Bintang selebriti popular global, Dwayne Johnsom atau juga dikenali sebagai The Rock telah mengesahkan dia bersama isteri dan dua anak perempuan mereka disahkan positif COVID-19.
Ternyata virus ini memang tidak mengenal siapa mangsanya. Sehingga kini dunia masih belum bebas daripada ancaman penularan wabak yang kini telah meragut lebih 800 ribu angka korban. Malah negara kita juga masih belum bebas sepenuhnya.
Menerusi sebuah video hantaran di Instagram kendaliannya, beliau turut berkongsi bahawa mereka kini sudah pulih sepenuhnya. Pengumuman tersebut ternyata mengejutkan ramai pihak.
Menerusi video IGTV yang berdurasi lebih 11 minit tersebut, beliau berkongsi dengan panjang lebar bagaimana mereka dijangkiti daripada ahli keluarga terdekat. Jelasnya, ahli keluarganya yang terlebih awal positif itu tidak mengetahui dirinya membawa virus tersebut dan di mana dia mendapatnya.
“Saya ingin kongsi berita yang cukup penting. Saya bersama isteri dan dua anak perempuan kami telah disahkan positif COVID-19. Ini adalah pengalaman paling sukar buat saya dan keluarga.
“Saya percaya ramai tahu bagaimana sepanjang karier saya telah lalui pelbagai cabaran hebat. Namun inilah merupakan pengalaman paling menyukarkan buat saya. Tapi saya gembira untuk kongsi bahawa kami sudah pulih dan sihat. Kami berjaya lalui pengalaman ini dengan baik. Saya bersyukur kerana keluarga saya selamat,” tambahnya yang cukup serius menerusi video tersebut.
MENYERU MASYARAKAT
“Anak-anak saya tidak menunjukan simptom ketara kecuali rasa sakit tekak. Namun apa yang boleh saya kongsi, kami kini sudah bersama-sama melawan virus ini dalam tempoh hampir tiga minggu dan hampir pulih,” jelasnya lagi.
Dwayne turut menyeru kepada semua masyarakat terus menjaga keselamatan diri dengan memakai pelitup muka, meningkatkan sistem imun badan dan mengelakkan untuk berada di tempat ramai orang.
Semoga The Rock dan keluarganya cepat pulih.
Buat anda yang ingin mendapatkan pelitup muka dengan harga yang berpatutan, boleh dapatkannya di sini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Penularan pandemik COVID-19 telah banyak memberikan impak kepada banyak sektor ekonomi dan sosial Di antara yang paling terkesan dengan penularan ini ialah industri sukan. Di antara sukan yang tidak dibenarkan dilakukan sebelum ini ialah renang.
Namun berita baik untuk anda kaki renang semua. Kerajaan menerusi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan juga Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah mengumumkan SOP terkini yang telah berkuatkuasa mulai 7 Disember 2020 bagi kawasan yang di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kecuali negeri Sabah.
Kini, aktiviti sukan dan rekreasi air di kolam renang adalah dibenarkan di bawah PKPB dengan syarat mematuhi penjarakan fizikal. Di antara perkara yang paling ditekankan ialah penggunaan setiap premis sukan dan rekreasi hendaklah tidak melebihi daripada 50% kapasiti penggunaan penuh.
Dalam erti kata lain, pemilik dan pengusaha mana-mana premis sukan atau rekreasi perlu memastikan penjarakan sosial sentiasa dipatuhi serta kapasitinya hanya separuh daripada biasa.
Walau bagaimana pun kerajaan menegaskan sebarang aktivitii yang dijalanan di dalam perkumpulan kecil terhad maksima 10 orang dalam satu-satu masa. Pengusaha pusat sukan juga perlu memastikan penjarakan fizikal setiap masa dengan aktiviti statik penjarakan 1 hingga 3 meter, manakala aktiviti dinamik, 3 hingga 5 meter.
Waktu yang dibenarkan untuk fasiliti beroperasi pua adalah dari 6 pagi hingga 12 tengah malam dan tertakluk kepada lesen kebenaran beroperasi dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masing-masing.
Berikut merupakan antara bentuk aktiviti suka dan rekreasi yang masih tidak dibenarkan:
Buat anda yang berada di lokaliti di bawah PKPB, sukan renang kini boleh dilakukan semula dengan syarat pematuhan SOP.
Jangan lupa untuk ikuti YouTube MASKULIN untuk video workout menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Siapa tidak kenal dengan nama Arjun Rampal yang popular dengan filem Dil Hai Tumhaara (2002). Boleh dikatakan dialah figura Bollywood generasinya mempunyai aura serta populariti yang sangat luar biasa. Malah, nampak gayanya anak gadisnya juga mengikut jejak langkah bapanya ini.
Kini, anak perempuan Arjun Rampal pula mengikut jejak langkah bapanya. Mahikaa Rampal, mulai mendapat perhatian lensa dan media Bollywood dek kejelitaannya.
Baru menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 21 baru-baru ini, Mahikaa merupakan anak sulung perempuan pelakon tampan itu hasil perkongsian hidup Arjun bersama bekas isterinya Mehr Jesia. Kedua-duanya berkahwin pada 1998 dan berpisah 20 tahun kemudian pada 2018. Arjun Rampal juga mempunyai seorang anak lelaki bersama Gabriella Demetriades, teman wanitanya yang terkini diberinama Arik.
Baru-baru ini, Mahikaa Rampal mula curi tumpuan selepas gambarnya di sebuah parti tular di media sosial, apatah lagi Mahikaa dilihat berseronok dengan anak-anak selebriti lain seperti Ibrahim Ali Khan, anak kepada pelakon Saif Ali Khan dan Kareena Kapoor.
Menurut sumber, Arjun Rampal turut memberikan sokongan penuh kepada Mahikaa untuk terjun dalam bidang seni dan menjadi pelakon Bollywood. Malah Mahikaa juga seorang yang bijak apabila sudah mula memasuki kolej untuk menyambung pelajaran, malah Mahikaa juga berbakat dalam bermain instrumen muzik seperti piano.
Malah Arjun Rampal juga seringkali memuatnaik gambar wajah anak-anak daranya, Mahikaa dan seorang lagi anak Arjun, Myra dan menyatakan rasa bangga melihat kedua-dua anak daranya kini semakin membesar dan semakin cantik seiring dengan usia.
Yelah, manakan tumpah kuah, kalau tidak ke nasi kan…
***
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Suami provider, jadi impian ramai wanita. Dalam kehidupan berkeluarga, suami sering dilihat sebagai provider atau penyedia utama bagi isteri dan anak-anak. Peranan ini bukan sekadar budaya, tetapi sebahagian daripada tanggungjawab yang telah digariskan dalam agama dan norma masyarakat.
Sebagai provider, suami memikul beban besar untuk memastikan kebahagiaan dan kestabilan keluarga, baik dari sudut material mahupun emosi.
PROVIDER MEMBAWA MAKSUD SESEORANG YANG BERTANGGUNGJAWAB MENYEDIAKAN KEPERLUAN ASAS SEPERTI MAKANAN, PAKAIAN, TEMPAT TINGGAL, PENDIDIKAN, DAN KESIHATAN KEPADA KELUARGANYA. DALAM KONTEKS KELUARGA, SUAMI MEMEGANG PERANAN INI DENGAN PENUH AMANAH, MEMASTIKAN KELUARGANYA CUKUP DAN TERJAGA DALAM PELBAGAI ASPEK.
Sebagai contoh, suami bekerja keras untuk menyediakan nafkah zahir seperti pendapatan yang mencukupi untuk memenuhi keperluan harian. Namun, peranan provider bukan hanya terhad kepada keperluan material, tetapi juga merangkumi sokongan emosi, bimbingan rohani, dan keprihatinan terhadap ahli keluarga.
