Dalam landskap teknologi yang didominasi oleh tokoh-tokoh ternama seperti Elon Musk dan Sam Altman, muncul satu nama baharu yang mula menarik perhatian iaitu Alexandr Wang seorang anak muda berusia 28 tahun yang tidak dikenali umum, tetapi berperanan besar dalam membentuk masa depan kecerdasan buatan.
Beliau bukan pencipta model AI, bukan juga jurutera API namun beliaulah individu yang membina sistem latihan teras yang menjadikan model seperti GPT begitu canggih hari ini.
Meta Pertaruh RM70 Bilion untuk Kuasai Superintelligence
Foto : Business Insider
Menyedari jurang yang semakin melebar antara Meta dan pesaing utama seperti OpenAI, xAI serta Anthropic, Mark Zuckerberg mengambil langkah agresif.
Dengan menawarkan USD15 bilion (lebih RM70 bilion), Meta berjaya mendapatkan khidmat Wang untuk memimpin makmal baharu mereka yang memfokus kepada Superintelligence.
Unit khas yang dinamakan Superalignment ditubuhkan, bukan sekadar untuk mencipta AI lebih pintar, tetapi untuk memastikan teknologi ini dapat dikawal secara menyeluruh pada skala global.
Akses kepada Rahsia Dalaman Dunia AI
Wang dikatakan pernah terlibat secara langsung dalam pembangunan pelbagai sistem AI di beberapa makmal terkemuka.
Foto : Forbes India
Pengalamannya yang mendalam memberinya keupayaan untuk mengenal pasti mana-mana sistem yang kukuh serta mana yang mudah gagal di bawah tekanan.
Ads
Dalam dunia yang kini berlumba ke arah Artificial General Intelligence (AGI), individu ini mungkin satu-satunya yang benar-benar memahami keseluruhan landskap dan cabaran sebenar di sebaliknya.
Apa yang sedang berlaku bukan sekadar peningkatan teknologi, tetapi perebutan kuasa global dalam bentuk baharu.
Siapa yang menguasai AI generasi akan datang, dialah yang berpotensi menentukan arah aliran maklumat, pengaruh ekonomi, serta keseimbangan kuasa dunia.
Peruntukan besar yang dilaburkan Meta bukan untuk penyelidikan biasa ia adalah satu strategi untuk muncul sebagai kuasa dominan dalam era teknologi seterusnya.
Bagi mereka yang mengikuti rapat perkembangan teknologi, inilah masa untuk benar-benar memahami apa yang sedang berlaku.
Peristiwa ini menandakan permulaan babak baharu dalam dunia kecerdasan buatan, dan watak utama di sebaliknya seorang individu muda dengan visi luar biasa sedang mengubah arah masa depan dunia.
Sumber : Facebook Kisah Rakyat
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Inilah pepatah yang berbunyi kerana nila setitik habis susu sebelanga. Sejak kebelakangan ini hangat pula kisah sajat ni kan. Terbaru, Sir Azri, atau lebih dikenali sebagai Papagomo telah memuat naik satu rakaman video menghentam Coach Yin, teman lelaki Sajat kerana menyebabkan golongan lelaki yang mengangkat berat dipandang serong oleh masyakarat.
Papagomo berkata:
Berkenaan dengan teman lelaki Sajat. Kau ni pun satu. Pasal engkau orang yang main besi dikategorikan sebagai geng kunyit.
Papagomo juga mempersoalkan Coach Yin membawa Sajat berjumpa ibunya sebelum berkahwin kerana dia dan Sajat sama jantina.
Orang Malaysia ni baik tau. Kalau kat Acheh dah kena bakar korang ni.
Papagomo menambah, golongan yang ‘main besi’ meluat dengan Coach Yin kerana ‘bercinta’ dengan seorang lelaki.
Papagomo juga meminta Sajat agar berhenti memalukan wanita dengan mengaku sebagai wanita dan menceritakan pengalaman-pengalaman seperti mengandung dan datang haid. Ia dianggap memperbodohkan wanita.
Sebelum ini, Papagomo telah membua laporan kepada Menteri mengenai Sajat, yang membawa kepada pertemuan pihak JAKIM dengan Sajat hari ini. Papagomo mendakwa merasa hairan mengapa Sajat dibiarkan berleluasa mengakui dirinya wanita tanpa ada sebarang campurtangan dari pihak JAKIM.
Sumber : beautifulnara
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sebagaimana seorang lelaki, anda sudah semestinya terdedah dengan cara mencuci muka dengan seketul sabun (yang juga menjadi sabun badan) dan mengelapnya dengan tuala. Selesai sudah!
Namun, dengan kaedah dan cara-cara yang tepat, anda boleh memiliki kulit muka yang sihat dan licin. Langkah-langkah tersebut bukanlah sesuatu yang menyusahkan, cuma perlukan dedikasi yang betul-betul.
Dalam entri ini, anda akan didedahkan dengan 3 langkah/cara penjagaan dan cara melicinkan kulit muka lelaki, merangkumi:
Harap entri ini boleh membantu anda dan jadi lebih maskulin!
Salah satu petua untuk mendapat kulit muka yang licin adalah dengan menjaganya dengan baik. Baik membawa maksud anda kerapkan mencucinya dari sebarang kotoran dan minyak yang berlebihan. Selepas itu, anda perlu mengamalkan kaedah exfoliate yang betul. Ketahuilah langkah-langkah tersebut dibawah!
Pencuci muka yang berkualiti mampu membersih dengan penuh dan menghilangkan sebarang kotoran yang terdapat dalam riang roma (yang mana boleh menyebabkan masalah ruam).
Jangan menggunakan mandian badan untuk tujuan ini kerana boleh mengeringkan kulit muka dan dalam sesetengah keadaan, boleh menyebabkan iritasi kulit. Anda digalakkan untuk memilih pencuci muka yang dibuat khas dan sesuai untuk kulit muka anda.
Pencuci muka untuk menghilangkan minyak pada muka merupakan satu pilihan yang sesuai dengan semua jenis muka, lebih-lebih lagi untuk muka yang berjerawat.
Jika anda mempunyai masalah jerawat, anda perlu mencari pencuci muka yang mengandungi salicylic acid, glycolic acid, ataupun benzyl peroxide. Bahan-bahan tersebut adalah kualiti anti-bakteria dan mempunyai agen merawat jerawat.
Mencuci muka lebih dari sekali boleh mengeringkan muka anda. Oleh itu, anda perlu memilih sama ada ingin mencuci setiap pagi ataupu setiap malam, tapi jangan kedua-duanya sekali.
Jika anda ingin menyegarkan muka, anda boleh membilas muka dengan air (seperti mana anda mengambil air sembahyang), tapi jangan menggunakan pencuci muka.
Jangan menggunakan air panas semasa mencuci muka! Ia boleh keringkan muka anda dengan cepat.
Elak menggosok muka selepas cucian, sebaliknya tepuk dengan kain sehingga kering.
Jika anda memakai produk krim pelindung matahari, adalah sebaiknya anda membilasnya sebelum masuk tidur. Kebiasaannya produk seperti ini mengandungi bahan-bahan kimia yang boleh merosakkan kulit muka sekiranya dibiarkan terlalu lama.
Guna skrub muka (face scrub) setiap beberapa hari secara berkala boleh menghilangkan sel-sel kulit yang mati yang tidak boleh ditanggalkan semasa cucian setiap hari.
Exfoliate boleh memberikan kulit anda lebih cerah dan lebih sihat. Selain itu, ia boleh memudahkan anda mencukur kerana bulu dan kulit akan menjadi lebih lembut selepas aplikasi.
Semasa menyapu face scrub tersebut, and pelu lakukan dengan perlahan-lahan. Ataupun anda boleh membeli dan menggunakan berus muka, berus yang dibuat khas untuk muka.
Sebelum aplikasi, gunakan berus tersebut untuk menanggalkan sel kulit yang sudah mati. Pastikan kulit anda kering sebelum menggunakan berus tersebut kerana ia tidak efektif semasa kulit basah.
Kelembapan kulit adalah salah satu faktor yang penting untuk mendapatkan kulit yang cantik dan licin. Mungkin lelaki kurang mengamalkan kaedah ini, namun ia boleh memberikan anda hasil yang sangat baik, cubalah!
Sama ada anda menggunakan krim, minyak, ataupun produk yang lain, adalah langkah terbaik sekiranya anda menggunakan pelembap setiap hari, selepas cucian.
Pelembap boleh mengekalkan keanjalan kulit dan mengelakkan kegatalan kulit. Pilih produk pelembap yang sesuai dengan jenis dan keadaan kulit anda.
Sekiranya kulit anda mudah kering, maka pilihlah pelembap yang mengandungi minyak zaitun, minyak argan, ataupun lanolin.
Sekiranya kulit anda berminyak, pilihlah pelembap yang mengandungi bahan yang tidak mengekalkan minyak pada muka anda.
Sekiranya anda tidak melembapkan mana-mana bahagian muka, sekurang-kurangnya sapu sedikit krim pada bahagian mata. Ia boleh memberikan kesegaran kepada anda.
Mengekalkan kelembapan pada bahagian ini sangat penting kepada orang yang lebih tua, namun tidak terlalu awal jika ingin mempraktikkannya sekarang.
Anda tidak perlu membeli krim yang mahal. Gunakan pelembap yang biasa ataupun sapu sedikit minyak kelapa (coconut oil) sekitar mata anda.
Lapisan kulit sekitar bibir tidak mempunyai kelenjar minyak sepertimana kulit yang lain, oleh itu bibir lebih cenderung untuk kering dan merekah. Gunakan lip balm ataupun minyak kelapa untuk mengekalkan kondisi bibir.
Kulit muka mudah terjejas dengan cahaya matahari, jadi penggunaan krim pelindung matahari amat penting. Memakai cermin mata hitam juga boleh melindungi bahagian mata anda.
Mencukur adalah amalan yang tidak asing lagi bagi seorang lelaki yang maskulin. Namun, masih ada yang tidak mencukur muka mereka dengan cara yang betul sehingga mengakibatkan luka pada muka selepas mencukur. Adakah anda kerap mengalaminya? Ketahuilah langkah yang betul dibawah!
Sama ada ingin mengayakan fesyen jambang ataupun misai, anda perlu menggunakan pisau cukur yang berkualiti. Dapatkan pisau yang tajam, tahan lama dan tidak berkarat. Ia mungkin agak mahal, namun anda akan berpuas hati dengan kualitinya.
Jika anda menggunakan pisau cukur pakai buang, pastikan anda memilih pisau cukur yang mempunyai dua mata (double blade). Hal ini kerana ia jauh lebih efektif dan cukurannya lebih cantik.
Anda juga boleh dapatkan pisau cukur elektrik, pastikan anda menggunakan dalam keadaan kulit yang kering.
Pisau cukur yang biasa (straight razor) juga menjadi pilihan ramai, namun anda perlukan sedikit latihan agar tidak melukakan diri sendiri.
Air yang suam boleh melembutkan kulit muka dan rambut, memudahkan anda mencukur. Anda juga dinasihatkan supaya menghilangkan kotoran dan bakteria sebelum mencukur.
Krim pencukur boleh melicinkan muka anda dan memudahkan pisau cukur mencukur. Jangan mencukur bulu dalam keadaan kering dan tanpa krim pencukur melainkan anda menggunakan pencukur elektrik.
Cuba dapatkan krim/gel pencukur yang kurang kandungan kimianya, sebab kadang- kadang ia boleh memudaratkan keadaan.
Jika anda mahu, anda boleh membiarkan krim pencukur tersebut pada muka anda untuk beberapa minit sebelum mencukur.
Anda tidak semestinya perlu tekan dengan kuat semasa mencukur. Jika pisau itu sudah tajam, anda hanya perlu alirkan mata pisau itu pada bulu yang ingin dicukur.
Arah mencukur hendaklah mengikut arahnya, bukan lawannya.
Jika janggut ataupun misai anda sangat panjang, potongnya sependek yang mungkin dengan gunting terlebih dahulu. Kemudian barulah guna pisau cukur.
Gunakan air yang sejuk untuk membilas tempat dicukur untuk mengurangkan kesan raum, ataupun kesan luka-luka kecil. Keringkan tempat cukur dengan menepuk kain, jangan menggosok!
Anda digalakkakan untuk menggunakan produk pelembap yang boleh mengurangkan kesan cukuran. Cuma pastikan produk tersebut tidak mengandungi kandungan yang boleh memudaratkan muka selepas mencukur.
Sebagai satu bonus, berikut adalah beberapa tips tambahan yang boleh diamalkan untuk mendapatkan kulit muka yang licin:
Walaupun kami mendedahkan banyak kaedah di atas, namun anda perlu awasi beberapa perkara untuk mengelakkan berlaku sebarang masalah semasa penjagaan kulit anda.
Langkah-langkah dan cara melicinkan kulit muka lelaki tidaklah terlalu banyak dan tidaklah terlalu leceh untuk dilakukan. Anda hanya perlu komitmen dan rajinkan diri untuk melakukannya.
Setiap usaha yang kita lakukan pasti akan mendapat hasil.
Adakah anda pernah mencuba langkah-langkah penjagaan kulit di atas? Sekiranya ya, apa komen anda? Adakah anda mendapat hasil yang memuaskan?
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
BERTUBUH KECIL, SEDERHANA ATAUPUN BESAR, SOAL PENJAGAAN DIRI PERLU DIUTAMAKAN. ANDA SENDIRI PERLU SELIDIK DAN ARIF TENTANG FIZIKAL LUARAN ANDA. INI ADALAH UNTUK MEMASTIKAN DIRI SENTIASA AKTIF, SIHAT DAN SELESA WALAU DIMANA ANDA BERADA. MASKULIN SENARAIKAN TIP-TIP YANG BOLEH ANDA GUNA BERSESUAIAN DENGAN JENIS TUBUH ANDA
DIET PEMAKANAN DAN JENIS MAKANAN YANG SESUAI UNTUK MEREKA YANG BERSAIZ GEMPAL
# Pastikan pengambilan makanan anda dipecahkan kepada beberapa bahagian iaitu 50% karbohidrat / 45% protein dan 5% lemak.
# Nasi adalah sumber karbohidrat yang baik. Nasi memang boleh menggemukkan kalau berlebihan. Banyakkan makan oats, buah-buahan dan sayuran bagi mengawal saiz badan.
# Disaran untuk mengamalkan diet atkin, iaitu sejenis diet mengurangkan karbohidrat dalam diet tetapi lebihkan makanan yang tinggi dengan protein. Protein akan mengambil masa yang lama untuk dicernakan dan diproses sebagai sumber tenaga. Dengan ketiadaan karbohidrat untuk dibakar sebagai tenaha, badan terpaksa membakar lemak. Proses ini dinamakan ketosis.
PRODUK MAKANAN TAMBAHAN YANG SESUAI UNTUK DIAMBIL UNTUK MEREKA YANG BERBADAN GEMPAL
# Buat yang bersaiz gempal, dinasihatkan untuk mengambil protein kerana ia lebih ekonomi.
#Jangan bergantung kepada produk-produk tertenu untuk menjadi pembela kesihatan anda. Pastikan diet keseluruhan baik, kehidupan yang cergas dan gabungkan dengan makanan tambahan seperti multivitamin.
TIP SENAMAN PALING SESUAI DIPRAKTIKAN UNTUK MEREKA YANG BERBADAN GEMPAL
# Heavy weightlifting atau senaman mengangkat beban. Kelebihan yang paling utama adalah ia dapat menambahkan kekuatan badan dan meningkatkan metabolisma badan seseorang, kedua-dua faktor ini penting untuk mengekalkan kesihatan badan manusia. Kombinasi latihan kardiovaskular dan latihan mengangkat beban boleh membantu membakar lemak 40% lebih banyak daripada melakukan latihan kardiovaskular sahaja pada tempoh masa yang sama.
# High Intensity Interval Training (HIIT). Ia melibatkan selang-seli antara senaman ‘pantas’ dan senaman ‘perlahan’. Sebagai contoh, ‘sprinting’ selama 30 saat, kemudian berjalan selama 60 saat. HIIT boleh dilaksanakan serentak bersama anarob (weights) dan aerobic (cardio). latihan selang-seli membolehkan andamelakukan ‘higher exercise intensity’ untuk tempoh yang lebih lama daripada keadaan ‘steady’, jadi anda membakarlebih banyak lemak.
APA YANG PERLU DIELAK DALAM SOAL PERMAKANAN / DIET UNTUK YANG BERBADAN GEMPAL?
# Elakkan dari mengambil karbohidrat di waktu pagi terutama sekali buat mereka yang berbadan gempal. Ini kerana di waktu pagi tahap sensitiviti insulin sangat tinggi. Maka ia akan menggalakan penyerapan glukosa di dalam tubuh badan dan akan menyebabkan penyimpanan tenaga tambahan yang tidak diingini.
TIP FESYEN YANG SESUAI BUAT MEREKA YANG BERBADAN BESAR
# Pastikan pakaian yang disarung tidak terlalu ketat terutama di bahagian peha dan pinggul. Sedikit longgar akan menyerlahkan personaliti anda.
# Pakai mengikut keselesaan. Less is more!
# Pakaian berwarna hitam dapat menyamarkan saiz anda yang berlebihan.
# Pemakaian blazer dan jacket juga sesuai untuk mereka yang berbadan besar bagi menutupi bahagian perut.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Miliki Mercedes-Benz menerusi Agility+ dengan bayaran bulanan bermula RM1,988, tempoh pembiayaan fleksibel serta pilihan GFV yang memudahkan perancangan pemilikan.