BILA SUDAH BERUMAH TANGGA, SETIAP PASANGAN PASTINYA MAHUKAN KELANGSUNGAN CINTA YANG BERKEKALAN. DALAM SIBUK MENCARI KESEMPURNAAN, SUAMI SEBAGAI KETUA DALAM KELUARGA PERLU MEMPUNYAI SIFAT BAIK AGAR BISA MEMBIMBING ISTERI JUGA ANAK-ANAK. INI DI ANTARA CIRI YANG WAJIB SEMUA LELAKI YANG BERGELAR SUAMI PERLU ADA.
PANDAI MEMASAK
Walaupun dikatakan masak di dapur adalah tanggungjawab seorang isteri, tetapi suami juga harus rajin menolong isteri di dapur. Barulah ikatan suami isteri terjalin lebih mesra.
SUAMI YANG ‘INDEPENDENT’
Suami yang pandai menguruskan diri adalah seorang suami yang sangat romantik. Mana tidaknya, segala persiapa dilakukam sendiri. Dari membasuh baju, melipat baju dan seterika baju. Bukanlah si isteri pemalas, tetapi ringan-ringankanlah tulang untuk membantu isteri, barulah nampak romantikkan?
Ads
MEMPUNYAI PRINSIP DAN PENDIRIAN
Suami tidak boleh kelihatan lemah dengan hanya mendengar dan mengikut sahaja pandangan ahli keluarga sekiranya berlaku masalah dalam keluarganya. Pendirian ini akan menunjukkan bahawa ahli keluarga hanyalah pembimbing bukanlah pembuat keputusan kepada masalah keluarga anda sendiri.
MENJAGA ANAK-ANAK BERSAMA ISTERI
Banyak berlaku di kalangan kita, isteri ditatang bagai minyak yang penuh ketika mengandung, tetapi setelah selamat bersalin suami hanya menyerahkan penjagaan anak kepada isteri sepenuhnya. Lebih-lebih lagi jika anak yang dilahirkan bukan anak sulung.
Ads
Isteri mengalami kepenatan menguruskan rumah tangga dua kali ganda selepas melahirkan anak. Sepatutnya tanggungjawab ini juga perlu dirasai oleh suami. Bersamalah bangun malam ketika anak menangis kehausan. Pastinya isteri akan lebih menghargai kerjasama yang anda berikan.
SUAMI SERBA TAHU
Suami yang serba boleh dengan erti kata mempunyai pengetahuan yang serba-serbi. Isteri amat terasa kagum apabila suami mempunyai pengetahuan dalam pelbagai bidang. Baik dari selok-belok perniagaan, rumah tangga, utiliti, ekonomi dan sebagainya. Suami yang sebegini bukan sahaja disayangi isteri bahkan juga disayangi mertua.
SAYANG ISTERI LUAR DAN DALAM
Wajah anda boleh saja cantik ketika ini, tetapi anda tidak selamanya cantik, akan sampai masanya wajah anda dipenuhi kedut. Maka lihatlah lelaki itu, apakah dia mencintai anda kerana penampilan luaran yang cantik saja atau dia sudah dapat melihat hati dan sifat dalaman anda yang cantik? Suami yang hebat selalu dapat melihat potensi dari dalam isterinya, tidak hanya penampilan luaran saja.
Ads
IMAM SOLAT
Suami yang mampu menjadi imam dalam solat adaah amat jelas mampu memimpin rumah tangganya. Mampu menjadi imam dalam solat adalah tanda bahawa suami mampu memimpin isteri dan ahli keluarganya kejalan yang lebih baik dalam agama. Inilah cara menjadi suami yang hebat di dunia dan akhirat. Isteri akan lebih menghormati suaminya kerana mampu menjadi pemimpin keluarga.
MENGAJARKAN ILMU-ILMU AGAMA
Seorang isteri hanya inginkan kebahagiaan bersama lelaki yang menjadi suaminya. Bukanlah harta yang diimpikan tetapi ilmu-ilmu agama yang dimahukan. Apatah lagi apabila mempunyai anak, ilmu agama sangat penting bagi menjamin keluarga bahagia. Jika tidak pandai hal agama, maka berusahlah mencari guru-guru agama untuk belajar.
SUAMI YANG MATANG
Suami perlu matang dalam berfikir dan membuat keputusan. Ini kerana isteri akan sentiasa meminta nasihat ataupun memerlukan anda untuk melakukan keputusan. Jika jiwa anda masih keanak-anakan, cuba ubah sikap supaya menjadi lelaki yang lebih matang, isteri akan lebih senang meluahkan perasaan seandainya anda lebih serius mendengar dan memberi pandangan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Selalunya mesti kita berfikir lelaki kurus lebih senang untuk shopping dan dress up sebab senang nak muat pakaian kan.
Tapi sebenarnya sangkaan itu kurang tepat ini kerana lelaki kurus banyak juga cabaran dalam berfesyen ni.
Jadi maskulin kongsikan tip berfesyen untuk lelaki kurus supaya tampak stylo di musim perayaan nanti. Check this out!
Sudahlah berbadan kurus, mengenakan pakaian “fit” pula, kamu akan berasa selesa tetapi dari pandangan mata awam, kamu akan dilihat seperti “tengkorak” atau diumpamakan seperti “belalang” dan kamu juga akan kelihatan tidak seperti lelaki yang mempunyai ciri-ciri pelindung kepada seorang wanita.
Ini dapat membuatkan tubuh keding tidak ditonjolkan kerana jika kamu memakai t-shirt contohnya, warna putih disamping grafik yang berwarna lain ia dapat mengalihkan pandangan orang ramai terhadap kamu dan kombinasi warna putih dan warna lain membantu membuat kamu kelihatan sedikit berisi.
Selalunya lelaki berbadan kurus ini memiliki leher panjang, justeru itu elakkan memakai tak berkolar kerana ia akan membuatkan kamu kelihatan lebih kurus sebaiknya pilihlah T-Shirt yang berkolar kerana ia membantu menampakkan dada kamu kelihatan lebih bidang dan tegap.
Tentang seluar jeans pula, pilihlah yang tidak terlalu longgar sebolehnya biar nampak selari dengan peha dan kaki, kerana jika terlalu longgar atau besar seluar jeans yang dipakai itu hilang cirinya. Jangan pakai sampai terlondeh pula ye!
Antara yang perlu dititikberatkan dan elakkan memotong rambut terlalu pendek mahupun botak kerana penampilan sedemikian akan menampakkan anda kelihatan lebih kurus
Sebolehnya biarlah rambut berpotongan sederhana untuk mengimbangi bentuk muka yang kecil ataupun dengan tampilan fesyen rambut sedikit “spiky”. Bagi yang suka menyimpan rambut pula, lebih elok potong rambut bagi selari dengan bentuk muka. Jika rambut lebih tebal atau besar ia akan meneggelamkan muka kamu dan membuat orang ramai nampak seperti ‘batang mancis’.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kita akan ketawa bila merasakan sesuatu perkara itu lucu atau pun ketika kita sedang menonton cerita yang lawak. Ketawa merupakan satu ekspresi dalam diri seseorang bagi meluahkan rasa bahagia, seronok dan gembira yang ingin dikongsikan.
Menurut beberapa kajian yang dilakukan, individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam selama 10 minit.
Hal ini terjadi kerana apabila ketawa, tekanan darah dan kadar degupan jantung akan meningkat dan kedua-dua kadar ini kemudiannya akan turun lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa. Jom kita lihat 4 fakta mengikut sains mengenai ketawa di bawah ini.
Menerusi artikel ‘Humor An Antidotes For Stress’ yang ditulis oleh seorang jururawat berdaftar, Patty Wooten mendedahkan gelak tawa memberi banyak kebaikan kepada diri manusia.
Secara naturalnya, ketawa boleh mengurangkan hormon tekanan dalam diri dan meningkatkan tahap aliran darah dalam badan sekali gus ia dapat melindungi tubuh badan daripada diserang penyakit berkaitan jantung.
Secara umumnya juga ia akan menguatkan sistem imunisasi dalam badan. Hal ini akan mengurangkan risiko untuk terkena jangkitan dan penyakit kerana ia akan mengekalkan kekebalan dalam diri.Dengan ketawa juga, ia akan melepaskan endorfin ke bahagian otak yang akan membuatkan diri individu terasa tenang dan bahagia. Oleh itu, jika anda terasa tertekan dan murung, cari sesuatu yang boleh membuatkan anda ketawa untuk kembalikan mood untuk menempuh kehidupan seharian anda.
Secara amnya, ketawa juga dapat mengukuhkan lagi hubungan seseorang itu. Jangan menjadi individu yang mengeluarkan tenaga negatif yang datang bersama tekanan sebaliknya jadilah individu yang melepaskan tenaga positif dan ketawa yang boleh melibatkan dua orang dalam waktu yang sama.
Menggabungkan ketawa dalam hidup anda boleh meningkatkan serta menguatkan lagi kualiti dalam perhubungan anda. Secara tidak lansung ia juga akan meningkatkan kualiti masa dalam semua aspek kehidupan.
Individu yang kerap ketawa dapat mengubah serta menukar pandangan dan perspektif dalam kehidupan. Ia akan memberikan skop yang lebih meluas dan membuatkan seseorang itu lebih bebas dan berfikiran terbuka mengenai sesuatu perkara. Ia juga akan menghentikan seseorang itu berfikir secara keterlaluan mengenai masalah kecil.
Ketawa sehingga sakit perut dengan pantas dapat merehatkan seluruh tubuh badan dan menenangkan tekanan dan ketegangan yang ada.
Individu yang sering tersenyum dan ketawa lazimnya lebih menarik dan menawan berbanding individu yang selalu murung dan marah.Ketawa juga mempunyai kecendurungan dalam mengurangkan ketegangan serta keganjilan dalam sesetengah situasi. Jadi, jangn bimbang untuk memulakan jenaka jika anda keluar untuk janji temu yang pertama kelak.
Ia dapat memberi insprasi, motivasi dan apa yang penting dapat membuat mereka ketawa.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kegembiraan jelas terpancar di wajah anak-anak yatim dan balu kepada bekas kakitangan Proton yang pernah berkhidmat apabila diraikan menerusi program Kasih Ramadan 2017 dengan membeli-belah pakaian raya di Jakel, Shah Alam, semalam.
Hadir seawal jam lapan pagi, kesemua 15 keluarga yang terdiri anak-anak yatim diraikan dengan penuh mesra kakitangan Proton yang turut sama membantu dari awal hinggalah selesai.
Program kali pertama anjuran Proton dengan kerjasama Jakel ini dilihat dapat mengurangkan beban ahli keluarga selain memeriahkan sambutan Syawal pada tahun ini.
Biar pun pasti terselit kesedihan kerana sekali lagi pada tahun ini, tidak dapat berhari raya dengan bapa yang telah kembali ke pangkuan Ilahi, namun pengkongsian rezeki oleh Proton ini ibarat mengubat duka di hati insan yang ditinggalkan orang tersayang.
Hadir sama dalam majlis ini ialah Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Dato’ Ahmad Fuaad Kenali diiringi pihak pengurusan tertinggi Proton, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn Bhd, Abdul Rashid manakala bagi pihak Jakel Shah Alam, Pengarahnya Tuan Haji Mohamed Izani Mohamed Jakel turut hadir sama memeriahkan majlis.