Pertandingan pencarian ikon wanita muda paling berpengaruh negara kembali lagi. Dewi Remaja 2025 membuka tirai edisi ke-14, dan tahun ini, ia membawa makna yang jauh lebih besar apabila menyambut ulang tahunnya yang ke-40.
Bukan sekadar pertandingan, Dewi Remaja merupakan institusi yang telah membina landasan untuk ramai wanita muda melakar nama dalam industri seni, penyiaran, peragaan, keusahawanan dan aktivisme sosial.
Dilancarkan pada tahun 1985 di bawah terbitan Majalah Remaja, pertandingan ini telah melalui transformasi besar dari era cetakan fizikal ke dominasi platform digital.
Kini di bawah terbitan Nu Ideaktiv Sdn Bhd, Dewi Remaja kekal sebagai pentas berprestij yang membuka peluang untuk wanita muda Malaysia menampilkan keyakinan, karisma dan bakat secara progresif.
Antara nama-nama besar yang lahir daripada program ini termasuklah Scha Alyahya, Izara Aishah, Noor Neelofa, Raysha Rizrose dan Tracie Sinidol.
Masing-masing membawa naratif kejayaan tersendiri, membuktikan bahawa gelaran Dewi Remaja bukan sekadar simbol kecantikan, tetapi tiket kepada peluang dan transformasi peribadi.
Pencarian Baharu Bermula
Bagi edisi tahun 2025, pendaftaran secara dalam talian telah dibuka dari 26 Jun hingga 10 Julai. Gadis remaja Malaysia yang memiliki personaliti dinamik, bakat unik serta keberanian untuk menjadi figura awam digalakkan untuk menyertai.
Ads
Proses penyertaan melibatkan penghantaran borang secara digital dan video pengenalan berdurasi kurang dua minit di laman rasmi www.remaja.my/dewi.
Dalam video tersebut, peserta perlu menjelaskan kenapa mereka layak bergelar juara dan berkongsi pencapaian tertinggi mereka, sama ada dari aspek akademik, sukan, kesenian, kepimpinan atau kerjaya.
Penilaian tidak lagi bersandar kepada rupa semata-mata, malah menjadikan nilai empati, ketulenan dan daya impak sosial sebagai kriteria utama.
Ads
Evolusi Format Pertandingan
Selaras dengan perubahan zaman, format Dewi Remaja telah beralih daripada konsep pusingan bulanan dalam majalah kepada program realiti berformat digital dan televisyen.
Kandungan kini lebih interaktif, menyasarkan penonton dari pelbagai segmen masyarakat dan memperlihatkan sisi autentik setiap peserta dalam menjalani cabaran mingguan.
Pemenang bukan sahaja dinobatkan sebagai ikon remaja, tetapi turut memikul misi sebagai duta nilai progresif wanita moden Malaysia malah menjadi seorang yang berani, bijaksana, empati dan berwibawa.
Senarai Juara Ikonik
Dewi Remaja telah melahirkan barisan juara berkaliber sepanjang 40 tahun, antaranya:
1985/86: Tengku Anis Tengku Ismail
1987/88: Aleeza Kassim
1990/91: Jasmeen Dhillon
1995/96: Wan Khatijah Wan Othman
1997/98: Juliana Banos
2002/03: Annahita Bakavoli
2005/06: Scha Alyahya
2009/10: Neelofa
2014/15: Raysha Rizrose
2019: Shaza Bae
2022: Tracie Sinidol
2023: Nurel Baharin
Setiap seroang daripada mereka mencerminkan evolusi cita rasa, keperibadian dan aspirasi wanita muda Malaysia dari satu dekad ke dekad seterusnya.
Dalam dunia pasca-pandemik yang penuh ketidaktentuan, suara wanita muda menjadi lebih signifikan.
Dewi Remaja berdiri sebagai platform untuk memperkasa mereka yang berani mencabar norma, membawa agenda kemajuan dan menyuntik inspirasi dalam masyarakat.
Dewi Remaja 2025 bukan sekadar menobatkan seorang juara baharu. Ia adalah pernyataan bahawa wanita muda Malaysia bersedia untuk mengambil tempat mereka dalam naratif nasional, dengan penuh gaya, akal dan prinsip.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kita mulakan hidup kita seharian dengan kerja, kerja dan kerja. Bangun pagi, mandi dan bersiap ke tempat kerja dari 8 pagi hingga 5 petang. Kadang kala kerja lebih masa. Kerja yang tidak pernah habis. Keesokan harinya, ulang benda yang sama.
Namun, adakah kita sedar, hidup kita lebih daripada itu? Di usia muda inilah masa untuk kita mencuba sesuatu yang baru. Masa untuk mencari pengalaman hidup dan menenangkan minda dan jiwa. Oleh itu, kami akan kongsikan kepada anda beberapa tips yang boleh anda pelajari daripada kesilapan pengembara-pengembara lain. Dengan ini, anda pasti tidak akan melakukan kesalahan yang sama dan berpeluang untuk menikmati percutian dengan lebih menyenangkan.
1. Jangan menginap di kawasan terpencil yang jauh dari bandar
Tinggal di hotel yang terletak di pinggir bandar mungkin lebih memudahkan dan menjimatkan kos. Tetapi sistem pengangkutan di luar bandar adalah kurang jadi anda mungkin terpaksa membelanjakan banyak wang untuk membayar pengangkutan. Sebaiknya, tempah hotel di kawasan pusat bandar yang dikelilingi dengan banyak kemudahan selain berhampiran dengan tempat-tempat menarik. Dengan ini, anda berpeluang untuk mengunjungi pelbagai lokasi dan tidak perlu mengambil banyak masa untuk pulang semua ke hotel.
2. Sentiasa membaca ulasan daripada pelanggan lain
Setiap kali anda hendak mengunjungi mana-mana lokasi seperti hotel dan restoran, pastikan anda membaca dahulu semua ulasan daripada pelanggan terdahulu. Hal ini akan membantu mengelakkan anda daripada mengalami pengalaman yang tidak menyeronokkan.
Antara laman sesawang dan aplikasi yang boleh anda lihat adalah:
Tripadvisor – Anda boleh mencari ulasan tentang apa-apa sahaja sama ada restoran kecil mahupun kawasan yang terkenal dan bertaraf tinggi.
Foursquare – Laman sesawang dan aplikasi yang sangat membantu. Dengan aplikasi ini, anda boleh mencari lokasi terbaik untuk berseronok, menikmati makanan tempatan yang mengenyangkan dan sebagainya.
Yelp – Yelp berfungsi lebih kurang sama dengan Foursquare tetapi ia lebih mengkhusus kepada restoran dan juga kafe.
3. Bawa ubat-ubatan
Ketika bercuti, anda perlu sentiasa membawa bekalan ubat-ubatan asas seperti ubat demam, selesema, minyak angin, pembalut luka dan sebagainya yang dirasakan sesuai. Dengan cara ini, anda boleh merawat diri sendiri sekiranya berlaku kecemasan dan tidak perlu membazir wang untuk mendapatkan rawatan di klinik.
4. Pastikan anda membawa makanan ringan
Perkara ini mungkin agak melecehkan tetapi sangat membantu sekiranya anda sukar untuk mendapatkan makanan halal di luar negara. Antara makanan yang boleh anda bawa adalah seperti biskut, buah, mi segera dan paket minuman segera.
Anda juga dapat menjimatkan wang dan menggunakan wang lebihan untuk membeli buah tangan buat keluarga di Malaysia.
5. Jangan membawa terlalu banyak barang
Sewaktu mengemas bagasi, kita sentiasa merasakan kita tidak membawa barangan yang mencukupi. Jadi, kita akan terus menyumbatkan segala barangan yang tidak penting sehingga akhirnya beg kita menjadi kembung dan berat! Pastikan anda hanya membawa barangan yang boleh digunakan untuk pelbagai fungsi. Sebagai contoh, bawa selendang yang bukan sahaja boleh digunakan sebagai tudung tetapi juga boleh dijadikan sebagai selimut, kain lapik semasa berkelah dan menggantikan baju sejuk anda.
