Pelakon popular Korea Selatan, Park Seo Joon, membuktikan bahawa hak selebriti terhadap imej mereka bukan sesuatu yang boleh diambil ringan.

Beliau baru-baru ini telah menang saman terhadap sebuah restoran ‘ganjang gejang’ yang menggunakan gambarnya secara tidak sah untuk tujuan promosi perniagaan.

Restoran tersebut, yang menjadi lokasi penggambaran drama hit “What’s Wrong With Secretary Kim?” pada 2018, telah memaparkan imej Park Seo Joon menikmati ketam mentah dalam pelbagai bahan promosi dari 2019 hingga 2024 tanpa kebenaran.

Park Seo Joon Menang Saman Terhadap Restoran, Guna Fotonya Tanpa Kebenaran Untuk Promosi
Kredit foto: the qoo

Menurut agensinya, Awesome ENT, isu ini bukan perkara baharu. Pihak restoran telah beberapa kali diberi amaran agar menghentikan penggunaan imej pelakon tersebut, namun permintaan itu sering diabaikan.

“Kami telah beberapa kali meminta pihak restoran untuk menghentikan penggunaan foto Park Seo Joon tanpa izin.

“Walaupun mereka ada menurunkan banner dan iklan online pada satu ketika, restoran itu tetap meneruskan penggunaan gambar tersebut secara berterusan dan melanggar permintaan kami,” ujar wakil agensi.

Ads

BAWA PADAH

Tindakan berdegil pemilik restoran itu akhirnya membawa padah apabila agensi Park Seo Joon mengambil tindakan undang-undang.

Walaupun jumlah pampasan yang diarahkan mahkamah hanyalah sebanyak ₩5 juta (kira-kira RM15,000), ia cukup untuk memberi mesej jelas tentang hak selebriti terhadap penggunaan imej mereka.

Park Seo Joon Menang Saman Terhadap Restoran, Guna Fotonya Tanpa Kebenaran Untuk Promosi
Kredit foto: the qoo

Menariknya, meskipun pada awalnya tuntutan dilaporkan bernilai ₩6 bilion (RM33 juta), pihak agensi menjelaskan bahawa nilai sebenar yang diminta dalam kes ini hanyalah ₩60 juta (sekitar RM202,000), selepas mengambil kira skala dan saiz operasi restoran tersebut.

Ads

Keputusan mahkamah ini telah mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen. Ada yang menyokong tindakan Park Seo Joon atas dasar mempertahankan hak individu, sementara ada juga yang melihatnya sebagai terlalu keras terhadap perniagaan kecil.

Park Seo Joon Menang Saman Terhadap Restoran, Guna Fotonya Tanpa Kebenaran Untuk Promosi
Foto kredit: TVN

BACA: Siapa Bakal Dewi Remaja 2025? 40 Tahun Mencipta Bintang, Kini Kembali Membara

Namun secara keseluruhannya, kes ini memberi peringatan yang penting tentang etika perniagaan dalam era digital, khususnya berkaitan penggunaan imej selebriti.

Ads

Selebriti bukan sekadar wajah popular; mereka juga pemilik sah kepada hak komersial terhadap identiti mereka. Dalam dunia bisnes yang semakin kompetitif, penggunaan bahan promosi tanpa izin boleh mengundang padah yang tidak dijangka.

Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.

 

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI