Sebuah kajian terkini yang dijalankan ke atas para wanita mendapati 3 dari 5 orang wanita berkata bahawa rambut gugur dalam kalangan lelaki adalah salah satu faktor membuatkan mereka hilang perasaan untuk jatuh cinta terhadap seseorang lelaki itu.

5 Petua Wajib Kamu Cuba Kalau Kepala Mula Botak & Rambut Mula Bersepah Di Lantai

Masalah rambut gugur sebelum masanya adalah perkara yang sangat memalukan. Malah, si empunya rambut juga bakal kehilangan keyakinan diri mereka serta menjadi terasing dari kelompok sosial normal.

Ini sangat bahaya okay, mari cuba 4 petua ini bagi mengembalikan keyakinan anda.

 

1. Kacang Hijau

5 Petua Wajib Kamu Cuba Kalau Kepala Mula Botak & Rambut Mula Bersepah Di Lantai

Ambil kacang hijau dan rendam semalaman. Kemudian tapiskan kacang hijau tadi dan ambil air dari kacang hijau tersebut. Air kacang hijau itu kemudian disapu ke kulit kepala anda dan sambil anda sapu, picit kulit kepala anda pelahan-lahan.

IKLAN

Cara ini biasa digunakan oleh orang-orang zaman dahulu untuk menyuburkan semula kulit kepala dan merangsang pertumbuhan rambut yang baru.

 

2. Daun Pandan

5 Petua Wajib Kamu Cuba Kalau Kepala Mula Botak & Rambut Mula Bersepah Di Lantai

Gunakan daun pandan yang sudah ditumbuk dan campurkan dengan sedikit air dan perah. Ambil santan dan campurkan dengan pandan tadi dan kacau sehingga rata. Biarkan setengah hari dan anda boleh ambil campuran bahan tadi dan sapukan pada rambut anda.

IKLAN

Biarkan untuk selama lebih kurang 45 minit (lagi lama lagi bagus) sebelum bilas dengan air. Lakukan seberpa kerap yang boleh bagi mendapatkan hasilnya

 

3. Minyak Kelapa Hijau

5 Petua Wajib Kamu Cuba Kalau Kepala Mula Botak & Rambut Mula Bersepah Di Lantai

Lebatkan rambut anda dengan gunakan minyak kelapa hijau dan sapukan pada rambut dan biarkan semalaman sebelum bilas dengan air bersih. Kemungkinan anda berasa janggal kerana baunya agak kurang menyenangkan sedikit. Lakukan beberapa kali dan lihat hasilnya.

IKLAN

 

4. Vitamin Natural

5 Petua Wajib Kamu Cuba Kalau Kepala Mula Botak & Rambut Mula Bersepah Di Lantai

Perkara yang anda makan juga memainkan peranan penting dalam cara melebatkan rambut anda dengan berkesan. Ambil banyak makanan yang mengandungi Vitamin seperti Vitamin A, vitamin B atau vitamin D untuk merancakkan pertumbuhan rambut.

Banyakkan pengambilan makanan yang berasaskan sayuran hijau dan buah-buahan sebab ia mengandungi nutrisi yang membantu untuk menguatkan akar rambut anda. Selain itu ia juga menjadikan rambut anda lebih menarik dan lebat.

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI