Ada sesuatu aura yang cukup istimewa apabila seorang lelaki menggayakan t-hsirt atau kemeja berwarna putih. Apatah lagi jika ia dipadankan dengan sepasang denim biru.

Tapi sebagai lelaki yang lasak adalajh satu perkara yang melecehkan kerana warna putih cepat sangat kotor.

Disebaban itulah anda harus bijak bagaimana untuk mencuci baju berwarna putih dengan baik.

Cara Terbaik Cuci Baju Berwarna Putih Agar Tidak Kekuningan

Kali ini MASKULIN ingin kongsi beberapa tip menarik bagaimana untuk mencuci baju berwarna putih agar ia tahan lama dan tidak pudar.

IKLAN

1. Asingkan baju berwarna

Baju putih sangat mudah terkena lunturan baju warna lain jika ia direndamkan dalam satu baldi. Sebelum proses mencuci baju, asingkan baju putih dengan baju berwarna terlebih dahulu. Jika disekalikan, bimbang baju putih akan terkena tompokan warna baju lain, selain boleh mengakibatkan baju putih nampak seperti kusam.

2. Rendam ikut jenis material kain

Bukan setakat baju berwarna, anda juga harus asingkan setiap baju putih mengikut material kainnya sebelum mencuci. Baju putih yang diperbuat daripada linen dan kapas boleh dibasuh bersama. Begitu juga dengan material acetates boleh digabungkan bersama material acrylics. Manakala baju putih daripada material berbulu tidak boleh dicampurkan dengan mana-mana material.

Cara Terbaik Cuci Baju Berwarna Putih Agar Tidak KekuninganBACA: Cara Terbaik Tampil Kacak Bergaya Dengan Memakai Kemeja

IKLAN

3. Rendam air suam

Sebelum mula mencuci, periksa label baju putih korang sama ada ia boleh dicuci dengan air panas atau tidak. Jika boleh, rendamkan baju putih dalam air suam kerana ia merupakan setting terbaik untuk membasuh pakaian berwarna putih. Kemudian boleh anda mencuci baju putih tersebut dengan sabun seperti biasa.

4. Gantikan dengan baking soda, cuka atau lemon

Penggunaan agen pemutih memang cepat menghilangkan kekotoran namun jika kerap digunakan boleh membuatkan lama-kelamaan baju putih jadi kekuningan. Untuk menggantikannya, anda boleh guna bahan semula jadi seperti baking soda. Gunakan setengah cawan baking soda bersama campuran sabun basuh.

Cuka putih dan jus lemon juga boleh membantu. Tuang ½ cawan jus lemon dan 1 cawan cuka putih ke dalam baldi atau mesin basuh. Kemudian jemur di bawah cahaya matahari yang sederhana bagi mengembalikan warna putih pada pakaian.

IKLAN

Cara Terbaik Cuci Baju Berwarna Putih Agar Tidak Kekuningan

5. Jangan cuci air sejuk

Untuk mencuci baju putih, anda kena pastikan suhu air yang digunakan bersesuaian. Elak mencuci baju putih dengan air sejuk kerana kandungan mineral dalam air sejuk boleh memudahkan kekotoran melekat pada pakaian.

6. Bersih mesin basuh

Kebersihan mesin cuci juga perlu diperhatikan. Kotoran-kotoran yang tertinggal dari cucian sebelumnya boleh memudarkan pakaian. Ada cara mudah untuk membersihkannya. Caranya, isi mesin basuh dengan air seperti anda nak mencuci baju biasa. Tambahkan satu cawan baking soda ke dalam air dan tekan pengatur waktu untuk beberapa minit sehingga mesin basuh siap dibersihkan.

7. Jauhi matahari terik

Elak menggantung baju putih di bawah matahari terik. Cara ini boleh menyebabkan warna baju putih anda cepat nampak kusam dan pudar. Sebaiknya jemur di kawasan yang berbumbung.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI