Jangan nafikan kepentingan berus sewaktu membuat cukuran, Aesop menyediakan berus berkualiti buatan tangan dari England dengan kualiti sintetik terbaik Silver Tip Fibre yang dibangunkan seakan kesan rambut semula jadi.
Ads
Ads
Ads
BODY SHOP FOR MAN MACA ROOT SHAVE CREAM
Ritual bercukur lebih lancar dengan penggunaan krim pencukur dari Body Shop ini. Rasa lembut dan membuatkan kulit lebih licin selepas cukuran. Sesuai untuk semua jenis kulit lelaki.
CEDRAT AFTER SHAVE CREAM GEL
Diperkaya dengan ekstrak organik Corisca Cidrat, pelembap gliserin dan Bisabolol.
Sangat melegakan kulit selepas cukuran, mengurangkan kegatalan, kerengsaan dan melindungi kulit dari sebarang infikasi. Tekstur cepat resap, tidak berminyak dan harum menjadikan produk ini sebagai pilihan utama lelaki.
CLINIQUE CREAM SHAVE
Di antara produk terlaris dari Clinique, sesuai buat mereka yang mempunyai masalah kulit kering. Hanya perlu sapukan lapisan nipis ke wajah yang lembap, urut di sekitar janggut dan misai. Cukuran anda akan lebih lancar dan kulit wajah lebih segar.
NIVEA EXTRA MOISTURE SHAVING FOAM
Diperkaya dengan ekstrak Aloe Vera, Vitamin dan pelembap, produk ini aktif membantu mencegah kulit dari terus kering. Melancarkan proses cukuran, memberi perlindungan luka mikro serta aktif melembutkan bulu pada wajah.
FUSION® PROGLIDE® Cukur SENSITIF GEL + SKIN CARE 2-IN-1-AKTIF SUKAN
Satu inovasi membantu menambah kecekapan sewaktu melakukan cukuran. Mampu menghidrat dan melembutkan bulu wajah juga melindungi kulit dari mengalami masalah sensitif selepas bercukur.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Selain wajah, tangan dan kaki juga sama pentingnya untuk anda jaga agar sentiasa bersih, tak berkerak dan cerah.
Lebih-lebih lagi bagi lelaki yang menunggang motosikal pasti kulit tangan anda mudah terdedah dengan cahaya matahari sehingga meninggalkan kulit gelap.
Tidak perlu produk mahal, sebenarnya ada cara mudah yang boleh anda amalkan untuk cerahkan kulit tangan. Petua mudah ini dikongsikan Eina Shukry menerusi entri Facebooknya.
Menggunakan dua bahan iaitu Krim Safi dan Vaseline, petua ini menjadikan kulit tangan dan kaki kembali cerah dalam masa yang singkat.
Ini dua bahan utama yang saya amalkan untuk kulit tangan dan kaki memandangkan dah berkerak sangat. Duk sental-sental hilang daki kejap je, putihnya tidak kekal mana. Boleh juga pakai dekat seluruh badan, tapi saya lebih fokus dekat tangan je sebab tangan dah kontra dengan kulit muka. Kulit muka bertona-tona cerah sejak amalkan produk kecantikan.
Saya amalkan losyen Vaseline dengan Krim Safi dalam masa sebulan dan lihatlah hasilnya. Itu pun saya pakai setiap hari sebelah malam je. Siang harinya tak boleh sebab ade anak kecil, sikit-sikit basuh tangan, rugi losyen nanti. Untuk hasil yang terbaik, pakai waktu malam dan siang. Lebih cepat kesan dia.
Gambar atas mungkin selepas dua minggu penggunaan. Gambar bawah tambah lagi dua minggu penggunaan. Lebih kurang sebulan. Sebelum ni tangan tak la sebegitu rupa. Lebih malap dari ni tapi tak la teruk. Jadi saya polish setiap malam, maka itulah hasilnya.
Calit-calit dulu Krim Safi kat kulit kita dan sapu sampai rata, barulah sapu losyen.
1. Pastikan losyen tersebut dari Vaseline/Nivea.
2. Krim Safi tersebut gabungan lidah buaya dan habbatus sauda yang warna hijau (Krim Kecantikan).
3. Jangan tertukar antara krim kecantikan dan krim pelembap. Ramai yang salah beli.
Bagi yang berminat mahu mencerahkan atau memutihkan kulit tangan dan kaki atau di mana-mana anggota badan yang lain boleh la mencubanya sendiri.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Penampilan lelaki sering kali diukur bukan hanya melalui gaya berpakaian, tetapi juga potongan rambut yang dipilih. Memiliki gaya potongan rambut yang sesuai adalah elemen penting dalam menonjolkan keperibadian seorang lelaki.
Selain itu, potongan rambut yang sesuai boleh membantu menyerlahkan bentuk wajah dan gaya hidup seseorang.
Sepanjang tahun 2024, apa yang MASKULIN boleh lihat adalah trend rambut lelaki lebih fokus kepada penampilan yang kemas tetapi tetap moden, dengan elemen minimalis yang menyegarkan.
Berikut MASKULIN kongsikan 10 potongan rambut yang trending sepanjang tahun ini. Rugi kalau anda tak cuba salah satu potongan ini!
Gaya potongan rambut ini sentiasa menjadi pilihan popular bagi lelaki yang mengutamakan keselesaan dan kesederhanaan. Dengan potongan rambut yang sangat pendek, buzz cut mudah diselenggara dan memberi wajah yang lebih tegas. Sesuai untuk lelaki dengan bentuk muka bujur atau bulat.
Potongan rambut French Crop yang menampilkan bahagian sisi yang pendek dan rambut di atas yang lebih panjang memberikan sentuhan gaya klasik tetapi moden. Ini adalah pilihan tepat untuk mereka yang inginkan gaya mudah tetapi bergaya, terutama bagi lelaki yang mahukan penampilan yang lebih profesional.
Taper Fade adalah pilihan versatile yang menawarkan peralihan halus daripada rambut panjang di atas kepala kepada rambut yang semakin pendek di sisi. Ia memberi kesan kemas dan sesuai untuk lelaki yang inginkan potongan yang elegan tetapi tidak terlalu mencolok.
Quiff masih mengekalkan popularitinya pada 2024. Namun, versi terbaru potongan ini lebih bertekstur dengan menggunakan produk rambut untuk mencipta gaya lebih bersahaja. Gaya ini sesuai untuk lelaki yang suka bereksperimen dengan volum rambut mereka.
Undercut yang disisir ke belakang dengan kemas adalah gaya yang memancarkan keyakinan dan keanggunan. Potongan ini sesuai untuk acara formal atau lelaki yang inginkan gaya profesional tetapi tidak mahu kelihatan terlalu konvensional.
Potongan ini mengimbangi gaya yang kemas dan praktikal. Crew Cut mempunyai rambut pendek di bahagian atas, dan ia kelihatan rapi tanpa memerlukan banyak penjagaan. Gaya ini juga sering dilihat pada lelaki dengan gaya hidup aktif.
Pompadour yang ikonik masih relevan pada 2024, tetapi versi moden lebih minimalis dan tidak terlalu besar. Gaya ini melibatkan rambut yang diangkat dan disikat ke belakang, memberikan efek klasik dengan sentuhan kontemporari.
Dikenali sebagai gaya yang popular di kalangan tentera, High and Tight adalah potongan yang mudah dan maskulin. Dengan bahagian sisi yang sangat pendek dan rambut sedikit lebih panjang di atas, potongan ini memberikan kesan kemas dan praktikal.
Gaya rambut yang pernah popular pada tahun 90-an ini kembali pada 2024 dengan sentuhan moden. Curtains dengan rambut yang dibelah di tengah dan panjang di sisi memberikan gaya kasual yang menarik, sesuai untuk lelaki yang berjiwa muda.
Bagi lelaki yang mempunyai jambang atau misai, potongan rambut Fade dengan kombinasi jambang yang rapi menjadi pilihan utama. Gaya ini menyerlahkan kontur muka dengan potongan yang lancar dan memberi penampilan yang lebih maskulin dan matang.
Memilih potongan rambut yang tepat bukan sekadar soal fesyen, tetapi ia mencerminkan keperibadian dan gaya hidup seseorang.
Dengan pelbagai pilihan yang trending sepanjang tahun 2024, lelaki boleh bereksperimen dengan gaya yang sesuai dengan bentuk muka, keperluan, dan penampilan yang ingin ditonjolkan.
