Bersusah-susah dahulu bersenang-senang kemudian, pepatah lama ini sesuai sangat dijadikan pegangan buat anak muda masa kini. Jika ingin berjaya di usia muda ada eloknya praktikkan 10 target kewangan ini dulu. Jadi kalau ingat stabilkan kewangan dan ekonomi tu ada baiknya rujuk tip dari saudara Amir Syahir ini yang sangat berguna buat anak muda.
Usia muda kita sangat berharga. Apa yang kita buat di usia muda akan memberi kesan kepada kita di usia tua kelak. Orang hipster dan urban macam kau cakap,
“Alahh, rilek la, kita muda lagi. Enjoylah puas-puas. Jom travel dulu. Tengok dunia”
Enjoy biar berpada-pada ye. Jangan berhutang sakan. Masuk umur 40 tahun mula la nak menyesal. Baru nak kenal erti penyesalan.
10 perkara di bawah bolehlah dijadikan sebagai panduan matlamat kewangan sebelum kau berusia 30 tahun:
1.Mempunyai Sumber Pendapatan Sendiri
Tak kiralah apa pun pekerjaan kau yang penting kerja yang halal dan sah di sisi undang-undang. Kau sudah ada kerja yang kau suka buat. Kau boleh hadapi tekanan kerja. Kau ada pendapatan yang baik dan tetap.
Apa yang penting usaha. Usaha cari pendapatan dan stabilkan keadaan ekonomi kau. Bukan hanya berdiam diri tanpa berbuat apa-apa.
2. Menguruskan Wang Dengan Baik
Tidak kiralah apa pun kerja kau sama ada kau bekerja sebagai kejuruteraan pam minyak ataupun kejuruteraan cashier, kau mestilah sudah mahir menguruskan hal ehwal kewangan sendiri. Kau dapat bezakan yang mana kehendak dan keperluan. Kau tahu aliran keluar masuk wang kau. Tidaklah bila dapat gaji, duit kau terus pupus tak tahu ke mana.
Ads
Buat bajet kewangan. Bila dah dapat gaji, rancang apa yang perlu dibayar, apa yang perlu dibeli dan sebagainya. Barulah kewangan kau akan lebih terurus.
3. Mempunyai Tabung Simpanan
Mempunyai beberapa tabungan. Buatlah tabung simpanan, tabung kecemasan, tabung pelaburan, tabung umrah, tabung percutian dan pelbagai tabung untuk kegunaan kau. Tabung/dana kecemasan ini sangat penting disaat kita menghadapi ujian atau masalah. Sediakan tabung kecemasan sekurang kurangnya 3-6 bulan gaji kau.
Kalau kau tak dapat simpan banyak, cubalah simpan dengan nilai yang sedikit terlebih dahulu. Asalkan menyimpan.聽
4. Membeli Sekurang-kurangnya Sebuah Rumah Sebagai Aset
Membeli sekurang-kurangnya sebuah rumah sebagai aset. Ya. Rumah. Sudah mula bekerja sila setkan minda membina tabung untuk membeli rumah. Jika kau membeli rumah sebelum umur 30 tahun, ansuran bulanan menjadi rendah disebabkan boleh ambil tempoh pembiayaan yang panjang. Rumah mahal? Tak mampu simpan untuk deposit rumah? Teruskan menggali ilmu hartanah ni. Jangan duk main Facebook je.
5. Mempunyai Pelan Pelaburan
Melaburlah dengan bijak. Jauhi skim cepat kaya, skim yang membawa keuntungan cepat. Realiti kekayaan tiada jalan pintas. Kalau berjaya kaya cepat pun, tak kekal lama. Banyak pelaburan di Malaysia yang dijamin kerajaan contohnya ASB. Simpan di tabung haji pun boleh juga asalkan tetap dan berterusan dan lebih 10% gaji setiap bulan.
Ads
Keupayaan melabur sebenarnya bergantung kepada keupayaan kau mengawal kehendak diri sendiri. Jangan cakap tak mampu sebelum mencuba. Tak mampu melabur banyak, melaburlah dalam nilai yang kecil terlebih dahulu. Jangan nak tunggu banyak duit baru kau mula nak melabur.
6. Mempunyai Perlindungan Pelan Takaful
Kesihatan adalah anugerah yang tidak ternilai. Jadi, sediakan tabung untuk membiayai masa kau sakit nanti ataupun ditimpa kemalangan. Ambil takaful masa muda. Takaful itu penting.聽
.
7. Memiliki Kenderaan Bersesuaian Dengan Kemampuan Gaji
Beli kereta tak salah. Yang salah adalah membeli kereta tidak sepadan dengan gaji. Gaji ciput tapi beli Honda City susah la. Habis separuh gaji buat bayar ansuran kereta. Nak makan pun duk pinjam kawan. Makan megi takpe, janji kunci kereta ada huruf H.
Ukur baju di badan sendiri. Beli kereta yang bersesuaian dengan pendapatan kau. Ini tidak, tak nak kalah dengan kawan yang pakai Honda City. Tengok la dulu. Gaji dia berapa dan gaji kau pula berapa.
8. Belanja Mengikut Kemampuan
Tak perlu bergaya hidup mewah sekadar nak menunjuk ke kawan-kawan kau. Padahal dalam bank kau simpanan tak sampai empat angka pun. Just be yourself. Belanja dan bergaya ikut kemampuan kau.
Ads
9. Bebas Daripada Hutang Jahat
Kau bijak memilih untuk berhutang. Kau tak berhutang demi perkahwinan yang gilang gemilang, kau bijak menolak hutang iPhone 7, kau tak buat hutang sofa dekat Courts. Jauhi hutang peribadi untuk perkara-perkara yang tidak penting.
.
10. Mula Membina Keluarga
Gua percaya dengan adanya keluarga, kau mampu berubah daripada tak reti uruskan kewangan jadi orang yang reti uruskan kewangan. Sebab kau ada tanggungjawab yang perlu dilaksanakan. Isteri, anak-anak, mak dan ayah. Ye la, lagipun ada seseorang yang boleh membantu kau dan memberi kau sokongan. Carilah teman yang membuat kau bahagia. Senyuman dia kebahagiaan kau. Cewah. Sesungguhnya perkahwinan itu membuka banyak pintu rezeki.
Tak cukup 10? Boleh tambah ikut matlamat dan azam korang. Yang penting kau kena ada target dan matlamat yang jelas, barulah kau boleh merancang kau punya pelan tindakan.
Kau tu berapa tahun lagi nak masuk umur 30? Tak sedar-sedar lagi ke? Masih duk konfius nak travel ataupun beli kereta import mewah? Kah!
Musim perayaan sering kali menyaksikan peningkatan jumlah kenderaan di lebuh raya, menyebabkan perjalanan menjadi lebih mencabar.
Bagi mengelakkan sebarang masalah atau kecemasan ketika pulang ke kampung, penting untuk memastikan kenderaan dan persiapan anda berada dalam keadaan terbaik.
Periksa Keadaan Kenderaan
Foto : PngTree
Sebelum bergerak, lakukan pemeriksaan asas ke atas kenderaan anda.
Pastikan minyak enjin dan air radiator mencukupi bagi mengelakkan risiko enjin terlalu panas.
Tekanan tayar juga perlu diperiksa, termasuk tayar simpanan, supaya anda tidak terkandas akibat tayar pancit.
Jangan lupa untuk memastikan lampu depan, belakang, dan isyarat berfungsi dengan baik, terutama jika anda memandu pada waktu malam atau dalam keadaan hujan.
Rancang Perjalanan dengan Bijak
Perjalanan yang dirancang dengan baik dapat mengurangkan tekanan dan risiko kecemasan di jalan raya.
Sebelum bertolak, semak laporan trafik menggunakan aplikasi seperti Waze atau Google Maps untuk mengelakkan kesesakan teruk.
Selain itu, pilih waktu bertolak yang sesuai, seperti awal pagi atau lewat malam, untuk mengelakkan perjalanan serentak dengan orang ramai.
Pastikan juga anda mempunyai baki mencukupi dalam e-wallet atau kad Touch ‘n Go bagi mengelakkan masalah di plaza tol.
Foto : Hot FM
Bekalan Kecemasan dan Peralatan Penting
Walaupun kita tidak menjangkakan sebarang kecemasan, lebih baik bersedia.
Simpan kit kecemasan dalam kenderaan, termasuk jumper kabel, alat pembuka tayar, dan lampu suluh.
Jika anda atau penumpang mempunyai penyakit tertentu, pastikan ubat-ubatan penting dan kit pertolongan cemas dibawa bersama.
Keselamatan Pemandu dan Penumpang
Selain memastikan kenderaan dalam keadaan baik, pemandu dan penumpang juga perlu bersedia secara mental dan fizikal.
Pastikan anda mendapat rehat yang mencukupi sebelum memandu bagi mengelakkan rasa mengantuk, terutamanya jika perjalanan jauh.
Selain itu, elakkan menggunakan telefon semasa memandu, kecuali dengan mod bebas tangan atau berhenti di lokasi selamat jika perlu menjawab panggilan.
Mungkin selama ini kita dimomokkan dengan majlis perkahwinan gah dan mewah. Tetapi kebelakangan ini, masyarakat kita semakin bijak dan kreatif dalam berjimat cermat untuk melaksanakan suatu majlis perkahwinan. Ini list trend doorgirt yang boleh menjimatkan poket bakal pengantin lelaki?
PILIH IDEA DOORGIFT KAHWIN YANG BERSESUAIAN DENGAN TEMA MAJLIS ANDA
Kebiasaannya, doorgift kahwin untuk sesebuah majlis perkahwinan adalah berbentuk cenderahati berkotak. Untuk menambahkan lagi keseriaan atau keunikan doorgift anda, sangatlah disyorkan untuk memilih doorgift yang bersesuaian dengan tema majlis perkahwinan.
Contohnya, jika perkahwinan anda bertemakan ala-ala suasana Arab (mungkin anda dan pasangan berkenalan di arab Saudi), cubalah carikan yang sesuai dengan keunikan negara Arab.
Sebagai contoh, mungkin anda boleh jadikan MINYAK ATAR sebagai doorgift untuk tetamu yang hadir. Adalah tidak munasabah jika perkahwinan anda bertemakan Arab, dan doorgift yang diberikan bertema Alice in the Wonderland. Betul tak?
CARI SUPPLIER DOORGIFT KAHWIN YANG MENAWARKAN HARGA RENDAH DAN BERPATUTAN
Untuk membeli doorgift dengan harga yang berpatutan, digalakkan bagi setiap pasangan untuk membuat survey lebih awal keatas pengeluar-pengeluar yang menyediakan perkhidmatan tersebut.
Disarankan kepada anda untuk membuat bajet kewangan dan analisis bilangan tetamu yang akan hadir terlebih dahulu sebelum membuat tempahan doorgift supaya tidak berlaku lebihan bajet.
Jika pandai mencari supplier, insya-Allah anda akan mendapat harga yang terbaik dan jika pandai berurusan, mungkin anda boleh mendapat doorgift tambahan secara percuma.
PILIH DOORGIFT KAHWIN YANG TAHAN LAMA
Kebanyakan doorgift yang diberikan kepada tetamu selepas majlis perkahwinan biasanya akan dibuang.
Anda pun mesti pernah buang juga kan?
Untuk mengelakkan doorgift anda dari menjadi kawan kepada sampah sarap yang lain, pastikan anda memilih doorgift yang tahan lama dan sesuai untuk dijadikan hiasan di dalam rumah atau boleh diletakkan di dalam kereta.
Anda sudah memperuntukkan sejumlah wang yang banyak untuk doorgift kepada tetamu dan sangatlah menyakitkan jiwa, raga dan batin, jika doorgift kahwin yang anda berikan kepada tetamu dibuang begitu sahaja.
Pastikan tetamu anda merasa bersalah untuk membuang doorgift anda yang sangat luar biasa!
DOORGIFT KAHWIN 3 DALAM 1
Fikirkan! bagaimana doorgift kahwin yang akan anda berikan kepada tetamu dapat menyelesaikan masalah mereka dari banyak sudut. Maknanya, selain berfungsi sebagai doorgift, pastikan doorgift anda turut berfungsi dalam aspek lain contohnya, jika anda memberikan tuala kecil sebagai doorgift, tuala tersebut boleh dijadikan kain pengelap cermin tingkap di rumah nenek juga atau mungkin, boleh dijadikan sapu tangan untuk adik ke sekolah.
Banyak fungsinya bukan? Inilah antara cara terbaik untuk menambahkan peranan doorgift anda kepada tetamu yang hadir.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Susulan penularan wabak COVID-19, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengumumkan penangguhan pembayaran balik pinjaman sedia ada untuk tempoh enam bulan.
Dalam tempoh ini, pelanggan yang mempunyai pinjaman atau pembiayaan yang memenuhi syarat-syarat tidak perlu membuat apa-apa pembayaran balik, dan bayaran lewat atau penalti tidak akan dikenakan.
Namun selepas pengumuman tersebut dibuat, ada pihak yang cuma mengambil kesempatan dengan melakukan penipuan.
Menurut perkongsian Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police, BNM tidak pernah melantik mana-mana pihak atau ejen untuk membuat proses permohonan penangguhan bayaran balik ini.
Oleh itu, elakkan diri anda menjadi mangsa penipuan pihak yang tidak bertanggungjawab ini.
Sekiranya anda mempunyai kemusykilan, berhubunglah terus dengan bank pinjaman anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
PENANGGUHAN BAYARAN BALIK PINJAMAN!
Admin yakin semua dah tahu tentang penangguhan bayaran balik dan dah mencari pencerahan di laman-laman sosial.
Post kali ni bukan untuk menerangkan tentang perkara itu tetapi untuk ingatkan masyarakat bahawa :-
1. Bank Negara Malaysia (BNM) TIDAK MELANTIK mana-mana pihak atau ejen untuk membuat proses permohonan penangguhan bayaran balik.
2. Sila berhubung terus dengan bank pinjaman anda. Tidak perlu ke cawangan bank. Bank yang akan uruskan secara automatik untuk anda.
JANGAN LAYAN panggilan telefon yang menyamar dari pihak bank dan meminta BUTIRAN PERBANKAN anda.
JANGAN serahkan no KAD ATM, no PIN ATM, ID PENGGUNA atau KATA LALUAN perbankan internet anda kepada mana-mana individu melalui panggilan telefon atau whatsapp!
INGAT! Penangguhan bayaran balik adalah AUTOMATIK! Anda tidak perlu membuat permohonan.
JANGAN JADI MANGSA!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Kemsite memperkenalkan konsep “Outdoor Inside” di The Gardens Mall, membawa gaya hidup outdoor ke ruang urban dengan jenama premium dan pengalaman eksklusif yang menggabungkan alam, rekaan dan keselesaan moden.