Selaku alumni pertandingan Hero Remaja edisi 2019/2020, Meerqeen menitipkan pesanan buat kesemua peserta HeroDewi Remaja edisi kali yang akan memulakan langkah kerjaya mereka di dalam industri seni.
Bercakap kepada Maskulin ketika menghadiri Pentas Akhir HeroDewi Remaja tempoh hari, Meerqeen berharap peserta kali ini untuk kekal merendah diri setelah tamat pertandingan ini.
“Kita ni sebagai anak seni adalah ‘kanvas’… Dulu masa ‘kanvas’ Meerqeen kosong, Meerqeen dah berlagak dah. Jadi itu kesilapan yang Meerqeen buat,’ katanya.
Ads
Oleh itu, dia berharap agar peserta edisi kali ini tidak mengulangi kesilapan yang pernah dilakukannya dahulu.
Bergaul, Jangan Terlalu Introvert
Senada dengan pendapat itu ialah rakan seperjuangannya sendiri di Hero Remaja iaitu Hariz Hamdan.
Hariz turut mengingatkan peserta kali ini untuk membina kemahiran komunikasi, pengucapan serta perhubungan awam untuk memudahkan perjalanan mereka di dalam industri.
Ads
“Bila anda keluar sana, bersopan santunlah, tegur orang, bina rangkaian, jangan terlalu introvert kerana itulah kesilapan saya ketika saya keluar dari Hero Remaja,” katanya ketika ditemui Maskulin.
“Bersopan santunlah dan bergaul dengan orang lain,” tambahnya.
Ads
HeroDewi Remaja 2023 merupakan pertandingan yang pertama kali menggabungkan pencarian Hero Remaja dan Dewi Remaja di dalam satu edisi.
Sebelum ini, kedua-dua pertandingan ini akan dijalankan berselang seli setiap beberapa tahun.
Hero Remaja telah melahirkan ramai bintang-bintang ternama seperti Norman Hakim, Azhar Sulaiman, Zed Zaidi, Fattah Amin manakala Dewi Remaja pula melahirkan bintang seperti Scha Alyahya, Neelofa, Izara Aishah, Didie Alias, Rita Rudaini dan ramai lagi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berkuatkuasa sekarang pelbagai karenah selebriti tanah airdan antarabangsa dapat kita saksikan di laman media sosial.
Ada yang bersenam, ada yang melayan tarian Tik Tok dan tidakkurang juga meluangkan masa dengan berkarya sama ada dari segi penulisan atau mencipta lagu.
Itulah yang dilakukan oleh dua penyanyi muda lelaki paling popular di negara kita sekarang iaitu Ismail Izzani dan Naim Daniel. Mereka berdua telah mengeluarkan sebuah lagu yang unik berjudul ‘COVID-19’.
Menariknya, lagu tersebut dicipta oleh mereka dalam tempoh 24 jam sahaja. Lagu tersebut di muat naik ke laman YouTube Ismail Izzani pada 22 Mac lalu dan kini telah mencatatkan sebanyak 60 ribu views. Malah rakaman video di dalam muzik video ini mamaparkan di sebalik tabir bagaimana mereka menghabiskan masa di rumah sepanjang tempoh PKP.
Memetik laporan Berita Harian, Naim Daniel menjelaskan bahawa lagu yang dihasilkan bagi memberi kesedaran terhadap masyarakat mengenai bahaya virus tersebut merupakan cetusan idea Ismail.
Jelasnya, tiada sebarang niat untuk meraih keuntungan melainkan memberi kesedaran terhadap masyarakat.
Lagu tersebut dikatakan terhasil secara tak sengaja sewaktu Ismail muncul live di Instagram.
Naim Daniel yang juga juara Anugerah Juara Lagu Ke-34 dan bakal muncul sebagai back cover majalah MASKULIN isu April 2020 berkata tempoh Perintah Kawalan Pergerakan perlu diisi dengan seuatu yang bermanfaat bukan sahaja untuk dirinya tetapi masyarakat.
Tahniah MASKULIN ucapkan buat Naim dan Ismail kerana peka dan kreatif dalam menyampaikan mesej yang sangat penting tatkala negara berdepan krisis seperti sekarang.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
RAMAI yang beranggapan bahawa usia 30-an adalah usia yang telah terlewat untuk berkahwin dan bagi segelintir masyarakat, meraka akan berhadapan dengan tekanan melebihi apabila sering ditanya soal perkahwinan oleh makcik-makcik bawang.
Ingatlah bahawa ajal dan jodoh di tangan Tuhan. Adakala ditemukan dengan pantas dan adakala ianya lambat. Semakin meningkat usia, semakin matang diri dalam menghadapi ujian dan cabaran dalam hidup lebih-lebih lagi pada zaman yang serba mencabar kini.
Di sini kami kongsikan 5 kebaikan dan keuntungan jika berkahwin pada usia 30-an:
1. Pemikiran Lebih Matang Dan Emosi Lebih Stabil
Menurut kajian, setiap individu akan lebih tenang dan lebih matang dalam menghadapi pelbagai situasi dan perasaan invididu untuk menghargai cinta dan akan lebih fokus.
2. Tidak Lagi Mengejar Keseronokan Dunia
Kebanyakan individu pada usia ini sudah puasa berseronok dan enjoy. Pelbagai kejayaan sudah digapai, sudah tentu bila berkahwin akan lebih bahagia kerana masing-masing tidak lagi mengejar cita-cita individu.
3. Pembentukan Jati Diri Lebih Kuat
Mereka yang telah mencecah usia 30-an sudah membina jati diri yang kuat. Mereka juga mempunyai karisma serta matlamat yang kuat dan kebiasaanya akan dapat memimpin diri dan pasangan ke jalan yang lebih teratur.
4. Memiliki Ekonomi Yang Kukuh
Individu pada usia sebegini telah mempunyai kerjaya yang tetap dan mungkin ada yang sudah memiliki kenderaan dan kediaman sendiri. Rumah tangga akan lebih bahagia kerana masalah-masalah kewangan tidak menjadi masalah utama.
5. Matang Sebagai Ibu Dan Bapa
Jika dikurniakan cahaya mata, mereka yang bersia 30-an pasti menjadi ibu bapa yang baik. Kesabaran dan kematangan yang tinggi akan membimbing mereka mmemberik kasih sayang yang terbaik untuk anak-anak.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tuhan sahaja yang tahu apa yang dirasai oleh mangsa-mangsa tsunami di Indonesia yang berlaku pada minggu lalu. Tsunami yang tiba-tiba berlaku di Selat Sunda kini telah mengorbankan seramai 429 orang manakala 154 orang lagi masih dilaporkan hilang.
Itulah angka yang dilaporkan terkini dari Kompas TV. Di sebalik kejadian musibah alam ini kisah yang menimpa sebuah grup rock Indonesia, Seventeen telah menarik perhatian ramai.
Seventeen yang sedang melakukan persembahan di sebuah acara hari keluarga sebuah syarikat tempatan telah ditimpa tsunami. Dan detik-detik terakhir itu sempat dirakamkan kamera dan terus tular di seluruh dunia.
Tiga daripada empat orang ahli Seventeen telah meninggal dunia. Hanya vokalis mereka sahaja yang dikenali sebagai Ifan terselamat daripada bencana itu. Lebih menyayat hati, Ifan juga kehilangan isterinya yang tersayang dan beberapa krew yang aktif menjaga grupnya.
Tidak dapat kita bayangkan bagaimana Ifan berdepan dengan dugaan yang luar biasa besar ini. Setiap posting Ifan di Instagram juga cukup menyentuh hati. Pengguna laman media sosial dari seluruh dunia tidak putus-putus mengucapkan kata-kata semangat buat Ifan.
Semalam ada perkara yang cukup menarik dikongsikan oleh menantu kepada Dato’ Seri Siti Nurhalizayang juga isteri kepada Asyraf Khalid iaitu Tya Ariffin.
Menerusi satu posting Tya berkongsi sedutan filem pendek yang dilakonkannya berjudul ‘Earthbound’. Ia mengisahkan tentang tragedi tsunami yang mengorbankan nyawa. Apa yang menarik lokasi penggambaran mereka berlaku di tempat sama iaitu di Pantau Anyer.
Empat tahun lalu Tya merupakan antara pelakon utama filem pendek ‘Earthbound’ yang menyingkap tentang mangsa-mangsa tsunami.
Jelas Tya posting itu bukan bermaksud untuk mengaitkan musibah yang berlaku tetapi merasa dirinya sungguh dekat dengan korban musibah tsunami.
“Sedih, terpukul dan hancur”. Itulah antara ungkapan Tya yang cukup sedih dengan tragedi ini.
Rata-rata komen juga merasakan perkara yang sama seperti yang dikongsikan oleh Tya. Semoga smeua mangsa-mangsa yang terkorban di tempatkan di kalangan mereka yang beriman.
Pray for Indonesia!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.