Apabila dompet tercicir atau lesap, selain kehilangan kad pengenalan dan lesen memandu, ketiadaan kad ATM boleh membuatkan hidup kita jadi huru-hara sebentar.

Manakan tidak.. nak buat balik kad pengenalan yang hilang pun kena kompaun RM110, tetapi semua duit masih ada dalam bank.

Kalau hilang sahaja dompet anda, terus report kepada pihak untuk block kad ATM anda tetapi jangan risau, anda masih boleh keluarkan duit di ATM tanpa kad!

8 Langkah Untuk Keluarkan Duit Tanpa Guna Kad ATM Pada Waktu Kecemasan!

Cara-cara ini spesifik untuk penggunaan akaun Maybank:

1. Log in akaun Maybank2u

Jika anda layari laman web yang terkini, Maybank2u memapar versi pandangan baharu. Jika anda membukanya dengan komputer atau laptop, pandang pada sudut kanan bawah. Anda akan melihat satu kotak kecil ‘Back to classic Maybank2u’ dan log in seperti biasa.

8 Langkah Untuk Keluarkan Duit Tanpa Guna Kad ATM Pada Waktu Kecemasan!

2. Pilih Accounts & Banking

Setelah berjaya log in, klik pada kotak ‘Accounts & Banking’

IKLAN

8 Langkah Untuk Keluarkan Duit Tanpa Guna Kad ATM Pada Waktu Kecemasan!

3. Klik pilihan ‘Transfers’

Setelah klik kotak ‘Accounts & Banking’ tadi, anda akan melihat ada 7 option di sebelah kiri paparan dan dari situ, klik pada bahagian ‘Transfers’.

8 Langkah Untuk Keluarkan Duit Tanpa Guna Kad ATM Pada Waktu Kecemasan!

4. Rujuk ‘Cardless Withdrawal’

Dalam paparan yang sama, anda akan melihat banyak kotak option dan pada bahagian kiri di bawah, cari bahagian ‘Cardless Withdrawal’.

8 Langkah Untuk Keluarkan Duit Tanpa Guna Kad ATM Pada Waktu Kecemasan!

IKLAN

5. Klik ‘Open Cardless Withdrawal’

Untuk meneruskannya, klik pula pada bahagian Open Cardless Withdrawal

8 Langkah Untuk Keluarkan Duit Tanpa Guna Kad ATM Pada Waktu Kecemasan!

6. Isi maklumat

Setelah berjaya, anda akan diminta untuk mengisi maklumat peribadi dan transaksi. Nilai maksimum yang boleh dikeluarkan adalah sehingga RM300. Klik continue dan anda akan diminta memasukkan nom TAC bagi tujuan pengesahan.

8 Langkah Untuk Keluarkan Duit Tanpa Guna Kad ATM Pada Waktu Kecemasan!

IKLAN

7. Tengok telefon bimbit anda

Setelah nombor TAC berjaya dimasukkan, operator akan menghantar mesej terus ke telefon bimbit anda yang didaftarkan tadi. Di situ akan ada dua mesej penting, pertama W/drawal Code dan seterusnya Txn ID.

8 Langkah Untuk Keluarkan Duit Tanpa Guna Kad ATM Pada Waktu Kecemasan!

8. Pergi ke ATM berdekatan

Setelah menerima dua mesej ini, ada sudah boleh pergi ke mesin ATM dan tekan ‘Enter’.

8 Langkah Untuk Keluarkan Duit Tanpa Guna Kad ATM Pada Waktu Kecemasan!

Kemudian, pilih option ‘Pengeluaran Tanpa Kad’ dan masukkan details yang diterima sebentar tadi.

Semoga bermanfaat

Follow Instagram MASKULIN

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI