Siapa tak kenal dengan Mr.Bean, boleh dikatakan setiap dari kita pasti terhibur dengan karekter sitkom yang paling terkenal di dunia. Sama ada kanak-kanak, mahupun golongan dewasa, pasti tak kering gusi melihat telatah Mr.Bean, yang dipopularkan oleh Rowan Atkinson. Imej Rowan tidak dapat dipisahkan dengan Mr.Bean.
Namun, disebalik karekter Mr.Bean, ini Rowan Atkinson yang ramai tak tahu.
1. Rakan sekolah bekas perdana menteri United Kingdom, Tony Blair
Rowan berusia 11 tahun ketika memasuki Durham Choristers School manakala Tony Blair berusia 13 tahun. Kedua-dua individu ini adalah berbeza dari segi tingkah laku yang mana Rowan agak pemalu dan menyendiri dan Tony pula sangat mudah mesra dan menjadi model pelajar lain.
2. Memiliki Ijazah Sarjana dalam Kejuruteraan Elektrik dari Oxford
Kalau yang tak tahu, pasti beranggapan beliau adalah seorang yang seperti tidak berpelajaran, disebabkan oleh watak yang dibawa. Namun, Rowan Atkinson merupakan seorang yang sangat pintar. Beliau menamatkan ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan di Universiti Newcastle dan kemudiannya menyambungkan pelajaran di peringkat ijazah dalam bidang yang sama di Queen’s College, Oxford. Beliau menghasilkan tesis bertajuk “Self – Tuning Control”.
3. Mengalami masalah pertuturan yang serius
Ads
Rowan mengalami masalah di mana beliau gagap. Namun, beliau menggunakan kekurangan itu dan menjadikannya sebagai alat komedi kerana menyebut “B” dengan lebih menonjol dan pelik. Ketika di bangku sekolah, beliau sukar untuk berkomunikasi dengan rakannya, membuatkan Rowan tertekan. Beliau kemudian dapat mengawal masalah itu ketika mula berlakon. “Jika saya melakonkan karekter selain diri saya, gagap saya hilang. Mungkin sebab ini saya membuatkan saya lebih bersemangat dalam karier ini,” jelas beliau.
4. Pencipta bersama siri komedi Mr.Bean ketika di Oxford
Rowan merupakan seorang yang aktif dalam lakonan ketika di Oxford. Ketika di semester pertama, beliau pernah diarahkan untuk membuat satu sketsa yang mungkin akan dipersembahkan di Oxford Playhouse. Disebabkan beliau tidak pernah menulis apa-apa sebelum itu, beliau agak bingung. Masa yang ada hanyalah 2 hari dan tiba-tiba beliau mendapat idea untuk menghasilkan karekter yang pelik dan bisu, ketika sedang berdiri di hadapan cermin dengan gimik mukanya yang popular. Dari situlah bermulanya idea untuk menghasilkan Mr.Bean yang menjadi fenomena dunia.
5. Pemilihan nama Mr.Bean
Ads
Mungkin ada yang tertanya-tanya, mengapa Mr.Bean? Adakah beliau suka makan kacang? Sebenarnya tidak. Nama Mr.Bean tidak terlintas, sehinggalah penghasilan program pertama. Beberapa nama berdasarkan sayur-sayuran dipertimbangkan, termasuklah Mr.Cauliflower dan Mr.White. Namun akhirnya nama Mr.Bean dipilih, yang kemudiannya menjadi trademark dan sinonim dengan watak yang dibawa beliau.
6. Hanya 14 episod Mr.Bean
Agak pelik apabila difikirkan kerana rancangan Mr.Bean sangat kerap ditayangkan untuk tempoh berpuluh tahun, namun percaya atau tidak, realitinya rancangan Mr.Bean hanya mempunyai 14 episod keseluruhan. Ya, hanya 14 episod dan satu musim sahaja. Namun, ia mengambil masa 16 tahun. Setiap episod berdurasi 25 minit, dan mula ditayangkan pada 1 Januari 1990 bagi episod 1 dan berakhir dengan episod 14 pada 2006.
Ads
7. Memiliki lesen lori
Bukan sahaja memiliki ijazah kejuruteraan elektrik dan genius dalam komedi, beliau juga mempunyai lesen lori. Disebabkan minat yang sangat tinggi terhadap lori, beliau telah mengambil ujian dan lulus, menjadikannya pemegang lesen kategori C+E (dahulunya Kelas 1). Lesen tersebut membolehkan beliau memandu kenderaan dengan berat melebihi 3,500 kilogram bersama treler lebih daripada 750 kilogram.
8. Pernah selamatkan kapal terbang daripada terhepas
Pada Mac 2001, Rowan Atkinson bersama-sama isterinya, Sunetra dan anak mereka Ben dan Lily berlepas dari landasan udara di Ukundu, Kenya untuk ke bandar Lapangan Terbang Wilson di bandar Nairobi. Dengan tiba-tiba, juruterbang tersebut pengsan, membuatkan beliau terpaksa melakukan sesuatu. Tanpa apa-apa pengalaman dan latihan sebelum ini mengenai pemanduan pesawat, Rowan terpaksa mengambil alih tugas juruterbang ketika itu.
Dan apa yang mengejutkan adalah beliau berjaya mengawal pesawat tersebut di udara sehinggalah juruterbang tersebut kembali sedar.
Sumber : Illuminasi
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pening dengan kisah dunia sekarang ni. Elok-elok lelaki nak jadi perempuan kan. Kalaulah korang ingat dulu viral kisah usahawan muda, Safiey Ilyas pernah menggegarkan seluruh rakyat Malaysia apabila dia ingin kembali ke pangkal jalan berubah daripada seorang ‘mak nyah’ menjadi lelaki semula. Namun, perubahan Safiey itu tidak bertahan lama apabila dia dikatakan kembali semula menjalani kehidupan lamanya. Dan makin melampau-melampau jadinya.
Baru-baru ini, Safiey sekali lagi mengejutkan rakyat Malaysia apabila didakwa ingin membuat pembedahan membesarkan payudara di Bangkok berdasarkan foto terbarunya yang dikongsi tempoh hari. Ternyata, tindakan Safiey itu mengundang kritikan netizen yang menganggapnya sebagai mempersendakan agama.
Ini respon Safiey Ilyas mengenai insiden tersebut:
Hari ini, Safiey telah memuat naik sebuah foto beserta kapsyen di Instagramnya untuk membalas semula tomahan masyarakat terhadap keputusannya itu. Dia berkata semasa dia menjadi ‘mak nyah’ dulu, tiada seorang pon yang ingin mengajaknya berhijrah tapi bila dia sudah berhijrah, ramai pula ‘rakan’ baru ingin menumpang ‘glamour’.
Masa ni kita jmpe sapa kawan sapa lawan. Sapa mengampu sapa penjilat. Paling sedih yg kita pernah bagi ilmu bisnes dan tolong pun ckp mcm2 dkt kita. Tp xpe lah tu bukan dosa kot. Huhu
Terdahulu, Safiey telah memuat naik gambar bersama teman lelakinya ketika berada di Bangkok. Mereka dilihat berada di salah sebuah klinik pembedahan plastik dan Safiey seolah-olah sedang memilih silikon di klinik tersebut dengan kapsyen “Final decision ”.
Harap Safiey fikir panjang dululah sebelum nak buat apa-apa. Netizen pula sebaiknya berhenti mengecam tindakan Safiey sebaliknya berusaha menariknya kembali ke pangkal jalan. Apa-apa pun kita doakan yang terbaik untuk Safiey Ilyas.
Sumber : safieyillias94
Via : Ohbulan
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Beberapa bulan ini, kita sering melihat perbalahan di antara pengikut selebriti ini dengan selebriti yang lain berbalah di laman sosial atas suatu isu yang mereka sendiri tidak jelas. Sebenarnya untuk mengulas perihal ini bukanlah mudah,ya lah masing-masing tidak boleh dijentik apatah lagi diberikan nasihat. Terlalu obses sehinggakan setiap apa yang selebriti itu lakukan betul sahaja, tidak ada yang salah, sempurna di mata mereka!
