Di sebalik keayuan seorang wanita, tahukah anda bahawa mereka juga sebenarnya dalam diam suka memerhatikan lelaki.
Cuma apa yang dilakukan tidaklah ‘segelojoh’ orang lelaki yang merenung wanita. Mereka lebih subtle dan mencuri-curi lihat kepada lelaki terutamanya jika anda mempunyai ciri-ciri seperti MASKULIN kongsikan di bawah ini.
Agaknya bahagian badan mana yang sering menjadi sasaran jelingan mereka?
Dada bidang
Dada lelaki yang bidang merupakan impian bagi sebahagian besar wanita. Hasil kajian juga mendapati kebanyakan wanita teruja melihat dada lelaki yang terselindung di sebalik kemeja. Ada juga wanita yang mudah terangsang dengan bentuk dada sasa juga berbulu. Tidak dinafikan otot dada adalah aset penting juga paling sukar dibina oleh kebanyakan lelaki.
Perut Six Pack
Ramai wanita mendambakan pasangan yang mempunyai perut berotot juga kekar. Ini kerana ia diklasifikasikan sebagai lambang keperkasaan seorang jejaka. Tidak hairan, sewaktu menjalani hubungan intim, wanita mudah ghairah tatkala menyentuh perut berotot pasangannya. Perut yang berketul ini juga menggambarkan tahap keaktifan serta disiplin seorang lelaki di mata wanita.
Lengan Berurat
Wanita sangat gemar berpaut pada lengan pasangannya, maka tidak pelik ia dikatakan sebagai titik seksi igauan wanita. Lengan jejaka yang berurat dan berotot juga membuatkan wanita rasa yakin dan selamat untuk berada di sisi mereka. Selain menggambarkan seorang lelaki itu sangat bekerja kuat dan biasa dengan tugasan yang kasar.
Bahu Tegap
Bahu yang lebar dan tegap menyerlahkan lagi karisma jejaka. Wanita menyimpan rasa ghairah apabila mempunyai pasangan berbahu tegap. Selain kelihatan seksi sewaktu menyarung pakaian, ia juga membuatkan wanita rasa bangga untuk berdampingan dengan lelaki tersebut.
BACA: Betul Ke Lelaki Botak Nampak Seksi? Ini 5 Sebabnya Dari Pandangan Mata Wanita!
Bibir Seksi
Siapa kata lelaki tidak ada daya tarikan pada bibir? Sebenarnya ada wanita yang suka melihat bibir jejaka yang dikatakan seksi di matanya. Terdapat juga pendapat mengatakan bibir yang tipis dan kemerahan adalah pakej terbaik seorang lelaki. Tidak kurang juga yang gemar lelaki berbibir tebal. Itu semua bergantung pada cita rasa individu. Keindahan bibir lelaki juga dikaitkan dengan potensi keintiman seseorang itu.
Jari Bersih
Bagi sebahagian wanita, tangan dan jari seorang lelaki itu menggambarkan keghairahan buat mereka. Tidak perlu manicure, cukup sekadar ia kelihatan bersih dan dipotong kemas. Wanita sangat menitikberatkan kebersihan tangan kerana dari situlah mereka menilai tahap keprihatinan kebersihan pasangannya.
Punggung
Wanita gemar melihat punggung lelaki yang sedikit berotot terutama apabila mengenakan seluar jean. Jika lelaki gemar memandang punggung wanita, begitu juga sebaliknya, keseksian punggung mantap menjadi taruhan.
Gigi
Senyuman manis jejaka meruntun rasa cinta bagi wanita. Tatkala si jejaka melempar senyuman, gigi yang bersih menjadi fokus utama untuk dilihat. Maka, gigi harus sentiasa bersih daripada sebarang kotoran dan tidak berkerak. Malulah si gadis jika berpacaran dengan lelaki pengotor dan berbau seperti ini.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI