Selain jeans di antara jenis seluar yang wajib ada dalam almari dan koleksi pakaian seorang lelaki adalah seluar slack khaki atau chino. Jadi nak juga kena tahu tip pilih seluar jenis ini dengan betul.
Ini kerana penggayaan seluar ini jika mengikut panduan yang betul dapat menyerlahkan sisi tampan pemakainya.
Sama seperti pakaian yang lain memilih seluar khaki yang sesuai mengikut jenis bentuk badan sangat penting. Ia bagi memastikan gaya atau fit yang anda ingin paparkan tampak lebih kemas, bergaya dan segak. Dan memilih khaki sesuai ini tidak mengira peringkat umur.
Bagi anda yang tidak berapa jelas tentang khaki dan chino, ia merupakan sejenis seluar panjang yang kebiasannya diperbuat daripada fabrik cotton. Kebiasaannya ia tampil dengan warna kelabu, coklat cair atau pun navy.
Jadi apakah tip pilih seluar slack khaki yang sesuai mengikut bentuk saiz badan? Ikuti perkongsian tip pilih ini di bawah!
PINGGANG DAN CAWAT
Sama seperti seluar anda yang lain, khaki yang anda ingin pilih haruslah memenuhi beberapa kriteria saiz yang sesuai. Ia harus mempunyai saiz pinggang yang sama padan dengan pinggang. Dalam erti kata lain ia tidak akan terlondeh jika dipakai bersama dengan tali pinggang.
Bagi seluar jenis khaki dan chino, kedudukan pinggang lebih rendah berbanding seluar sut. Anda juga boleh memilih seluar yang pinggangnya sama seperti jeans yang selalu dipakai.
Manakala di bahagian cawat pula anda harus pastikan ia tidak terlalu longgar atau terlalu ketat. Pastikan cawat seluar yang ingin dipilih memberikan ruang selesa di bahagian punggung. Jika ia kelihatan terlalu padat bermakna seluar itu ketat.
Manakala jika ia terlihat ada banyak kedutan di bahagian punggung bermakna cawat seluar terlebih besar.
Jika perkara ini berlaku mungkin anda boleh turunkan setengah saiz seluar. Dan jika ia tidak berhasil juga anda boleh bawa seluar ke kedai tukang jahit untuk melakukan sedikit ubah suai.
BAHAGIAN PEHA & KAKI
Satu perkara anda harus ingat. Jangan jadikan seluar khaki atau chinos seperti skinny jenas. Sepasang seluar khaki hendaklah selesa dipakai dan tidak terlalu ketat. Kebanyakan jenis kain yang digunakan untuk hasilkan khaki bukanlah jenis mudah regang.
Berbeza dengan jeans, seluar khaki perlu ada sedikit ruang di bahagian peha. Jika ditarik ia seharusnya berukuran 1 inci dan tidak lebih 1.5 inci. Sama juga di bahagian kaki, jangan pakai seluar khaki yang terlalu ketat seperti skinny jeans.
Kita sebagai orang Asia selau berdepan masalah labuh seluar yang berlebihan. Ini terutamanya apabila membeli seluar khaki atau chinos jenama luar negara dari Eropah atau Amerika Syarikat.
Usah khuatir kerana kini semakin banyak jenama yang sudah cakna dengan saiz lelaki Asia. Dan jika ia terlalu labuh anda boleh bawa ke kedai tukang jahit dan dapatkan labuh yang sesuai.
Jika anda menggayakan kasut dengan gaya sockless, pakailah seluar khaki yang agak senteng dengan kedudukan labuhnya sedikit di atas buku lali.
Ads
Jangan biarkan ia menjadi terlalu labuh kerana ia hanya mewujudkan lipatan yang tidak enak dipandang. Ingat, khakis bukan seluar jeans.
Manakala bagi gaya yang lebih konvensional pula labuh seluar perlu berada di atas buku lali. Jika anda terasa ia sedikir labuh, lipat kaki seluar tidak melebih dua kali.
Semoga perkongsian panduan gaya ini memberikan manfaat buat anda.
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ketibaan Ramadan pastinya dimeriahkan dengan pelbagai jualan baju raya yang mula ditawarkan kepada pengguna. Sebagai salah sebuah pengendali rangkaian peruncitan terbesar dan terkemuka di Malaysia, MYDIN turut sama menampilkan rekaan baju raya yang eksklusif.
Biarpun pelbagai rekaan moden baju Melayu yang dijual di pasaran, MYDIN lebih optimis dengan rekaan baju Melayu yang lengkap dengan samping di bawah jenama Mikhail.
Dikeluarkan khas sempena sambutan Hari Raya Aidil Fitri pada tahun ini, rekaan baju Melayu ini tampil elegan dan mengekalkan ciri-ciri tradisi dengan pelbagai warna menarik. Warna-warna yang dipilih merupakan seleksi tona warna trend terkini yang mampu menyerlahkan gaya segak seorang lelaki.
Koleksi istimewa yang turut dilancarkan bersama Kempen Girang Syawal Tiba 2019 ini boleh didapati di semua cawangan pasar raya MYDIN di seluruh negara.
Selain rekaannya yang berkualiti, koleksi ini turut menampilkan bersama koleksi pakaian sedondon untuk wanita dan kanak-kanak di bawah jenama Mikayla.
Sambutan Syawal anda dan keluarga pada tahun ini pasti lebih lengkap serta bermakna dengan adanya koleksi Mikhail yang menjadi persalinan anda di hari lebaran.
1. Mengekalkan sentuhan baju Melayu klasik merupakan antara keunikan dalam koleksi Mikhail. HARGA: RM59.90
2. Serlahkan kelainan dengan persalinan baju Melayu Teluk Belanga tanpa poket di bahagian bawah baju. HARGA: RM69.90
3. Baju Melayu kelabu ini segak digandingkan dengan samping warna maroon untuk gaya hari lebaran. HARGA: RM69.90
4. Gabungan samping bertona warna sama bakal jadi trend popular Syawal pada tahun ini. HARGA: RM59.90
5. Stail lelaki maskulin bergaya di Hari Raya dengan padanan samping rona ungu. HARGA: RM69.90
6. Baju Melayu hijau pucuk pisang menampilkan gaya sopan seorang jejaka. HARGA: RM69.90
7. Hitam tidak pernah gagal dalam menyerlahkan sisi maskulin seorang lelaki. HARGA: RM69.90
8. Rekaan samping Mikhail yang kaya dengan corak bermotifkan geometri Islamik. HARGA: RM69.90
9. Baju Melayu hijau gelap ini dijangka menjadi antara warna popular di pagi lebaran tahun ini. HARGA: RM69.90
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ramai lelaki zaman sekarang ingat perempuan hanya akan pilih lelaki yang ada kacak atau handsome semata berbanding dengan lelaki muka marhaen dan biasa-biasa.
Betul ke?
Dikurniakan wajah yang kacak dan tampan merupakan bonus bagi lelaki tetapi ada wajah yang kacak sebenarnya tak menjamin wanita akan memilih anda sebagai teman hidupnya.
Mungkin ada yang tertanya kenapa sampai jadi begini dan menurut wanita yang ditemui, mereka katakan :
Lelaki Kacak Kuat Perasan
Lelaki kacak ni selalunya suka ingat diri mereka tu dah cukup sempurna sampai lupa diri dan berlagak. Senang cerita mereka akan anggap semua wanita suka dengan mereka dan ada sesetengahnya yang tak berapa nak serius dalam hubungan. Iya ke?
Lelaki Kacak Memilih Bulu
Tentang memilih bulu ini mesti kaum perempuan sangat setuju bukan? Zaman sekarang kaum wanita sangat hebat dalam memilih pasangan tapi malangnya sedar ataupun tak, lelaki kacak pastinya bukan antara pilihan utama kaum perempuan! Sebab tu lah ada sesetengahnya melabelkan mereka ni sebagai “nak perempuan hot je”.
Lelaki Kacak Ikon Kasanova
Kasanova dan banyak spare part memang tak dapat dipisahkan dengan golongan lelaki handsome zaman sekarang ni! Hehehe. Pattern yang pilih rupa je mesti akan dilabelkan Kasanova. Ya, bukan semua lelaki macam tu tapi biasa lah sebab kan nila setitik kan?
Lelaki Kacak Banyak Alasan
Kalau perempuan terkenal dengan bebelan manja, lelaki handsome pula tak kurang hebatnya suka kasi 1001 alasan. Alasan yang selalu diguna pakai untuk nak melepaskan diri bila dah terkantoi atau nak jumpa perempuan lain. Tapi jangan ingat perempuan zaman sekarang tak bijak. Mereka lagi bijak dari apa yang lelaki fikir! Jangan berani-berani nak menipu perempuan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Casio Computer Co. Ltd. melancarkan ECB-2200HTR, sebuah model dalam rangkaian jam tangan EDIFICE hasil kerjasama dengan Honda TYPE R.
EDIFICE Honda TYPE R Edition baharu ECB-2200HTR membangkitkan semangat TYPE R dengan perhatian yang teliti terhadap warna, bahan dan kemasan.
Cat tulen Honda “Championship White” digunakan untuk mewarnai cincin dail, dan muka jam dihiasi dengan lencana “Red H”. Bentuk tiga dimensi lencana, dengan lengkungnya yang elegan, dihasilkan semula dengan teliti.
Selain itu, jalur kulit tulen putih dicetak dengan kod model kereta TYPE R.
Gelung jalur logam dan belakang sarung diukir dengan logo “TYPE R”, gesper penggunaan dengan logo “Honda”, dan butang pemasa jam randik dengan tanda “R”.
Selain itu, gesper penggunaan digunakan untuk mengikat jalur, untuk pemakaian yang lebih selesa, dan bahagian bawah jalur menampilkan Alcantara, bahan yang juga digunakan dalam kereta TYPE R.
ECB-2200HTR dilengkapi dengan ciri Pautan Mudah Alih untuk berpasangan dengan telefon pintar melalui Bluetooth®, menyediakan pembetulan masa automatik dan memudahkan untuk menetapkan masa dunia dan fungsi lain.
Untuk kemudahan, sistem pengecasan Tough Solar menukarkan cahaya untuk menghidupkan jam tangan, manakala lampu LED berkembar menerangi kedua-dua LCD dan dail untuk bacaan yang mudah walaupun di lokasi gelap.
Dengan harga RM 2,399, model ini kini boleh didapati di Malaysia menerusi laman web Casio E-Commerce dan semua Kedai G-SHOCK, G-Factory dan pengedar sah mulai 20 Disember 2023.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.