Siapa tak kenal dengan pelakon Thailand yang pernah mendapat gelaran Hundred Million Hero selepas mencipta nama dan dikenali di pentas antarabangsa menerusi filem box office Nang Nak dan Bang Rajan.
Terbaru, berita duka diterima apabila Winai Kraibutr, 54, dilaporkan meninggal dunia pada 20 Mac yang lepas, lapor portal 8days.
Winai yang cukup terkenal menerusi watak Mak dalam filem romantik seram, Nang Nak (1999) meninggal dunia akibat penyakit Bullous Pemphigoid.
Ia merupakan penyakit kanser kulit yang jarang ditemui dan mendiang menderita penyakit tersebut sejak lima tahun lepas.
Ads
Menerusi satu hantaran di media sosial isterinya, Chonrada Saenrangsi memaklumkan mendiang meninggal dunia di Hospital Bangkok selepas alami masalah tekanan darah rendah dan jangkitan kuman pada salur darah.
Kata isterinya lagi, tahap kesihatan Winai merosot sejak 15 Mac yang lepas, sebelum diserang sawan dua hari kemudian. Selepas itu, mendiang dilaporkan tidak sedarkan diri dan akhirnya disahkan meninggal dunia minggu lepas.
Ads
Menurut 8days, kehidupan Winai berubah selepas dia didiagnosis menghidap Bullous Pemphigoid, penyakit autoimun yang menyebabkan lepuh pada kulit pada tahun 2019.
Takziah kami ucapkan buat ahli keluarga Winai Kraibutr.
Ads
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah!
Bercium sering kali dikaitkan dengan ungkapan kasih sayang dan keintiman antara pasangan, terutamanya suami isteri. Namun, tahukah anda bahawa bercium juga mempunyai manfaat kesihatan yang signifikan, terutama bagi lelaki?
Menurut pakar temu janji, Jacob Lucas, bercium bukan sahaja memberi kegembiraan buat pasangan, malah ia juga mempunyai manfaat kesihatan.
Jelasnya, amalan bercium dengan pasangan memerlukan penggunaan banyak otot dalam badan dan beberapa kajian menunjukkan ia boleh membantu anda boleh membakar sebanyak 26 kalori dalam seminit.
“Bercium boleh menyebabkan otak anda melepaskan campuran bahan kimia – termasuk oksitosin, dopamin, dan serotonin. Ini boleh menyebabkan perasaan euforia dan juga mendorong kita untuk berasa sayang dan ingin berhubung,” ujarnya.
Selain itu, dia mendakwa perbuatan bercium dengan pasangan juga baik untuk kesihatan badan yang lain.
Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa bercium boleh membantu membakar kalori. Walaupun jumlah kalori yang dibakar mungkin tidak sebanyak bersenam di gim, namun setiap sedikit usaha tetap memberi kesan positif kepada tubuh. Kajian menunjukkan bahawa bercium boleh membakar antara 2 hingga 6 kalori seminit. Ini bermakna, semakin kerap anda bercium, semakin banyak kalori yang dapat dibakar, sekali gus membantu mengekalkan berat badan yang sihat.
Bercium merangsang pengeluaran hormon endorfin, yang juga dikenali sebagai “hormon gembira”. Endorfin berfungsi untuk mengurangkan tekanan dan meningkatkan mood seseorang. Bagi lelaki yang sering terdedah kepada tekanan di tempat kerja atau dalam kehidupan seharian, bercium boleh menjadi salah satu cara untuk melepaskan tekanan dan merasa lebih tenang.
Satu lagi manfaat bercium yang tidak boleh diabaikan adalah keupayaannya untuk membantu menurunkan tekanan darah. Bercium merangsang peredaran darah yang lebih baik dengan meningkatkan denyutan jantung. Denyutan jantung yang meningkat ini membantu memperbaiki aliran darah, seterusnya membantu menurunkan tekanan darah. Bagi lelaki yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi, bercium boleh menjadi salah satu cara semulajadi untuk mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok.
Bercium juga didapati dapat meningkatkan sistem imun tubuh. Pertukaran air liur semasa bercium membantu tubuh mengenali dan melawan bakteria yang berbeza, seterusnya menguatkan sistem imun. Ini membantu tubuh lebih bersedia melawan penyakit dan jangkitan, menjadikan lelaki lebih sihat secara keseluruhan.
Selain manfaat fizikal, bercium juga penting untuk keakraban emosi antara suami isteri. Keintiman yang terjalin melalui ciuman dapat memperkukuhkan hubungan dan memberi rasa selamat dan disayangi. Apabila hubungan emosi kuat, ini juga boleh memberi kesan positif kepada kesihatan mental dan fizikal lelaki, membantu mereka merasa lebih stabil dan bahagia dalam hubungan mereka.
Bercium secara kerap juga boleh membantu mengurangkan risiko masalah mental seperti kemurungan dan kebimbangan. Aktiviti ini merangsang pengeluaran oksitosin, hormon yang dikenali sebagai “hormon cinta”, yang berperanan penting dalam membina ikatan dan rasa percaya. Dengan pengeluaran oksitosin yang mencukupi, lelaki cenderung untuk merasa lebih positif dan optimis dalam hidup.
Yoga bukan sahaja sejenis senaman untuk menguatkan badan anda, tetapi ia juga adalah satu teknik untuk bersantai yang boleh mengurangkan sakit kronik.
Yoga juga telah diketahui mempunyai keupayaan untuk menurunkan tekanan darah dan mengurangkan insomnia. Ini manfaat lain Yoga yang anda perlu tahu!
1. Membantu Meningkatkan Fleksibiliti
Peningkatan fleksibiliti tubuh adalah manfaat utama yang boleh diperolehi daripada senaman ini. Disebabkan pergerakan tubuh yang terhad, bahagian rawan yang terabai boleh menjadi ‘haus’ dari semasa ke semasa. Sekali gus mengakibatkan masalah seperti artritis, sakit belakang, sakit kronik dan osteoporosis.
Senaman yoga akan memastikan sendi digerakkan sepenuhnya dan membekalkan bahagian rawan yang tidak digunakan dengan nutrien, oksigen dan darah. Amalan asana yoga yang konsisten membantu melonggarkan otot dan tisu di sekeliling tulang dan sendi sambil mengekalkan kekuatan otot. Ia turut meningkatkan fleksibiliti dan melegakan otot yang tegang.
2. Melancarkan Peredaran Darah
Yoga membantu meningkatkan aliran darah beroksigen dalam badan melalui peningkatan tahap hemoglobin dan sel darah merah. Terdapat beberapa posisi yoga yang membantu mengeluarkan darah vena dari organ dan memastikan darah segar dan beroksigen masuk ke dalam badan. Posisi seperti ‘seated spinal twists’ dan ‘revolved side angles’ memberi manfaat kepada cakera tulang belakang dengan meningkatkan aliran darah.
3. Meningkatkan Kesihatan Kardiovaskular
Satu kajian pada 2012 mendedahkan bahawa tempoh senaman yoga yang konsisten dan panjang terbukti meningkatkan daya tahan kardiopulmonari di kalangan orang dewasa. Ketika senaman ini dilakukan, penggunaan oksigen, ambang anaerobik dan laktat darah meningkatkan daya tahan keseluruhan dan menurunkan kadar denyutan jantung ketika berehat. Ini sekali gus meningkatkan fungsi kardiovaskular dan mencegah penyakit jantung.
4. Memulihkan Kesihatan Mental
Kemurungan, kebimbangan, tekanan dan insomnia merupakan isu kesihatan mental yang agak biasa di kalangan individu hari ini. Selain melakukan terapi, anda boleh melakukan senaman yoga untuk menangani isu yang dialami.
Yoga dan meditasi mengaktifkan mod relaks dengan mengalihkan fokus daripada sistem saraf simpatetik kepada sistem parasimpatetik. Ini bermakna fikiran anda menyimpang daripada mod tekanan kepada mod tenang. Ini disebabkan oleh teknik pernafasan dalam yoga yang turut membantu mengawal tekanan darah, menurunkan tahap kortisol dan meningkatkan aliran darah.
5. Membantu Melegakan Sakit Belakang
Ramai lelaki hari ini mengalami sakit pinggang disebabkan postur duduk yang tidak baik, gaya hidup tidak aktif dan sebagainya. Ia bukan saja menyakitkan malah menjejaskan rutin harian dan gaya hidup. Kajian mendapati mengamalkan yoga untuk jangka masa lama mampu melegakan sakit belakang dan sakit pinggang.
Amalan yoga benar-benar memberi manfaat kepada badan dan fikiran anda. Walau bagaimanapun, sebelum melibatkan diri dalam yoga, sila dapatkan bantuan daripada jurulatih peribadi atau profesional untuk memastikan bahawa intensiti yoga tersebut adalah sesuai bagi anda kerana yoga yang berlebihan boleh membahayakan badan anda pula.
Ramai lelaki sering anggap sembelit sebagai masalah kecil, tapi realitinya ia boleh jejaskan prestasi harian. Bayangkan anda perlu masuk meeting penting, tapi rasa tidak selesa di perut dan terganggu fokus, memang boleh buat ‘bad day’.
Sembelit bermaksud seseorang membuang air besar kurang daripada tiga kali dalam seminggu, dan jika dibiarkan, ia boleh membawa kepada masalah kesihatan yang lebih serius.
Kebiasaannya, orang akan cuba selesaikan sembelit dengan minum lebih banyak air, makan serat tinggi atau mengambil buah-buahan serta sayuran. Jika masih tidak berjaya, ada juga yang memilih jalan singkat – bergantung pada ubat pelawas atau julap. Tapi tahukah anda sebenarnya ada cara semula jadi, mudah dan percuma untuk membantu melancarkan sistem penghadaman?
Menurut Niraj Naik, pengasas sistem pernafasan holistik SOMA Breath, tubuh manusia mempunyai mekanisme semula jadi untuk mengaktifkan pergerakan usus tanpa bantuan ubat. Kaedah ini berfungsi dengan membawa tubuh masuk ke dalam mod ‘rehat dan hadam’ (rest and digest) – keadaan paling ideal untuk pencernaan yang sihat.
Caranya mudah:
Hembuskan nafas sepenuhnya.
Tahan nafas sambil menutup hidung.
Mulakan berjalan dan kira langkah sehingga tidak mampu menahan nafas lagi.
Ulang 2-3 kali, tetapi kira langkah hanya pada pusingan pertama.
Esoknya, cuba dapatkan jumlah langkah yang lebih banyak.
Amalan ringkas ini berkesan kerana apabila kita menahan nafas, paras karbon dioksida meningkat, seterusnya merangsang penguncupan usus. Aktiviti berjalan pula meningkatkan aliran darah ke organ perut, sekali gus melancarkan pergerakan usus. Bonus tambahan – ia menguatkan otot diafragma, teras tubuh, dan menenangkan sistem saraf.
As a former pharmacist, I saw how easily laxatives became a daily crutch for people with constipation. I don’t demonize them — they have their place. But… what if you could activate your body’s own natural mechanisms instead? 🚽💨 Here’s a simple daily practice that might surprise you with how effective it is: 👉 Exhale fully 👉 Hold your breath after exhaling 👉 Start walking and count your steps until you can’t hold anymore 👉 Repeat 2–3x, but only count the first round. The next day, try to beat your score. Why it works: ✅ Breath-holding raises CO₂ → triggers “rest & digest” mode ✅ Walking boosts blood flow to your gut ✅ Pressure changes stimulate natural intestinal contractions ✅ Diaphragm + core get stronger (big players in digestion) ✅ Calms your nervous system = calmer digestion It’s free. It’s natural. And it’s a lot more empowering than always relying on a pill. 💬 Try it tomorrow morning before breakfast and let me know how it works for you. 📌 Save this post so you can come back to it later. ⚠ Not medical advice. Always listen to your body — and your doctor. And if you want to go deeper, check out my Gut Health highlight for my step-by-step system to restore digestion naturally. 👉 Follow @nirajnaikofficial for more natural solutions to modern health problems.
Tambahan pula, gaya hidup sihat sangat penting: minum air secukupnya, lebihkan makanan tinggi serat, aktif secara fizikal, amalkan probiotik, dan elakkan menahan diri daripada ke tandas.
Sembelit mungkin nampak remeh, tapi ia mampu ganggu produktiviti lelaki moden. Dengan hanya mengamalkan teknik pernafasan mudah yang dikongsi Niraj Naik, ditambah gaya hidup sihat, anda boleh elak daripada terus bergantung kepada ubat-ubatan. Ingat, tubuh lelaki yang cergas bermula daripada sistem penghadaman yang sihat.
Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Download dekat
je senang
Memilih jam tangan larian bukan sekadar soal jenama atau rupa. GPS, bateri, data latihan dan keselesaan memainkan peranan penting untuk membantu anda menjadi pelari yang lebih baik.