Sama ada anda lebih menyukai gaya yang klasik, kasual, atau eksentrik, yang penting adalah memastikan rambut anda kelihatan sihat dan dijaga rapi.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Bagi anda yang selalu menggunakan minyak wangi pastinya akan selalu ternampak perkataam EDP, EDT atau parfum pada botol minyak wangi.
Adakah anda tahu apakah yang dimaksudkannya dan apakah perbezaan yang diwakili oleh istilah tersebut?
Dalam bahasa mudah istilah-istilah tersebut sebenarnya mewakili jumlah amaun penumpuan minyak wangian dalam minyak wangi atau dalam bahasa Inggeris, concentrated perfume oil in perfume. Okay
Okay tak dinafikan kebanyakan minyak wangi lelaki terdiri daripada jenis Eau de Toilette (EDT). Disebabkan itu MASKULIN lebih cenderung untuk memperkenalkan istilah ini twerlebih dahulu.
Perkataan ‘Eau’ membawa maksud ‘air’ dalam bahasa Perancis. ‘De’ pula bermaksud ‘dari’ dan perkataan ‘Toilette’ pula membawa makna proses mencuci atau boleh digunakan untuk menjelaskan penampilan diri untuk majlis istimewa.
Ramai yang salah anggap perkataan ini dengan ‘toilet’ yang bermaksud tandas dalam bahasa Inggeris. Malah ia sebenarnya disebut dengan sebutan ‘twa-let’.
Maksud EDT adalah seperti yang MASKULIN terangkan di atas. Minyak wangi jenis ini merupakan yang pa;ing popular dan banyak terdapat dipasaran. Ini mungkin kerana ia merupakan minyak wangi yang terletak di tengah-tengah kesemua kela minyak wangi. Dari segi harga ia juga lebih murah berbanding minyak wanbgi EDP. Walupun memiliki konsentrasi lebih rendah, EDT juga mampu memberikan bau yang tahan lama. Secara kebiasaannya EDT boleh bertahan antara 8 hingga 12 jam pada pakaian.
Ini merupakan jenis minyak wangi yang memiliki konsentrasi minyak wangi kedua paling tinggi. Anda boleh dapat di pasaran bahawa harga EDP juga lebih mahal berbanding dengan jenis EDT. Malah baunya juga dikatakan boleh bertahan lebih lama iaitu 10 jam hingga 16 jam atas.
Suatu ketika dahulu hampir semua EDP di pasaran hanya terdapat untuk wanita sahaja. Namun dengan perkembagan trend terkini semakin banyak minyak wangi EDP untuk lelaki diperkenalkan. Kebanyakan minyak wangi EDP juga membawa karakteristik bau yang lebih keras dan kuat. Jadi tak semua orang boleh sesuaikan diri dengan jenis ini.
Minyak wangi jenis parfum mengandungi kira-kira 15 hingga 40 peratus concentrated perfume oil menjadikannya sebagai yang paling tinggi dalam semua jenis minyak wangi. Ia juga menjadi sebab mengapa jenis ini yang paling mahal terdapat di pasaran.
Kira-kira 20 tahun lalu amat sukar untuk kita mendapati minyak wangi parfum terdapat di pasaran. Memiliki minyak wangi jenis ini menjadi satu simbol status kekayaan luar biasa kerana harganya yang sangat mahal.
Namun pada hari ini Eau de Parfum yang berharga sedikit rendah mula dijual untuk pengguna.Pada hari ini kita boleh dapati sebotol minyak wangi parfum 100ml dijual pada harga RM400.
Penggunaannya boleh bertahan sehingga 12 jam menjadikan ia sebagai minyak wangi paling lama bertahan pada pakaian dalam sehari.
Semoga perkongsian MASKULIN ini boleh memberikan anda sedikit idea tentang perbezaan tiga jenis minyak wangi ini.
Ramai tidak sedar mereka melakukan kesalahan ketika menggunakan treadmill. Ketahui 5 kesalahan lazim yang boleh jejaskan prestasi, tingkatkan risiko kecederaan dan pelajari cara membetulkannya untuk hasil senaman lebih berkesan.