6. Melantik seorang rakan sebagai ketua
Ketua yang dimaksudkan adalah individu yang boleh diharapkan untuk mengetuai sesuatu perjalanan. Biasanya, ketua dalam pengembaraan ini adalah seorang yang terperinci dan peka dengan keadaan sekeliling.
Dengan adanya seseorang untuk boleh mengambil tanggungjawab ini, perjalanan akan menjadi lebih selamat dan menyeronokkan terutamanya ketika bercuti di luar negara.
7. Jangan takut untuk berkomunikasi dengan penduduk tempatan
Semasa mengembara ke luar negara, anda harus menjadi ringan mulut dan mesra dengan penduduk tempatan. Sebaiknya, berkawanlah dengan mereka dan juga para pelancong lain supaya memudahkan anda untuk meminta pertolongan seperti cadangan tempat penginapan yang selamat atau lokasi restoran yang menyajikan makanan enak.
8. Beli tiket secara atas talian
Jika anda mahu pergi ke tempat yang terkenal seperti Louvre, anda harus membuat tempahan tiket lebih awal secara atas talian. Dengan cara ini, anda tidak perlu menunggu terlalu lama dan berbaris di barisan yang panjang.
9. Membeli cenderamata sebagai kenang-kenangan
Ada individu selalu membeli cenderamata yang tidak cantik dan ada juga yang akan menyesal di kemudian hari kerana tidak membeli apa-apa cenderamata sebelum pulang ke negara asal. Kami cadangkan supaya anda mengunjungi kedai-kedai cenderamata atau pasar lambak bagi mendapatkan pelbagai cenderamata istimewa dengan harga yang murah! Kebanyakan barangan yang dijual adalah hasil buatan penduduk tempatan sekali gus menjadikannya perkara wajib yang harus dibawa pulang!
10. Jangan takut untuk mencuba makanan tempatan
Kita semua mempunyai citarasa tersendiri dan segelintir daripada kita tidak suka atau takut untuk mencuba makanan baharu. Jika anda seperti ini, anda sememangnya manusia yang rugi! Bukankah lebih bagus jika anda dapat merasai makanan-makanan unik yang menjadi pilihan penduduk tempatan. Pengalaman ini pastinya dapat memberikan sejuta kemanisan dalam kenangan pengembaraan anda.
Jangan takut untuk mencuba!
Sumber : Era Baru
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Seluruh dunia kini masih berdepan dengan pandemik Covid-19. Walaupun sudah terdapat banyak negara mencatatkan penurunan kes jangkitan namun ancaman gelombang kedua masih lagi ada kemungkinan boleh berlaku.
Disebabkan itu jugalah negara kita dan banyak negara lain mula menyeru rakyat mereka untuk memakai pelitup muka apabila berada di kawasan awam dan kawasan sesak. Selain pelitup muka 3 lapisan yang popular digunakan, penggunaan pelitup muka dari fabrik juga boleh digunakan terutamanya di kalangan mereka yang tidak bergejala.
Lalu timbullah pelbagai jenis rekaan pelitup muka dengan pelbagai jenis rekaan. Jenama-jenama terkenal juga tidak ketinggalan mengeluarkan pelitup muka masing-masing dengan stujuan menggalakan masyarakat memetingkan langkah keselamatan dan pencegahan.
Namun ada juga yang mahu menjadi lain daripada yang lain. Sebuah syarikat pengeluar barang kemas telah menghasilkan pelitup muka termahal di dunia. Pelitup muka yang dihasilkan mereka tersebut turut dilengkapi hiasan daripada emas dan berlian.
Pelitup muka yang dihiasi emas 18 karat dan sebanyak lbih 3,600 berlian putih dan hitam dipadankan ke atas pelitup muka jenis N99. Ia dikatakan bernilai kira-kira USD1.5 juta (RM6.3 juta).
Memetik laporan AP, syarikat yang menghasilkan pelitup muka tersebut ialah Yvel. Pemiliknya, Isaac Levy bagaimana pun tidak mendedahkan siapakah pelanggannya yang melakukan tempahan pelitup muka tersebut. Apa yang diketahui ialah ia dari seorang ahliperniagaan berasal dari China yang tinggal di Amerika Syarikat.
Pelitup muka ini bolehlah kita anggap mempunyai fungsi dua dalam satu. Pertama untuk keselamatan dan kedua untuk menyerlahkan status kekayaan.
Ada duit semua jadi!
Jika ingin mencari pelitup muka yang murah dan pelbagai rekaan, anda boleh dapatkan di sini.
Kredit: AP
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
SEMAKIN LAMA USIA KITA SEMAKIN MENINGKAT DAN IA MEMBUATKAN KOLAGEN MULA MENURUN. JIKA KOLAGEN BERKURANG,INI AKAN MELAMBATKAN PROSES REGENERASI KULIT. MUKA KITA PUN MULA MENAMPAKKAN GARIS-GARIS HALUS TERUTAMA SEKITAR MATA,MULUT DAN DAGU.
PUTIH TELUR
Telur adalah salah satu sumber protein. Bahagian putih telur biasa digunakan untuk tegangkan kulit muka. Ia disapukan secara rata ke seluruh bahagian muka kemudian dibersihkan dengan air suam dan akhir sekali basuh dengan air biasa. Amalkan paling sekurang-kurangnya 2 minggu sekali.
Putih telur kaya nutrisi dan sumber asam amino yang akan memperbaharui sel-sel kulit anda dan juga dapat menyerap minyak berlebih di kulit wajah anda.
Putih telur mengandungi enzim Lyzozyme yang dapat secara ampuh membunuh bakteria penyebab jerawat.
Putih telur juga memiliki zat astringent, di mana hal ini membuat putih telur dapat mencegah terjadinya jerawat di kemudian hari.
Putih telur memiliki sifat eksfoliate, di mana hal ini bererti bahawa putih telur dapat mengangkat dan menyingkirkan kotoran yang mengendap di kulit anda, serta dapat juga mengangkat sel-sel kulit mati dari kulit anda.
Putih telur mengandungi suatu senyawa protein yang dinamakan albumin yang secara alami akan membunuh bakteria penyebab jerawat kerana senyawa protein ini dapat merosakkan struktur sel bakteria penyebab jerawat.
Putih telur juga dapat memperkecil pori-pori kulit wajah sehingga mengurangi risiko penyumbatan minyak berlebih di pori-pori kulit yang akan berujung ke timbulnya jerawat.
Putih telur juga merupakan sumber Vitamin B kompleks yang telah terbukti keampuhannya sebagai sumber antioksidan yang dapat menangkal radikal bebas dan melawan infeksi yang dapat menimbulkan peradangan.
Putih telur juga telah teruji keampuhannya dalam membersihkan kulit wajah anda dan mencegah pertumbuhan bakteria penyebab jerawat.
DENGAN MENGGUNAKAN MASKER PUTIH TELUR
Pertama, anda harus memisahkan putih telur dari kuning telurnya. Setelah itu, tempatkan putih telur pada bekas dalam beberapa saat.
Setelah itu, oleskan putih telur ke area kulit anda yang terdapat bekas jerawat. Kemudian biarkan hingga masker putih telur ini mengering di kulit anda.
Setelah masker ini mengering, kemudian segera bilas kulit anda dengan menggunakan air hangat dan keringkan dengan segera.
Untuk hasil yang maksimal, gunakan masker putih telur ini secara rutin setiap hari.
Sebagai alternatif, anda dapat menggunakan masker putih telur ini sesaat sebelum anda tidur malam dan biarkan masker putih telur ini meresap semalaman di kulit anda. Pada pagi harinya, segera bilas kulit anda dengan air bersih.
CAMPURAN PUTIH TELUR DAN MADU
Cara kedua yang juga ampuh untuk menghilangkan bekas jerawat adalah dengan menggunakan campuran putih telur dan madu. Campuran putih telur dan madu ini memang sangat bermanfaat untuk mempercepat proses pengelupasan sel kulit mati. Bagaimana cara menggunakan masker putih telur dan madu untuk bekas jerawat?
Pertama, anda perlu menyiapkan putih telur dengan madu. Jika anda menggunakan 1 butir putih telur, cukup tambahkan 1 senduk teh madu, kemudian aduk campuran tersebut hingga tercampur merata.
Setelah itu, segera oleskan campuran tersebut ke area kulit anda yang terkena jerawat dan tunggu hingga campuran ini mengering di kulit anda.
Setelah campuran tersebut mengering, segera bersihkan kulit anda dengan air hangat.
Untuk hasil yang maksimal, gunakan campuran ini secara rutin sekali setiap hari.
Sebagai alternatif, anda dapat menggunakan campuran ini sesaat sebelum tidur. Biarkan campuran ini meresap semalaman dan segera bilas kulit anda pada pagi harinya.
CAMPURAN PUTIH TELUR DAN TEA TREE OIL
Cara ketiga yang juga ampuh untuk menghilangkan bekas jerawat adalah dengan menggunakan campuran putih telur dan tree tee oil. Tea tree oil ini memiliki khasiat yang sangat ampuh untuk menyingkirkan sel kulit mati dan juga dapat memicu pertumbuhan sel-sel kulit baru. Bagaimana cara menggunakan masker putih telur dan tea tree oil untuk bekas jerawat?
Pertama, anda perlu untuk menyiapkan putih telur dengan tea tree oli. Kemudian campurkan 1 butir putih telur dengan 4 tetes tea tree oil. Stelah itu aduk campuran ini hingga merata.
Setelah dicampurkan secara merata, segera oleskan campuran ini ke area kulit anda terkena bekas jerawat, kemudian tunggu antara 15 hingga 20 minit.
Setelah 20 minit, segera bilas kulit anda dengan menggunakan air suam.
Untuk hasil yang maksimal, anda perlu untuk menggunakan campuran ini sekali sehari secara rutin.
CAMPURAN PUTIH TELUR DAN LEMON
Cara keempat yang juga sangat ampuh untuk menghilangkan bekas jerawat adalah dengan menggunakan campuran putih telur dan lemon. Lemon ini kaya akan Vitamin C yang akan membuat kulit anda tampak sihat dan cerah secara alami, yang membuat bekas jerawat anda semakin tersamarkan. Bagaimana cara menggunakan masker putih telur dan lemon untuk bekas jerawat?
Pertama, anda perlu untuk mencuci kulit anda dengan air bersih terlebih dahulu.
Setelah itu, campurkan putih telur dengan perasan lemon. Kemudian aduk campuran ini hingga putih telur dan perasan lemon tercampur secara merata.
Setelah itu, segera oleskan campuran ini ke area kulit anda yang terdapat bekas jerawat. Diamkan selama kurang lebih 20 minit.
Setelah 20 minit, segera bilas kulit anda dengan menggunakan air hangat, kemudian dilanjutkan dengan menggunakan air dingin.
Untuk hasil yang maksimal, gunakan campuran ini sehari sekali secara rutin.
CAMPURAN PUTIH TELUR DAN PISANG
Cara ketujuh yang juga sangat ampuh untuk menghilangkan bekas jerawat adalah dengan menggunakan campuran putih telur dan pisang. Pisang kaya akan kandungan antioksidan dan juga dapat menyihatkan kulit anda dan membuat kulit anda cerah secara alami, membuat bekas jerawat menjadi semakin tersamarkan. Bagaimana cara menggunakan masker putih telur dan pisang untuk bekas jerawat?
Pertama, anda perlu menyiapkan 1 buah pisang, kemudian tumbuk pisang tersebut hingga halus, kemudian tambahkan air sedikit sehingga pisang tersebut memiliki tekstur yang cair.
Setelah itu, campurkan 1 butir putih telur ke dalam tumbukan pisang tersebut, lalu aduk hingga campuran tersebut merata.
Setelah itu, segera oleskan campuran tersebut ke area kulit anda yang terkena bekas jerawat. Biarkan campuran tersebut meresap di kulit anda selama 20 minit.
Setelah 20 minit, segera bilas kulit anda dengan menggunakan air yang bersih.
Gunakan campuran ini paling tidak 2 kali dalam seminggu secara rutin untuk mendapatkan hasil yang maksimal.
SUMBER : WAJAH JERAWAT
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.