Anda pasti pernah dengar tentang Engine Control Unit (ECU), kan? Kebanyakan kereta moden yang dihasilkan hari ini pasti dilengkapi dengan komponen penting ini.
Walaupun namanya sering disebut, ada kemungkinan besar ramai antara kita yang masih belum benar-benar faham apa sebenarnya fungsi ECU dalam sistem enjin kereta.
Secara ringkasnya, ECU bertindak sebagai unit kawalan elektronik, atau lebih mudah disebut sebagai ‘otak’ atau ‘pusat kawalan’ elektrik utama dalam kereta anda.
Kebanyakan fungsi penting dalam kereta anda kini dikawal dan diuruskan menerusi sistem komputer canggih ini. Ia memastikan segala-gala berjalan lancar dan efisien.
Kredit: autotechdrive.com
Peranan ECU memang sangat penting bagi memastikan kereta anda dapat bergerak dengan lancar dan selamat.
Pada masa yang sama, ia juga berfungsi untuk menguruskan nisbah bahan api dan udara serta pemasaan enjin.
Ads
Selain itu, ECU turut mengumpul maklumat daripada pelbagai sensor di dalam kereta anda. Ia kemudian memproses data ini untuk mengira dan menala percikan api serta jumlah bahan api yang sesuai.
Ini penting bagi memastikan kuasa, prestasi, dan kecekapan sebenar kereta anda dapat dicapai pada tahap optimum.
Foto kredit: gomechnic dot.in
Disebabkan itulah, jika ECU rosak, ia boleh menyebabkan anda sakit kepala kerana kereta mungkin tidak dapat dihidupkan dan pelbagai lampu indikator akan menyala pada papan pemuka.
Berikut adalah beberapa petanda yang boleh anda perhatikan, yang mungkin menunjukkan ECU kereta bermasalah atau rosak.
Enjin kereta makin lama makin jadi lemah atau semput bila dipandu
Indikator atau lampu enjin mula menyala
Prestasi sebenarn enjin terjejas dan mula menurun
Kereta jadi lebih kuat makan minyak
Enjin tidak dapat dihidupkan seperti biasa
Selepas mendapati petanda-petanda di atas amat penting juga untuk anda tahu apakah punca yang boleh menyumbang kepada kerosakan berlaku terhadap ECU. Berikut 5 punca kerosakan yang boleh anda berikan perhatian sebaiknya.
PUNCA
Bateri kereta selalu kong
Jumper kereta dengan cara yang salah
Starter kereta rosak
Ada kakisan di ECU
Voltan rendah
Semoga perkongsian kali ini boleh memberikan manfaat kepada anda dalam penjagaan kereta.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Menerusi beberapa artikel yang lalu, MASKULIN telah menyingkap dengan penuh mendalam tentang motosikal hebat berkuasa tinggi dari BMW Motorrad iaitu model R 18 First Editon.
Buat mereka yang mungkin pertama kali melihatnya pasti terksima dan seakan tidak percaya bahawa motosikal crusier ini merupakan produk mantap dari BMW Motorrad. Apa tidaknya ia hadir bukan sahaja dengan enjin ‘Big Boxer’ malah rekaannya juga menggabungkan elemen klasik dengan sentuhan moden serba elegan.
Jadi tidak hairanlah BMW R 18 First Edition ini dianggap sebagai antara motosikal krusier terbaik di pasaran pada masa kini.
Salah satu kriteria yang cukup penting buat penggemar motosikal sekarang ialah kemampuan model motosikal untuk diubah suai atau dalam erti kata lain melakukan kustom. Setiap penunggang dan pemilik motosikal berkuasa tinggi seperti ini kebiasaannya mahu menyerlah personaliti serta identiti mereka menerusi kustom mengikut citarasa masing-masing.
BMW R 18 First Edition merupakan pilihan yang tepat dengan ciri-ciri kustom cukup mudah untuk dilakukan. Secara dasarnya, BMW mencipta R 18 memang untuk mudah dilakukan kustom. Jadi tidak hairanlah katalog aksesori mereka cukup banyak dan pelbagai pilihan.
Mahu menjadikan R 18 nampak lebih kepada Bobber? Usah risau, mereka ada! Kustom menjadi penampilan kepada ‘chopper’? Ya, ia boleh dilakukan. Malah, R 18 boleh menjadi apa jua bentuk motosikal mengikut keinginan kustom pemiliknya.
MASKULIN juga berpendapat bahawa BMW R 18 merupakan antara model yang paling mudah dilakukan kustom kerana akesori aftermarket yang dihasilkan untuk model ini cukup banyak termasuklah dari jenama pengeluar aksesori lain.
Di antara bahagian motosikal yang boleh dilakukan kustom ialah bahagian handle bar, cermin sisi, lampu hadapan, kawalan kaki, kemasa tempat duduk, fender, lampu belakang dan malah penutup tangki minyak.
Di kalangan pemilik motosikal R 18 di negara kita khususnya, aktiviti kustom sebenarnya sudah cukup sinonim dan mempunyai penggemarnya yang tersendiri. Malah semakin banyak pemilik R 18 tampil dengan pelbagai rekaan kustom yang dilakukan dengan kerjasama BMW Motorrad Malaysia dan pereka ubah suai atau customisers tempatan.
Ia bukan sahaja membangkitkan ‘jiwa kustom’ di kalangan pemiliknya malah turut memyerlahkan bakat-bakat tematan yang sangat hebat dalam ubah suai motosikal di Malaysia. Dengan jiwa itulah mereka menampilkan kelainan tersendiri dalam ubah suai atau kustom masing-masing.
Sebagai contoh jika ingin melakukan transformasi R 18 menjadi sebuah jentera berpenampialn lebih kepada ‘classic bobber’ yang lebih tradisonal anda boleh melakukan beberapa kustom seperti yang dilakukan oleh JL Custom.
Menerusi kustom ‘The R 18 AB Custom Edition’ by AB Penang, mereka mengambil inspirasi dari model klasik R5 (1936) dengan melakukan ubah suai kepada beberapa komponen utama.
Antaranya ialah menggunakan penutup kepada silinder dari bahan PCR polycarbonate, sistem ekzos kustom, kedudukan lampu hadapan lebih rendah, warna tangki minyak, tempat duduk kulit kustom dan pelbagai jenis penutup yang ditukar kepada rekaan kustom!
Manakala untuk penampilan lebih ‘berjiwa’ Eropah, kustom seperti yang dilakukan pada motosikal The Airhead Thunder by AB Ara Damansara oleh Eastern Bobber pula boleh dijadikan sebagai rujukan terbaik. Salah satu kustom paling menyerlah dari mereka ialah rekaan handle bar yang berbeza.
Salah satu ubah suai menarik yang ketara dapat kita saksikan adalah penutup bahagian fork hadpaan ditanggalkan. Manakala head cover juga diberi sentuhan baharu dengan rekaan tersendiri.
Bagi kustom yang lebih sarat dengan penampilan luaran penuh dengan karakter scribbles, rekaan grafik dan lukisan teknikal bolehlah melihat bagaimana ia dilakukan dengan cukup mantap oleh AB Tebrau dengan jentera R 18 diberi nama ‘The JB Roadrunner’ oleh Zuhal Fast Engineering.
Motosikal kruiser kustom R 18 ini turut menggunakan beberapa komponen yang dihasilkan sendiri hasil binaan struktur menggunakan sistem CAD menjadikan simulasi grafik luarannya cukup luar biasa.
Jika anda ingin saksikan sendiri bagaimana R 18 dalam pelbagai bentuk dan rupa kustom beraksi di jalan raya jangan lupa untuk saksikan RODA PANAS 2 episod ke-4. Ia telah ditayagkan pada 6 Februari 2022 lalu namun kini boleh ditonton menerusi platform Astro GO!
Menerusi episod ini selebriti popular tanah air seperti Beto Kusyairy, Fauziah Latiff, Achey, Riezman Khuzaimi dan Datuk Rocky Bru melakukan kemunculan istimewa dengan mengikut tour ‘R 18 Getaway Malaysia’ dari Lembah Klang hingga ke Pulau Pinang.
Ikuti pengalaman serta apa kata mereka tentang jentera R 18 First Edition terutamanya pada jentera yang telah melalui ubah suai atau kustom yang hebat.
Untuk maklumat lebih lanjut mengenai motosikal luar biasa, BMW R 18 First Edition ini sila layari laman sesawang https://www.bmw-motorrad.com.my/.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Sejak semalam negara kita heboh membiacarakan tentang kebenaran rentas negeri yang akhirnya dibenarkan bermula hari ini. Pengumuman yang dilakukan semalam oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob merupakan berita yang cukup dinantikan ramai.
Kerinduan kita terhadap ahli keluarga terutamanya kedua-dua orang tua tercinta akhirnya bakal terubat. Malah hari ini sudah ada yang telah bertolak pulang ke kampung halaman.
MASKULIN jangkakan pada hujung minggu ini aliran trafik menuju keluar dari ibu kota pasti akan meningkat berkali ganda. Seolah-olah seperti musim perayaan pula. Namun di sebalik itu ambillah langkah keselamatan terbaik. Pastikan anda lengkap dua dos vaksin dan lakukanlah ujian dengan menggunakan kit ujian kendiri sebelum bertolak pulang.
Buat anda yang merancang untuk pulang dengan kereta perlu tidak perlu tergopoh-gapah. Pertama sekali kena pastikan kondisi kenderaan berada pada tahap yang baik sebelum memulakan perjalanan jauh.
Berdepan masalah kereta rosak terutamanya di atas lebuh raya boleh menjadi mimpi negri! Oleh itu anda perlu bijak dan memeriksa kereta sebelum bertolak pulang.
Ramai yang akan memilih untuk hantar servis ke bengkel. Tapi sebenarnya untuk memeriksa komponen asas anda boleh lakukan sendiri saja. Bukan sahaja jimat kos malah boleh lakukan bila-bila masa.
Sebelum memulakan perjalanan adalah lebih elok untuk anda mengisi minyak full tank. Ini akan lebih melancarkan perjalanan anda dan tak perlu bersesak di stesen minyak. Oleh itu anda kena pastikan indicator atau penunjuk aras minyak berfungsi dengan baik.
Tanpa minyak enjin memang tak ‘bernyawalah’ kenderaan anda. Periksalah keadaan minyak enjin sebelum bertolak. Cara nak periksa paras minyak enjin pun bukannya susah. Cabut dipstick dan bersihkan dahulu. Kemudian celupkan semula dan tengok paras minyak enjin. Ia harus berada antara paras minimum dan maksium. Kalau kurang, tambahkan minyak enjin.
Paras minyak brek juga penting untuk keselamatan anda. Anda boleh periksa parasnya menerusi penanda pada bekas atau tabung minyak brek. Pastikan ia antara minumum dan maksimum. Jika kurang tambah minyak brek dengan berhati-hati dan tak melimpah.
Seperti kondisi minyak enjin dan minyak brek, kandungan minyak power stereng juga perlu berada di antara minum dan maksimum. Selain itu pastikan ia berwarna keemasan dan jika terlalu gelap atau hitam itu bermakna anda perlu menukarnya.
Perkara yang mudah tapi ramai orang buat sambil lewa. Tak lain tak bukan ialah kandungan air untuk radiator. Kandungan air perlu berada di antara paras minimum dan maksimum.
Dalam perjalanan jauh anda mungkin berdepan dengan pelbagai situasi jalan raya seperti berdebu dan juga cuaca yang tak menentu. Oleh itu fungsi wiper memang sangat penting. Anda perlu pastikan air dalam bekas washer fluid sentiasa penuh. Untuk elak nozzle tersumbat anda boleh guna air suling atau mineral. Dan boleh juga tambahkan sedikit cairan permbersih cermin kereta.
Mungkin anda sudah lama tak tukar wiper. Bila hujan ia tak dapat buang air hujan dengan baik kerana getahnya sudah semakin uzur. Anda juga boleh lihat pergerakan wiper sama ada lancar atau tidak.
Periksa kondisi penghawa dingin kereta dengan menghidupkan suhu maksimum dingin dan maksimum blower. Kipas pendingin harus berputar dan periksa sign glass lihat kondisinya. Ia tak boleh ada biuh udara di dalamnya. Kalau ada buih itu bermakna gas berada pada tahap rendah atau berlaku kebocoran pada paip.
Drive belt merupakan talipenggerak enjin untuk memutarkan komponen tambahan seperti pullu aircond, kipas radiator, alternator dan kompressor penghawa dingin. Jika drive belt nampak macam terjejas dan berbulu itu tandanya memang kena tukar.
Jika anda menggunakan bateri kering boleh periksa kemampuannya dengan battery charge indicator. Jika lampu hijau bermakda ia masih baik dan jika lampu merah atau putih sahaja bermakna bateri sudah ‘kong’ dan perlu tukar baru.
Untuk bateri basah pula anda hanya perlu periksa kandungan air bateri. Jika berada di bawah paras minimum tambahkan air bateri. Tapi jangan sampai terlebih paras maksimum.
Periksa tekanan tayar dan sesuaikan dengan spesifikasi tekanan. Pastikan juga bunga tayar tidak botak dan masih dalam kondisi baik.
Semoga perjaanan anda selamat pergi dan balik. Terus amalkan SOP ya!
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Pengukuhan jenama Honda di negara kita nampaknya semakin berterusan. Popularitinya bukan sahaja terserlah di jalan raya malah pada angka jualannya.
Semalam Honda Malaysia mengumumkan jenama mereka telah mengekalkan kedudukan paling atas sebagai jenama kereta bukan keluaran nasional paling laris. Ia merupakan pencapaian biat tahun keenam berturut-turut buat jenama automotif asal Jepun ini.
Sepanjang tahun 2020 sebanyak 60,469 buah unit kenderaan Honda telah berjaya dijual. Secara tidak langsung menewaskan pesaing terdekatnya, Toyota.
Penyumbang utama anga jualan yang tinggi dengan sebanyak 34 peratus jumlah jualan adalah dari model City. Ia diikuti dengan model Civic dan HR-V dengan 20 peratus dan juga 17 peratus.
“Ini menandakan tahun keenam berturut-turut kami berada di tempat teratas dan kami ingin ucapkan terima kasih di atas sokongan anda semua!,” jelas Honda Malaysia menerusi Facebook mereka.
Pencapaian memberangsangkan daripada model City mencatatkan jualan bulanan tertinggi dengan lebih 5,500 unit telah berjaya dijual kepada pelanggannya pada bulan Disember 2020 sahaja.
Jelas Pengarah Urusan dan Kettua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama, kepercayaan yang diberikan secara berterusan terhadap jenamanya telah membakar semangat mereka untuk terus berusaha lebih lagi. Ini selari dengan harapan membawa nilai ‘3 Joys of Honda’ iaitu ‘Joy of Buying’, ‘Joy of Selling’ dan ‘Joy of Creating’.
“Kami juga ingin berterima kasih kepada pihak kerajaan Malaysia kerana melanjutkan pengecualian cukai penjualan yang membantu lebih banyak rakyat Malaysia membeli kereta dengan penjimatan tambahan,” jelasnya lagi.
Jangan lupa ikuti Instagram MASKULIN untuk update gaya hidup lelaki terkini.
Buat anda yang ingin mencari aksesori kereta pada harga menarik, boleh dapatkannya di sini.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Memilih jam tangan larian bukan sekadar soal jenama atau rupa. GPS, bateri, data latihan dan keselesaan memainkan peranan penting untuk membantu anda menjadi pelari yang lebih baik.