Tidak ada salahnya untuk anda bergelar ‘PEMINAT TEGAR’ untuk seseorang selebriti, namun berpada-pada. Jangan jadi terlalu jengkel macam anda tu dah jadi SEBAHAGIAN AHLI KELUARGA selebriti tu pula. Pernah saya menemubual seorang selebriti ini, bila ditanya tentang fans club, dia mengatakan kadang kala dia rimas dengan kehadiran peminat yang terlalu obses kepadanya, jika boleh janganlah sampai mengganggu dan asyik bergambar selalu.
“Memanglah kerjaya sebagai artis ni dikenali dan kita adalah milik peminat, tapi itu bukan bermakna saya akan ikut setiap kemahuan mereka. Saya juga ingin privasi. Depan kita, dia kata dia peminat nombor 1, depan artis lain pun cakap benda yang sama juga. Then apa kejadahnya sampai beriyer bergaduh di media sosial tu kan. Cuba jangan keterlaluan sampai anggap artis tu dah macam keluarga korang pula, then kalau jumpa dekat event, asyik-asyik bergambar, masalahnya selalu je jumpa, saya pun tak faham apa diorang fikir,” kata seorang selebriti kepada penulis.
Dari situ kita dah boleh simpulkan, janganlah terlalu menyanjung manusia, ada hadnya. Ni sampai bergaduh, salahkan orang tu, salah kan orang ni. Tiada penghujungnya pun. Cuba rasional dan tengok karya selebriti dan orang seni kita dengan cara yang lebih positif, tak suka cakap dengan saluran yang betul, kalau suka puji.
Ia bukanlah singkatan bagi Badan Makin Ideal – walaupun memang itulah yang ramai orang harapharapkan.
Sebaliknya, ia merujuk pada Indeks Jisim Tubuh (BMI).
BMI boleh diperolehi dengan menggunakan formula berikut:
BMI = Berat badan dalam kilogram / (Ketinggian dalam unit meter)2
BMI yang sihat adalah di antara 18.5 dengan 23. Namun begitu, ia bukan bermakna seseorang itu harus menurunkan berat badan sehingga menghasilkan BMI 23.
Angka ini hanyalah sebagai panduan.
Bagaimanapun, jika BMI anda melebihi 30, anda digalak mengurangkan berat badan kerana ia sekali gus dapat membantu menurunkan risiko mendapat penyakit.
Dengan hanya mengurangkan berat badan antara lima dengan 10 peratus, ia dapat mengurangkan tekanan darah tinggi dan mengawal kadar gula. Apabila badan terasa lebih ringan, seseorang akan berasa lebih cergas, pernafasannya menjadi kian lancar dan mood bertambah ceria.
Saya rasa kesan-kesan itu seharusnya sudah cukup memberi kepuasan kepada mereka yang gigih ingin menguruskan badan. Selebihnya, bolehlah dianggap sebagai bonus.
Rahsia kawal berat badan
Kalau banyak makan, kenalah banyak ‘buang’. Jika tidak dibuang, ia bakal disimpan dan ibarat kata pepatah, sikitsikit, lama-lama membukit, maka bertambahlah babat.
Ingatlah formula: Tenaga daripada makanan = Tenaga yang dibakar hasil aktiviti dan Kadar Metabolisme Dasar (BMR).
Untuk mengekalkan berat badan, jumlah kalori atau tenaga daripada makanan mestilah seimbang dengan pembakaran kalori atau tenaga daripada aktiviti. Jika seseorang ingin mengurangkan berat badan. • Meningkatkan pembakaran kalori dengan melebihkan kegiatan seperti bersenam atau; • Mengurangkan pengambilan kalori dengan mengurangkan makanan yang berkalori tinggi.
Kadar Metabolisme dasar seseorang itu bergantung pada beberapa faktor:
• Usia: Kadar BMR merosot dengan peningkatan usia.
• Diet yang terlalu terhad dari segi kalori.
• Kadar otot dalam badan: Kaum Adam yang lebih berotot mempunyai kadar yang lebih tinggi.
• Bersenam: Terutama sekali latihan kekuatan/ketangkasan seperti angkat besi.
• Suhu keliling yang rendah – mereka yang tinggal di negara sejuk mempunyai kadar yang tinggi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.