Jadi yang paling menarik pada hari kamu menjadi pengantin lelaki. Tentu sahaja mata semua tamu tertumpu ke arahmu.
Start now
Memang mudah untuk berkata-kata, tapi sejujurnya, ramai lelaki kecundang untuk melakukannya. Jadi, angkat kaki anda, mulakan senaman dan aktiviti kecergasan sekarang!
Rangka perancangan
Jimat masa dengan mengatur program kecergasan mengikut seberapa banyak set dan rep yang bakal dilakukan. Rangka juga jadual pemakanan sihat dan senarai beli-belah barangan dapur terlebih dahulu.
Ads
Jurulatih peribadi
Lantik jurulatih peribadi untuk memantau dan memastikan plan kecergasan kamu berlangsung mengikut waktu. Jurulatih peribadi akan melatih kecergasan secara intensif berbanding jika anda berlatih secara sendirian.
Ukur dan timbang
Lakukan secara konsisten setiap empat atau enam minggu sekali. Dengan cara ini, kamu akan mendapati tahap kemajuan dan keputusan kecergasan yang jujur. Kamu juga boleh menyelaras dan menyesuaikan rejim-rejim kecergasan bergantung keputusan itu.
Ads
Singkirkan stres
Menjelang hari perkahwinan, memang banyak perkara-perkara yang boleh mendatangkan stres pada minda. Maka, uruskan tekanan diri secara pintar. Tidur secukupnya atau sauna sangat berguna bagi melawan stres.
Tak kira betapa kerap anda rajin bertandang ke gimnasium atau berapa banyak masa dan jam serta tenaga yang diberi buat mengangkat berat, sebenarnya kecergasan yang sempurna diukur dengan cara bagaimana anda menjaga pemakanan sehari-hari.
Fokus pada motivasi
Jangan terlalu fokus pada hasil akhir kecergasan. Sebaliknya, jadikan ia sebagai rangsangan motivasi. Motivasi itu boleh dipupuk dan ia di bawah kawalan kamu. Tanam dalam hati, jika tidak mencapai matlamat motivasi itu tadi, kamu tidak akan mencapai keputusan kecergasan yang diidamkan pada hari besar kamu itu kelak.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Menjaga kesihatan buah pinggang seringkali dianggap remeh pabila kita tidak menyedari kepentingannya. Buah pinggang antara organ terpenting dalam badan kerana ia menapis kekotoran seperti toksin.
Tapi hati-hati jika ada 8 tanda ini, petanda buah pinggang anda mungkin bermasalah.
Warna air kecing akan berubah seperti warna yang gelap, kurang kerap membuang air kencing dan buang air kecil dalam jumlah yang sedikit. Tekanan semasa kencing juga salah satu masalah.
Masalah ini sering dikaitkan dengan masalah buah pinggang. Disebabkan oleh toksin yang terkumpul dalam paru-paru, mengakibatkan kurangnya jumlah sel darah merah dalam badan.
Dalam kes fungsi ginjal yang lemah, gagal untuk menghapuskan cecair berlebihan dalam badan dan dengan itu masalah akan membawa kepada pembengkakan pada muka dan tubuh badan serta sendi.
Pembentukan sisa dalam darah mengubah rasa makanan dan menyebabkan nafas berbau. Selera makan yang tidak baik dan perubahan yang teruk dalam beberapa makanan menunjukkan kerosakan buah pinggang.
Kesakitan yang terasa pada bahagian ginjal menunjukkan batu ginjal atau saluran kencing bermasalah kerana jangkitan.
Kegagalan buah pinggang yang teruk, membawa kepada saliran oxigen ke otak, dan ini mengakibatkan masalah ingatan, dan sering terasa pening.
Kegagalan buah pinggang juga membawa kepada pengumpulan sisa, menyebabkan kegatan pada kulit dan ruam kulit.
Buah pinggang yang sihat menghasilkan hormon yang dikenali sebagai EPO (erythropoietin), yang meningkatkan bilangan sel darah merah, yang membawa oksigen yang diperlukan. Sekiranya bilangan sel darah merah menurun, ia menyebabkan keletihan, dan masalah otak dan otot. Tanda-tanda ini juga boleh dikaitkan dengan anemia yang teruk.
Kesimpulannya, buah pingang harus dijaga dengan sebaiknya, ambil makanan yang sihat dan yang boleh membantu kesihatan buah pinggang ..
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Setiap kali menjelang Hari Raya Aidilfitri, ramai antara kita tanpa sedar terperangkap dalam tekanan untuk menjadikan sambutan itu sempurna. Rumah mesti paling cantik, hiasan paling meriah, baju paling bergaya dan juadah paling lengkap.
Namun dalam usaha mengejar kesempurnaan itu, ada sesuatu yang kadang kadang kita terlupa. Semangat kebersamaan yang menjadi asas sebenar Hari Raya.
Itulah mesej utama yang cuba disampaikan oleh Astro Malaysia menerusi sebuah filem pendek berdurasi 15 minit berjudul “Bila Bersama, Lagi Jadi”.
Diterbitkan dengan kerjasama Naga DDB Tribal dan diarahkan oleh Hyrul Anuar dari Director’s Think Tank, filem ini bukan sekadar iklan raya biasa. Ia sebuah kisah penuh humor, emosi dan nostalgia yang menyentuh tentang persahabatan, ego dan akhirnya mesej pengampunan.
Cerita bermula di sebuah kampung yang sedang meriah membuat persiapan menyambut Aidilfitri. Seperti tradisi setiap tahun, kampung tersebut menganjurkan Pesta Panjut Raya, sebuah pertandingan menghias pelita panjut yang menjadi kebanggaan penduduk setempat.
Selama lima tahun berturut turut, Samad menjadi juara pertandingan itu. Dengan penuh keyakinan, dia meraikan rekod kemenangannya sambil menganggap dirinya sukar dicabar.
Namun keadaan berubah apabila Razak, seorang anak kampung yang sudah lama merantau, kini pulang ke kampung halaman dan menyatakan hasrat turut menyertai pertandingan tersebut.
Kehadirannya membuatkan suasana tiba tiba menjadi lebih tegang.
Tok kampung yang memperkenalkan Razak kemudian secara berseloroh memecahkan dinding keempat dan mengajak penonton menyaksikan kisah lama antara dua lelaki tersebut melalui Astro One di sebuah tablet.
Di situlah bermulanya perjalanan ke masa lalu.
Menariknya flashback Samad dan Razak dipersembahkan dengan cara yang cukup unik dan mencuit hati dengan gaya lagu rock kapak bertenaga.
Menerusi montaj tersebut penonton melihat bagaimana Samad dan Razak sebenarnya pernah menjadi sahabat karib yang sangat baik dan tidak boleh dipisahkan.
Namun persahabatan itu berubah apabila kedua dua mereka jatuh hati kepada wanita yang sama, Rokiah.
Akhirnya Samad berjaya memenangi hati wanita tersebut dan mengahwininya. Razak yang kecewa memilih untuk meninggalkan kampung dan jauh membawa diri.
Kembali ke masa kini, pertandingan pelita panjut semakin hampir.
Penduduk kampung mula sibuk membuat persiapan, namun Samad tidak mahu kehilangan gelaran juaranya.
Dalam usaha memastikan dia menang sekali lagi, Samad bertindak memborong hampir semua buluh dan bahan binaan yang diperlukan untuk membuat pelita panjut.
Razak pula tidak patah semangat. Sebaliknya dia menjadi lebih kreatif dan berfikir luar kotak. Dia menghasilkan sebuah instalasi cahaya menggunakan lampu LED moden yang jauh lebih besar dan dramatik.
Pertandingan yang pada awalnya sekadar tradisi kampung kini bertukar menjadi persaingan ego antara dua lelaki.
Melihat instalasi Razak yang semakin mendapat perhatian penduduk kampung, Samad menjadi semakin tertekan.
Dalam usaha untuk mengatasi Razak, dia mengambil langkah yang lebih ekstrem dengan mengadakan pertunjukan bunga api dan dron yang besar-besaran.
Namun rancangan itu tidak berjalan seperti yang diharapkan. Pertunjukan tersebut akhirnya menjadi bencana apabila rumah Samad terbakar.
Dalam keadaan marah dan kecewa, Samad menyalahkan Razak kerana merasakan dia cuba merampas perhatian dan popularitinya di kampung.
Ketegangan antara mereka akhirnya memuncak.
Namun seperti mana kisah raya yang baik, konflik itu akhirnya membuka jalan kepada sesuatu yang lebih bermakna.
Razak memilih untuk mengetepikan ego lama dan membantu membina semula rumah Samad yang musnah.
Detik itu menjadi simbol bahawa Hari Raya bukan tentang siapa yang menang dalam pertandingan, tetapi tentang memaafkan, menghargai hubungan dan hidup sebagai satu komuniti.
Filem pendek ini dibintangi oleh Adlin Aman Ramlie sebagai Samad dan Faizal Hussein sebagai Razak selain turut menampilkan barisan pelakon popular seperti Bell Ngasri, Noryn Aziz, Azhan Rani, Sharifah Shahirah, Auddra dan kumpulan ALPHA.
Versi muda kedua-dua watak pula dilakonkan oleh Merqeen (Samad) dan Mierul Aiman (Razak).
Melalui filem pendek ini Astro berharap masyarakat dapat melihat semula apa yang menjadikan sambutan Aidilfitri benar benar bermakna.
Hari ini ramai yang semakin individualistik dan terlalu fokus untuk menjadikan sambutan raya kelihatan sempurna sehingga terlupa bahawa raya sebenarnya tentang hubungan sesama manusia.
Seperti pelita panjut.
Satu pelita yang menyala mungkin kelihatan indah. Tetapi apabila ratusan pelita dinyalakan bersama suasananya menjadi jauh lebih bermakna.
Begitulah juga dengan kehidupan bermasyarakat. Kerana akhirnya mesej yang ingin disampaikan cukup mudah.
Bila Bersama Lagi Jadi.
Dari Ramadan hingga Syawal kebersamaanlah yang menjadikan setiap detik itu lebih indah dan bermakna.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Untuk peminat muzik Korea anda pasti kenali jejaka yang bernama Lee Changmin. Lelaki ini debut di bawah label JYP yang juga merupakan Syarikat kumpulan wanita Wonder Girls. Dalam sebuah rancangan televisyen di Korea Selatan, Changmin telah memberitahu pengacara dan artis jemputan yang lain berkenaan berat badannya sebelum beliau menjadi seorang artis. Pada ketika itu berat beliau hampir mencecah 120kg. Bila bertanya berapa lama beliau mengambil masa untuk turunkan berat badan, jawapannya adalah 30kg dalam masa 6 minggu! Menarik kan?
“ketika itu JYP(Syarikat muzik) tidak mahu ambil saya kerana fizikal saya yang kurang menarik. Mereka berkata jika saya mahu menyertai Syarikat tersebut, saya harus menurunkan berat badan, walaupun saya ada bakat dalam nyanyian.”
Walaupun kecewa selepas di tolak sebegitu, namun ia tidak mematahkan semangat Changmin dalam menurunkan berat badan. Kerana kekangan masa, beliau hanya mempunyai 3 minggu untuk kuruskan badan.
Pada awalnya beliau akui yang beliau mahu melupakan niat untuk menjadi penyanyi dan berpindah pada bidang lain, namun dia berasa bakal yang beliau miliki akan menjadi sia-sia hanya kerana beliau gemuk.
Dan hasilnya tentulah hari ini seperti yang anda lihat di dada-dada akhbar betapa sado dan berketaknya tubuh badan dari penyanyi bersuara lunak ini.Semangat dan sifat Changmin yang kita mahukan. Berputus asa merupakan jalan terakhir untuknya. Kerana itu hari ini beliau berjaya dalam bidang yang beliau ceburi.
Pemakanan yang seimbang saja bukan jalan untuk anda menurunkan berat badan, namun semangat dan disiplin juga merupakan perkara utama untuk anda capai bentuk badan yang cantik.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Miliki Mercedes-Benz menerusi Agility+ dengan bayaran bulanan bermula RM1,988, tempoh pembiayaan fleksibel serta pilihan GFV yang memudahkan perancangan pemilikan.