Menurut perkongsian Dr. Taufiq Razif, suami secara fitrahnya adalah seorang Provider—iaitu individu yang merasa tanggungjawab besar untuk menyediakan segala keperluan keluarga.
Naluri ini menjadikan mereka sangat sensitif terhadap kejayaan mereka dalam menjalankan tanggungjawab tersebut. Dalam konteks ini, pujian yang ikhlas terhadap usaha mereka adalah kunci untuk “melembutkan hati” suami.
“Abang, saya rasa bersyukur sangat ada suami yang rajin macam abang.”
➔ Kata-kata ini menonjolkan penghargaan terhadap usaha suami dalam menyediakan keperluan keluarga.
“Terima kasih tau, abang, bagi duit belanja bulan ni. Saya nampak betapa kuatnya abang bekerja untuk kami.”
➔ Ayat ini bukan sahaja memuji usaha, tetapi juga mengiktiraf pengorbanan suami.
“Abang tahu tak apa beza abang dengan jutawan? Jutawan rajin kerja dapat duit je, tapi abang rajin kerja dapat saya.”
➔ Gurauan manis ini boleh menjadi pencair suasana, sambil menunjukkan penghargaan.
Apa yang berlaku apabila suami menerima pujian sebegini? Menurut Dr. Taufiq, tangki emosi seorang Provider akan “penuh” apabila mereka merasa dihargai. Pada masa ini, mereka akan cenderung memenuhi permintaan isteri, walaupun tidak diminta secara langsung. Jangan terkejut jika tiba-tiba suami mengajak membeli-belah, memberi wang belanja tambahan, atau mengajak masuk kedai emas!
Namun, ilmu ini harus digunakan dengan niat yang baik dan penuh keikhlasan. Pujian yang ikhlas akan menghasilkan kesan yang positif, manakala pujian yang tidak tulus hanya akan mengundang masalah di kemudian hari.
Ilmu penunduk suami bukan sekadar tentang pujian, tetapi memahami waktu yang sesuai untuk berbicara dengan pasangan. Berikut beberapa tips:
➔ Hindari meminta sesuatu ketika suami baru pulang kerja atau sedang sibuk.
Beri ruang untuk suami berehat
➔ Selepas suami kelihatan tenang, barulah berbincang mengenai apa-apa permintaan.
Fahami mood suami
➔ Jika suami dalam keadaan stres, tunda dahulu sebarang permintaan.
Perkahwinan yang bahagia memerlukan usaha kedua-dua belah pihak. Sebagai isteri, memahami dan menghargai suami bukan sahaja akan memupuk kasih sayang, tetapi juga menguatkan ikatan rumah tangga. Ilmu penunduk suami ini bukan sekadar untuk memenuhi permintaan, tetapi untuk menunjukkan penghargaan dan kasih sayang kepada pasangan.
Ingat, permintaan yang disampaikan dengan kasih sayang akan lebih mudah diterima. Namun, jangan lupa untuk bersyukur dengan apa yang telah diberi, kerana kebahagiaan rumah tangga tidak hanya bergantung kepada apa yang dimiliki, tetapi bagaimana kita menghargainya.
Peranan suami sebagai provider adalah satu tugas yang besar dan memerlukan pengorbanan serta kesungguhan. Dalam melaksanakan tanggungjawab ini, suami perlu memastikan bahawa mereka bukan sahaja memenuhi keperluan material keluarga, tetapi juga memberikan sokongan rohani dan emosi.
Sebagai isteri dan ahli keluarga, memahami dan menghargai usaha suami adalah penting untuk mewujudkan suasana harmoni dalam rumah tangga. Dengan saling menghormati dan menyokong, tanggungjawab suami sebagai provider dapat dilaksanakan dengan lebih baik, dan rumah tangga akan terus bahagia serta diberkati.
Lebih 7,500 peserta menyertai Toyota Start Your Impossible Outrun 2026, sekali gus berjaya mengumpul RM200,000 bagi membantu National Cancer Society of Malaysia.