Tiap-tiap manusia pasti pernah dan memiliki stress masing-masing. Ada banyak hal dalam kehidupan ini yang bisa menyebabkan manusia menjadi stres, misal; kehilangan benda kesayangan, ditinggal pergi sanak saudara, mendapat dugaan yang berat, memiliki hutang, bebanan pekerjaan,dan macam-macam masalah lagi lah.
Ada sesetengah orang menghilangkan stress dengan panjat gunung, bermain permainan video, membeli-belah, lepak dan sebagainya. Setiap cara tersebut ada kebaikannya tapi yang sebenarnya adalah dengan anda mengenalpasti titik-titik tekanan yang terdapat pada tubuh anda. Dengan hanya menyentuhnya, kemungkinan anda akan rasa sedikit ketenangan.
Mari sama-sama kita lihat di mana titik-titik tekanan tersebut yang anda perlu sentuh:
1. Kulit kepala bahagian belakang
Bahagian kepala inilah yang selalu menampung bebanan stress. Apa kata anda ambil masa 5 minit dengan mengurut di bahagian tengah belakang kepala sambil bernafas dengan betul dan fikirkan perkara yang baik-baik sahaja.
2. Telinga
Ini adalah titik tekanan yang dikenali sebagai shen men dalam bahasa cina, bermaksud pagar bagi roh. Beberapa pakar mendakwa ini adalah titik tekanan terbaik yang perlu disentuh untuk melegakan fikiran dan tubuh badan. Cuba ambil kutil kapas atau pen dan urut perlahan-lahan di kawasan ini. Ketenangan akan sedikit demi sedikit datang.
Ads
3. Dada
Stress menjadikan kita untuk bernafas dengan betul. Oleh itu, dengan menggunakan tiga atau empat jari, tekan di tengah-tengah dada anda dan tarik nafas sedalam-dalamnya kemudian hembus. JIka mahu lagi mujarab, gunakan satu lagi tangan untuk menekan di antara kening anda. Pasti lega!
4. Perut
Kebanyakan pakar refleksiologi selalu menggunakan titik ini kerana ia membantu mewujudkan pergerakan yang bebas di antara dada dan otot perut yang boleh meningkatkan pernafasan. Orang yang bernafas sambil menekan jari di bahagian pangkal perut ini biasanya akan merasa lebih sensasi dan tenang.
Ads
5. Lengan
Antara titik yang klasik tapi popular dalam akunpuntur dan refleksiologi. Cubalah tekan di bahagian ini. Ia membantu tenaga anda untuk bergerak ke arah yang betul disamping membantu tumpuan mental dan mengurangkan tekanan.
6. Tapak tangan
Ads
Ramai yang percaya, banyak tekanan yang kita alami disimpan dalam hati. Oleh itu, pakar berpendapat dengan menekan bahagian ini dapat melegakannnya. Selain stress, ia juga dapat memberikan kelegaan pada gejala insomnia dan senak perut.
7. Tapak kaki
Sesetengah pakar refleksiologi percaya dengan menekan di bahagian tengah-tengah tapak kaki dapat meringankan fikiran dan merungkai kekusutan. Ia juga baik untuk merawat pankreas.
Credit: ba-bamail.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Tahukah anda yang bulan Jun adalah Bulan Kesihatan Lelaki Sedunia, masa yang tepat untuk lelaki menilai semula gaya hidup mereka dan membuat perubahan positif demi kesihatan yang lebih baik. Ada beberapa tabiat yang perlu ditinggalkan untuk mencapai hidup yang lebih sihat dan berkualiti. Berikut adalah lima tabiat yang perlu diberi perhatian.
Merokok adalah salah satu tabiat yang paling tidak sihat dan merosakkan kesihatan. Ia dikaitkan dengan pelbagai penyakit serius seperti kanser paru-paru, penyakit jantung, strok, dan penyakit paru-paru kronik. Menghentikan tabiat merokok bukan sahaja meningkatkan kesihatan diri, tetapi juga melindungi orang sekeliling daripada risiko asap rokok sekunder.
Vape atau e-rokok sering dianggap sebagai alternatif yang lebih selamat berbanding merokok tradisional. Namun, kajian menunjukkan bahawa vape juga mengandungi bahan kimia berbahaya yang boleh merosakkan paru-paru dan sistem kardiovaskular. Selain itu, penggunaan vape boleh menyebabkan ketagihan nikotin yang sama seperti merokok. Menghentikan kedua-dua tabiat ini adalah langkah penting untuk kesihatan jangka panjang.
Kekurangan tidur atau tidur yang tidak berkualiti boleh memberi kesan negatif terhadap kesihatan fizikal dan mental. Tidur yang mencukupi adalah penting untuk pemulihan tubuh, fungsi kognitif, dan kesejahteraan emosional.
Lelaki yang kerap tidur lewat lebih berisiko mengalami masalah kesihatan seperti obesiti, diabetes, dan penyakit jantung. Untuk meningkatkan kualiti tidur, penting untuk mencipta rutin tidur yang tetap, mengurangkan pendedahan kepada skrin elektronik sebelum tidur, dan memastikan persekitaran tidur yang selesa.
Gaya hidup yang kurang aktif atau sedentari adalah faktor risiko utama untuk penyakit kronik seperti obesiti, diabetes, dan penyakit jantung. Ramai lelaki yang bekerja di pejabat cenderung menghabiskan banyak masa duduk tanpa aktiviti fizikal yang mencukupi. Memastikan diri aktif dengan rutin senaman yang konsisten, seperti berjalan kaki, berbasikal, atau bersenam di gim, boleh membantu mengurangkan risiko penyakit ini dan meningkatkan kesihatan keseluruhan. Aktiviti fizikal juga membantu dalam mengekalkan berat badan yang sihat, meningkatkan mood, dan meningkatkan tenaga harian.
Pemakanan yang tidak seimbang, terutama diet tinggi gula, garam, dan lemak tepu, boleh membawa kepada pelbagai masalah kesihatan seperti obesiti, diabetes, dan penyakit jantung. Lelaki perlu mengamalkan diet yang seimbang dan sihat dengan memasukkan lebih banyak buah-buahan, sayur-sayuran, bijirin penuh, dan protin tanpa lemak dalam pemakanan harian.
Mengurangkan pengambilan makanan segera dan minuman bergula juga merupakan langkah penting ke arah kehidupan yang lebih sihat. Memilih makanan yang berkualiti tinggi memastikan tubuh mendapat khasiat yang diperlukan untuk berfungsi dengan baik dan mengelakkan penyakit.
Kesihatan mental adalah aspek penting dalam kehidupan yang sering diabaikan oleh lelaki. Tekanan, kegelisahan, dan kemurungan adalah isu-isu yang serius dan memerlukan perhatian. Pendam tekanan boleh membawa kepada masalah kesihatan mental dan fizikal yang lebih teruk.
Lelaki perlu belajar untuk mengenali tanda-tanda masalah kesihatan mental dan tidak teragak-agak untuk mencari bantuan profesional. Mendapatkan sokongan daripada keluarga dan rakan-rakan, serta mengamalkan teknik menenangkan diri seperti meditasi dan yoga, boleh membantu mengurangkan tekanan dan meningkatkan kesejahteraan mental.
Manfaatkanlah Bulan Kesihatan Lelaki Sedunia pada bulan Jun ini sebagai masa yang tepat untuk memulakan perubahan positif dalam gaya hidup. Menjaga kesihatan adalah pelaburan terbaik untuk masa depan yang lebih cerah dan sejahtera.
Mengikut kajian daripada Universiti of Texas, lelaki yang yang minum dua cawan kopi setiap hari mampu mengurangkan risiko mati pucuk sebanyak 42% berbanding lelaki yang tidak minum kopi.
Kajian ini menganalisis 4000 lelaki yang minum minuman berkafein seperti kopi, teh, air berkarbonat dan minuman bertenaga-tanpa mengira status berat badan, faktor umur atau tekanan darah, di mana hasil yang diperolehi tetap sama-kafein merangsang tindak balas kimia yang meningkatkan pengaliran darah dan merelakskan otot-otot dalam penis.
The catch? Pertama, tindak balas kafein ini tidak memberi kesan kepada pengidap diebetis. Ia lebih sesuai untuk lelaki yang mengalami masalah berat badan berlebihan dan hipertensi. Kedua, jika korang ketagih dan megambil lebih daripada 2 cawan kopi, kesan baik tersebut menurun kepada 39% berbanding 42%. Kesimpulannya, tepuk dada tanyalh selera nak minum kopi berapa gelas sehari.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
“We are what we eat”. Pengamalan diet yang seimbang dapat membantu menghindari diri daripada stres. Stres yang keterlaluan boleh mengurangkan tenaga, menghakis memori, melemahkan sistem imun, mengganggu ‘mood’, mengurangkan tumpuan dan juga boleh memberi kesan kepada semua organ serta fungsi tubuh kita.
Dengan pengambilan diet yang seimbang, kesihatan yang baik dapat dikekalkan di samping memastikan tahap mental dan fizikal sentiasa stabil. Pengambilan diet yang seimbang perlulah berdasarkan kepada piramid makanan.
Pemakanan dan Stres
Stres boleh menyebabkan kehilangan/ pengurangan nutrien seperti vitamin C, B kompleks, magnesium dan kalsium.
Semasa stres, kita akan bertendensi untuk;
mengalami masalah emosi makan di mana kita akan makan di saat tidak lapar atau makan makanan yang tidak berkhasiat.
melangkau waktu makan utama terutama sarapan pagi dan akan merasa lapar yang keterlaluan pada waktu makan tengah hari serta bertendensi untuk mengambil makanan yang tidak berkhasiat.
mengambil makanan yang mengandungi tinggi lemak, garam dan gula.
mengambil snek yang tidak sihat seperti makanan ringan.
mengambil makanan segera yang mudah didapati dan tidak memerlukan penyediaan.
Perlunya Pengalaman Diet Seimbang
Diet yang seimbang membekalkan nutrien dan tenaga yang diperlukan oleh badan bagi membantu dalam menangani stres.
Kepelbagaian dan diet yang seimbang dapat memastikan badan kita mendapat semua nutrien yang diperlukan.
Makanan yang Membantu Mengurangkan Stres
Antara makanan yang dapat membantu bagi mengurangkan stres adalah:
Sumber kekacang seperti badam, pistachio dan kacang walnut yang mana ianya kaya dengan Vitamin B2, Vitamin E, magnesium dan zink. Vitamin B2 membantu dalam sekresi serotonin iaitu hormon yang memberikan rasa kegembiraan. Zink adalah antara komponen yang diperlukan dalam melawan stres manakala Vitamin E berkesan dalam menghalang penyakit yang disebabkan oleh stres seperti penyakit jantung.
Sumber ikan, terutama ikan dari laut dalam seperti ikan salmon, mackerel dan sardin, dan ikan air tawar seperti ikan patin dan haruan, adalah antara sumber makanan yang tinggi dengan Omega 3 untuk membantu menstabilkan stres (hormon kortisol).
Susu kaya dengan antioksidan dan mengandungi kalsium yang tinggi untuk membantu menyingkirkan radikal bebas yang berkaitan dengan stres.
Labu merah dan jambu batu adalah makanan yang kaya dengan Vitamin C. Keadaan stres yang berpanjangan boleh menyebabkan kekurangan penyimpanan Vitamin C yang boleh menyebabkan masalah gusi berdarah.
Bijirin penuh seperti roti mil penuh, bijirin sarapan pagi, beras perang dan oat mengandungi karbohidrat kompleks yang bertindak untuk merangsang pengeluaran hormon serotonin (bahan kimia pencetus rasa gembira di dalam otak). Bijirin penuh yang kaya dengan Vitamin B dapat meningkatkan tenaga dan mengurangkan keletihan
Pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang tinggi dengan antioksidan seperti Vitamin C, Vitamin E dan beta karotena membantu dalam mengurangkan kesan radikal bebas. Sumber Vitamin C yang baik adalah jambu batu, brokoli dan oren. Sumber Vitamin E yang baik adalah betik, bayam dan zaitun manakala makanan yang tinggi dengan beta karotena termasuk keledek, lobak merah dan labu.
Aprikot kering amat kaya dengan magnesium dan berkhasiat untuk membantu menenangkan otot dari dalam. Magnesium juga berfungsi membantu mengawal atur hormon stres.
Tips Menghindari Stres Melalui Pemakanan dan Gaya Hidup Sihat
Tabiat diet yang tetap
Pengambilan makanan yang sedikit tetapi kerap adalah digalakkan manakala 3 waktu makan utama iaitu sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam adalah perlu. Pemakanan yang sihat bermula dengan sarapan pagi yang hebat.
Ambil diet seimbang
Pengambilan diet yang seimbang dan pelbagai perlulah berdasarkan piramid makanan.
Kurangkan pengambilan kafein
Pengambilan kafein seperti kopi dan teh disarankan tidak melebihi 2 cawan sehari. Banyakkan minum air mineral atau air kosong. Pengambilan kafein yang banyak akan lebih meningkatkan stres serta mengurangkan tumpuan dan keberkesanan dalam kerja serta mengganggu kualiti tidur.
Kurangkan pengambilan garam
Pengambilan garam secara berlebihan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi. Kurangkan pengambilan makanan yang tinggi dengan garam seperti makanan segera, serbuk perasa, makanan dalam tin, ikan masin, telur masin dan jeruk.
Kurangkan gula
Pengambilan gula yang tinggi boleh mengurangkan kapasiti sistem imun yang perlu dalam pengurusan stres. Selain itu, ia juga meningkatkan kadar gula dalam darah yang boleh menyebabkan diabetes dan masalah kegemukan.
Berhenti dari pengambilan alkohol
Kurangkan pengambilan alkohol secara beransur-ansur agar keseimbangan badan dapat dikekalkan dan menghindari stres.
Keperluan vitamin dan mineral yang mencukupi melalui diet seimbang
Pengambilan vitamin dan mineral yang mencukupi dapat meningkatkan keseimbangan badan dan menghindarkan stres. Sumber makanan yang kaya dengan vitamin dan mineral adalah buah-buahan dan sayur-sayuran.
Penggunaan bahan makanan yang mengandungi probiotik
Pengambilan bahan makanan yang mengandungi ‘lactobacillus acidhophitis’ dapat menghalang pembesaran bakteria patogen dan menggalakkan sistem imun, menambah vitamin dan meningkatkan ketahanan terhadap stres.
Kekalkan berat badan
Pengekalan berat badan yang ideal dan pengamalan aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 30 minit mampu memberikan ketenangan di samping badan menjadi lebih aktif.
Hentikan tabiat merokok
Nikotin yang terdapat di dalam tembakau memberikan rasa ketenangan pada jangka masa pendek tetapi toksin di dalam nikotin akan meningkatkan degupan jantung dan stres.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang