biasa lebar kaki adalah pada paras bahu. Anda boleh melebarkan atau merapatkan kaki untuk mempelbagaikan cara mengikut keselesaan.

7 Kesalahan Yang Selalu Orang Buat Ketika Melakukan Plank
Foto: Youtube Kevin Zahri

Anda juga boleh pelbagaikan plank tersebut misalnya dengan mengangkat tangan sebelah, angkat kaki sebelah, mungkin angkat tangan atau kaki yang berlawanan, boleh buat plank rotation. Carilah senaman plank yang pelbagai yang mana ia boleh mencabar bahagian core diri anda. Dan paling penting, pastikan buat senaman ini dengan berkualiti.

Untuk lebih jelas, anda boleh tonton perkongsian dari Youtube Kevin Zahri ini.

Subscribe dan tonton video Fitness di Youtube MASKULIN

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI