Penyakit 3 serangkai akan hadir tanpa diminta dan tak kira usia. Sejauh mana anda menjaga makanan anda pun, ia terap akan hadir. Sakit jantung, darah tinggi dan kencing manis, biasanya akan menyinggah hidup seseorang dalam usia 50an keatas.

Namun, jika anda ke klinik atau hospital, pasti mereka akan memberi ubat agar kawalan dapat dibuat. Tentunya ketika ini anda akan meraung kesedihan kerana tidak tahu mengawal pemakanan dan kesihatan anda apabila menerima ubat yang jarang anda makan.

Bahan alami yang segar dari tanah sebenarnya mampu merawat sakit anda. Meskipun ia tidak boleh memulihkan anda seratus peratus, namun ia dapat mengurangkan kesakitan anda, dan membuatkan anda rasa hidup ini lebih bermakna!

Ini antara bahan-bahan yang boleh anda makan, untuk mengelakkan daripada mendapat darah tinggi yang kurang memuaskan.

 

Akar Beet (Beetroot)

8 Makanan Ini Dapat Kurangkan Masalah Sakit Jantung & Tekanan Darah Tinggi!

Buah beet mungkin sukar untuk dilihat di mama-mana pasar raya utama, namun jika anda terjumpa, jangan lupa untuk membelinya. Ia merupakan makanan yang kaya dengan nitrate, dimana sebatian kandungannya mampu merehatkan alteri anda. Jika anda menjadikan Beetroot sebagai jus, ia boleh mengurangkan tekanan darah tinggi anda 4010mm dalam masa beberapa jam selepas pengambilan. 

 

 

Bawang putih

8 Makanan Ini Dapat Kurangkan Masalah Sakit Jantung & Tekanan Darah Tinggi!

Secara jangka panjang, bawang putih boleh mengurangkan kadar kesakitan pada badan termasuk tekanan darah tinggi anda. Ia merupakan makanan harian yang kaya dengan Allicin yang aktif mampu untuk membuatkan badan anda terpelihara daripada sakit yang melampau. Jadi, nikmatilah bawang putih dengan penih nikmat. 

 

Minyak ikan

8 Makanan Ini Dapat Kurangkan Masalah Sakit Jantung & Tekanan Darah Tinggi!

Minyak ikan bagus untuk proses pemulihan tekanan darah tinggi anda. Ini kerana minyak ikan mempunyai omega-6, omega-3 yang bukan saja membantu anda untuk mengelakkan dari tekanan darah tinggi, malah boleh mengawal diet anda. 

 

Kopi Hijau

8 Makanan Ini Dapat Kurangkan Masalah Sakit Jantung & Tekanan Darah Tinggi!

Maskulin pernah mengeluarkan khasiat kopi hijau yang mengandungi Chlorogenic acid yang dipercayai mampu untuk mengurangkan tekanan darah tinggi ketara selepas 12 minggu  pengambilan. 

Baca juga: Apa Kelebihan Kopi Hijau Ini Sampai Boleh Turunkan Berat Badan Secara Drastik?

 

Kale

8 Makanan Ini Dapat Kurangkan Masalah Sakit Jantung & Tekanan Darah Tinggi!

Kale mempunyai nutrisi pemakanan yang unik, kaya dengan magnesium, potassium dan vitamin C. Kajian itu menunjukkan bahawa kedua-dua kalium dan vitamin C meningkatkan  penurunan tekanan darah magnesium dalam badan anda. 

 

Kacang Gajus dan Badam

8 Makanan Ini Dapat Kurangkan Masalah Sakit Jantung & Tekanan Darah Tinggi!

Tahap magnesium rendah sangat berkait rapat dengan tekanan darah tinggi. Menggantikan kekurangan magnesium dapat membantu dalam mencegah tekanan darah tinggi yang sangat ketara.  Kacang dan badam mempunyai magnesium yang sangat tinggi!

 

Green Tea

8 Makanan Ini Dapat Kurangkan Masalah Sakit Jantung & Tekanan Darah Tinggi!

Carechin dalam teh hijau telah menunjukkan peningkatan diameter arteri sehingga 40%. Ini meningkatkan aliran darah dan mengurangkan tekanan darah!

 

Minyak Zaitun

8 Makanan Ini Dapat Kurangkan Masalah Sakit Jantung & Tekanan Darah Tinggi!

Pengambilan minyak zaitun yang kerap dikaitkan dengan manfaat kardiovaskular selama bertahun-tahun. Kajian kecil menunjukkan minyak zaitun tambahan boleh mengurangkan tekanan darah dengan ketara berbanding minyak bunga matahari.

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI